BOLEHKAH SAMBUNG LOAN KERETA ORANG LAIN?
Assalamualaikum,
Ok, post ringkas sebab mahu balik lepas office hour.
Sumber gambar di SINI |
Soalan:
Bolehkah saya sambung loan kereta orang lain? Kami buat perjanjian depan peguam juga. Malah kami juga ada buat surat akuan bersumpah.
Jawapan:
TIDAK BOLEH!
Ini kerana hak milik kereta adalah dituntut oleh pihak ketiga, iaitu Bank atau institusi kewangan. Jadi, selagi kereta masih ada pinjaman, gunalah akuan bersumpah setebal 100 mukasurat pun, atau perjanjian setebal manapun tetap ianya TIDAK SAH dan TIDAK TERPAKAI di sisi undang-undang.
Dalam undang-undang kontrak, perjanjian sebegini dikenali sebagai 'void ab initio' atau terbatal sejak azalinya. Dengan itu, sekiranya berlaku pertikaian di kemudian hari, maka perjanjian sebegini atau akuan bersumpah ini tidak boleh dikuatkuasakan, tidak akan diterima sebagai bukti keterangan, malah ia akan dianggap seolah-olah tidak pernah wujud pun!
Jadi yang rugi siapa? Penjual lah yang rugi sebab jika pembeli gagal membayar ansuran bulanan, yang Bank cari bukan si pembeli, tentulah si penjual.
Jadi yang rugi siapa? Penjual lah yang rugi sebab jika pembeli gagal membayar ansuran bulanan, yang Bank cari bukan si pembeli, tentulah si penjual.
Makanya, janganlah sesekali anda membuat perjanjian sambung loan kereta ini, samada anda penjual mahupun pembeli.
Malah, di dalam Akta Sewa Beli 1967, di bawah Seksyen 38 telah menyatakan adalah menjadi suatu kesalahan jika perjanjian sebegini dibuat, yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Kalau anda sebagai pembeli mahu teruskan juga perjanjian sebegini, fikirkan dulu senario berikut.
Anda guna kereta sambung loan, jaga kereta tu baik-baik, bayar tiap-tiap bulan tidak pernah terlepas. Lepas itu hanya tinggal beberapa bulan lagi akan habis loan di bank, tiba-tiba pemilik kereta meninggal dunia.
Agak-agaklah, kalau waris simati itu tidak mahu ikut perjanjian yang dimeterai tadi, adakah anda boleh bawa kes ke Mahkamah? Atau kalau buat laporan pada polis, agak-agak adakah polis boleh mengambil sebarang tindakan?
Jawapannya: saya ulang sekali lagi TIDAK BOLEH!
Yang rugi siapa? Fikirkanlah.

Wassalam.
Selamat sejahtera. Maaf kerana lari dari tajuk tetapi saya mempunyai satu pertanyaan berkenaan pemiutang yang kerap kali menghubungi telefon rumah saya. Yang menelefon saya merupakan ejen yang dilantik oleh pihak bank untuk mengutip hutang walaubagaimanapun bukan saya yang berhutang tetapi orang lain yang saya sendiri tidak kenal. Soalan saya disini adalah bolehkah saya mengambil sesuatu tindakan terhadap mereka kerana mereka degil dan tetap terus menerus menghubungi rumah saya walaupun sudah banyak kali saya jelaskan bahawa orang yang mereka cari tiada disini sehingakan saya mengajak mereka untuk datang ke rumah saya untuk melihat sendiri. Selepas saya berbuat demikian mereka tidak menelefon lagi lebih kurang sebulan lamanya sebelum mula menghubungi saya lagi. Saya tidak tahu nak buat macam mana lagi jadi mohon sedikit pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih.
BalasPadamSalam sejahtera. Cadangan saya:
BalasPadam1. Block saja nombor telefon mereka ini.
2. Buat laporan kepada pihak polis dan majukan laporan kepada pihak SKMM untuk siasatan kerana privasi anda telah diganggu dan mereka telah menyalahgunakan medium telekomunikasi dengan anda melalui nombor telefon anda.
3. Dapatkan nama dan alamat syarikat berkenaan dan buat aduan ke Jabatan Perlindungan Data Peribadi (www.pdp.gov.my) yang anda mengesyaki bahawa data peribadi anda telah disalahgunakan.