JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH
Assalamualaikum,
Daripada komen dan emel yang diterima daripada para pembaca, nampaknya masih ramai yang keliru antara wang jaminan dengan bayaran denda.
Sumber gambar di SINI |
Saya cuba jelaskan dalam perkataan yang paling ringkas seperti berikut:
JAMINAN MAHKAMAH
- Dibayar di Mahkamah oleh penjamin.
- Sebagai cagaran untuk bebaskan OKT dari ditahan di penjara sementara menunggu kes selesai.
- Bayaran dibuat sekali sahaja di kaunter Mahkamah atau melalui kaedah sijil simpanan tetap (fixed deposit) di bank.
- Wang jaminan akan dikembalikan selepas kes selesai kepada pemiliknya (selalunya penama penjamin pertama).
- Tanggungjawab penjamin adalah memastikan OKT hadir ke Mahkamah pada setiap tarikh sebutan/perbicaraan.
- Kegagalan menunaikan tanggungjawab tersebut penjamin boleh diarahkan untuk memberikan tunjuk sebab kepada Mahkamah mengapa wang jaminan tidak dilucutkan/dirampas.
- Jika Mahkamah tidak berpuas hati dengan penjelasan penjamin, Mahkamah boleh merampas/melucutkan wang jaminan keseluruhan atau sebahagian. Jikalau rampas keseluruhan, wang jaminan tidak akan dikembalikan. Jikalau rampas sebahagian, baki yang tidak dirampas akan dikembalikan kepada penjamin.
- Jaminan boleh dibuat pada bila-bila masa selepas diperintahkan oleh Mahkamah. Contoh, pada 1.1.2019, Mahkamah perintahkan OKT dijamin RM10,000 dengan 1 orang penjamin. Pada hari itu penjamin OKT tidak mempunyai wang yang cukup. Kes ditetapkan untuk sebutan pada 2.2.2019. Sepanjang tempoh 1.1.2019 hingga kes selesai, penjamin boleh memberikan jaminan kepada OKT dengan memaklumkan kepada Mahkamah pada bila-bila masa dengan syarat semua syarat yang ditetapkan Mahkamah telah dipenuhi.
- Tuntutan bayaran balik wang jaminan hanya boleh dibuat oleh penjamin sahaja dan apabila kes disahkan telah selesai oleh Mahkamah sahaja.
DENDA MAHKAMAH
- Ia adalah perintah hukuman ke atas OKT.
- OKT atau keluarga atau sesiapa jua yang diamanahkan oleh OKT wajib membayarnya di kaunter Mahkamah seperti yang diperintahkan.
- Sekiranya gagal membayar denda, akan dipenjarakan mengikut tempoh yang diperintahkan oleh Mahkamah. Contoh "OKT dijatuhkan hukuman denda RM5,000 gagal bayar 5 bulan penjara." Apabila OKT gagal membayar denda pada hari hukuman itu dijatuhkan maka dia akan dihantar ke penjara sehingga denda tersebut dijelaskan.
- Bayaran denda boleh dibuat pada bila-bila masa, bermaksud mengambil contoh di atas "gagal bayar 5 bulan penjara", maka denda bolehlah dijelaskan walaupun OKT sudah berada di dalam penjara selama 2-3 bulan.
- Dan bayaran akan berkurangan "regressive" sekiranya OKT menjalani hukuman penjara kerana gagal membayar denda itu, maksudnya denda itu akan berkurangan selaras dengan tempoh OKT dalam penjara. Mengambil kira contoh di atas "gagal bayar 5 bulan penjara", jikalau OKT sudah ditahan selama 2 bulan, maka hanya jumlah denda bersamaan baki 3 bulan tersebut sahaja yang perlu dijelaskan. Pengiraan ini akan dibuat oleh pihak penjara atas permohonan pihak Mahkamah.
- Keluarga OKT yang ingin membayar denda bolehlah hadir ke kaunter Mahkamah dan maklumkan ingin membayar denda dan pengiraan di atas akan dibuat oleh pihak penjara dan OKT akan dibawa ke Mahkamah semula bagi urusan bayaran denda, dan selepas resit diperolehi, satu waran akan dikeluarkan bagi melepaskan OKT daripada penjara tersebut.
- Wang bayaran denda tidak akan dipulangkan kerana ia adalah hasil dan milik kerajaan.
Wassalam.
1. Berapakah denda bagi kes seksyen 12(2)
BalasPadam2. Jika pesalah tidak mengaku salah tersebut selama 3 kali perbicaraan d mahkamah dan kali yg ke-4 baru si pesalah mengaku, Adakah hakim akan membuka denda hukuman atau tidak . . .
3. Dan berapakah minimum dan maximum denda kes sekyen 12(2).. .
Terima kasih. .
1. Denda maksimum seksyen 12 (2) ialah RM100,000.
Padam2. Terpulang kepada hakim samada menjatuhkan hukuman denda atau penjara terus.
3. Tiada hukuman minimum. Banyak faktor boleh menjadi penyebab hukuman lebih berat (berat dadah, rekod kesalahan lampau dan sebagainya).
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
BalasPadamSaya bersama (3) org rakan saya telah dituduhkan melupus harta curi (414kk)/(34kk) dan saya bersama kawan minta kes itu dibicarakan. Semasa bicara pada hari keempat saya gagal hadirkan diri kerana tidak sihat (demam dan pening).
Pada malam sebelum bicara saya terasa pening dan demam serta telah makan ubat (panadol) untuk kurangkan sakit.
Pada pagi hari bicara tersebut saya telah terbangun lewat dan masih lagi terasa pening dan demam. Pada masa itu telefon bimbit saya kehabisan bateri. Apabila saya cajkan dan "on"kan semula telefon bimbit saya dapati banyak panggilan masuk oleh kawan saya dan peguam saya. Saya telah hubungi kawan saya dan mereka mengatakan saya telah dikenakan waran tangkap dan arahan majistret minta kawan saya hadir perbicaraan waran tangkap keatas saya dan minta saya bawa penjamin pada 25/11/19.
Kemudiannya saya telah buat pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan (gov) dan doktor tersebut telah beri ubat dan sijil cuti sakit.
Saya ingin bertanyakan beberapa soalan.
1. Adakah alasan saya boleh digunakan di mahkamah?
2. Perlukah saya serah diri di Balai Polis kerana waran tangkap tersebut?
3. Adakah kawan2 saya yg hadir bicara tersebut juga boleh dikenakan tindakan?
4. Adakah saya dan penjamin akan ditangkap setelah mengemukakan sijil cuti sakit dan menggunakan alasan seperti diatas?
5. Adakah bon jaminan akan dirampas atau dinaikkan?
6. Seandainya bon jaminan dinaikkan, bolehkah penjamin tarik jaminan terhadap saya?
7. Adakah kawan saya juga akan ditangkap atas kesalahan saya kerana gagal hadir bicara?
Sekian soalan saya...Terima kasih
Assalammualikum,
PadamPertanyaan mengenai bayaran denda. OKT telah di ikat jamin RM3,000 dan telah dibebaskan. Pada 30/8/21 akan hadir ke mahkamah untuk sebutan kes. Persoalannya adalah
1. Adakah jumlah denga akan ditolak dari duit ikat jamin?
cth: Jamin RM3,000, denda RM1,000, maka RM1,000 akan ditolak dari jumlah ikat jamin?
2. Adakah bayaran denda perlu dibayar serta merta atau deberi tempoh?
3. Denda perlu dibayar secara cash atau ditolah melalui akaun Agro bank semasa membuat ikat jamin?
mohon pencerahan. dan terima kasih atas maklumat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
BalasPadamSaya bersama (3) org rakan saya telah dituduhkan melupus harta curi (414kk)/(34kk) dan saya bersama kawan minta kes itu dibicarakan. Semasa bicara pada hari keempat saya gagal hadirkan diri kerana tidak sihat (demam dan pening).
Pada malam sebelum bicara saya terasa pening dan demam serta telah makan ubat (panadol) untuk kurangkan sakit.
Pada pagi hari bicara tersebut saya telah terbangun lewat dan masih lagi terasa pening dan demam. Pada masa itu telefon bimbit saya kehabisan bateri. Apabila saya cajkan dan "on"kan semula telefon bimbit saya dapati banyak panggilan masuk oleh kawan saya dan peguam saya. Saya telah hubungi kawan saya dan mereka mengatakan saya telah dikenakan waran tangkap dan arahan majistret minta kawan saya hadir perbicaraan waran tangkap keatas saya dan minta saya bawa penjamin pada 25/11/19.
Kemudiannya saya telah buat pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan (gov) dan doktor tersebut telah beri ubat dan sijil cuti sakit.
Saya ingin bertanyakan beberapa soalan.
1. Adakah alasan saya boleh digunakan di mahkamah?
2. Perlukah saya serah diri di Balai Polis kerana waran tangkap tersebut?
3. Adakah kawan2 saya yg hadir bicara tersebut juga boleh dikenakan tindakan?
4. Adakah saya dan penjamin akan ditangkap setelah mengemukakan sijil cuti sakit dan menggunakan alasan seperti diatas?
5. Adakah bon jaminan akan dirampas atau dinaikkan?
6. Seandainya bon jaminan dinaikkan, bolehkah penjamin tarik jaminan terhadap saya?
7. Adakah kawan saya juga akan ditangkap atas kesalahan saya kerana gagal hadir bicara?
Sekian soalan saya...Terima kasih
Hi.Kalau tidak keberatan,boleh jelaskan fungsi atau kegunaan ejamin bagi penjamin yg ingin bayar duit jamin.
BalasPadamBoleh baca posting terbaru ya.
Padamsekiranya dituduh seksyen 12(2) Adb pesalah 4 orang tapi salah seorang dari 4 dituduh benar membuat tapi 3 yang dituduh dibabitkan sekali. saya mintak pencerahan dari guaman
BalasPadamYang sorang boleh mengaku salah. Yang 3 lagi boleh mohon dibicarakan. Jikalau ada peguam atau tahu berkenaan representasi, bolehlah kemukakan kepada pihak pendakwaan untuk pertimbangan.
Padamsekiranya seseorang telah mengaku kepada majikan mengenai pemalsuan resit selama 16 bulan yang dibuatnya, yang melibatkan ratusan ribu ringgit, kerana dia insaf dan telah bertaubat dan berjanji akan memulangkan jumlah wang tersebut pada majikan.
PadamApakah kesalahan yang boleh disabitkan kepada pesalah tersebut?
Berapa denda yg perlu di bayar seksyen 12(2)adb??
BalasPadamIkut keputusan Mahkamah. Denda tiada had minimum dan sehingga RM100,000 maksimum.
PadamKalau buat rayuan paling kurang berapa ya mohom infonya makasih
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamHye..
BalasPadamSy nak bertanya,klau andaikata OKT sudah d'knakan printah hkuman denda rm1000 dan penjara 1 bulan ats seksyen 29(1) bg akta kslhn kcil 1995&gagal byar denda dan slps itu d'hntr ke penjara utk jlani hkuman shingga tempoh sebulan tamat&trus dduk dlm dan pd msa sma andaikata slps 5hari sudah berada dalam pnjara&kmudian ada pihak keluarga dtg ke kaunter mahkamah utk byar denda jd adakah pihak mahkamah atau pihak penjara menggunakan budi bicara untuk kurangkan denda tersbut.
Sekian,Terima Kasih
Hi. Boleh update apa jadi dengan kes ini? Ya, sepatutnya bayaran denda telah berkurang selepas mengambil kira tempoh duduk dalam penjara.
Padamhye..salam sejahtera.
PadamUtk mkluman,kes nie sudah slsai&byran telah d'jelaskan.
Assalamualaikum. Saya Nak Tanya, saksyen (15) Brapa denda? Boleh buat rayuan? Sekiranya kes diringankan, brapakah jumlah bayaran denda yang dikenakan? Apakah yg patut saya katakan pada hakim agar dpt meringankan kes saya? Terima kasih, bakal pegum.
BalasPadamWaalaikumussalam. Boleh tuan update apa jadi kes tuan ini? Denda maksimum ialah RM5000. Jika rayuan mantap, boleh dapat kurang antara RM1,000 hingga RM2,000. Malah kurang daripada itu pun boleh.
PadamSalam nak tanya biase berapa lama mase diambil utk byrn denda semua, utk okt dilepaskan ye?
BalasPadamApabila denda dibayar dan resit mahkamah telah dikeluarkan, OKT mesti dilepaskan dengan serta merta.
PadamPerihal bayaran denda bg 2021 adakah masih dibuat di kaunter atau secara online bank in?
BalasPadamBayaran denda masih perlu dibuat di kaunter mahkamah.
PadamAsalamulaikom. Saya nak bertanya. Jika tertuduh di jatuhkan bayar denda rm1000. Adakah denda itu boleh di tolak oleh wang jaminan sebelum ini. Bagaimana cara proses ye. Ada kah tertuduh ditahan dulu, untuk proses tolak duit jamin
BalasPadamWaalaikumussalam. Tidak boleh. Denda hendaklah dibayar menggunakan duit lain. Duit jaminan boleh tuntut kemudian.
Padamkawan saya ditahan atas kes 506kk dan telah bebas dgn jaminan polis sebulan, 11.12.20 kene naik mahkamah biase kes macam ini denda atau penjara??pengadu juga ingin tarik balik kes tapi io tak bagi kerjasama lagi..mohon penjelasan..
BalasPadamSeksyen 506 KK ada 2 cabang, satu ugutan jenayah biasa yang boleh dihukum sehingga 2 tahun penjara, atau denda atau kedua-duanya. Cabang kedua iaitu ugutan jenayah hendak menyebabkan kematian atau cedera parah pula boleh dihukum penjara sehingga 7 tahun, denda atau kedua-duanya. Jikalau pengadu ingin tarik balik kes, dicadangkan untuk hadir sekali pada tarikh sebutan dan jumpa dengan Timbalan Pendakwaraya/Pegawai Pendakwa yang kendalikan kes jika IO tidak mahu bekerjasama.
PadamSalam saya nak tanya mcm mane orang yg buat report yg menambah cerita tipu .... Mcm mane yee nak buat ??? Suami saya bergaduh dgn seorang lelaki ni tetapi dia membuat report yg takde berlaku .... Dia buat report mengatakan isterinya ade disitu sedangkan isterinya dirumah ibubapanya , dgn dia buat report mengata kan yg dia kena ikat laa lepastuh hp dia kena ambil laa dan dia menipu mengatakan dia diugut bunuh jika tak bayor 300 sbb kacau bini org ...... Isu nya ade laa dia dan suami saya bergaduh pasal dia menganggu saya ..... Boleh terangkan tak mcm mane ni
PadamBayar denda mengunakan duit jaminan blh tak maksudnya duit jaminan Tu byr duit denda..andai kata duit hanya duit jaminan Sja yg dharap byar denda
BalasPadamMaaf, setakat saya tahu tidak boleh. Kena sediakan wang lain untuk pembayaran denda dan wang jaminan boleh dituntut semula. Atau, denda juga boleh dibayar sejurus selepas tuntutan wang jaminan dilepaskan.
PadamAsamualaikum .saya ingin bertnya berapa kah dendah kes 12/2 pil kuda sbanyak 5biji.
BalasPadamBrpe kah
Waalaikumussalam. Kes 12 (2) adalah bergantung kepada keputusan analisa Jabatan Kimia, tuan. Bukan mengikut kuantiti barang tersebut.
PadamAdik sy telah disabitkan bersalah Dan didenda sebanyak 4 ribu atau 10 bulan penjara...waktu itu kami tiada duit Dan selepas 2 bulan dia di penjara adakah masih boleh untuk sy membayar denda itu dan dia boleh keluar dari penjara..
BalasPadamDenda boleh dibayar pada bila-bila masa selagi tahanan masih di penjara. Denda itu akan berkurang kerana ditolak hari yang OKT jalani hukuman dalam penjara itu.
PadamKalau jaminan mahkamah RM 1000,denda Akan Dalam 1000 atau lebih?
BalasPadamsalam .. nak tanya , berapa kah denda bagi kesalahan memiliki mata wang asing .. tapi , mata wang tersebut kalau ditukar tidak melebihi rm100 malaysia .. saya tak tahu akta berapa tu .. terima kasih ..
BalasPadamHukuman untuk syeksen 12(3) boleh bg pencerahan terima kasih
BalasPadamHukuman seksyen 12 (3) ADB 1952 ialah denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
PadamSalam ..nak tanya, pasal kes 39,a,1 tempoh OKT kena tahan berapa lama ... contoh kalau
BalasPadamsi penjaminn tidak dapat membuat bayaran jaminan kepada OKT semasa di mahkamah.apa perlu dilakukan oleh si penjamin.
W'salam. Berapa lama OKT ditahan adalah sehingga dia dijamin (jikalau diberi perintah jamin) atau sehingga kes selesai.
PadamTertuduh didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara 22 bulan dan denda telah Rm4000. Pihak pendakwaraya membuat rayuan ke makahmah tinggi meminta hukuman lebih berat terhadap responden. Rayuan pendakwaraya telah berjaya dan responden dikenakan hukuman penjara 36 bulan. Makahmah tinggi ipoh telah membatalkan hukuman penjara 22 bulan dan denda rm4000 dan mengarahkan denda yg dibayar sebanyak rm4000 dikembalikan kepada Responden.
BalasPadamMasalahnya sekarang telah hampir 4 tahun atau lebih kurang 10 bulan responden telah selesai menjalani hukuman responden masih gagal menuntut kembali wang denda rm4000 tersebut. Responden telah beberapa kali pergi ke ke makahmah seksyen dan makahmah tinggi utk menuntut wang tersebut, dan pihak makahmah (bahagian kewangan) masih gagal memberi jawapan mengenai status tuntutan wang tersebut.
Harap pihak tuan dapat membantu
Sila buat aduan melalui laman web kehakiman mengenai perkara ini. Boleh klik link di bawah.
Padamhttp://www.kehakiman.gov.my/en/node/3405
Salam maaf jika keselahan tangkap khalwat denda 3000 atau pnjara 2tahun atau kedua2nya sekali.. mcm mna tuan adakah bayar 3000 lepas tu dipenjara juga tuan mohon penjelasan
BalasPadamakta 12.(2) 0.2gram
BalasPadamjamin 4k. brapa byr denda dn hukuman penjara disabitkan. jika gagal byr denda.dikira tarikh ditangkap atau tarikh selepas jatuh hukum?
Salam ..saya nak tanya...jika seseorg sudah d tangkap...tapi hasil penangkapan tu hanya jumpa ketum...tp denda Smpai 8ribu UTK 2 jnis iaitu ketum dan batu...padahal hanya satu jnis sahaja yg d jumpai iaitu ketum..adakah pihak mahkamah memulangkan semula duit separuh tu?...jaminan keluar kena bayar rm8k...naik mahkamah semula hujung bulan 4 nnty...cuma nak tahu...ada kah duit denda separuh tu di kembalikan ?
BalasPadamsaya di tahan buat kali pertama positif dadah..adakah saya akan di penjarakan atau di denda? adakah denda nya melebihi rm2k?
BalasPadamAdakah kes tuan telah selesai? Selalunya pesalah pertama bagi kes positif dadah adalah denda sahaja.
PadamNi saya nak tanye ...saya ade dalam pertuduhan atas khes seksyen 6 ganja...didenda berapa selalu dapat..ari iru jamin2500 ..dah blh tolok bayar duit itu ke??
BalasPadamTuan
BalasPadamAssalamualaikum seksen 392kk ragut boleh ke hukuman bayar denda saja sbb faktor okt sakit jantung,tekanan darah tinggi, n strok sebelah badan
BalasPadamAdakah dia tetap kena penjara
Waalaikumussalam. Mustahil untuk mendapat hukuman denda saja kerana hukuman diperuntukkan ialah penjara yang boleh sampai 14 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat. Ini bermaksud hukuman penjara adalah wajib.
PadamAssalamualaikum mohon pencerahan
BalasPadamSekiranya orang yg kita jamin,tp bukan jamin bayar duit x hadir bicara ada kah penjamin kena tangkap
Waalaikumussalam. Penjamin tidak kena tangkap. Penjamin hanya akan menerima notis tunjuk sebab mengapa tidak patut membayar wang jaminan yang dinyatakan walaupun hanya jamin 'mulut'. Gagal bayar maka hukuman penjara menanti.
PadamSalam saya nak tnya saya d denda sebanyak 3600 boleh kah saya buat rayuan.... Biasanya brapa kena byar setelah buat rayuan
BalasPadamassalam saya mahu bertanya adakah pelajar ipt boleh dikenakan hukuman penjara jika menghina agong? ada budi bicara dan hanya didenda kah?
BalasPadamasalamualaikum..sy nk tnya..mcm sekarang time sop kan..lps kwn sy orng npli..ad 2 kes..12.2 dengan urine..9july naik makamb sdh.1x..lps sy ajukan jamin..dan di izinkan jamin..tp psl hr tu hr jumat conter bk half day sja..so sy mau byr hr isni 12 july..skrng okt duduk sg.buloh..kira2 selepas sy byr jamin hr isnin 12july..okt blh trus kluar atau kah mcm mne..ad yg ckp..korentime ..dmn mna dia akan di korentime..mohon bantuan nya..
BalasPadamSalam, hukuman kanun keseksaan 292. mohon pencerahan
BalasPadamsaya nak tanya , sy di ugut , dan suami sy datang ke rumah si pengugut itu bertanya kanapa perlu ugut sy , lalu di penugut brcakap kasar dan mengeluarkan besi , suami sy mengambil besi lalu memukul di bahagian kepala , lalu suami sy ditangkap dah dihadapkan ke mahkamah , andai kata mase tarih first sy pergi mahkamah kalau hakim cakap kene denda , dan sy serta merta trus bayar time tu adakan suami sya akan dibebaskan srta merta kalau sy sudah bayar denda ? kalau sy da bayar denda suami sy mengaku salah tapi tiap kali bicara suami sy pergi , walaupun sudah bayar denda dan mengaku salah adakah suami sy ditangkap balik ataupun tidak , sedang sudah bayar denda jadi kami hanya pergi tarih bicara mahkamah sahaja , adakah suami sy akan tangkap smula atau x walaupun kami sudah bayar dendaaaaaaaa
BalasPadamUntuk kes seksyen 420 brape boleh di jamin ke dan berape jumlahnye? Denda pula brape kene bayar?
BalasPadamNak tanyak kes12(2) saya jamin 3ribu esok nak mahkamah boleh tak dapat balik 3ribu tu
BalasPadamSalam saya mahu bertanya kes suami saya adalah dituduh kes urine dan dikenakan denda 1500 jika tidak dapat bayar akan dipenjarakan 6bulan..sekiranya jika mahu bayar denda semasa suami saya sudah menjalani 2bulan penjara adakah dia boleh dibebaskan jika saya membayar denda tersebut?mohon perjelasan nya terima kasih
BalasPadamSaya bulan 8 sebelum ni kena tahan sangkut urine tes pasal dadah eremine 5 . Ditulis dekat kertas tu kena naik mahkamah bulan 11 ni . Nak tanya dalam kertas tu tulis harga 2000 . Dekat mahkamah nanti harga lagi tinggi ke ? Saya baru pertama kali buat rekod kesalahan ni . Lepastu bila dah bayar kt mahkamah hari tu jugak . Kes saya ni selesai terus ke ada perlu keluar duit lagi atau pergi ke mahkamah lagi akan dtg ? . lepastu ada kena sign tiap ii bulan ke walaupun saya dah bayar masa bulan tu jugak ?
BalasPadam