MENGKOMPOUN KESALAHAN JENAYAH (BHGN 1)

Assalamualaikum,

Hari ini kita akan bincang tentang kes jenayah yang boleh dikompoun. Anda pernah dengar perkataan 'kompoun'?

Biasa kita tahu kes-kes saman seperti saman trafik, JPJ, Lembaga Hasil Dalam Negeri (hmm.. borang BE belum isi lagi ni!😅) dan lain-lain boleh dikompoun atau ditawarkan untuk bayar kompoun. Dan tawaran kompoun ini sememangnya agak rendah berbanding dari hukuman asal yang boleh dikenakan ke atas kesalahan tersebut.

Sebagai contoh, kesalahan meletak kenderaan di kawasan yang dilarang, apabila saman dikeluarkan, polis trafik akan menawarkan kompoun seperti RM70, RM150 atau lain-lain nilai, yang mana sekiranya kes ini didakwa di Mahkamah boleh dijatuhkan hukuman denda sehingga RM2,000. Mana lebih berbaloi, bayar RM150 di kaunter balai trafik atau kena turun naik Mahkamah dan berdepan dengan hukuman denda sehingga RM2,000?

Dalam hal kompoun kesalahan ini, ada beberapa jenis kes jenayah juga yang boleh dikenakan atau ditawarkan kompoun. Perkara ini dikhususkan di bawah Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

Seksyen 260 CPC menyatakan bahawa:

 


Secara ringkasnya, seksyen 260 CPC ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Kedua-dua bahagian A dan B ini dinyatakan dalam bentuk jadual seperti di bawah:

 

Maaf, kualiti gambar agak kurang memuaskan.

 

Hanya kesalahan dalam Kanun Keseksaan (KK) yang dinyatakan di dalam kedua-dua bahagian ini sahaja yang boleh dan layak untuk dikompoun. Selain daripada kesalahan-kesalahan itu, tiada kesalahan lain yang boleh dikompoun.

Untuk Bahagian A, jikalau tiada pendakwaan dibuat di Mahkamah ke atas Tertuduh, kesalahan itu boleh dikompoun oleh orang yang yang disebutkan diruangan ketiga. Ini bermaksud, orang yang terkilan atau terkesan atau ringkasnya "mangsa" dalam kes jenayah seperti dalam Bahagian A ruangan ketiga itu boleh menawarkan kompoun kepada Tertuduh sungguhpun kes belum didakwa di Mahkamah. Hakikatnya, ini sangat jarang berlaku. Kenapa? Kerana biasanya Tertuduh tidak akan mahu memenuhi kehendak "mangsa" sehinggalah kes dibawa ke Mahkamah.

Apabila Tertuduh didakwa di Mahkamah, masih bolehkah lagi tawarkan kompoun ini? Boleh, tuan puan. "Mangsa" atau orang yang disebutkan dalam ruangan ketiga Bahagian A tadi masih boleh menawarkan kompoun kepada Tertuduh selagi kes masih belum diputuskan atau kes belum habis dibicarakan oleh Mahkamah. Tetapi, tawaran kompoun ini mestilah dengan izin atau kebenaran Mahkamah kerana ia mempunyai kesan langsung kepada Tertuduh kelak. Bermakna, Tertuduh dan mangsa tidak boleh masing-masing deal di luar untuk selesaikan kes melalui kompoun tanpa pengetahuan atau kebenaran Mahkamah.

Apakah kesan langsung ke atas Tertuduh jikalau kes dikompoun selepas dia didakwa di Mahkamah? Apabila Mahkamah membenarkan kes dikompoun, iaitu mangsa atau pengadu tadi bersetuju untuk menyelesaikan kes melalui tawaran kompoun, maka Tertuduh tadi akan diperintah untuk dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan itu. Ini bermaksud, mangsa atau pengadu tadi secara tidak langsung telah memaafkan Tertuduh dan menerima sejumlah wang sebagai kompoun untuk kes itu dan dengan itu, tiada lagi sebarang pertuduhan yang boleh dikenakan ke atas Tertuduh atas kesalahan itu. Maka, sewajarnya Tertuduh diperintah untuk dilepas dan dibebaskan.

Bagaimana pula dengan Bahagian B? Untuk Bahagian B pula berdasarkan Seksyen 260 (2) CPC, ini bermaksud kes itu telah didakwa di Mahkamah dan orang yang tercedera itu boleh menawarkan kompoun kepada Tertuduh dan dengan persetujuan Mahkamah, selagi mana kes itu masih belum selesai dibicarakan atau diputuskan oleh Mahkamah. Bahagian B ini hanya mempunyai 4 jenis kesalahan yang melibatkan kecederaan dan cedera parah, iaitu Seksyen 325 KK, Seksyen 335 KK, Seksyen 337 KK dan Seksyen 338 KK.

Oh ya, sebelum terlupa, kompoun ini boleh saja dalam bentuk wang atau permohonan maaf atau apa jua yang boleh ditawarkan dan diterima atas persetujuan kedua-dua pihak. Cuma, dalam hal kebiasaan, mangsa akan meminta bayaran kompoun dalam bentuk wang. Dan bayaran ini hendaklah dibayar oleh Tertuduh atau ahli keluarga atau wakilnya kepada mangsa atau pengadu kes (tertakluk kepada ruangan ketiga Bahagian A atau 'orang yang tercedera' untuk Bahagian B) dan bukannya dibayar kepada Mahkamah atau kepada pihak polis atau kepada kerajaan. Ia dibayar terus kepada mangsa. Sama juga sekiranya mangsa bersetuju untuk kes dikompoun dengan hanya permohonan maaf daripada Tertuduh, maka Tertuduh hendaklah menyatakan permohonan maaf itu kepada mangsa dengan syarat yang mereka persetujui, contohnya permohonan maaf secara terbuka, disiarkan dalam akhbar dan sebagainya. Tidak semestinyalah kompoun itu hanya dalam bentuk wang ringgit.

Dan nilai kompoun ini tidak dinyatakan di dalam Seksyen 260 CPC. Ini kerana ia adalah atas persetujuan kedua-dua pihak dan mana-mana pihak lain termasuklah Mahkamah atau pihak polis tidak boleh campur tangan dalam hal nilai kompoun ini. Ia mesti dipersetujui oleh kedua-dua pihak, tanpa mengambil kira jumlah hukuman yang boleh dikenakan ke atas kesalahan itu. 

Untuk lebih mudah faham tentang mengkompoun kesalahan ini saya akan buat satu senario mudah.

Insya Allah dalam bahagian 2 kelak. Cukup setakat itu saja dulu.

Wallahu a'lam.


Ulasan

  1. A'kum dan salam sejahtera,sy mohon maklun balas dr pihak tuan/puan berikutan esok,1.6.2021 sy telah dijemput atas urusan pendaftaran kes,waktu perjanjian adalah sekitar 930a.m till 1000an..itulah alasan dan sebabnya saya harap dan pohon jasa baik dr pihak tuan/puan dgn kadar yg segera. Pertama kali,sy akan buat pengenalan diri terlebih dahulu. Nama saya Mohd Hizami Bin Hj Yaacob. I/c :860612025015. Sy bukan sempurna/cacat kerana terlibat dlm satu kemalangan jln raya sewaktu sy otw ke pejababat iaitu di PUCHONG dan sy tinggal bersama bekas isteri Farah Ruzanna Bt Mat Safian,dia seorang jururawat di HKL bahagian ICU Pediatric. Anak sulong sy bernama Fath Kareef Bin Mohd Hizami(mykid: 110929140975),adiknye pulak bernama Fathia Kayla Bt Mohd Hizami(mykid: 160422140138). Sy lumpuh separuh bdn+brain damaged dengan hanya dengan adanya setitis darah beku ada dibahagian otak. Sy menungang motorsikal bernama/brand WAZE dgn number pendaftaran TBA 2377. Syarikat yg sy berkhidmat,JAKS SDN BHD,KOD D52.Akibat dr kemalangan,insan yg sy paling syg tinggakkan sy hnya kerana sy cacat. Tatkala sy tulis ini komen,sy xmampu utk hentikan air mata.enough bout me..its about the case that im going to submit report di mahkamah alor star,bahagian siviĺ. Ada sath individu hg bernama Syed,sy mohon bantuan untuk urusan bawa sy ke saloon utk gunting rambut,klinik utk ambil ubat krim alahan kerana sy mmg punyai penyakit alaban yg dinamakan "ekzema". Untuk setiap bantuan,sy 100% tanggun mkn minum dia dan kekasihnya berserta rm10-rm15 bayaran ikhlas dr sy dan pnh dia mtk pinjaman rm80 dan sy bg with immediate effect kerna sy syg dia sbgai seorang ADIK.sumpah atas nama Allah,tidak pernah sekali pon sy gagal berbuat utk setiap pkataan yg sy mentioned.Sy pernah belikan toileteries untuk syed and even pnh sekali,dia mtk tlg utuk belikan pad merana tiba2 period. Itu pon sy bantu,kata dia yg dia akn byr semula,tp till now sesen pon sy xterima. Ini kes yg sebenarnya niat sy cuba tuk mtk pendapat tuan/puan. Segala cerita ttg sy sepertimana yg sy ceritakan.sy tidak lg bekerja kerana faktor kesihatan. Pada suatu hari iaitu pada 1.1.2021,jam 12.59pm,kekasih Syed whatapps pd sy untuk mintak bantuan sbyk 800 untuk beli sebuah motosikal kawasaki/kr150b bernumber pendaftaran WĎD353. Sewaktu mohon bantuan,dia siap berjanji utk serahkn moto+geran,dksebabkn pcy dan syg sbgai seorang abg kpd adik,sy buat online transfer dan punyai bukti yg sy telah deposit rm880 ke dlm acc BSN SYED AMIR ZULHAKIM BIN SHAH.TARIKH DEPOSIT ADALAH PD 1.1.2021 at 19:13:33pm. Sy punya bukti perbuan/permohonan pinjaman duit,tetapi up to day,sy cuma terima bayaran hnga rm100. Balance RM780 tetap sy akan tuntut. MAAF JIKA BAHSA YG SY AMAN GUNAL
    PAKAI INI KURANG AJAR/SOPAN DAN TIDAK SESUAI UTK SY TULIS DI SINI,both of them can be called as an animal which worsed than a genuine pig. Lelakì bernama SYED AMIR ZULHAKIM B SHAH & perempuan pulak hnya nama DEKNA.TINGGAL DI SIMPANG EMPAT.bukti sy miliki,A-Z/100% documents sy miliki.jd adakah wajar utk sy pergi utk buat pendaftaran? Adakah motorsikaĺ
    tersebut akn disita?once fully paid rm780 baru rease moto kembali. AS FYI,kes ini akn mlibatkan pihak/inividu tambaban..owner moto sblm ini,ZURAIDI BIN KAMAT beramat di NO19H PESADA DAMAI,ALAM MILINIA,71760 BANDAR BARY ENSTEK NEGERI SEMBILAN.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH