Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jenayah

MEMAKAI PAKAIAN ASKAR

Imej
Sumber gambar di SINI Seksyen 140 Kanun Keseksaan menyatakan: "Barang siapa, yang bukannya seorang askar, kelasi atau askar udara dalam perkhidmatan tentera darat, laut atau udara Yang DiPertuan Agong, memakai apa-apa pakaian atau membawa apa-apa tanda yang menyerupai apa-apa pakaian atau tanda yang digunakan oleh seseorang askar, kelasi atau askar udara itu dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa dia adalah seorang askar, kelasi atau askar udara itu, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 3 bulan, atau dengan denda yang boleh sampai RM1,000, atau dengan kedua-duanya." Peruntukan undang-undang ini bermaksud sesiapa jua, samada warganegara ini atau bukan warganegara, memakai pakaian atau membawa apa-apa tanda (contoh pangkat, lambang, epaulette dsb) yang menyerupai seorang askar dengan niat untuk orang lain mempercayai bahawa dia itu seorang askar (TDM, TLDM atau TUDM), maka dia melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawa...

GADUH-GEMPAR

Imej
Seksyen 159 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa: "Apabila 2 orang atau lebih, mengganggu ketenteraman awam, dengan bergaduh di tempat awam, mereka adalah dikatakan "melakukan suatu gaduh-gempar". Seksyen 160 Kanun Keseksaan pula menyatakan bahawa: "Barang siapa melakukan suatu gaduh-gempar hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 6 bulan, atau dengan denda yang boleh sampai RM1,000, atau dengan kedua-duanya." Sumber gambar di SINI Jadi, jikalau anda didapati bergaduh, mencari gaduh atau dicari gaduh oleh seseorang di tempat awam, samada secara sengaja atau tidak sengaja, walaupun tiada kecederaan pada mana-mana pihak dan mengganggu ketenteraman awam, anda boleh didakwa atas kesalahan melakukan gaduh-gempar atau dalam bahasa orang putihnya disebut sebagai " committing affray " atau juga disebut sebagai " street fight ." Tidak kiralah siapa yang memulakan pergaduhan itu dahulu, itu bukan isunya....

MENOLONG MENYEMBUNYIKAN HARTA CURI

Imej
Assalamualaikum, Ada pembaca blog ini bertanya tentang kes di bawah seksyen 414 Kanun Keseksaan. Hari ini dalam akhbar Daily Express bertarikh 24 Oktober 2018 mukasurat 5 dikhabarkan seperti berikut: Peruntukan seksyen 414 Kanun Keseksaan ini menyatakan bahawa: Dalam kes di atas, memandangkan harta curi yang terlibat adalah komponen kenderaan iaitu bateri lori, maka kedua-dua tertuduh telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan, yang mana kesalahan ini membawa hukuman penjara minimum selama 6 bulan dan maksimum 7 tahun dan hendaklah dikenakan denda.  Mahkamah tidak pula mengenakan hukuman denda. Mereka bernasib baik. Wallahu a'lam.

PEMANSUHAN HUKUMAN MATI DI MALAYSIA: PENDAPAT 2

Imej
Assalamualaikum, Laporan akhbar Daily Express di ruangan muka depan harianekspres bertarikh 17 Oktober 2018 dipaparkan laporan berikut: Menteri kata hukuman mati bukanlah pencegahan yang berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah. Dengan hormatnya saya mohon mencelah dan mengatakan tidak bersetuju dengan kata-kata menteri ini atas sebab berikut: 1. Pencegahan jenayah bukanlah satu-satunya prinsip dalam menjatuhkan hukuman. Terdapat alasan lain seperti pembalasan (retribution), rehabilitation (pemulihan), deterrence (pencegahan), incapacitation (penidakupayaan) dan restoration (pembaikan atau pemulihan) dan lain-lain lagi. Hukuman mati hanya satu pilihan atau option hukuman yang ada selain daripada hukuman lain yang diperuntukkan oleh undang-undang seperti hukuman penjara, denda, sebatan rotan, perintah kehadiran wajib, khidmat sosial dan sebagainya, kecuali bagi kes yang membawa hukuman mati mandatori seperti membunuh. 2. Walau apapun hukuman yang ditetapk...

PEMANSUHAN HUKUMAN MATI DI MALAYSIA: PENDAPAT

Imej
Assalamualaikum, Kerajaan telah pun mengumumkan bahawa hukuman mati di negara ini akan dimansuhkan dan pelaksanaannya yang membabitkan seramai 1,278 orang yang kini berstatus banduan akhir telah ditangguhkan. Dan katanya rang undang-undang bagi memansuhkan hukuman tersebut akan dibentangkan dalam sesi Sidang Dewan Rakyat bermula 15 Oktober 2018, minggu depan. Sumber gambar di SINI  yang juga mengupas mengenai pemansuhan hukuman mati di Nigeria Akhbar thestar online hari ini menerbitkan satu undian berkenaan pemansuhan ini dan boleh diakses di SINI . Pendapat bakalpeguam pula simple: jika pemansuhan ini baik untuk masyarakat dan ia juga mungkin akan menyebabkan kejadian jenayah berkurangan, why not? Tetapi jika langkah pemansuhan itu akan hanya menyebabkan kadar jenayah seperti pengedaran najis dadah, pembunuhan, perisytiharan perang ke atas DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan sebagainya tetap juga berlaku malah lebih meningkat, maka pemans...

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH BAHAGIAN 2

Imej
Assalamualaikum, Kredit gambar dari laman web ini Ramai yang bertanya soalan-soalan ini:- 1. Adakah penjamin perlu hadir setiap kali tarikh sebutan/perbicaraan ditetapkan oleh Mahkamah? 2. Bagaimanakah cara membuat tuntutan jaminan? 3. Apakah yang berlaku kepada penjamin sekiranya OKT gagal hadir semasa tarikh sebutan/perbicaraan? 4. Adakah wang jaminan boleh ditukar atau dijadikan wang untuk membayar denda? Saya akan jawab secara ringkas saja di sini soalan-soalan di atas berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. 1. Penjamin TIDAK PERLU hadir setiap kali tarikh sebutan/perbicaraan ditetapkan oleh Mahkamah. Namun, sebagai penjamin OKT, seseorang penjamin itu BERTANGGUNGJAWAB untuk memastikan kehadiran OKT pada setiap tarikh yang ditetapkan itu. 2.Tuntutan bayaran balik wang jaminan hanya boleh dibuat SELEPAS kes melibatkan OKT itu selesai dan Mahkamah telah membuat perintah bahawa wang jaminan itu dikembalikan kepada penjamin. Maksud kes sel...

BERITA KES ROGOL BERKUMPULAN DI TAWAU SABAH

Imej
TAWAU, 22 Mei - Dua lelaki warga Indonesia masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan merogol seorang gadis berusia 19 tahun secara berkumpulan, tahun lalu. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Amir Shah Amir Hassan yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh pertama Mohd Supardie Wahidin Abbas, 18 dan tertuduh kedua Basir Bambang, 26 yang menukar pengakuan mereka kepada bersalah selepas pihak pendakwaan telah memanggil dua orang saksi untuk memberi keterangan semasa perbicaraan. Kesalahan dilakukan pada 6 Oktober 2017 jam lebih kurang 4.40 petang di Taman Bukit Tawau. Sumber gambar di SINI Mengikut keterangan mangsa yang juga saksi pertama pihak pendakwaan, beliau yang mengenali Mohd Supardie melalui laman sosial WeChat dua bulan sebelum kejadian telah dibawa menaiki motorsikal kononnya untuk berjumpa dengan keluarga tertuduh pertama. Namun, tertuduh pertama telah membawa dua orang l...

DAFTAR LEWAT SIJIL LAHIR: MASALAH YANG MEMBELENGGU WARGA SABAH

Imej
Assalamualaikum, Kes ini mungkin ada kaitan dengan sijil kelahiran daftar lewat di Sabah. Sumber berita di SINI. Mungkin . Jadi setakat ini spekulasi sahaja kerana bakalpeguam tidak tahu dokumen apa yang dipegang oleh mangsa ini sehingga terpaksa menanggung bil hospital pula. Jikalau betul ia ada kaitan dengan sijil lahir daftar lewat, maka ini boleh dikatakan 'tip of the iceberg'. Masalah ini sebenarnya lebih besar cuma mungkin tidak diwar-warkan dalam media arus perdana. Daftar lewat sijil lahir... Masalah yang akan terus membelenggu warga Sabah. Baca tulisan sebelum ini di SINI , SINI dan SINI . Wallahu a'lam.

MASIH ADA YANG TERTIPU?

Imej
Assalamualaikum, Post ringkas saja berkenaan scammer dan penipuan. Bila membaca berita di bawah, macam-macam perasaan ada. Sumber berita di SINI Geram, marah, kecewa, kasihan... Ini kerana penipu tetap berada di mana-mana, dan dalam masa yang sama, walaupun telah banyak hebahan dibuat di hampir semua media yang ada (tv, radio, internet) mengenai kes-kes penipuan ini, tetapi tetap ada juga yang menjadi mangsa. Masih ada juga yang tertipu. Apabila menerima panggilan-panggilan sebegini, lakukan perkara ini: Minta nama penuh pemanggil dan tujuan panggilan dibuat. Jika tidak mendapat kerjasama, tamatkan saja panggilan. Kuasa mematikan panggilan di tangan anda! Jangan sesekali berkongsi apa jua data peribadi anda (nombor akaun, nombor IC, nombor kad bank atau kad kredit dan sebagainya). Apabila pemanggil mengaku dari jabatan sekian dan sekian, dapatkan nama penuh jabatan berkenaan dan nombor telefon untuk dihubungi. Catitkan semua maklumat ini. Jika pada masa...

MENCARI PEGUAMBELA KES JENAYAH?

Imej
Assalamualaikum, Apabila menghadapi pertuduhan jenayah di Mahkamah, adalah penting untuk anda mendapatkan khidmat guaman. Bukan setakat nasihat guaman, tetapi mewakili anda sebagai seorang peguam di Mahkamah. Kenapa pentingnya ada peguam? Saya sudah jelaskan di SINI. Pun begitu, apakah ciri-ciri yang perlu dilihat sebelum melantik seseorang peguam itu? Sumber gambar di SINI Perlu diingat, peguam yang baik tidak semestinya mahal, dan peguam yang mahal tidak semestinya terbaik (macam iklan sabun cuci kain pula!). Tetapi, sebagai seorang profesional, seseorang peguam perlu mengenakan caj yang berpatutan dengan beban tugas yang dipikul, kemahiran dan pengalamannya dan keadaan pasaran semasa. Tetapi, soal harga bukanlah satu-satunya kriteria yang anda perlu lihat apabila melantik peguam. Adakah anda mencari peguambela? Lihat ciri-ciri ini terlebih dahulu. 1. Pengalaman Seseorang yang berpengalaman dalam amalan guaman tentulah telah banyak berh...

MENGAKU SALAH ATAU MINTA BICARA?

Imej
Assalamualaikum, Di dalam proses perbicaraan Mahkamah bagi kes jenayah, satu elemen paling penting selepas pertuduhan dibaca dan difahamkan kepada tertuduh ialah samada mengaku bersalah atau tidak bersalah. Sumber gambar di SINI Ia juga menjadi suatu kebiasaan apabila tertuduh faham pertuduhan itu dan terus meminta untuk dibicarakan. Maknanya, tertuduh itu tidak mengaku salah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Memilih untuk mengaku salah atau tidak adalah atas kerelaan, kemahuan dan keinginan tertuduh sendiri dan bukan orang lain. Kerana, apabila mengaku salah, tentulah ada kesan dan akibat pengakuan bersalah itu. Dan apabila kesan dan akibat ini juga diakui, maka tertuduh boleh disabitkan dengan kesalahan yang dipertuduhkan. Sabit kesalahan ini saya telah tuliskan sebelum ini di SINI . Oleh kerana pemilihan samada mengaku salah atau tidak adalah keinginan tertuduh sendiri, maka tertuduh tidak sepatutnya mengikut kata orang lain. Kata-kata ini maksud...

BOLEHKAH BEBAS TANPA BICARA DALAM KES JENAYAH?

Imej
Assalamualaikum, Ada pembaca yang bertanya apakah kriteria untuk pembebasan OKT dan adakah kes akan dibicarakan selagi OKT mengaku salah? Begitulah lebih kurang soalannya. Ok, sebelum jawab soalan ini, jom kita sembang dulu proses dari awal suatu kes jenayah dilakukan sehingga kepada menghadapi pertuduhan. Sumber gambar di SINI Apabila seseorang itu ditangkap oleh pihak polis (atau penguatkuasa lain jug), orang itu belum lagi menghadapi pertuduhan. Dia belum lagi dinamakan OKT (Orang Kena Tuduh). Dia masih lagi seorang saspek atau OYDS (Orang Yang DiSyaki). Ini kerana pihak polis masih dalam proses siasatan bagi mengumpul bukti dan keterangan untuk melengkapkan kertas siasatannya atau IP (Investigating Paper). Apabila kertas siasatan pegawai penyiasat (IO) telah dirasakan lengkap, ia akan dikemukakan ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya (DPP) di Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya, iaitu samada OYDS akan dituduh, atau IP dikembalikan untuk siasatan sela...

HUKUMAN MATI

Imej
Assalamualaikum, Hukuman mati masih diamalkan di Malaysia walaupun terdapat gerakan samada domestik dan antarabangsa yang meminta agar ia dimansuhkan, atas alasan melanggar hak asasi manusia. Di dunia ini terdapat negara lain yang juga masih mengamalkan hukuman mati, hatta beberapa negeri di Amerika Syarikat sekalipun masih menguatkuasakannya. Pelaksanaannya juga berbeza-beza. Di negara Arab, ia dilakukan dengan hukuman pancung di leher menggunakan pedang yang tajam. Di China, mereka menggunakan firing squad atau melalui tembakan di kepala. Di negeri-negeri Alabama, Arkansas, Florida dan selebihnya di Amerika Syarikat menggunakan kerusi elektrik. Manakala di Arizona dan California pula menggunakan kaedah sedutan gas yang mengandungi bahan kimia. Sumber di SINI Bagi negara kita Malaysia, kita masih menggunapakai kaedah hukuman gantung di leher sehingga mati. Antara kesalahan-kesalahan yang menjadikan hukuman gantung ini mandatori ialah kesalahan mengedar...

APA ITU SABIT KESALAHAN?

Imej
Assalamualaikum, Kalau anda rajin mendengar berita tentang berita jenayah, mesti anda pernah dengar dialog ini: "Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan akan dihukum gantung sampai mati." Adakah anda tahu apa itu sabit kesalahan? Adakah ia sebuah sabit yang diletakkan di leher pesalah? 😄 Besarnya sabit ini Tentunya bukan. Sabit kesalahan dalam bahasa Inggerisnya ialah ' conviction ' atau apabila seseorang itu telah disabitkan kesalahan jenayah maka dia dikenali sebagai ' convict person ' atau ' convicted '. Ia membawa maksud telah terbukti melampaui keraguan munasabah bahawa tertuduh itu bersalah di dalam Mahkamah atas perlakuan jenayah seperti yang dipertuduhkan. Dengan kata lain, 'conviction' ini ialah satu perisytiharan Mahkamah ke atas seorang tertuduh bahawa dia telah didapati bersalah dan ternyata dia melakukan kesalahan itu tanpa sebarang keraguan. Maka, akibat dari ...

TERMA MAHKAMAH JENAYAH YANG ANDA PERLU TAHU

Untuk kes jenayah, terdapat beberapa terma mahkamah yang orang awam perlu tahu untuk memudahkan urusan di mana-mana mahkamah jenayah. Jom kita sembang sebahagian daripadanya. Pegawai pendakwa : ialah pegawai yang mengendalikan kes pendakwaan di Mahkamah. Ia terdiri daripada pegawai-pegawai polis atau pegawai-pegawai jabatan berkaitan. Mereka yang mengendalikan sebutan dan perbicaraan bagi setiap kes pendakwaan yang dijalankan di Mahkamah. Timbalan Pendakwaraya : juga dikenali sebagai Deputy Public Prosecutor (DPP) iaitu seorang pegawai undang-undang dari Jabatan Peguam Negara yang mempunyai kuasa memulakan, mengendalikan atau menamatkan sebarang kes jenayah di Mahkamah. Juga disebut sebagai TPR. Semua TPR mendapat keutamaan di dalam Mahkamah mengatasi pegawai pendakwa dan peguam-peguam swasta. Sebutan kali pertama : ini adalah proses hadap tuduh atau arraignment. Pada hari sebelum sebutan pertama di mahkamah, kebiasaannya anda akan dihubungi oleh pegawai penyiasat kes unt...