UGUT IBU SENDIRI

Assalamualaikum,

Hari ini saya menyaksikan seorang tahanan yang dituduh mengugut ibu dan adik tirinya dengan parang dan mengeluarkan kata-kata yang mengancam mereka berdua.

Sumber gambar di SINI. Kandungan berita ini tiada kaitan dengan kes ini.
 

Pertuduhan di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Pada awalnya tertuduh ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu. Namun, selepas 6 bulan ditahan reman di penjara kerana tidak dijamin oleh sesiapa, ditambah pula dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan, akhirnya tertuduh memilih untuk menukar pengakuan kepada bersalah. 

Hari ini sepatutnya ialah tarikh pengurusan kes.

Berikut situasi dalam Mahkamah Terbuka.

Majistret: Kenapa kamu tukar pengakuan?

OKT: Memang saya yang salah, Yang Arif. Saya sudah insaf.

Majistret: Baiklah. Pertuduhan dibacakan semula kepada tertuduh.

Selepas pertuduhan dibacakan kepada tertuduh, dia terus mengaku salah. Kesan dan akibat daripada pengakuannya juga telah diterangkan dan dia tetap memilih untuk mengaku bersalah.

Selepas fakta kes dibacakan dan semua dokumen berkaitan dikemukakan kepada Mahkamah oleh pegawai pendakwa dan diakui oleh tertuduh, tertuduh diberikan peluang untuk membuat rayuan mitigasi.

OKT: Saya merayu agar hukuman saya dapat diringankan, saya berjanji selepas ini akan menjaga mulut dan kelakuan saya untuk tidak ulangi lagi kesalahan sebegini. Saya janji akan berubah selepas ini. Saya tahu saya salah dalam hal ini. Itu saja.

Pegawai Pendakwa: Kami mohon agar hukuman setimpal dijatuhkan sebagai pengajaran dan peringatan kepada tertuduh agar tidak sesekali lagi mengulangi kesalahan ini.

Majistret: Adakah ini kesalahan pertama kamu?

OKT: Ya, Yang Arif.

Majistret: Berapa lama kamu kena tahan reman?

OKT: Sudah hampir 6 bulan, Yang Arif.

Majistret: Apa perasaan kamu ditahan sepanjang COVID? Kamu ada dijangkiti COVID?

OKT: Alhamdulillah, saya tidak ada dijangkiti, Yang Arif. Di dalam penjara saya banyak belajar, ada solat juga.

Majistret: Baiklah. Polan bin Polan, atas pengakuan salah kamu sendiri maka kamu didapati bersalah dan disabitkan sepertimana yang dipertuduhkan di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan. Saya telah menimbangkan pengakuan bersalah kamu serta rayuan dikemukakan, fakta kes ini dan juga kepentingan awam dan saya ingin menambah sedikit sebelum menjatuhkan hukuman. Kalau cerita bab ibu ini, saya amat sensitif kerana kamu sepatutnya rasa beruntung dapat tinggal bersama ibu kamu, duduk dekat dan nampak ibu kamu setiap hari. Saya dan ramai lagi orang lain tiada peluang sebegitu, saya duduk jauh dari ibu saya. Jadi kamu sepatutnya rasa bersyukur dan menjaga ibu dan adik tiri kamu dengan baik dan melindungi mereka. Jangan ulangi lagi kesalahan sebegini. Kalau kamu rasa tidak boleh kawal kemarahan, keluar sebentar daripada rumah dan cari ketenangan dulu, bila sudah rasa tenang baru balik rumah. Jadikan tempoh kamu ditahan reman sebagai ingatan untuk kamu tidak ulangi lagi kesalahan begini, ya.

OKT: Baik, Yang Arif.

Majistret: Hukuman ini dijatuhkan sebagai pengajaran dan peringatan ke atas kamu dan orang lain di luar sana untuk tidak mengeluarkan kata-kata ugutan sehingga mengancam orang lain. Mahkamah juga telah mengambil kira tempoh kamu ditahan reman dan pengakuan bersalah kamu telah menjimatkan masa Mahkamah, maka kamu layak mendapat diskaun hukuman. Atas sebab itu kamu dijatuhkan hukuman penjara selama 7 bulan dari tarikh kamu ditangkap.

OKT: Terima kasih, Yang Arif.

Majistret: Mahkamah ditangguhkan.

Wassalam.

Ulasan

  1. Tuan/puan boleh bagi tau ada peguam pakar dalam kes 326 area kuala lumpur dan hae

    BalasPadam
  2. Salam,boleh bertanya,saya kena bicara KES sekyen 324/323 pasal gaduh suami isteri..ceritanya saya dgn tidak sengaja melepaskan kemarahan dengan memukul batang vikkum ke dinding dgn tidak sengaja batang vikkum pecah kena isteri saya Tanpa sengaja,and saya menampar Dan menumbuk peha,lengan isteri Tanpa Sedar mengakibatkan lebam,isteri saya bt report palsu saya memukulnya dengan besi PADA lebam2 dekat badan dia,padahal saya tak bt pun dengan besi,ceritanya isteri saya selalu menuduh saya main dengan isteri org,dengan janda,padahal saya bt kerja saya sbagai Teknisen aircond,slama 10thun anak 3org slama kahwin,nielah first KES saya Tanpa sgaja mncederakannya...adakah kemungkinan saya boleh dipenjara..isteri and family xnak tarik KES and dendam nak sumbat saya DLM penjara..sblom nie saya tak mengaku selepas keluar lokap and dijamin aritu...saya tiada duit untuk pasang peguam,adakah perlu saya pertahankan dgn jgn mengaku

    BalasPadam
  3. tuan nak tanya ada orang kes dadah dah naik mahkamah .tp hakim tk ada ckp apa kesalahan lepas tu dia direman lagi 1bln.biasa kes mcm ini mcm mana ya?.bolekah kes ini di ikat jamin.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN