MASIH ADA YANG TERTIPU?
Assalamualaikum,
Post ringkas saja berkenaan scammer dan penipuan.
Bila membaca berita di bawah, macam-macam perasaan ada.
Sumber berita di SINI |
Geram, marah, kecewa, kasihan...
Ini kerana penipu tetap berada di mana-mana, dan dalam masa yang sama, walaupun telah banyak hebahan dibuat di hampir semua media yang ada (tv, radio, internet) mengenai kes-kes penipuan ini, tetapi tetap ada juga yang menjadi mangsa. Masih ada juga yang tertipu.
Apabila menerima panggilan-panggilan sebegini, lakukan perkara ini:
- Minta nama penuh pemanggil dan tujuan panggilan dibuat. Jika tidak mendapat kerjasama, tamatkan saja panggilan. Kuasa mematikan panggilan di tangan anda!
- Jangan sesekali berkongsi apa jua data peribadi anda (nombor akaun, nombor IC, nombor kad bank atau kad kredit dan sebagainya).
- Apabila pemanggil mengaku dari jabatan sekian dan sekian, dapatkan nama penuh jabatan berkenaan dan nombor telefon untuk dihubungi. Catitkan semua maklumat ini. Jika pada masa itu anda tidak berkesempatan untuk mencatitnya, minta pemanggil untuk hubungi pada masa yang bersesuaian dengan anda.
- Jika pemanggil membuat panggilan kononnya ada kecemasan (seperti dalam kes wanita ini kononnya anaknya ditahan oleh pihak polis), dapatkan butir-butir pemanggil dan bagitau untuk pemanggil itu membuat panggilan semula. Google nombor balai polis berkenaan dan hubungilah balai tersebut dan tanyakan samada terdapat panggilan dibuat kepada anda sebentar tadi, atau jika seorang pegawai (rujuk perenggan 1 di atas) ada di balai tersebut atau adakah keluarga atau sahabat anda ditahan di balai tersebut dan sebagainya.
- Jika pemanggil masih lagi mengganggu anda, buatlah laporan polis untuk siasatan pihak berwajib (PDRM, SKMM dan sebagainya).
Berhati-hatilah dengan scammers. Mereka ada di mana sahaja.
Wassalam.
Selamat sejahtera. Maaf saya komen yang tak berkaitan dengan topik kat sini tapi saya ingin bertanya berkenaan satu masalah ini yang membelenggu saya sekarang ni. Saya rasa mungkin tuan boleh jelaskan sedikit sebanyak mengenai hal ini kerana saya tidak arif. Kebiasaannya kita selalu mendengar kisah berkaitan harta peninggalan iaitu rumah yang dikongsi bersama apabila si suami meninggal dan meninggalkan isteri serta anaknya. Si ibu dan bapa mertua biasanya tidak mahu melepaskan bahagian mereka dengan pelbagai alasan. Jadi apa yang saya ingin tanya hari ini adalah berkaitan ibu saya. Pada tahun lepas ayah saya telah mendapat sejumlah wang hasil daripada jualan tanah di kampung. Wang itu kemudiannya dibahagikan antara saya dan ibu saya kerana sewaktu itu pihak bank tidak membenarkan pemindahan yang melebihi jumlah yang ditetapkan untuk satu hari kepada ASB. Ayah saya pula tidak mempunyai akaun bank kerana beliau telah disenarai hitamkan oleh bank. Oleh kerana tidak mahu datang lagi ke bank pada hari keesokannya, wang selebihnya diberi kepada ibu saya. Untuk pengetahuan tuan, bahagian saya sudah dihibahkan sekiranya berlaku apa-apa pada saya di kemudian hari. Tetapi berbeza pula dengan ibu saya. Dia tidak mahu kerana katanya membazir. Sebanyak RM1k akan ditolak jika buat hibah. Saya buat hibah kerana saya merupakan anak angkat dan dari apa yang saya faham dari pihak bank hari itu... Sekiranya saya tiada, duit itu akan dibekukan dan amanah raya akan mengambil alih dan akan mencari ahli keluarga saya yang asal jika saya tidak hibahkan awal-awal lagi. Jadi kes saya sudah selesai di situ dan saya tak perlu runsing dah pasal tu. Yang saya ingin tahu sekarang dan ingin faham adalah seperti berikut:
BalasPadam1) sekiranya ibu saya meninggal, duit itu amanah raya akan ambil alih jadi kemudiannya dia akan ikut faraid bukan?
2) apabila mengikut hukum faraid, bagaimana ia akan dibahagikan? Adakah ibu kepada mak saya berhak menuntutnya?
3) untuk pengetahuan tuan, ibu saya ada seorang sahaja anak. Dia merupakan anak lelaki tetapi telah di isytiharkan muflis sudah lama... sekitar tahun 2009 begitu.
Nota tambahan: Ibu saya mempunyai 7 adik beradik dan seorang ibu yang masih hidup. Hubungan ibu saya dengan mereka walau bagaimanapun tidah baik disebabkan pelbagai isu yang telah melanda sebelum ini.
Harap tuan dapat membantu. Terima kasih.
W'salam. Saya kurang arif berkenaan isu harta pusaka namun saya akan cuba menjawab berdasarkan pengetahuan saya yang cetek ini. Saya nasihatkan tuan/puan untuk merujuk semula kepada yang lebih pakar dalam bidang ini kerana ia memerlukan penjelasan yang lebih detail dan teknikal. Namun, respon ringkas saya adalah seperti berikut:
Padam1) Keadaan ini betul sekiranya ibu meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat.
2) Pengiraannya adalah berdasarkan kepada Sijil Faraidh yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Ibu kepada emak dan anak lelaki ibu adalah waris-waris yang juga mendapat keutamaan, maka boleh menuntut.
3) Anak berhak mendapat bahagiannya menurut hukum faraidh. Namun bahagiannya itu akan ditadbir oleh Jabatan Insolvensi sekiranya belum dilepaskan dari kebankrapannya.
4) Adik beradik ibu adalah terhalang daripada menuntut disebabkan oleh emak kepada ibu masih hidup dan ibu mempunyai anak lelaki yang juga masih hidup.
Wallahu a'lam
Ah begitu... Adakah ini bermakna ayah saya tidak akan mendapat apa-apa bahagian walaupun asalnya wang tersebut datang dari hasil jualan tanah pusaka dia?
PadamTerima kasih kerana sudi membalas.