PANDUAN SAMAN TUNTUTAN KECIL BHGN 1

Assalamualaikum, Anda mempunyai kawan yang berhutang tidak melebihi RM5,000 tetapi kawan anda buat 'dono' saja hutang itu? Anda pula tidak tahu bagaimana untuk menuntut kembali wang anda atau telah beberapa kali cuba menuntut tetapi kawan anda buat tidak tahu saja? Atau anda ditipu oleh kenalan anda wang tunai tidak melebihi RM5,000 dan anda ingin menuntut kembali wang itu? Anda sudah membuat laporan polis tapi anda masih tidak dibayar wang tersebut. Apa yang boleh anda lakukan? Kalau ambil peguam rasanya tidak berbaloi kerana upah peguam lagi mahal dari wang yang ingin dituntut. Jangan risau. Masih ada jalan penyelesaian yang sah dari segi undang-undang. Caranya mudah dan simple tetapi anda perlu bersabar dan mengikut proses dan prosedur yang telah ditetapkan. Anda sebenarnya boleh membuat tuntutan sendiri di Mahkamah Majistret di tempat anda. Tidak perlu mengupah peguam. Malah, orang yang anda akan saman itu juga tidak boleh mengupah peguam untuk membelanya di Mahkamah. Sebag...