Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2021

MENGKOMPOUN KESALAHAN JENAYAH (BHGN 1)

Imej
Assalamualaikum, Hari ini kita akan bincang tentang kes jenayah yang boleh dikompoun. Anda pernah dengar perkataan 'kompoun'? Biasa kita tahu kes-kes saman seperti saman trafik, JPJ, Lembaga Hasil Dalam Negeri (hmm.. borang BE belum isi lagi ni!😅) dan lain-lain boleh dikompoun atau ditawarkan untuk bayar kompoun. Dan tawaran kompoun ini sememangnya agak rendah berbanding dari hukuman asal yang boleh dikenakan ke atas kesalahan tersebut. Sebagai contoh, kesalahan meletak kenderaan di kawasan yang dilarang, apabila saman dikeluarkan, polis trafik akan menawarkan kompoun seperti RM70, RM150 atau lain-lain nilai, yang mana sekiranya kes ini didakwa di Mahkamah boleh dijatuhkan hukuman denda sehingga RM2,000. Mana lebih berbaloi, bayar RM150 di kaunter balai trafik atau kena turun naik Mahkamah dan berdepan dengan hukuman denda sehingga RM2,000? Dalam hal kompoun kesalahan ini, ada beberapa jenis kes jenayah juga yang boleh dikenakan atau ditawarkan kompoun. Perkara ini dikhususkan

UGUT IBU SENDIRI

Imej
Assalamualaikum, Hari ini saya menyaksikan seorang tahanan yang dituduh mengugut ibu dan adik tirinya dengan parang dan mengeluarkan kata-kata yang mengancam mereka berdua. Sumber gambar di SINI . Kandungan berita ini tiada kaitan dengan kes ini.   Pertuduhan di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan. Pada awalnya tertuduh ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu. Namun, selepas 6 bulan ditahan reman di penjara kerana tidak dijamin oleh sesiapa, ditambah pula dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan, akhirnya tertuduh memilih untuk menukar pengakuan kepada bersalah.  Hari ini sepatutnya ialah tarikh pengurusan kes. Berikut situasi dalam Mahkamah Terbuka. Majistret: Kenapa kamu tukar pengakuan? OKT: Memang saya yang salah, Yang Arif. Saya sudah insaf. Majistret: Baiklah. Pertuduhan dibacakan semula kepada tertuduh. Selepas pertuduhan dibacakan kepada tertuduh, dia terus mengaku salah. Kesan dan akibat daripada pengakuannya juga telah diterangkan dan dia tetap memilih untuk mengaku be