HUKUMAN MATI

Assalamualaikum,

Hukuman mati masih diamalkan di Malaysia walaupun terdapat gerakan samada domestik dan antarabangsa yang meminta agar ia dimansuhkan, atas alasan melanggar hak asasi manusia.

Di dunia ini terdapat negara lain yang juga masih mengamalkan hukuman mati, hatta beberapa negeri di Amerika Syarikat sekalipun masih menguatkuasakannya.

Pelaksanaannya juga berbeza-beza. Di negara Arab, ia dilakukan dengan hukuman pancung di leher menggunakan pedang yang tajam.

Di China, mereka menggunakan firing squad atau melalui tembakan di kepala.

Di negeri-negeri Alabama, Arkansas, Florida dan selebihnya di Amerika Syarikat menggunakan kerusi elektrik.

Manakala di Arizona dan California pula menggunakan kaedah sedutan gas yang mengandungi bahan kimia.
Sumber di SINI
Bagi negara kita Malaysia, kita masih menggunapakai kaedah hukuman gantung di leher sehingga mati. Antara kesalahan-kesalahan yang menjadikan hukuman gantung ini mandatori ialah kesalahan mengedar dadah (ini bakal berubah dalam masa terdekat) dan kesalahan membunuh.

Seksyen 277 Kanun Prosedur Jenayah menyatakan:

"277. Penghakiman mati.

Apabila mana-mana orang telah dijatuhkan hukuman mati hukuman itu hendaklah mengarahkan supaya ia digantung lehernya sehingga mati, tetapi tidak boleh dinyatakan tempat dan masa hukuman gantung itu akan dijalankan."

Jadi kalau ada yang bertanya bagaimana kaedah kita menjalankan hukuman mati dan apakah otoritinya, maka peruntukan di atas adalah jawapannya.

Wallahu a'lam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN