MEMBUKA FIRMA GUAMAN SENDIRI DI SABAH
Selamat Tahun Baru 2014, semua! Apa azam anda untuk tahun baru ini? Harap azam yang dicitakan akan dapat dilaksanakan dalam tahun ini juga, okay.
Saya belum membuka firma guaman atau bekerja di mana-mana firma guaman di Sabah. Namun, saya bercita-cita untuk membuka sebuah firma guaman sendiri pada masa depan, mungkin juga dalam masa terdekat.
Dalam masa yang sama, saya sebenarnya tiada pengalaman berniaga, apatah lagi mempunyai firma guaman. Keluarga juga tiada pengalaman sedemikian, kecuali emak saya dulu pernah berniaga kedai runcit semasa kami masih kecil. Arwah datuk juga semasa hayatnya menjalankan perniagaan runcit dan rumah sewa. Hanya itu pengalaman perniagaan dalam keluarga kami. Selain itu, kami semua bekerja dengan kerajaan.
Jadi mungkin ia langkah terbesar yang saya pernah ambil dalam hidup jikalau impian ini dijadikan kenyataan.
Kredit Gambar |
Hakikatnya, sejak beberapa minggu ini saya sering mencari bahan dari internet terutamanya pengalaman-pengalaman mereka yang berniaga perkhidmatan guaman ini. Namun, hasilnya tidak begitu menyebelahi saya. Hinggalah akhirnya saya menemui laman ini. Klik di SINI.
Sungguhpun apa yang penulis katakan itu adalah dari perspektif beliau di Semenanjung, namun ia juga secara tidak langsung terpakai bagi Sabah dan Sarawak. Langkah-langkah yang beliau tuliskan adalah baik dan teratur serta nampak menyakinkan untuk menubuhkan sebuah firma guaman kecilan yang boleh berjaya satu hari kelak.
Oleh kerana itu, saya dengan ini memperturunkan semula tulisan beliau dengan beberapa modifikasi yang difikirkan sesuai dengan impian saya untuk bergerak solo dalam bidang ini. Berikut langkah-langkah atau panduan yang perlu dilakukan:
1. Membuat keputusan samada untuk bergerak solo atau secara perkongsian (partnership). Pastikan juga sijil amalan guaman anda belum tamat tempoh sahlaku, dan jika sudah tamat, anda perlu memperbaharuinya terlebih dahulu.
2. Perkongsian? Jika bergerak secara perkongsian, anda wajib mengadakan satu perjanjian bertulis sesama sendiri. Ini demi perlindungan anda juga sendiri pada masa hadapan. Carilah rakan kongsi yang anda boleh percayai.
3. Solo? Jika bergerak secara solo, tiada masalah. Cuma, anda perlu mempunyai back-up dari segi kewangan yang baik, iaitu sekurang-kurangnya mempunyai prestasi kewangan untuk 6 bulan dari jumlah perbelanjaan anda sekarang.
4. Lokasi. Tentukan di mana lokasi firma anda. Adalah dimaklumkan bahawa tidak terdapat larangan untuk mana-mana peguam beramal atau membuka firma guaman mereka di rumah. Ya, ia tidak menjadi satu kesalahan selagi mana kebenaran diberikan oleh Persatuan Peguam Sabah (Sabah Law Association - SLA) atau untuk di Semenanjung Malaysia, Bar Council. Dalam situasi aku, memandangkan aku ingin bergerak secara solo dan ingin menghabiskan masa bersama keluarga, aku ingin memulakannya dari rumah sahaja terlebih dahulu.
5. Menulis surat kebenaran untuk memulakan amalan (commencement of practice) kepada SLA. Di dalam surat tersebut perlu dinyatakan cadangan nama firma guaman, nama-nama pekongsi (jika ada) dan alamat premis firma guaman berkenaan serta tarikh memulakan perkhidmatan. Tunggu sehingga pihak SLA membalas surat anda untuk langkah berikutnya.
6. Cop atau rubber stamp. Selepas mendapat balasan surat dari SLA, anda kini boleh membuat rubber stamp atau cop firma guaman sendiri yang mengandungi nama dan alamat firma guaman anda.
7. Talian telefon, internet dan faksimili. Anda boleh memohon talian telefon, faksimili dan internet. Perlu diingat bahawa amalan di Sabah ialah penggunaan sistem e-filing secara meluas, maka talian internet adalah sangat penting.
8. Komputer dan tablet. Apalah guna talian internet jika tiada komputernya, betul tidak? Belilah satu desktop yang baik dengan spesifikasi terkini dengan dilengkapi oleh software yang wajib iaitu Microsoft Office (Word, Powerpoint, Excel) memandangkan kebanyakan masa anda gunakan ialah di hadapan komputer bagi membuat kertas kerja, hujahan, malah mengeluarkan bil anda. Untuk lebih portability, anda juga memerlukan sebuah laptop dan/atau sebuah tablet seperti Ipad dan sebagainya.
9. Printer, scanner, photocopier. Dan dengan itu, anda juga memerlukan sebuah pencetak (printer) dan mesin pengimbas (scanner) serta pendua (photostat atau Melayunya fotokopi). Pada masa ini banyak jenama yang mengeluarkan All-in-One seperti Canon, Fujixerox, Epson dan sebagainya.
10. Insurans. Anda juga perlu mendapatkan perlindungan insurans profesional. Manalah tahu jika terdapat kecuaian amalan di masa hadapan, jadi anda dilindungi.
11. Akaun semasa. Anda perlu membuka dua akaun bank iaitu akaun pejabat dan akaun pelanggan (akaun semasa). Ini juga adalah penting kerana penyata akaun perlu diaudit setiap tahun sebelum anda layak memperbaharui sijil amalan guaman.
12. Cukai. Memohon lesen cukai perkhidmatan dari pihak Kastam DiRaja Malaysia. Ini juga adalah penting kerana perkhidmatan guaman adalah tertakluk kepada Akta Cukai Perkhidmatan 1975 (Akta 151).
13. Letterhead, business card. Anda bolehlah membuat kepala surat dan kad business. Jika anda seorang yang kreatif, anda juga boleh mereka logo firma guaman anda atau jika tidak, boleh mengupah mana-mana designer untuk membuatnya. Walau bagaimanapun, logo hanya optional sahaja, tidak penting sangat pun.
14. Stationeries. Membeli peralatan pejabat yang penting, seperti kertas A4, binding machine, comb binding, stapler, punch, tali hijau, pen, pensil dan sebagainya. Jangan juga dilupa untuk membeli sampul surat dan lebih baik jika sampul surat itu anda customize dengan mengandungi nama dan alamat firma guaman anda.
15. Accounting. Anda perlu pengurusan akaun. Seperti yang saya nyatakan di perenggan 10 tadi, anda perlu mempunyai pengurusan akaun yang baik. Dalam hal ini, anda boleh melakukannya sendiri dengan mengupah mana-mana akauntan profesional atau mungkin juga melakukannya sendiri dengan bantuan software-software perakaunan yang terdapat di internet dan sebagainya. Namun, adalah lebih baik untuk mengupah seorang akauntan kerana ia lebih teratur dan anda juga perlu pengesahan seorang akauntan di akhir tahun semasa menghantar penyata akaun anda untuk memperbaharui sijil amalan guaman.
16. Client. Walau sekecil atau sebesar mana firma guaman anda, anda perlu mempunyai klien untuk mengamalkan undang-undang kerana mereka adalah nadi firma anda. Tanpa klien, anda juga tiada sumber pendapatan. Dan perlu juga diingat anda tidak boleh menjadi 'kutu' atau 'tonto' untuk mendapatkan pelanggan. Maka, anda harus kreatif dengan mengukuhkan hubungan perniagaan (business contact) anda dengan pelbagai lapisan masyarakat, bersesuaian dengan bidang amalan guaman anda.
17. Business plan. Akhir sekali, pelan perniagaan anda. Ia perlu ada sebagai garis panduan anda mengemudi firma guaman agar lebih berjaya. Tiada bezanya dengan perniagaan yang lain, maka anda harus ada business plan ini. Dan seboleh mungkin untuk terus mengikut atau berpaksi kepada pelan yang telah anda rangka sendiri. Jika tidak berpuas hati, boleh merangka pelan baharu pula. Fleksibiliti adalah kata kunci di sini.
18. Domain and website. Last but not least, memandangkan pada masa ini peguam dibenarkan untuk membuat laman web sendiri, dan sebagai satu strategi pemasaran yang baik, anda wajar menimbangkan untuk mendaftarkan domain sendiri dan membuat laman web firma guaman anda. Banyak contoh yang terdapat di internet, seperti di SINI, SINI (simple betul laman ini!) dan SINI. Jika ada duit lebih, anda boleh mengupah designer profesional agar laman web anda kelihatan segar dan cantik.
Dengan strategi yang betul dan pengalaman yang ada, insya Allah apa yang kita lakukan akan membuahkan hasil jua. Ditambah juga dengan disiplin serta pengurusan yang cekap, insya Allah kita mungkin akan lebih berjaya di masa hadapan. Apa yang penting adalah usaha yang gigih dan berterusan serta tidak mudah mengalah dan mahu untuk terus berjaya. Lebih penting lagi ialah bidang perundangan mempunyai banyak cabang yang luas, terpulang kepada kita di mana bidang yang ingin kita ceburi. Usaha dan pembelajaran berterusan akan memastikan kita sentiasa up to date dalam bidang yang sentiasa bergerak tumbuh dari sehari ke sehari ini.
Dan bukankah ada pepatah menyatakan bahawa 9 dari 10 pintu rezeki itu ialah dengan berniaga?
Selamat membuka firma guaman anda!
Halo Semua, nama saya Rida Yahya, saya ingin berkongsi kesaksian hebat ini di platform ini supaya semua pencari pinjaman berhati-hati dengan pemberi pinjaman di internet
BalasPadamSetelah beberapa lama berusaha mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan, dan terus ditolak, saya memutuskan untuk memohon pinjaman secara dalam talian tetapi saya ditipu dan kehilangan Rp. 14.4 juta, dari seorang lelaki di tempat yang tidak diketahui.
Saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman, jadi saya berbincang dengan rakan saya yang kemudian memperkenalkan saya kepada Asmara Hasan, jadi rakan saya meminta saya memproses pinjaman saya dengan Asmara Hasan. Oleh itu, saya menghubungi Miss Asmara melalui e-mel: (asmarahasanloancompany@gmail.com) dan juga di WhatsApp: +1 (802) 695-0723
Saya memohon pinjaman sebanyak Rp. 380 juta dengan faedah 2%, jadi pinjaman dapat disetujui dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dilakukan dengan pemindahan kredit, kerana tidak memerlukan cagaran dan jaminan untuk pemindahan pinjaman, saya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen untuk pemindahan kredit saya dan dalam masa kurang dari 4 setengah jam, wang pinjaman saya telah dikreditkan ke akaun bank saya.
Saya menganggapnya sebagai gurauan sehingga saya mendapat pemberitahuan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan sebanyak Rp. 380 juta. Saya sangat gembira kerana akhirnya Tuhan menjawab doa saya dan Dia telah mengabulkan keinginan hati saya.
Semoga Tuhan memberkati Cik Asmara Hasan yang telah membantu memberikan kehidupan yang bebas daripada tekanan kewangan bagi saya, oleh itu saya mencadangkan agar sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan pinjaman boleh menghubungi Miss Asmara melalui e-mel: (asmarahasanloancompany@gmail.com)
atau melalui
WA: +1 (802) 695-0723 untuk pinjaman anda
Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana meluangkan masa untuk membaca kesaksian hidup saya yang sebenar mengenai kejayaan saya dan saya berdoa kepada Tuhan untuk melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda. Anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lebih lanjut melalui e-mel saya: (ridayahya1234@gmail.com)
Salam