Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2018

DAFTAR LEWAT SIJIL LAHIR: MASALAH YANG MEMBELENGGU WARGA SABAH

Imej
Assalamualaikum, Kes ini mungkin ada kaitan dengan sijil kelahiran daftar lewat di Sabah. Sumber berita di SINI. Mungkin . Jadi setakat ini spekulasi sahaja kerana bakalpeguam tidak tahu dokumen apa yang dipegang oleh mangsa ini sehingga terpaksa menanggung bil hospital pula. Jikalau betul ia ada kaitan dengan sijil lahir daftar lewat, maka ini boleh dikatakan 'tip of the iceberg'. Masalah ini sebenarnya lebih besar cuma mungkin tidak diwar-warkan dalam media arus perdana. Daftar lewat sijil lahir... Masalah yang akan terus membelenggu warga Sabah. Baca tulisan sebelum ini di SINI , SINI dan SINI . Wallahu a'lam.

MASIH ADA YANG TERTIPU?

Imej
Assalamualaikum, Post ringkas saja berkenaan scammer dan penipuan. Bila membaca berita di bawah, macam-macam perasaan ada. Sumber berita di SINI Geram, marah, kecewa, kasihan... Ini kerana penipu tetap berada di mana-mana, dan dalam masa yang sama, walaupun telah banyak hebahan dibuat di hampir semua media yang ada (tv, radio, internet) mengenai kes-kes penipuan ini, tetapi tetap ada juga yang menjadi mangsa. Masih ada juga yang tertipu. Apabila menerima panggilan-panggilan sebegini, lakukan perkara ini: Minta nama penuh pemanggil dan tujuan panggilan dibuat. Jika tidak mendapat kerjasama, tamatkan saja panggilan. Kuasa mematikan panggilan di tangan anda! Jangan sesekali berkongsi apa jua data peribadi anda (nombor akaun, nombor IC, nombor kad bank atau kad kredit dan sebagainya). Apabila pemanggil mengaku dari jabatan sekian dan sekian, dapatkan nama penuh jabatan berkenaan dan nombor telefon untuk dihubungi. Catitkan semua maklumat ini. Jika pada masa

DOWNLOAD AKTA ANTIBERITA TIDAK BENAR 2018

Imej
Assalamualaikum, Ringkas saja pagi ini. Undang-undang bertulis terbaharu di Malaysia iaitu Akta AntiBerita Tidak Benar 2018 atau Anti-Fake News Act 2018 (Akta 803) telah pun berkuatkuasa mulai 11 April 2018 selepas mendapat perkenan DiRaja pada 9 April 2018. Untuk mendapatkan salinan versi Internet Akta ini dalam bentuk PDF dalam Bahasa Melayu boleh klik di SINI . Untuk salinan berbentuk PDF dalam Bahasa Inggeris pula bolehlah klik di SINI . Dan untuk Warta Penetapan Tarikh Permulaan Kuatkuasa Akta ini pula boleh klik di SINI . Kupasan tentang undang-undang ini akan dibuat pada masa akan datang. Wassalam.

HUKUMAN MATI BAGI MENGEDAR DADAH TIDAK LAGI MANDATORI

Imej
Assalamualaikum, Tidak pasti samada ini berita gembira atau tidak kepada pengedar dadah dan ahli keluarga mereka. Bermula 15 Mac 2018 , Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) yang sebelum ini memperuntukkan hukuman gantung sampai mati kini tidak lagi mandatori atau wajib di Malaysia. Sumber gambar di SINI Ini kerana Parlimen telah menggubal undang-undang ini dan memberikan pilihan kepada Hakim samada memberikan perintah hukuman gantung atau hukuman penjara dan sebatan rotan. Peruntukan Seksyen 39B (2) ADB 1952 sebelum ini menyatakan: "Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan jika disabitkan hendaklah dijatuhkan hukuman mati." Namun, melalui peruntukan Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017, ia dinyatakan seperti berikut: "2. Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dalam Seksyen 39B -  (a) deng