PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH BAHAGIAN 2

Assalamualaikum,

Kredit gambar dari laman web ini

Ramai yang bertanya soalan-soalan ini:-

1. Adakah penjamin perlu hadir setiap kali tarikh sebutan/perbicaraan ditetapkan oleh Mahkamah?

2. Bagaimanakah cara membuat tuntutan jaminan?

3. Apakah yang berlaku kepada penjamin sekiranya OKT gagal hadir semasa tarikh sebutan/perbicaraan?

4. Adakah wang jaminan boleh ditukar atau dijadikan wang untuk membayar denda?


Saya akan jawab secara ringkas saja di sini soalan-soalan di atas berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya.

1. Penjamin TIDAK PERLU hadir setiap kali tarikh sebutan/perbicaraan ditetapkan oleh Mahkamah. Namun, sebagai penjamin OKT, seseorang penjamin itu BERTANGGUNGJAWAB untuk memastikan kehadiran OKT pada setiap tarikh yang ditetapkan itu.

2.Tuntutan bayaran balik wang jaminan hanya boleh dibuat SELEPAS kes melibatkan OKT itu selesai dan Mahkamah telah membuat perintah bahawa wang jaminan itu dikembalikan kepada penjamin. Maksud kes selesai di sini ialah Mahkamah telah memberikan perintah samada OKT itu disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman; atau Mahkamah memberikan perintah pembebasan tanpa melepaskan OKT (discharge not amounting to acquittal - DNAA); atau Mahkamah memberikan pembebasan dan pelepasan ke atas OKT (discharge and acquittal).

3. Sekiranya OKT yang dijamin gagal hadir ke Mahkamah pada tarikh sebutan/perbicaraan tanpa notis atau kebenaran Mahkamah, biasanya Mahkamah akan keluarkan waran tangkap bagi mengarahkan OKT ditangkap dan dibawa ke Mahkamah. Notis tunjuk sebab kepada penjamin juga akan dikeluarkan bagi mengarahkan penjamin hadir ke Mahkamah bagi memberikan sebab mengapa OKT tidak hadir ke Mahkamah dan memberikan sebab mengapa wang jaminan tidak patut dirampas oleh Mahkamah. Sekiranya Mahkamah berpuas hati dengan penjelasan penjamin, Mahkamah akan tangguhkan kes sehingga OKT hadir ke Mahkamah. Sekiranya Mahkamah tidak berpuas hati, maka Mahkamah boleh perintahkan samada jumlah penuh wang jaminan itu dirampas (tidak akan dikembalikan kepada penjamin) atau sebahagian dari wang jaminan itu dirampas dan sebahagian lagi dikembalikan kepada penjamin.

4. Wang jaminan yang dibayar ke Mahkamah adalah suatu wang amanah dan biasanya kepunyaan penjamin. Maka, Mahkamah tidak boleh mengarahkan ia ditukar atau dijadikan sebagai wang untuk membayar denda. 

Untuk kepastian lebih lanjut, silalah berhubung dengan Pendaftar Mahkamah berkenaan perkara di atas.


Wassalam.

Ulasan

  1. Sy nak jamin okt tahan lokap ari ni..agak2 dia blh keluar ke ari ni..sbb di kaunter prtanyaan bg tahu td kene amik masa 3ari..tp klu sy dah jamin sy sndiri uruskan pg amik dia dkt kajang blh ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk isu ini kena bertanya sendiri dengan pihak mahkamah yang terlibat kerana mungkin terdapat proses yang melibatkan urusan mahkamah dan pihak polis serta penjara yang perlu dipenuhi sebelum seseorang tahanan reman dapat dibebaskan.

      Pembebasan perlu dibuat di mahkamah, rasanya tuan tidak boleh ambil sendiri tahanan di penjara.

      Padam
    2. Assalamualaikum...maaf saya nak bertanya..kalau saya nak tukar nama perbayar jamin blh ke

      Padam
    3. kalau bayar jaminan selepas hari mahkamah boleh ke tidak.?

      Padam
    4. Hai .. patutnya harini sy patut ambil wang jaminan kawan sy .. tetapi dberitahu oleh pihak bank atau mahkamah duit tu xbleh amik harini.. kenapa ya

      Padam
    5. Assalamualaikum...maaf saya nak bertanya..kalau saya nak tukar nama perbayar jamin blh ke

      Padam
  2. salam tuan,sy pernah kena urinetest.dan positif.tp sy memang tidak ambil dadah.dan setelah didakwa dan keputusan makmal dah keluar mengatakan urine sy memang tiada dadah..dan kes digugurkan.ada kah saya msh ada dalam rekod jenayah??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Selagi tuan tidak pernah disabitkan bersalah oleh mana-mana mahkamah, maka nama tuan tiada dalam rekod jenayah. Dalam kes tuan itu selepas laporan patologi diperolehi dan keputusannya negatif, maknanya tuan adalah lepas dan bebas.

      Padam
    2. Assalamualaikum tuan..kwn sy di sabit kesalahan kerana sebb nye tersendiri...keluarga nya dn sy sendiri sebagai kawan beliau juga tidk mempunyai duit yg cukup untuk menjamin beliau..jdi boleh kah kami menjamin beliau selepas hari perbicaraan di mahkamah.?

      Padam
  3. Assalamualaikum..nak tanya..kalau seorang tu Kali pertama Naik mahkamah atas Dua kesalahan iaitu 380 KANUN SEKSAAN..dengan dijamin mulut oleh perjamin itu...
    Kesalahan kedua iaitu 15(1)(A) telah dijamin oleh perjamin dengan di tanpa tunai oleh perjamin itu...
    Perlu dibayar ataupun tidak perlu dibayar atas kedua-dua kesalahan tersebut oleh tertuduh itu...

    BalasPadam
  4. Asalamualaikum tuan, saya ingin bertanya seorang okt kes urine yang telah dijatuhkan hukuman 6 bulan penjara dan tiada denda dalam waran... Tetapi telah dduk penjara 2 bulan lebih boleh buka denda atau bon jamin ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Jika hukuman denda tidak diberikan, maka kes tidak boleh lagi dibuka atau diberikan jaminan. Kecuali jika ada rayuan ke Mahkamah Tinggi. Tapi itu cerita lain. Ringkasnya, untuk keadaan ini, OKT kena habiskan juga hukuman penjara 6 bulan itu (tolak cuti mungkin duduk dalam 3-4 bulan saja).

      Padam
    2. salam saya nak bertanya brapa lama ka duit jaminan akan di kluarkan pabila kita selesai mmbayar denda

      Padam
    3. Bila surat bebas dari Mahkamah siap?? In

      Padam
  5. Salam saya nak bertanya..pesalah sudah di ikat jamin tapi pesalah masih tidak di bebas kan lg...apa lankah perlu di buat...

    BalasPadam
  6. Salam,
    Sekiranya penjamin bagi OKT meninggal dunia sebelum kes selesai, apa yang perlu dilakukan oleh waris OKT. terima kasih utk jawapan

    BalasPadam

  7. Salam. Kalau tertuduh masih dalam ikat jamin dan dia telah meninggal. Apa prosedur yg perlu dilakukan oleh pemjamin.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  8. OKT sengaja tidak hadir masa yg sama tunggu penjamin balik baru okt sampai dgn alasan tersendiri kerana bimbang penjamin tarik diri dan okt tidak mempunyai wang denda maka hakim tangguh ke 2bulan kemudian.
    Kali ke 2, ke-3 dah melampaui batas. Kerana penjamin enggan turut kata okt pinjamkan dia wang denda dan tidak hadir lg. Waran dikeluarkan. Keesokannya menurut okt dia pergi ke mahkamah gan alasan sakit siap gan beri surat sakit dari doktor maka hakim tarik balik waran. Boleh ke?
    Andai kata penjamin mempunyai bukti hitam putih kukuh bahawanya ke3 3 kali semua alasan adalah palsu apakah tindakan yg bakal diterima okt dan wang jaminan selamat tak?

    BalasPadam
  9. Salam nk tnye jwpan bgi yg thu dan pnah alami. Klau okt tu lggar nyarat x prgi sain. Dan skrg sudah direman. Dan akan bicara mhkamah nati. Ap hukuman nye. Bley dibayar denda atau ada cara lain. Kira berat x hukuman nye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Ya, hukumannya agak berat juga. Maksimum 3 tahun, jika mengaku salah akan dapat dikurangkan. Dan biasanya mahkamah akan berikan sebatan.

      Padam
  10. Saya tiada wang yang selain daripada wang jaminan.. Adakah saya boleh membayar denda yang dikenakan dgn wang jaminan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, tidak boleh kerana polisi mahkamah adalah wang bayaran jaminan tidak boleh ditukar kepada denda. Saya tidak pasti jikalau polisi ini berubah sekarang. Boleh bertanya terus kepada pihak pihak mahkamah.

      Padam
    2. Boleh menggunakan wang jaminan untuk membayar denda. Caranya apabila kes selesai, mohon surat pelepasan jamin dgn mahkamah dan beritahu jurubahasa, mau pakai duit jamin utk bayar denda. Selepas dapat surat pelepasan jaminan, boleh keluarkan amaun jamin secara tunai di bank dan gunakan untuk byr denda.

      Padam
  11. Isteri saya ada kes saman trafik lama. Dah pegi mahkamah 3 hari lepas. Kena denda dan dia gagal bayar sebab bawak duit tak cukup. Saya tak tau hal tu sebab dia rahsiakan sampai la saya dapat berita time dah senja hari dia ke mahkamah tu yang isteri saya dihantar ke penjara. Saya ada jumpa pihak berkaitan nk jelaskan denda tu tapi isteri saya tak nak. Tambah pulak dah beberapa hari dia dalam penjara. Soalan saya dia keluar nanti nama dia ada record ke buruk ke? Dia masuk penjara seminggu je dan nak habis hukuman dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya simpati dengan situasi tuan. Soalan tuan samada keluar nanti isteri ada rekod buruk atau tidak, kes yang dihadapi adalah separa atau quasi jenayah. Jadi pendapat saya adalah nama isteri tuan tidak akan dimasukkan ke dalam rekod jenayah. Saya merujuk kepada Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan trafik tidak disenaraikan dalam akta ini.

      Padam
    2. Oh baik..maksudnya isteri saya clear takde record jenayah la ye. Maksudnya dia boleh cari kerja semula lepas ni. Sebab isteri saya dah dibuang kerja lepas je majikan tahu dia dipenjarakan.

      Terima kasih untuk info ni ya

      Padam
  12. Salam..nak tanya. Harap boleh beri penjelasan. Saya dituduh pecah amanah di tempat saya bekerja. Saya tak bersalah dan minta dibicarakan. Saya kena tahan 2 minggu lepas. Direman 4 hari di lokap balai polis. Suami saya bayar wang jaminan di mahkamah untuk bebaskan saya. Cuma kes ni berkemungkinan akan ambil masa yang panjang untuk selesai. Tgh bulan ni perbicaraan pertama. Saya nak tnya adakah setiap kali perbicaraan suami kena byr jaminan lepas ni? Sebab kalau boleh saya tak nak sshkn suami. Saya pon dah tak bekerja sejak ditahan hari tu. Hari tu pon saya tak minta suami byr jaminan tapi sebab dia tak sanggup tengok saya masuk penjara. Cuma untuk lepas ni kami dah setuju kalau perlu jaminan bayar duit lagi memang saya tak nak dijamin. Ikutkan saya sendiri pon tak sanggup ke penjara. Tapi peluang untuk menang kes sgt tipis dalam situasi ni. ada kawan nasihatkan supaya saya tak dijamin. Sebab andai kata saya kalah dimahkamah. Sekurang kurangnya tempoh saya dekat dalam tu dah dikira dan perlu jalani baki hukuman sahaja. Betul ke macam kawan saya cakap tu?

    Satu lagi boleh tak sesiapa yang ada pengalaman atau tahu macam mana keadaan di penjara wanita kajang kongsikan pengalaman di sini? Sebab saya memang takut sangat sekarang ni. Malu dah jadi nombor dua sebab saya kena tahan pon di pejabat depan staf lain. Perasaan trauma kena gari depan orang ramai tu tak hilang lagi. Tolong bantu saya dalam hal ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam.

      1) Untuk jaminan mahkamah, setiap kali kes disebut/dibicara suami puan tidak perlu membayar wang jaminan lagi. Bayaran wang jaminan hanya sekali saja. Dan selepas kes selesai nanti wang jaminan itu akan dikembalikan juga. Dan sebagai penjamin, setiap kali tarikh sebutan/bicara pun suami sebagai penjamin tidak perlu hadir. Puan saja yang perlu hadir ke Mahkamah.
      2) Saya nasihatkan puan untuk cuba dapatkan nasihat peguam sebelum mengaku kalah. Jikalau puan tidak bersalah, kenapa ingin mengaku? Kes pecah amanah bukannya kes ringan. Lagipun kes sebegini jikalau menulis representasi mungkin boleh diselesaikan tanpa perbicaraan. Ia tidak mustahil untuk dibuat.
      3) Apa kawan puan cakap itu betul, tetapi dalam situasi puan agak sukar sikit sebab puan dah dijamin keluar, jadi kebiasaannya hukuman penjara (jika disabitkan) mahkamah boleh ambil kira tempoh kena reman dan boleh juga tidak ambil kira sebagai remitan. Ia bergantung kepada keputusan mahkamah.

      Padam
    2. Baik sangat jelas dah. Saya memang tak nak lantik peguam sebab saya memang takde harapan untuk menang. Saya diperangkap atas kelalaian sendiri. Bukti sangat kuat.

      Untuk kesalahan saya ni dikira jenayah ke? Ada beberapa soalan saya nak tanya.

      1) saya akan dipenjarakan berapa tahun untuk kesalahan ni?

      2) Ada harapan tak untuk saya tidak dipenjarakan. Cuma didenda?

      3) Jika saya kena penjara, status bekas banduan tu akan menjejaskan kehidupan saya nanti ke? Saya ada dengar orang cakap bekas banduan nanti ic ada cop. Betul ke? Macam mana saya nak kerja lepas ni ������

      Mungkin sepatutnya lepas habis reman dulu saya terus mengaku bersalah je. Tapi 4 hari dalam lokap disoal siasat saya jadi sangat tertekan. Suami pon tak boleh melawat saya di lokap waktu tu.

      Tolong bantu saya dengan soalan di atas. Sejujurnya saya memang takut sangat nak masuk penjara ni. Saya tak tau saya boleh bertahan atau tak nanti. Sebab 4 hari duduk dalam tu pon saya dah tertekan sangat ������

      Padam
  13. Salam ..Sya nk tnyA.. kalau warga asing dn dye kena tahan atas kesalahan urin Dye positif skg dye memegang paspot atas jaminan istri ...makmah blh bagi jaminan x atas kslhan dye?? ..mohon penjelasan ..dan nk tnyA lgi skg nie Dya kena reman 1bulan 30hb nie baru bicara lgi ..kalau makmah dah jatuh kn hukuman Dya nnti berapa tahun ya kes15(1)a

    BalasPadam
  14. Salam..tuan saya nk bertanya.. ini kali pertama saya nk jamin okt..tpi masa naik mahkamah saya x der ...so da 3 hari berlalu ..skrg kalau saya nk jamin okt..kena pergi mahkamah balik ke apa...?

    BalasPadam
  15. assalammualaikum..sy nk tanya jika okt kes khalwat diminta seorg penjamin dan duit jaminan,mslhnya sy dikenakan waran tangkap sedangkn duit jamin(buku bank) sy da bg cuma terlewat 2 hari..pegawai yg bertugas ckp sy kena ditahan jugak ..apakah tiada jalan lain dan kat mana sy boleh rujuk minta tolong perkara ni..mohon penjelasan secepat mgkin terima kasih

    BalasPadam
  16. Salam
    Saya tidak hadir ke mahkamah kerana tiada duit bayar denda .
    Apakah waran tangkap telah dikeluarkan ke atas saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. Sila semak semula dengan mahkamah yang memberikan perintah denda itu. Sepatutnya apabila ingkar perintah mahkamah memang waran tangkap akan dikeluarkan.

      Padam
  17. Berapa lama diberi tempoh ikat jamin bembayar wang sepenuh nya??

    BalasPadam
  18. Salam saya nak tanya suami saya kena tangkap polis kes pukul org.boleh tak buat jaminan polis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. Boleh. Sila berjumpa dengan pegawai penyiasat kes.

      Padam
  19. Assalamualaikum
    Nak tanya duit denda bole dapat balik atau tidak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Duit bayaran denda tidak boleh dapat balik. Ia adalah hasil kerajaan.

      Padam
  20. Salam, saya di kena kan pemerhatian selama 2 tahun, ada kah duit jamin saya dikembali kan balik?? Surat duit jamin dikembali kan tiada

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum tuan...
    Saya hendak bertanya..saya jamin okt..setelah bicara,hakim memutuskan okt tak bersalah dan wang jaminan di kembalikan...berapa lama wang jaminan tu dapat balik tuan???paling awal dan paling lambat???...terima kasih.

    BalasPadam
  22. Salam..okt kene hadir mahkamah utk bayar wang jaminan.. Okt tidak dapat hadir disebabkan sakit dan mempunyai sijil sakit. Sah ke sijil sakit tu digunakan pada hari bayaran jaminan dimahkamah

    BalasPadam
  23. asalam..kalau kita dapat bayar jaminan okt,lepas tu tak dapat bayar denda okt ya.agak2 wang jaminan ya dapat d tuntut balik tak owww??????

    BalasPadam
  24. asalam tuan . sy nk tnya . klau banduan kes dadah kan . dia dh ada orng jamin dia n dia dh kluar lps orng tu jamin .n dlm dua bulan nnti dia kna naik makamah . untuk apa ye tuan? adakah nnti dia kna masuk dlm balik atau hnya perbicaraan?

    BalasPadam
  25. salam...saya telah gagal hadirkan diri utk bicara kes 414kk pd hri ke4 dan terlupa untuk maklumkan pada peguam saya bahawa saya demam dan pening...sy telah diberitahu oleh peguam sya bhwa mahkamah telah keluarkan waran tangkap terhdap sy...soalan saya...

    1. bolehkah sy mmberi alasan demam n pening dan mengemukakan sijil cuti sakit klinik kesihatan kerajaan kepada mahkamah sebagai alasan yg kukuh?

    2. Andai kata mahkamah mahu menaikkan bon jaminan..bolehkah bon jaminan itu ditarik balik?


    tq...

    BalasPadam
  26. Salam saya ada menjamin OKT sebanyak 2k soalan saya bolehkah wang jaminan di tukar kepada wang denda pada hari ke mahkamah tersebut...

    BalasPadam
  27. Salam.. Suami saya telah ditahan reman semalam sampai 31hb ni.. Atas alasan mencuri dengan sebab company telah anaiya dia dan di pindahkan tempat keje tanpa notis.. Boleh ke buat jaminan polis?

    BalasPadam
  28. Salam.. Sy nak Tanya jika ada waran tangkap atas kesalahan urien bagai mana hendak selesaikan

    BalasPadam
  29. slmt pagi...sekiranya okt telah dibicarakan dan boleh jaminan ibubapa,tetapi kedua ibubapa x dpt hadir disebabkan masalah kesihatan.okt berumur 19thn dan telah pun berkahwin anak stu.x bolehkah penjamin itu ditukarkan kpada isteri ataupun adik beradik okt?

    BalasPadam
  30. Sy nak tahu jika OKT yg sy jamin seblm.dibicarakan ..melakukan kesalahan lain atau terbaru ..adakah wang jamin utk kes seblm ini hilang ?

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum tuan sy ingin bertanya sedikit apakah maksud surat perjanjian dan jaminan kepada polis diraja ??dan okt tertuduh didalam kes 39a(1)..tetapi diberitahu oleh pihak polis cuma dtg utk mnjadi saksi jirannya yg bersalah yg ditahan pada waktu yang sama dan kerana tertuduh tidak mengaku di atas kes 39b itu..tetapi okt ditangkap berlainan alamat dan okt telah diberi jaminan..dan telah disuruh oleh pihak polis mnjadi saksi kes tersebut pula..jadi persoalan okt disini dia tidak bersama di dalam tangkapan tersebut wajarkah dia pula mnjadi saksi kes org lain??

    BalasPadam
  32. Kawan perempuan saya didakwa di mahkamah baru baru ni. Hukuman denda 2500 atau penjara 6 bulan. Waktu tu mmg kami tak mampu byr denda. Kawan saya dah nak masuk sebulan kat penjara.

    Saya bercadang nak bayar denda tu. Tapi saya tak tau boleh lagi bayar atau tak? Kalau boleh nk byr kat mana? Mahkamah ke kat penjara? Dan kalau boleh byr kawan saya boleh terus keluar penjara tak?

    BalasPadam
  33. Saya ingin bertanya kepada awak, kalau penjamin di sabah, tahan Di semenanjung macam mana nak claim duit

    BalasPadam
  34. Salam. Bolehkah saya tarik jaminan sbelum trikh bicara.. Sbb okt berada dii penjara skrng reman sebab kes yg lain.. Saya hnya jamin kes 12.2 sahajaaa... Blhkh syaa trik jamin sblm trikh bicara smulaaa?

    BalasPadam
  35. 22hb ni kwn sye naik mahkamah kes positif dadah methaphitamin,jaminan da bayar 5k lepas dri perbicaraan hri tu,soalan sye bayarn denda nnti ble ke mgunakan duit jaminan tu

    BalasPadam
  36. Salam tuan... Sya nk bertanya... Blh ke seorang bantuan dalam penjara kita ikat jamin kluar.. mksud ye kta nk bebas kan dia dngn mmbuat pmbyaran ... Lebih kurang mcm tu lah soalan sya....

    BalasPadam
  37. Assalamualaikum wbt, tuan berkenaan wang jaminan, selepas melalui sesi sesi perbicaraan yang lama akhirnya okt di bebaskan oleh mahkamah persoalan saya kenapa pihak bank merekod jumlah wang dividen tapi wang dividen tersebut tidak diserahkan kepada pihak penjamin sebaliknya di ambil oleh bank, adakah mengikut peraturan dividen tersebut menjadi milik bank.

    BalasPadam
  38. kita rayuan di mahkamah tinggi
    semasa naik mahkamah boleh tak dapat jamin
    first hearing



    BalasPadam
  39. suami saya jatuh hukum
    so kita rayuan di mahkamah tinggi
    boleh tak ambil jamin semasa first hearing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, tak boleh jamin sebab dah jatuh hukum. Kecuali permohonan dibuat untuk menggantung pelaksanaan hukuman itu dibuat dan dibenarkan oleh Mahkamah, barulah boleh dijamin. Mesti buat permohonan dahulu.

      Padam
    2. dah buat permohonan dalam berapa hari
      boleh dapat tarikh


      tapi minggu depan hari rabu suami
      saya naik mahkamah

      akan beritahu pada hari tersebut ke

      Padam
    3. tolong balas

      terima kasih sangat

      Padam
    4. Salam sya nak tanya boleh kah klau sya nak tarik jaminan adik sya bulan depan dya naik makamah

      Padam
    5. W'salam. Boleh. Bulan depan datang bersama adik ke mahkamah, masa sebutan kes minta izin kepada mahkamah dan beritahu ingin menarik balik jaminan. Insya Allah, mahkamah akan benarkan.

      Padam
  40. Nk tye....kes da slesai...dia da mgaku bsalah...dan telah byr jaminan mahkamah oleh penjamin dia dgn mgunakn duit okt tu...duit tu blh amik balik ke...bila blh dpt balik..ade no tel utk dihubungi

    BalasPadam
  41. Dgan alasan apa kah yg sya harus ckp depan hakim nanti nya

    BalasPadam
  42. Adakah mahkamah akan tnya alasan apa kah yg sya akan tarik jamin.maaf la sya xtau sgt bab jamin nie kli pertama.

    BalasPadam
  43. hai saya nk tanya kalau kali pertama kena tangkap atas kes urine berapa jaminan dan denda kena bayar ye

    BalasPadam
  44. Assalamualaikum... Nak Tanya biasanya kes2 mahkamah ni denda melebihi duit jaminan atau atau denda lebih dari duit jaminan?

    BalasPadam
  45. Salam Saya nak tnye kalau laporan kimia dri hospital Kuala Lumpur dah smpai dh diserahkan dkt polis atau pihak mahkamah okt boleh dijatuhkan hukum terus ke atau mesti ikut bicara smpai betul2 tarikh dijatuh hukum .Dan Saya nk tnye okt Ada 2kes yg disyaki iaitu urin dn caj barang bersama klau laporan kimia itu mengatakan okt disabit Satu kesalahan je klau nk jamin knee bayar utk 2 kes atau cuma bayar utk kes yg disabit je ? Terima kasih

    BalasPadam
  46. Hai tarikh 14.5.2020 nie saya akan naik mahkamah majistret apa boleh saya buat bayaran kompaun dahulu sebelum tarikh tersebut... Saya dikenakan kompaun pkp baru baru ini dan dimana saya boleh membuat bayaran tersebut

    BalasPadam
  47. Salam saya tanya kawan sya dh kena jatuh hukum 14 hari...selepas 14 hari dia blh di jamin...sebanyak 3k(utk 6bln penjara).kalau tak dpt jamin. Ada kh kwn saya tu di penjara 6bln ataupun di kurang kn

    BalasPadam
  48. Salam tuan saya nak bertanya , semalam kes ayah saya dah selesai . Bebas tanpa syarat , masalah sekarang resit jaminan ayah saya hari tu hilang . Apakah yg perlu saya buat untuk dapatkn balik duit jaminan tu ?

    BalasPadam
  49. Salam tuan saya ingin bertanya.. Saya ada ikat jamin seorang yg kena tahan atas kesalahan positif dadah jenis metaphetamine.. Tapi org yg positif 2 saya jamin selepas 80 hari di dalam penjara dan blum ada sabitan.. Dan akan di bicarakan pada 26 hb 2020 ni.. Saya ingin bertanya adakah jatuhan mahkamah biasanya dari tarikh d tangkap atau dari tarikh perbicaraan

    BalasPadam
  50. Selamat Petang Guys,klu bayar jaminan kpda mahkamah,dapatkah jaminan itu balik selepas perbicaraan seterusnya??

    BalasPadam
  51. Assalamualaikum tuan kawan saya kes perbicaraan dia belum selesai tetapi penjamin dia baru baru ni telah ditangkap polis atas sebb tertentu , boleh ke kawan saya tu tukar penjamin sebb skrg penjamin dia Ada dalam lokap

    BalasPadam
  52. assalammualaikum kawan sy jamin OKT mcm mana ya nk kena buka acc bank juga ke.

    BalasPadam
  53. assalammualaikum suami kawan saya kena tahan kes air ketum kes dah lama setiap kali turun naik mahkamah selama 3bulan dah jatuh hukum tapi kenapa bayaran denda tidak dikenakan kes 2018..tahun 2020 dapat info nama suami dia wanted polis tahan terus masukkn dlm lokap kenapa ya..

    BalasPadam
  54. Mohon respon...nk tnya ..suami sy kne thn tpi smbut 3 kes (..kes pertama wanted jatuh hukum wanted 1-6-20 pnjra 6bulan.)(kedua kes pukul 8/7/20 jth hukum 5bln) dn last yurin 21-7-20 jth hukum 4bln ) .prtanyaan sy mcmne prkiraan bulan untuk dy ddk kt dlm pnjara .. adakah jalan serentak atau tambah2 6+5+4 15bulan.. atau jalan sekli serentak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wanted tu untuk kes apa tu ye.... Kalau kes wanted 6 bulan penjara ke....

      Padam
  55. Slmt ptg tuan,tumpang bertanya.kwn sya anak die Ada KES wanted lama.brapekah denda kalu sabot.
    2. KES dadah 12.2 boleh buat jaminan polis ke? Mohon pencerahan tq

    BalasPadam
  56. Assalammualaikum..bakal peguam..
    Bagi prsalah yg dah dijatuhkn hukuman..dan dah dipenjarakn..bagaimna utk jamin persalah...perlu hadir kemakamah utk jamin atau jamin trus dipenjara..prslah dh dijatuhkn hukuman pnjara 10 bulan dan denda 2000..adakah bayaran lain yg perlu dibayar atau hanya bayar 2000 tu sahaja...

    BalasPadam
  57. Selamat sejahtera Tuan/Puan saya jayakumar A/L Muniandy pernah menjamin Siti zalina Binti Kudus pada tahun 2015,saya masih tidak mengambil Wang jamin saya kerana dlm masa itu saya ditahan atas seksen LLPK, dipenjarakan 2 tahun,, selepas bebas pada 2018 saya ke mahkamah seremban, untuk menuntut Wang tersebut, pihak mahkamah mengatakan akan menghubungi saya, sampai sekarang tiada jawapan, tolong saya Kerana saya begitu susah pada masa ini kerana saya hidup brsendrian dihalau keluarga kerana memeluk ugama islam,0172366436 ini ada nom saya

    BalasPadam
  58. salam saya nak tanya bole ke kalau saya nak tarik jamin sepupu saya ?

    BalasPadam
  59. salam saya nak tanya bole ke kalau saya nak tarik jamin sepupu saya ?

    BalasPadam
  60. Kepada pihak yg lebih arif..sy harap dpt bg respon..sebab sy sebagai penjamin bg pihak OKT.
    OKT akan dijatuhkan hukuman esok..sy sebagai penjamin untk buat bayaran "FINE(denda).. jadi apa yg sy perlukan penjelasan pd yg lebih arif,ikat jamin OKT 1800rm..sy sekadar stnby cash 1500rm untk bayar "fine.skiranya "fine rm3k,boleh ke sy keluarkn duit jamin dan topup cash untuk jadikan rm3K ?
    kerjasama yg lebih arif,sy harap dapat beri penjelasan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf lambat respon. Boleh bagi maklumbalas status kes ini?

      Padam
    2. h̃ĩ s̃ãL̃ãM̃ s̃ỹẽ Ñãk̃ B̃ẽr̃t̃ãÑỹãk̃ k̃ẽs̃ w̃ãÑt̃ẽd̃ j̃ãL̃ãÑ s̃ẽr̃ẽÑt̃ãk̃ t̃ũ ãp̃ã ỹãh̃.. d̃ĩã k̃ẽÑãk̃ 6 B̃ũL̃ãÑ.. d̃ĩã k̃ẽt̃ãÑg̃k̃ãp̃ 7 ãg̃ũs̃ Ñãĩk̃ M̃ãh̃k̃ãM̃ãh̃ 9 ãg̃ũs̃. t̃ẽr̃ũs̃ d̃ĩj̃ãt̃ũh̃k̃ãÑ h̃ũk̃ũM̃ãÑ w̃ãj̃ĩB̃ p̃ẽÑj̃ãr̃ã..s̃ỹẽ Ñãk̃ B̃ẽr̃t̃ãÑỹãk̃ B̃ẽr̃p̃ã L̃ãM̃ã s̃ũãM̃ĩ s̃ỹẽ k̃ãt̃ d̃ãL̃ãM̃ p̃ẽÑj̃ãr̃ã.s̃ẽB̃ãB̃ s̃ỹẽ t̃ẽÑg̃ãh̃ mengandung

      Padam
  61. assalammulikum bakal peguam saya nak tanya..abag saya di tahan atas sebab minum ketum dan telah di reman selama 4 hari tp baru2 ini dia telah keluar atas ikat jamin sebanyk 1800 ..seterusnye dia kene naik semula ke makamah apa kn proses seterusnye akn di buat di makamah..maaf harap dapat mejawp soalan saya

    BalasPadam
  62. bakal peguam saya nk tanya..setelah di ikat jamin dan akan datang semua ke makamah apakah peroses yg dilakukan...dan untk minum ketum berapakan denda yg dijatuhkan..

    BalasPadam
  63. bakal peguam saya nk tanya..setelah di ikat jamin dan akan datang semua ke makamah apakah peroses yg dilakukan...dan untk minum ketum berapakan denda yg dijatuhkan..

    BalasPadam
  64. s̃ãL̃ããM̃ s̃ẽM̃ũã s̃ãỹã Ñãk̃ t̃ãÑỹãk̃ h̃ũk̃ũM̃ãÑ 6 B̃ũL̃ãÑ p̃̃ẽ̃Ñj̃̃ãr̃ã B̃ẽr̃p̃ã L̃ãM̃ã d̃ũd̃ũk̃ d̃ãL̃ãM̃ penjara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tolak cuti sabtu ahad dalam 4/5 bulan lebih. Macam sekejap tapi cukup serik kat dalam.

      Padam
    2. d̃ĩã ãd̃ã 2 k̃ẽs̃ w̃ãÑt̃ẽd̃ L̃ãM̃ã p̃ũÑỹã .d̃ĩã d̃ĩj̃ãt̃ũh̃k̃ãÑ h̃ũk̃ũM̃ãÑ 6 B̃ũL̃ãÑ p̃ẽÑj̃ãr̃ã d̃ãÑ s̃ãt̃ũ k̃ẽs̃ L̃ãg̃ĩ 6 B̃ũL̃ãÑ p̃ẽÑj̃ãr̃ã d̃ũã2 Ñỹã k̃ẽs̃ j̃ãL̃ãÑ s̃ẽr̃ẽÑt̃ãk̃..d̃ĩã k̃ẽÑã t̃ãÑg̃k̃ãp̃ 7 ãg̃ũs̃ Ñãĩk̃ M̃ãh̃k̃ãM̃ãh̃ 9 ãg̃ũs̃ d̃ãÑ M̃ãh̃k̃ãM̃ãh̃ãh̃ j̃ãt̃ũh̃k̃ãÑ h̃ũk̃ũM̃ t̃k̃d̃ẽ d̃ẽÑd̃ã w̃ãj̃ĩB̃ p̃ẽÑj̃ãr̃ã. k̃̃ĩ̃r̃̃ã2 d̃ĩã B̃ẽB̃ãs̃ B̃ĩL̃ã ỹãh̃?? d̃ĩã d̃ũd̃ũk̃ d̃ãL̃ãM̃ p̃ẽÑj̃ãr̃ã Ñãk̃ d̃ẽk̃ãt̃ 2 B̃ũL̃ãÑ.. s̃ỹẽ s̃̃̃ẽũs̃ãh̃ h̃ãt̃ĩ.. s̃ẽB̃ãB̃ s̃ỹẽ t̃ẽÑg̃ãh̃ M̃ẽÑg̃ãÑd̃ũÑg̃.. B̃ẽL̃ũM̃ ãd̃ã ỹãÑg̃ L̃ãw̃ãt̃ĩĩÑ d̃ĩã k̃ãt̃ d̃ãL̃ãM̃ s̃ẽB̃ãB̃ k̃ẽL̃ũãr̃g̃ã d̃ĩã t̃ẽÑg̃ãh̃ s̃ũs̃ãh̃ s̃ỹẽ Ñãk̃ t̃̃ãũ B̃ĩL̃ã d̃ĩã B̃ẽB̃ãs

      Padam
  65. boleh tak menggunakan duit jamin untuk membayar denda

    BalasPadam
  66. boleh tak guna duit jamin untuk membayar denda

    BalasPadam
  67. Assalamualaikum.. Sya nx tnya,mcm mna klau sya nx jamin OKT yg kna sabit 2 kes? Sbb msa kt mhkmh bicara ritu.. Hakim ttpkn 3k ntuk jamin.. Kiranya klau sya jamin dia skrg, dia cma bebas ntuk smntara je kn? Sbb ada lgi 1 kes. Tp, kes yg ni pgwai polis tu bgtau kna byr 2k sbb urine positif+ada brg(xpasti btul@x brg tu mmg ada@sbliknya).. Sya nx tau, klau dia dh jatuh hukum nnti.. Duit yg 3k tu bleh ke guna lgi@kna duit lain plk? Sbb 3k tu mhkmh ttpkn tp, blum jatuh hukum lgi.. Bleh bg pncerhn ntuk sya fhm psl ni x encik? Ni 1St sya kna hadap..

    BalasPadam
  68. Salam nak tanya dulu 2009 sy pernah ditahan di lokap selama 14hari dan dibebaskan tanpa syarat dan apa2 surat kes urine..... 2017 saya sekali lagi di tahan dan direman sehari dan dibebaskan diberi surat hadir ke mahkamah.... Saya nak tanya adakah semasa di mahkamah nti pihak pendakwaraya akan main kan kes pertama saya tu yg 2009 tu untuk menjadi kan ianya kesalahan lampau saya.... Untuk makluman kes pertama saya tu tidak dimasukkan rekod jenayah lampau....ada tak orang boleh jawabkan

    BalasPadam
  69. Bakal peguam sy nk bertanya, nilai jamin mahkamah tu sbg cagaran untuk okt keluar dr penjara sementara menunggu tarikh bicara je kn? Kalau kata duit jamin tu tak mampu bayar, apa yg akan berlaku?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bole sy bertanya jika surat jaminan warna mera sy hilang apa perlu sy buat ye? Sy balik dari makamah tercicir atas motor.. Dan sy x tau apa perlu sy buat

      Padam
  70. Askum bakal peguam, sy ingin bertanya, suami sy ade 2 kes, sekarang dia ade kt kajang sbb 1 kes dia tu kes wanted dr 2018. Kes yg satu lg tu dia dituduh 379a@411 yg dia tidak mengaku masa naik mahkamah utk dituduh lepas di tahan di lokap. Masa itu, pengadu ttg moto itu telah dtg bagi menarik blk repot dia dan io kes yg suruh bw ke mahkamah, tp aritu dia kesuntukan masa dan tidak dapat menunggu sehingga suami di pnggil dan meninggalkn mahkamah. Suami telah di beri jamin 3k ( sy tidak dpt membayar) dan di beri tarikh baru - 1/10/20 bagi sebutan kes itu. Pengadu sekarang ni di tahan di wad hospital selayang n tidak dpt membuat report bagi menarik semula report sebelum tarikh itu. Sy nak tanye, adakah masih boleh utk suami sy bebas kalau pengadu tarik semula report nanti? Dan apa yg patut dia buat pada 1/10? Mengaku atau tidak? Suami pernah di sabitkan kes 411 dan risau dia akan kena hukuman yg lama. Sy tgh sarat mengandung dan kami mempunyai 4 org anak masih kecil. Sy buntu skg ni. Sbb kalau dia x mengaku sy terpaksa cari 3k utk jamin dia, tp klu mengaku, sy hilang semua sumber keupayaan sy kerana sy hanya mempunyai dia saja untuk keperluan hidup kami. Tolong bantu sy?

    BalasPadam
  71. ٱلسَّÙ„َامُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ ٱللَّٰÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
    Saya nak tanya.. Dulu masa zaman sekolah ada rekod jenayah.. Tapi skrg dh kerja sektor kerjaan.. Dlm masa 3 tahun kan utk sahkan jawatan.. Adakah rekod jenayah itu akan sangkut utk pengesahan jawatan?

    BalasPadam
  72. Adakah saya boleh guna duit jamin untuk membayar denda?

    BalasPadam
  73. Salam. Saya penjamin okt 2 kes di berbeza di mahkamah yg sama. 3 kali tidak hadir semasa sebutan kes. 1.Tindakan apa pada okt?
    2.tindakan pada saya?
    3. Prosedur untuk tarik jamin?

    BalasPadam
  74. Hi...i okt dan penjamin ialah bapa saya...tapi bapa saya telah meningal....selalu bapa i bagi i tau bila untuk ke mahkamh
    ...tapi oleh kerana mco dan bapa i meningal..so i pun tak tau bila mau hadir mahkamah...boleh tak ahli keluarga pergi mahkamah dan bagi tau bapa imenigal dan tengok boleh ambil balik wang jamin atau sebahagian daripadanya..sebab untuk bayar lawyer....senua lawyer minta 10k untuk fee.

    BalasPadam
  75. assalamualaikum . saya ingin bertanya . Tolonglaa saya jawab . cerita nya bgni . sya jadi suspek kes tipu online 420 . d mna ada orng tdk brtnggungjwb mnggunakn akaun saya untuk tujuan scammer . sy d reman 4 hari tp d bebas kn dgn jaminan polis . stiap seminggu saya lapor diri d balai . persoalan saya d sini . saya sudah mmbayar balik duit kepada pengadu . (yangbuatreport) full payment . dan pengadu sdh menarik balik report serta kes . tetapi pengawai penyiasat ttap mau tuduh saya d mhkahmah . boleh kaa pgawai tu truskan kes saya sedangkan saya suda bayar hbs kerugian pengadu dan pengadu sdah menarik report trsebut? tolong jelaskn. sebab skrng sy tngh mngndung 6 blan .

    BalasPadam
  76. Salam tunang sya kene tangkap sebab wanted kes lama tpi...kes tu pda 2018...dan dia dah jalan kes tu...knp wanted dia masih xpfm

    BalasPadam
  77. Salam tuan,adik sy dtgkap kes 12(2)
    utk kes tersebut sy penjmin kpd dia dan dkenakan duit jamin 3.5k.
    pd mhkamah yg lalu,dia tlah mngaku,dan dijtuhkan denda rm3.3k...
    sy tlh dulukan duit cash denda tersebut.
    soalan sy,bile bleh kluarkan duit jaminan tu?
    dan bagaimana prosedur jika surat jamin original tu hilang?

    BalasPadam
  78. Salam tuan. Bolehkah Wang jamin digunakan untuk membayar denda? Atau saya perlu menyediakan sejumlah Wang lain untuk membayar denda dihari sebutan kes seterusnya?

    BalasPadam
  79. Hi...saya nak tanya ada orang
    depat penjara 3tahun 5 bulan
    Cuti tolak macam mana..pls
    Can explain

    BalasPadam
  80. Hi...3tahun 5 bulan hukuman
    Depat cuti tolak macam mana
    Lagi apa maksud tempoh

    BalasPadam
  81. Aslmkum... Rakan sya ada mmbuat ksilapan iaitu 15(1)Adb ... tapi dia tidak hadir kemahkamah untuk keputusan ujian makmal. Keputusannya dia positif syabu dan wanted telah dikeluarkan oleh pihak polis... kes ni telah berlaku 5-6 tahun yang lepas... Sekarang ni bagaimana untuk dia selesaikan kes ini dan apa yang dia perlu lakukan

    BalasPadam
  82. Selamat malam,saya nak tanya psal wang jaminan..
    Harini, OKT telah mengaku salah atas mahkamah..
    Selepas tu,saya kena buat apa dan buat mcm mna untuk dpt balik wang jaminan..
    boleh kah awak tolong saya terangkn dgn stepbystep..
    Saya mmg confused psal ni

    BalasPadam
  83. sya mahu bertanya...kalau minta tempoh 2 bulan untuk mengumpul duit untuk bayar denda boleh ka..sebab gaji sya ne tidaklah tinggi sngat...kes positif syabu..

    BalasPadam
  84. Salam sya ada jamin abg sya tpi kes itu dh abis ada ka sya dapt duit sya jamin abg semula

    BalasPadam
  85. Assalmualkum n selmt pagi semuanya

    BalasPadam
  86. Salam saya nak tanyaaa , kalauuu kes 420 kk untuk 7 report dgn satu wanted hukumann die berat tak ?
    -,bole dijamin atau tidak ?
    -, kalau bole dijamain Atau bayar denda , berapa hargaaa jaminan ?, dn bole ke buat rayuann .
    -, Dan kalau diperjaraa anggarann berapaaa tahunn .

    BalasPadam
  87. Assalamualaikum saya ingin bertanya abg saya mahkamah dh jatuh hukum 2 kes serentak di penjara 6 bulan di penjara kluang,dan genap 4 bulan dia di pindahkn ke penjara reman ulu choh .. pihak penjara ulu choh suruh saya hubungi mahkamah untuk tahu dia ade kes lain ke atau sebb ape dia masih di tahan dan saya telah pun hubungi mahkamah untuk tahu lebih detail mengenai kes abg saya. Pihak mahkamah beritahu bahawa dia ade 1 kes memiliki dadah ..dan abg saya boleh di jamin ..persoalan saya jika saya adakah dia akan di bebaskan?? Harap sangat dapat membantu

    BalasPadam
  88. Boleh ke bertanya banduan telah jatuh hukum 6 bulan di penjara 2kes jalan serentak iaitu kes wanted .genap 4 bulan di penjara banduan di bawa ke lokap semula bgi kes memiliki dadah sebanyak 5g
    Persoalan saya adakah bagi kess memiliki banduan tersebut boleh di jamin??

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH