HUKUMAN MATI BAGI MENGEDAR DADAH TIDAK LAGI MANDATORI

Assalamualaikum, Tidak pasti samada ini berita gembira atau tidak kepada pengedar dadah dan ahli keluarga mereka. Bermula 15 Mac 2018 , Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) yang sebelum ini memperuntukkan hukuman gantung sampai mati kini tidak lagi mandatori atau wajib di Malaysia. Sumber gambar di SINI Ini kerana Parlimen telah menggubal undang-undang ini dan memberikan pilihan kepada Hakim samada memberikan perintah hukuman gantung atau hukuman penjara dan sebatan rotan. Peruntukan Seksyen 39B (2) ADB 1952 sebelum ini menyatakan: "Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan jika disabitkan hendaklah dijatuhkan hukuman mati." Namun, melalui peruntukan Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017, ia dinyatakan seperti berikut: "2. Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dalam Seksyen 39B - (a) deng...