VIRAL: PROGRAM KHIDMAT RAKYAT PARTI WARISAN TAWAU

Assalamualaikum,

Terima gambar ini melalui aplikasi Whatsapp beberapa hari lepas. 

Program ini nampaknya sangat bagus dan diadakan pula bertepatan dengan Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia.

Maaf, tiada kredit untuk gambar ini kerana diterima melalui group dalam aplikasi Whatsapp.

Namun, timbul beberapa persoalan dan pertanyaan daripada saya seperti berikut:-

1. Adakah program ini mendapat pengiktirafan kerajaan Negeri (yang bertanggungjawab terhadap sijil lahir daftar lewat) dan kerajaan Persekutuan (yang bertanggungjawab dalam isu kewarganegaraan)??

2. Adakah ini bermaksud terdapat ahli-ahli Parti Warisan atau keluarga mereka yang tidak mempunyai Mykad (kerana kononnya tertangguh?) atau masih belum mendapat hak kewarganegaraan??

3. Sekiranya program ini TIDAK mendapat restu kerajaan, bagaimanakah banner ini boleh sewenang-wenangnya menggunakan jata rasmi Kerajaan Negeri Sabah?? Tiadakah tindakan akan diambil di bawah Enakmen Nama dan Lambang (Pencegahan Penggunaan Tidak Wajar) 1979 (Sabah No. 14 Tahun 1979) atau undang-undang terpakai lain??

4. Sekiranya program ini pula mendapat restu kerajaan, siapakah pegawai kerajaan Negeri dan Persekutuan yang terlibat sama dalam program ini?? Dan mengapakah jata kerajaan Persekutuan tidak digunakan sekali??

5. Apakah jenis khidmat yang disediakan bagi permohonan-permohonan 'tertangguh' itu, sedangkan kelulusan permohonan-permohonan itu terletak di bawah bidangkuasa pihak Mahkamah Majistret di Negeri Sabah dan pihak Jabatan Pendaftaran Negara??

6. Apa yang lebih penting ialah bagaimanakah Parti Warisan begitu mudah menguruskan hal-hal berkenaan dengan 'tanpa birokrasi' pula sedangkan urusan-urusan ini penuh dengan karenah proses birokrasi yang panjang dan ketat?? Boleh tolong jelaskan??

7. Akhir sekali, jikalau Parti Warisan sedia membantu menguruskan dokumen itu, apakah pula maksudnya 'bukan IC projek' dan 'bukan janji' itu??

8. Oh dan satu lagi, mengapakah nama program "PROGRAM KHIDMAT RAKYAT" tetapi isi program pula "Khas untuk ahli-ahli Parti Warisan Cawangan Kampung Titingan"?? Ahli DAP, PKR, UMNO tidak boleh sertai program rakyat inikah??

9. OK last sekali, adakah penggunaan SMK Titingan iaitu sebuah sekolah kerajaan Persekutuan telah mendapat kelulusan Menteri Pendidikan kita yang sangat berwibawa dan berjiwa rakyat??

Saya penyokong kerajaan.

Tetapi, mohon agar persoalan-persoalan ini dapat dijawab oleh pihak berkenaan agar rakyat yang kurang pendidikan (seperti saya!) lebih jelas dan faham berkenaan program melibatkan isu sensitif seperti ini.

Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH