Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

BINATANG LEBIH MULIA DARI LELAKI INI

Imej
Berita diambil dari SINI Sepatutnya mahkamah arahkan lelaki ini menjalani ujian psikiatri di hospital, manalah tahu ada masalah mental. Berita sepenuhnya... Suami Paksa Isterinya Yang Hamil Bersetubuh Dengan Remaja Lelaki 15 Tahun January 8, 2014 KANGAR – Seorang suami yang memaksa isteri hamil melakukan hubungan seks dengan sepupunya mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di Mahkamah Sesyen di sini, tadi. Muka depan Harian Metro dan web myMetro hari ini melaporkan seorang isteri muda berusia 19 tahun menjadi mangsa deraan seksual suaminya yang berusia 22 tahun apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun. Dalam kejadian 1 Januari lalu, si suami turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil selain turut merakam aksi hubungan seksnya. Tertuduh pertama yang juga suami mangsa mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca b

KEKURANGAN BUKAN PENGHALANG

Imej
Tersentuh hati melihat gambar-gambar ini: Semangat adik Nur Damia Irsalina Daeng Malis, 7 tahun ini untuk belajar amat disanjungi. Walaupun beliau dalam kategori orang kelainan upaya, namun semangatnya yang cekal wajar dicontohi. Menitis juga airmata jantan ini melihatkan gambar-gambar yang disertakan. Semoga adik Damia akan belajar bersungguh-sungguh hingga menjadi insan yang berjaya dan janganlah kita meminggir atau mendiskriminasikan mereka yang memiliki kekurangan kerana sebenarnya dalam kekurangan itu sebenarnya mereka banyak kelebihan. Berita selanjutnya di SINI dan di bawah: Kuala Berang – Biarpun terpaksa menulis menggunakan hanya dua jari kaki sambil berbaring di atas lantai beralaskan tikar, semangat kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU), Nur Damia Irsalina Daeng Malis, untuk menimba ilmu setanding rakan sebayanya yang normal tidak luntur. Semangat tinggi Nur Damia Irsalina, 7, yang memasuki Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong (SKKT) di sini, dikesan ibu bapanya

KENAPA SETIAP HUKUMAN BERBEZA?

Imej
Ada orang bertanya kepada saya: "Kenapa dalam kes jenayah, setiap hukuman berbeza walaupun kesalahan dilakukan sama? Kadang-kadang kes yang serius dapat hukuman ringan, tapi kes yang nampak ringan dapat hukuman berat?" Sangat bagus soalan itu. Perbezaan dalam menjatuhkan hukuman adalah perkara biasa. Ia berlaku di serata dunia hatta di dalam kawasan yang sama di mana terdapat lebih dari 2 mahkamah pun, hukuman yang dijatuhkan tetap wujud perbezaan.  Walaupun nampak berbeza, namun selagi ia masih dalam ruang lingkup peruntukan undang-undang, ia tidak salah dan masih sah. Banyak faktor yang perlu diambil dalam menjatuhkan hukuman. Oleh kerana kes jenayah ini adalah kes terhadap negara (state), maka kepentingan orang awam secara keseluruhan harus diambil. Kata orang politik, kepentingan rakyat! Kes jenayah selalu mendatangkan ketakutan, kegusaran dan kegemparan dikalangan orang awam. Contohnya kes ragut. Mangsa ragut mungkin seorang individu, tetapi dia juga seorang orang awam a

MEMBUKA FIRMA GUAMAN SENDIRI DI SABAH

Imej
Selamat Tahun Baru 2014, semua! Apa azam anda untuk tahun baru ini? Harap azam yang dicitakan akan dapat dilaksanakan dalam tahun ini juga, okay. Saya belum membuka firma guaman atau bekerja di mana-mana firma guaman di Sabah. Namun, saya bercita-cita untuk membuka sebuah firma guaman sendiri pada masa depan, mungkin juga dalam masa terdekat. Dalam masa yang sama, saya sebenarnya tiada pengalaman berniaga, apatah lagi mempunyai firma guaman. Keluarga juga tiada pengalaman sedemikian, kecuali emak saya dulu pernah berniaga kedai runcit semasa kami masih kecil. Arwah datuk juga semasa hayatnya menjalankan perniagaan runcit dan rumah sewa. Hanya itu pengalaman perniagaan dalam keluarga kami. Selain itu, kami semua bekerja dengan kerajaan. Jadi mungkin ia langkah terbesar yang saya pernah ambil dalam hidup jikalau impian ini dijadikan kenyataan. Kredit Gambar Hakikatnya, sejak beberapa minggu ini saya sering mencari bahan dari internet terutamanya pengalaman-pengalaman

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Imej
Tahun baru, azam baru. Itu kebiasaan. Hari ini cuti umum, jalanraya rasa lengang. Tapi bagi aku, hari ini kena turun kerja juga. Tempat ini menggamit banyak kenangan dan memori silam. Selamat Tahun Baru 2014 semua.