MEMBUKA FIRMA GUAMAN SENDIRI DI SABAH

Selamat Tahun Baru 2014, semua! Apa azam anda untuk tahun baru ini? Harap azam yang dicitakan akan dapat dilaksanakan dalam tahun ini juga, okay. Saya belum membuka firma guaman atau bekerja di mana-mana firma guaman di Sabah. Namun, saya bercita-cita untuk membuka sebuah firma guaman sendiri pada masa depan, mungkin juga dalam masa terdekat. Dalam masa yang sama, saya sebenarnya tiada pengalaman berniaga, apatah lagi mempunyai firma guaman. Keluarga juga tiada pengalaman sedemikian, kecuali emak saya dulu pernah berniaga kedai runcit semasa kami masih kecil. Arwah datuk juga semasa hayatnya menjalankan perniagaan runcit dan rumah sewa. Hanya itu pengalaman perniagaan dalam keluarga kami. Selain itu, kami semua bekerja dengan kerajaan. Jadi mungkin ia langkah terbesar yang saya pernah ambil dalam hidup jikalau impian ini dijadikan kenyataan. Kredit Gambar Hakikatnya, sejak beberapa minggu ini saya sering mencari bahan dari internet terutamanya pengalaman-pengalaman ...