Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel daftar lewat sijil lahir

GAGAL ENDOSMEN DAFTAR LEWAT SIJIL LAHIR

Imej
Assalamualaikum, Ada orang mengeluh mengapa endosmen daftar lewat sijil lahir anaknya yang kononnya lahir di hospital kerajaan dan ada 'surat klinik' tapi ditolak oleh Mahkamah. Atau dengan kata lain 'gagal endosmen'. Sumber gambar di SINI Makcik, Hanya kerana anak makcik lahir di hospital kerajaan bukan bererti sijil lahir itu layak diluluskan endosmennya. Ada bermacam faktor diambil kira oleh Mahkamah sebelum sesuatu sijil lahir daftar lewat itu boleh diendoskan. Sebenarnya endosmen itu adalah bagi menentusahkan maklumat-maklumat yang terkandung di dalam sijil lahir daftar lewat itu adalah tepat dan betul. Ini bagi mengelakkan salah guna oleh orang yang tidak bertanggungjawab terutama untuk mengelakkan orang 'menjual' sijil lahir kepada orang lain. Mesti pakcik makcik pernah dengar kan orang jual sijil lahir. Jadi, sebelum seseorang itu boleh berbuat apa-apa dengan sijil lahir daftar lewat itu, terutamanya bagi memohon MyKad, fakta ...

DILEMA WARGA TANPA NEGARA DI SABAH

Imej
Stateless. Sumber di SINI Taraf yang diberikan kepada mereka yang lahir di Sabah tetapi tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Begitulah keadaan hidup mereka. Kebanyakan hidup miskin, tinggal di kawasan setinggan, tiada pekerjaan kerana kalau keluar bekerja perlukan dokumen (sekurang-kurangnya IC merah!). Tidak tahan dengan cabaran hidup tanpa dokumen, ramai yang menjadikan kegiatan jenayah sebagai pekerjaan atau melepaskan geram. Ada yang ambil syabu, menjual syabu, mencuri, merompak. Tetapi sekurang-kurangnya, kaum Palauh yang hidup meminta-minta hatta di tengah jalanraya panas terik tidak pula kedengaran melakukan kegiatan merompak ini. Ramai juga yang tidak melakukan kegiatan jenayah tetapi akhirnya ditangkap Polis, ditangkap Imigresen. Akhirnya, dibawa dan dituduh di Mahkamah kerana 'masuk ke negeri Sabah tanpa memiliki dokumen' dan kesalahan dibawah Akta Imigresen, walhal mereka tidak masu...

VIRAL: PROGRAM KHIDMAT RAKYAT PARTI WARISAN TAWAU

Imej
Assalamualaikum, Terima gambar ini melalui aplikasi Whatsapp beberapa hari lepas.  Program ini nampaknya sangat bagus dan diadakan pula bertepatan dengan Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia. Maaf, tiada kredit untuk gambar ini kerana diterima melalui group dalam aplikasi Whatsapp. Namun, timbul beberapa persoalan dan pertanyaan daripada saya seperti berikut:- 1. Adakah program ini mendapat pengiktirafan kerajaan Negeri (yang bertanggungjawab terhadap sijil lahir daftar lewat) dan kerajaan Persekutuan (yang bertanggungjawab dalam isu kewarganegaraan)?? 2. Adakah ini bermaksud terdapat ahli-ahli Parti Warisan atau keluarga mereka yang tidak mempunyai Mykad (kerana kononnya tertangguh?) atau masih belum mendapat hak kewarganegaraan?? 3. Sekiranya program ini TIDAK mendapat restu kerajaan, bagaimanakah banner ini boleh sewenang-wenangnya menggunakan jata rasmi Kerajaan Negeri Sabah?? Ti...

DAFTAR LEWAT SIJIL LAHIR: MASALAH YANG MEMBELENGGU WARGA SABAH

Imej
Assalamualaikum, Kes ini mungkin ada kaitan dengan sijil kelahiran daftar lewat di Sabah. Sumber berita di SINI. Mungkin . Jadi setakat ini spekulasi sahaja kerana bakalpeguam tidak tahu dokumen apa yang dipegang oleh mangsa ini sehingga terpaksa menanggung bil hospital pula. Jikalau betul ia ada kaitan dengan sijil lahir daftar lewat, maka ini boleh dikatakan 'tip of the iceberg'. Masalah ini sebenarnya lebih besar cuma mungkin tidak diwar-warkan dalam media arus perdana. Daftar lewat sijil lahir... Masalah yang akan terus membelenggu warga Sabah. Baca tulisan sebelum ini di SINI , SINI dan SINI . Wallahu a'lam.

FAKTA WARGANEGARA RINGKAS

Imej
Assalamualaikum, Post ini ringkas saja. Jom kita sembang isu warganegara. Seorang bapa pemegang status Penduduk Tetap (IC Merah). Berkahwin dengan seorang perempuan yang bukan warganegara (pakai pasport, IMM13 dan sebagainya). Anak diorang warganegara Malaysia atau bukan warganegara? Jawapannya: ikut status perkahwinan ibubapa semasa kelahiran anak itu. Kalau perkahwinannya sah dan ada sijil nikah yang sah, maka anak itu diiktiraf sebagai WARGANEGARA kerana mengikut status bapa yang memiliki taraf Penduduk Tetap, maknanya bermastautin secara tetap di Malaysia. Kalau perkahwinannya tidak sah atau kahwin kampung atau menggunakan imam tidak bertauliah dan tiada sijil nikah yang sah, maka anak itu diiktiraf sebagai BUKAN WARGANEGARA kerana mesti ikut status warganegara ibunya. Maka, janganlah ambil ringan isu kahwin kampung, kahwin lari, kahwin koboi dan sebagainya. Sebab anak kita yang jadi mangsa. InsyaAllah post ini akan dikemaskini untuk menyer...

Daftar Lewat Sijil Lahir Di Sabah: Kerjasama Kementerian Kesihatan

1. Dalam zaman serba moden ini, sewajarnya tiada alasan untuk kita tidak mempunyai surat pengesahan terhadap sesuatu yang penting berlaku dalam hidup kita. 2. Kelahiran dan kematian adalah suatu perkara atau kejadian yang sangat penting. 3. Atas sebab itu, dipohon kerjasama pihak Kementerian Kesihatan untuk mengeluarkan surat pengesahan bersalin terhadap semua kelahiran yang berlaku samada di hospital atau klinik kerajaan dan swasta untuk simpanan dan rujukan ibubapa bagi mengelakkan kesulitan terutamanya kepada pihak mahkamah dalam menjalankan inkuiri daftar lewat sijil lahir, terutamanya di negeri Sabah. 4. Adalah lebih molek jika perkara ini diwajibkan. Ini juga dapat mengelakkan penyalahgunaan proses oleh mereka yang tidak berkenaan, terutamanya pendatang asing tanpa izin.

Lagi Tentang Daftar Lewat Sijil Lahir: Soal Jawab (Bhgn. 1)

1. Anda atau anak anda lahir di Sabah? Cuba semak balik sijil lahir anda atau anak samada tertera perkataan "Daftar Lewat Kelahiran" atau "Daftar Lewat" atau "Late Registration" di muka hadapan (samada di sebelah atas atau bawah sijil lahir berkenaan). 2. Sekiranya ada, dan anda masih belum membuat kad pengenalan, anda akan dibelenggu masalah untuk mendapatkan pengesahan dari Majistret Kelas Pertama terlebih dahulu sebelum sebarang permohonan kad pengenalan dapat diproses oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara. 3. Kenapa perlu pengesahan? Kerana sijil lahir anda atau anak anda telah didaftarkan di luar tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang Negeri Sabah iaitu dalam tempoh 42 hari selepas kelahiran itu berlaku. Butir-butir kelahiran yang terdapat dalam sijil lahir itu seperti nama, nama bapa, nama ibu, tarikh kelahiran, tempat kelahiran, bangsa dan sebagainya perlu disahkan bahawa ia adalah tepat dan betul serta dimiliki oleh pembawa sijil lahir itu....

Daftar Lewat Sijil Lahir Di Negeri Sabah

1. Semua orang tahu bahawa telah ditubuhkan satu Suruhanjaya khas bagi menyiasat dan mencari penyelesaian mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah. 2. Masalah pendatang asing tanpa izin ini ibarat semut yang susah untuk dimusnahkan. Ia berkait rapat dengan sejarah, geografi serta sosio ekonomi masyarakat setempat dan negara-negara berjiran. Perkara ini sudah terlalu lama dibiarkan hatta kuasa politik sekalipun amat sukar untuk membendung masalah ini. 3. Salah satu perkara unik yang ada dalam undang-undang negeri Sabah ialah daftar lewat sijil lahir yang terkandung di bawah Ordinan Kelahiran dan Kematian 1951 (Chap. 123). Ordinan ini adalah undang-undang zaman British yang saya kira sudah terlalu lapuk dan tidak relevan lagi. 4. Ini kerana ia memberikan satu beban yang amat berat untuk ditanggung oleh Mahkamah terutamanya seorang Majistret yang bertugas di Sabah. 5. Bagi kes-kes kelahiran yang lewat didaftarkan, iaitu melebihi 42 hari selepas kelahiran seseorang, sebelum pihak Jabat...