SOALAN TYPICAL BUAT PEGUAM Ep. 2
S: Mengapakah saya perlu peguam untuk mewakili saya di Mahkamah?
J: Kerana di Mahkamah terdapat beberapa proses perundangan yang perlu dipatuhi oleh semua orang, tidak kira pangkat atau darjat atau keturunan, mesti mengikut proses undang-undang yang sama. Dan proses ini tidak semua orang tahu kecuali peguam. Dan walaupun orang itu tahu, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat peguam yang bertauliah atau berlesen menjalankan amalan guaman kerana mereka ini dilindungi oleh insurans terhadap sebarang kecuaian profesional. Sekiranya anda mendapatkan khidmat peguam yang tidak bertauliah, maka anda tidak akan mempunyai remedi dari segi undang-undang atas apa-apa kerugian atau kecuaian yang anda alami akibat daripada gagal mematuhi mana-mana proses Mahkamah.
S: Boleh berikan contoh proses itu?
J: Dalam kes sivil, contoh kes-kes saman, sekiranya anda menerima writ saman, anda perlu memasukkan atau memfailkan memorandum kehadiran kepada Mahkamah. Orang awam tidak tahu apa itu memorandum kehadiran dan bilakah tempoh masa perlu difailkan dan sebagainya. Dan selepas itu terdapat pula proses memfailkan penyata pembelaan, yang juga melibatkan tempoh masa yang ditetapkan. Jika anda gagal mematuhi semua ini, penghakiman ingkar boleh dimasukkan terhadap anda walaupun anda mempunyai pembelaan yang bagus. Dalam kes jenayah pula, sekiranya anda mengaku tidak bersalah, terdapat proses pengurusan kes sebelum perbicaraan yang akan ditetapkan oleh Mahkamah. Peguam yang bertanggungjawab akan memberitahu anda hak anda dalam mendapatkan perbicaraan yang adil dan apakah dokumen yang sepatutnya anda terima semasa pengurusan kes. Semua proses ini mempunyai had masa yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan Mahkamah juga perlu menguatkuasakan tempoh masa ini dengan lebih ketat agar kes tidak akan tergendala atau terbengkalai kemudian.
S: Kalau saya mewakili diri sendiri tanpa peguam di Mahkamah pun boleh?
J: Boleh. Dalam kes sivil anda dikenali sebagai Self Represented Litigant atau Litigan Mewakili Diri Sendiri. Sebagai wakil kepada diri sendiri, apa-apa jua prosedur dan proses Mahkamah anda kena tahu, mesti tahu dan patuhi dan atas tanggungjawab dan risiko anda sendiri. Anda juga kena pastikan bahawa anda dapat dihubungi oleh pihak Mahkamah bagi tujuan serahan notis atau memaklumkan perkembangan kes anda, jika perlu.
Bersambung ...

Ulasan
Catat Ulasan