DAFTAR LEWAT SIJIL LAHIR: MASALAH YANG MEMBELENGGU WARGA SABAH

Assalamualaikum,

Kes ini mungkin ada kaitan dengan sijil kelahiran daftar lewat di Sabah.

Sumber berita di SINI.

Mungkin. Jadi setakat ini spekulasi sahaja kerana bakalpeguam tidak tahu dokumen apa yang dipegang oleh mangsa ini sehingga terpaksa menanggung bil hospital pula.

Jikalau betul ia ada kaitan dengan sijil lahir daftar lewat, maka ini boleh dikatakan 'tip of the iceberg'. Masalah ini sebenarnya lebih besar cuma mungkin tidak diwar-warkan dalam media arus perdana.

Daftar lewat sijil lahir... Masalah yang akan terus membelenggu warga Sabah.

Baca tulisan sebelum ini di SINI, SINI dan SINI.

Wallahu a'lam.

Ulasan

  1. Sy ada anak tiri yg mengalami kesukaran membuat IC kerana surat beranak daftar lewat...mohon pencerahan bagaimana untuk memohon ic...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk memohon IC, pastikan sijil lahir daftar lewat telah diendos Mahkamah Majistret (dengan keputusan diluluskan). Dan juga pastikan taraf anak tiri adalah warganegara, barulah boleh membuat permohonan kad pengenalan di JPN.

      Padam
  2. Assalamualaikum bang..Bagi yg suda endos namun dtolak,amcm tu? saya suda buat rayuan dari tahun 2016 namun shgga skg blum ada respon..Ada cara x? tlg emel kpd sa cdgn tuan ke alamat yahoo ini...aminaleeya1013@yahoo.com

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...Bagi yg suda endos namun dtolak bagaimana pula tuan?
    saya suda buat rayuan dr tahun 2016 shgga skg blum ada respon..Mnta cdgn dr tuan..Jazakallah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Sebaiknya tuan lantik peguam untuk mewakili dalam hal sebegini. Ia lebih memudahkan urusan.

      Padam
    2. Saya tidak kewangan yg besar utk mlantik mana2 peguam ..ada cara lain x tuan?

      Padam
  4. assalamualaikum..... tuan sila bgi pndangan bagai mna cara untk mmpercepatkan endos mahkamah. sya harap tuan dapat bgi pndapat email:nordi45@ymail

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Cara paling cepat adalah dengan melantik peguam yang tahu handle kes sebegini.

      Padam
  5. Assalamualaikum tuan..saya ingin bertanya..kedua bakal mertua saya org Indonesia menetap disabah..tetapi bakal isteri saya lahir di Sabah dan berusia 19 tahun..semenjak lahir bakal isteri saya tidak mempunyai sebarang pengenalan diri kerana ibunya tidak daftarkan kelahirannya...sekarang bagaimana untuk mendapatkan sijil lahir dan ic untuk bakal isteri saya itu...harap dapat penjelasan dari tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Ibubapa bakal isteri tuan kena berurusan sendiri dengan pihak JPN bagi membuat proses daftar lewat sijil kelahirannya. Proses ini amat panjang dan memakan masa serta kos, eloklah dibuat secepat mungkin. Selepas itu akan ada pula proses endosmen mahkamah, dan kemudian pengesahan taraf, barulah boleh dapatkan IC warganegara. Sekiranya taraf adalah bukan warganegara, samada bakal isteri kena buat pasport Indonesia atau mungkin akan memegang taraf penduduk tetap (IC merah) atau juga penduduk sementara (IC hijau).

      Padam
  6. Assalamualaikum tuan..saya ingin bertanya..kedua bakal mertua saya org Indonesia menetap disabah..tetapi bakal isteri saya lahir di Sabah dan berusia 19 tahun..semenjak lahir bakal isteri saya tidak mempunyai sebarang pengenalan diri kerana ibunya tidak daftarkan kelahirannya...sekarang bagaimana untuk mendapatkan sijil lahir dan ic untuk bakal isteri saya itu...harap dapat penjelasan dari tuan

    BalasPadam
  7. Asslamualaikum..
    Nama saya roy sebagai pemegang sijil lahir, mhon sedikit pencerahan dari puan. Mslah sijil lahir saya, dlam sijil lhir saya ada number ic bapa saya, tpi saya tidak tahu bapa saya, rupa pon sya tak tahu, saya dah ulang alik ke jpn balik2 ja jpn sruh cari bapa saya. Mula thn 2014 smpai masa nie blum2 ad lg ako jumpa.
    Saya hidup 2 orang ja sma adik sya,.. apkh puan ad pencerahan sikit buat saya..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum tuan, saya Raya.. Dan saya mempunyai kawan yg telah meninggal barux2 ini.. Tapi anakx2 masih hidup dan tak mempunyai apax2 tiada surat beranak, dan tiada surat sijil.. Budakx2 baru berumur 2 tahun dan 4 tahun.. Ada cara lain untuk jadikan anak angkat? Mohon bantu, puan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Puan bolehlah ke pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan yang terdekat untuk mohon bantuan dan nasihat. Insya Allah mereka boleh bantu hal sebegini.

      Padam
  9. Salam... Pengesahan Endos Mahkamah tolong la percepatkan.. Saya nak buat IC anak saya yg b'umur 12 tahun tp tdk dpt buat sbb tunggu pengesahan Endos dari Mahkamah lg bru dpat buat IC.. Sedangkan sijil lahir anak saya tu da d Endos msa umur anak saya 9 tahun dan di luluskan... Skrg nak buat IC pn kena Pengesahan lg ka... Bila buat IC lewat plk kena bayar denda lgi.. So sapa yg harus d persalahkn? Harap pihak tuan dpt bgi kerjasama agar percepatkn urusan saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Pertama, puan salah channel ni, sepatutnya aduan dibuat terus kepada pengarah mahkamah. Kedua, kalau sudah endos masa umur 9 tahun, urusan dengan mahkamah sudah selesai, kenapa perlu salahkan mahkamah lagi? Urusan buat IC adalah urusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara.

      Padam
    2. Assalamualaikum puan..bule puan wasap saya? Sa pun ada mslh mcm yg puan ajukn tu..0168142753..

      Padam
  10. Untuk mendapatkan khidmat peguam. Berapa minimum kos yang harus disedakan tuan ?

    BalasPadam
  11. Boleh bagi penjelasan.. Macam mana urus sijil lahir daftar lewat.. Tapi bapa kepada memilik sijil lahir itu sudah meninggal. Tetapi ada sijil kematian nya.. Dan ibu kepada pemilik sijil lahir itu tidak mempunyai dokeuman..

    BalasPadam
  12. assalammualaikum..
    sya nk minta pandangan..
    saya dan suami asal sabah..tapi anak sulung lahir d kuala lumpur.masalah nya anak tak bole buat ic d jpn dearah..kena pi jpn ngri..apa agaknya dokumen yg perlu sya bwa ???

    BalasPadam
  13. assalammualaikum..
    sya nk minta pandangan..
    saya dan suami asal sabah..tapi anak sulung lahir d kuala lumpur.masalah nya anak tak bole buat ic d jpn dearah..kena pi jpn ngri..apa agaknya dokumen yg perlu sya bwa ???

    BalasPadam
  14. Assalammualaikum..
    Mohon pencerahan..saya umur masuk 29tahun dn tk berapa paham br,urusan mengenai sijil lahir..saya kini msih memengang borang pengesahan sijil kelahiran..kad klinik saya ada kad ibu saya ada..sorang anak tunggal dn juga s,batang kara..org tua saya sdh lama br,pisah(cerai) waktu saya kecil lagi..ibu saya kembali k,negara asal dn ayah saya warganegara..malang ya smpai sekarang saya tk tau k,beradaan ayah saya..kini umur 20tahun lebih sntiasa dalam ketakutan di tangkap pihak br,kuasa..apa kah saya boleh mendapatkan kewarganegaraan..

    BalasPadam
  15. Assalammualaikum..
    Mohon pencerahan..saya umur masuk 29tahun dn tk berapa paham br,urusan mengenai sijil lahir..saya kini msih memengang borang pengesahan sijil kelahiran..kad klinik saya ada kad ibu saya ada..sorang anak tunggal dn juga s,batang kara..org tua saya sdh lama br,pisah(cerai) waktu saya kecil lagi..ibu saya kembali k,negara asal dn ayah saya warganegara..malang ya smpai sekarang saya tk tau k,beradaan ayah saya..kini umur 20tahun lebih sntiasa dalam ketakutan di tangkap pihak br,kuasa..apa kah saya boleh mendapatkan kewarganegaraan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,

      Urusan sebegini hanya boleh dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara. Mereka sepatutnya boleh menerangkan proses yang sepatutnya, kerana tuan sepatutnya berhak mengetahui status kewarganegaraan. Sekiranya sijil lahir itu warganegara, maka bolehlah dapatkan IC. sekiranya tidak, maka kenalah berurusan untuk dapatkan dokumen perjalanan dan kembali ke negara asal. Itu proses yang saya tahu. Maklumat lanjut perlu dapatkan dengan JPN.

      Padam
  16. Asslamualaikum tuan. Mohon percerahan tuan.. mau tnyak tuan sya memohon sijil lahir dri 2010 bila saya pegi jpn tnyak 2019 telah di tolak .. jdi sya d sruh mohon saya mohon balik smpai sekarang belum ada panggilan.. say punya kakak adik semua warganegara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Adakah ini bermaksud tuan masih belum ada sijil lahir? Jika ya, bermakna tuan kena selalu follow up urusan dengan pihak JPN.

      Padam
  17. Assamualaikum puan/tuan nama sy izan sy mahu btanya sy pemegang sijil lewat bedftar status bukan wrganegar 2 taun lalu sdah pegi jpn tawau mahu bgambar buat ic hijau sudah. tetiba jpn twau ckap sijil kena tindi org lain dah dpohon dftar lpstu jpn tu ckp suh pegi jpn k.k tuk rujuk dulu d kk..skg apa perlu sy buat kena pegi makahmah lg ka atau pegi jpn sahaja ada cdgan ka tuk mslah sy ni t.kaseh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Cik buat akuan bersumpah bahawa sijil lahir daftar lewat itu memang cik telah pegang sejak sekian lama dan selepas itu ke JPN KK untuk siasatan pihak JPN. Sepatutnya tidak boleh berlaku pertindihan. Mesti ada kesilapan pihak JPN.

      Padam
  18. As Salam tuan...kalau anak yg lahir di semenanjung malaysia ( selangor) tapi sijil lahir Daftar Lewat kena buat Endosmen Mahkamah jg kh tuan untuk buat IC?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Di semenanjung tidak perlu buat endosmen ini. Hanya kelahiran di Sabah sahaja.

      Padam
  19. Assalamualaikum tuan.. saya mahu bertanya sijil lahir daftar lewat sewaktu pkpD mahu ke mahkamah lagi ke..?

    BalasPadam
  20. Assalamualikum tuan...sijil lahir sya daftar lewat adaka sijil lahir daftar lewat tidak bole bkerja?

    BalasPadam
  21. assalamualikum tuan...sijil lahir sya suda ada taraf warganegara,cop daftar lewat tapi masih blum dapat kad pengenalan...bole terangkan ada jalan penyelesaianka?

    BalasPadam
  22. Assalamulaikum tuan...sijil lahir sy daftar lewat dan hakim telah mengambil sijil lahir saya atas alasan tertentu sejak 2016.. sy sdh menunggu panggilan mahkamah namun xada panggilan..kami tuntut semula sijil lahir d mahkamah tapi dilaporkan hilang..ad jalan penyelesaian kh?

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum..... Saya Megawati Hussin..... Saya masi memegang surat lahir daftar lewat.... Sekarang umur saya 21 tahun baru habis belajar di kolej komuniti Tawau saya mahu menyambung belajar di politeknik kota Kinabalu tapi mereka mahu kad pengenalan ........ibu bapa saya suda hantar borang pada tahun 2011 untuk sijil lahir daftar di mahkamah tawau.....kami suda di panggil untuk pada tahun 2015 tapi kena indos mahkamah padahal kami semua maklumat lengkap ...sijil lahir saya warganegara lagi.....sijil lahir ,surat klinik,bapa ic, ibu passport ,surat khawin ibu bapa.... Kami telah buat rayuan berapa kali sudah dengan mahkamah Tawau............... 11 tahun menunggu saya menunggu...... Macam mana bah ni buat kerja sampai lama betul urusan dorang buat ni...... Sampai bapak saya pun meninggal dunia sudah

    Cuba Tuan jelas kan dulu......

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum...minta pencerahan tuan...saya khwin ngn seorang wanita pemegang sijil kelahiran daftar lewat ne...tak pernah buat permohonan kad pengenalan lg dan sekarang suda berumur 26 tahun...mau tanya adakah masih boleh buat permohonan kad pengenalan...harap tuan balas di wasap 0165221699

    BalasPadam
  25. Asalamualaikum sijil kelahiran lewat nak memakan masa yg panjang ker nak endos dekat mahkamah? Sebab anak saya nak sekolah tingkatan satu tahun depan....kalau masih memegang sijil lahir saja kena terima ker masuk tingkatan tolong nak pencerahan dari tuan.dan untuk mempercepatkan urusan endos dekat mahkamah tu ada cara ka tuan?

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum tuan..mcm mna plak klau surat lahirnya dftar lewat tetapi taraf kewarganearaan adalah taraf malaysia...dan saya telah menunggu beberapa tahun pun d endos..dah naim mahkamah tinggi pun kena rujuk semula d mahkamah rendah?ap pndapat tuan

    BalasPadam
  27. assalammualaikum ... ni bah saya mau tanya kenapa arh semua urusan yang dimintak sdh di selesaikan tinggal tunggu siap jak kenapa sampai lama begitu yah saya tau lah daftar lewat .
    dan saya mau tannya apa yang perlu di ambil tindakan dan berpa bulan minimum ic daftar lewat siap .di sebab kan ic belum siap saya punya ketiga tiga chek hangus, di kernakan tidak boleh bukak akaun bank ikut kan ic saya siap bulan 6 atau bulan 7 tapi di tangguh lagi entah sampai berpa kali di tangguh
    jadi apa yang perlu saya katakan atau lakukan supaya ic saya siap cepat saya mempunyai sijil spm dan mau sambung sekolah tapi tidak bolh dikernakan ic belum siap tingal 5 bulan saya menginjak 20 tahun sdh

    BalasPadam
  28. KLU mau endos ,sijil lahir original perlu mahkamah pegang ker?untuk buat permohonan endos,kena tunggu kelulusan,lepas tu baru interview...begitu ka?sepanjang kes,surat beranak di pegang oleh mahkamah??

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN