FAKTA WARGANEGARA RINGKAS

Assalamualaikum,

Post ini ringkas saja.

Jom kita sembang isu warganegara.

Seorang bapa pemegang status Penduduk Tetap (IC Merah).

Berkahwin dengan seorang perempuan yang bukan warganegara (pakai pasport, IMM13 dan sebagainya).

Anak diorang warganegara Malaysia atau bukan warganegara?

Jawapannya: ikut status perkahwinan ibubapa semasa kelahiran anak itu.

Kalau perkahwinannya sah dan ada sijil nikah yang sah, maka anak itu diiktiraf sebagai WARGANEGARA kerana mengikut status bapa yang memiliki taraf Penduduk Tetap, maknanya bermastautin secara tetap di Malaysia.

Kalau perkahwinannya tidak sah atau kahwin kampung atau menggunakan imam tidak bertauliah dan tiada sijil nikah yang sah, maka anak itu diiktiraf sebagai BUKAN WARGANEGARA kerana mesti ikut status warganegara ibunya.

Maka, janganlah ambil ringan isu kahwin kampung, kahwin lari, kahwin koboi dan sebagainya. Sebab anak kita yang jadi mangsa.

InsyaAllah post ini akan dikemaskini untuk menyertakan peruntukan undang-undang yang berkenaan agar apa yang ditulis ini berasas dan berlunaskan undang-undang negara kita.

Wassalam.

KEMASKINI:

Rujukan kepada hal-hal kewarganegaraan ada pada Perlembagaan Persekutuan, iaitu undang-undang bertulis tertinggi di negara Malaysia.

Untuk senario di atas, boleh rujuk kepada Jadual Pertama, Bahagian II dalam perkara 'Kewarganegaraan Melalui Kuatkuasa Undang-Undang Bagi Orang Yang Lahir Pada atau Selepas Hari Malaysia', seperti gambar di bawah:


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH