APA ITU SABIT KESALAHAN?

Assalamualaikum,

Kalau anda rajin mendengar berita tentang berita jenayah, mesti anda pernah dengar dialog ini:

"Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan akan dihukum gantung sampai mati."

Adakah anda tahu apa itu sabit kesalahan?

Adakah ia sebuah sabit yang diletakkan di leher pesalah? 😄

Besarnya sabit ini

Tentunya bukan.

Sabit kesalahan dalam bahasa Inggerisnya ialah 'conviction' atau apabila seseorang itu telah disabitkan kesalahan jenayah maka dia dikenali sebagai 'convict person' atau 'convicted'.

Ia membawa maksud telah terbukti melampaui keraguan munasabah bahawa tertuduh itu bersalah di dalam Mahkamah atas perlakuan jenayah seperti yang dipertuduhkan.

Dengan kata lain, 'conviction' ini ialah satu perisytiharan Mahkamah ke atas seorang tertuduh bahawa dia telah didapati bersalah dan ternyata dia melakukan kesalahan itu tanpa sebarang keraguan. Maka, akibat dari sabitan itu, tertuduh sewajarnya menerima kesan dan akibat daripada sabitan itu, iaitu apa jua hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang terhadap kesalahan yang dilakukannya, contoh seksyen 302 Kanun Keseksaan tadi iaitu hukuman mati mandatori.

Di dalam seksyen 173 (m) (ii)  Kanun Prosedur Jenayah menyatakan bahawa:

"Jika Mahkamah mendapati bahawa pendakwa telah membuktikan kesnya hingga tiada keraguan munabasah, Mahkamah hendaklah mendapati tertuduh bersalah dan dia boleh disabitkan ke atasnya dan Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang ..."

Dalam peruntukan ini dinyatakan bahawa tertuduh boleh disabitkan atas kesalahan itu.

Kenapa pula "boleh disabitkan"? Bukankah apabila telah didapati bersalah maka sabitan juga harus direkodkan?

Ya, betul, dalam banyak keadaan sabitan mesti direkodkan.

Tetapi ada situasi kesalahan yang mana Mahkamah dibenarkan untuk tidak merekodkan sabitan kesalahan walaupun tertuduh didapati bersalah. Kebenaran ini dapat ditemui pada seksyen 173A (2) Kanun Prosedur Jenayah juga yang mana ia memperuntukkan:

"Apabila seseorang dituduh di hadapan Mahkamah dengan kesalahan yang boleh dihukum oleh Mahkamah itu, dan Mahkamah mendapati bahawa pertuduhan itu telah terbukti, tetapi berpendapat bahawa, setelah memberi perhatian kepada kelakuan, rekod terdahulunya, umur, kesihatan atau keadaan akal tertuduh itu, atau kepada ringannya kesalahan itu dilakukan, atau kepada hal keadaan peringan pada masa kesalahan itu dilakukan, ia adalah tak suai manfaat untuk mengenakan apa-apa hukuman atau yang lain daripada hukuman nominal atau bahawa adalah suai manfaat untuk melepaskan pesalah itu atas cubaan akhlak, Mahkamah boleh, tanpa merekodkan sabitan kesalahan, membuat perintah sama ada ..."

Peruntukan ini memberi pengecualian kepada Mahkamah daripada merekodkan kesalahan ke atas tertuduh atas keadaan-keadaan yang disebutkan di atas.

Satu contoh yang saya boleh berikan ialah seorang lelaki tua berumur 70 tahun yang memandu keretanya dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan dan telah dituduh di bawah seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak kurang RM4,000 dan tidak lebih RM10,000 dan hendaklah juga bertanggungan dengan penjara tidak melebihi 12 bulan. Pakcik ini mengaku bersalah dan semasa hujahan meringankan hukuman telah memberitahu bahawa ini kesalahan kali pertama sejak lebih 40 tahun memandu, beliau seorang pesara kerajaan, dan kemalangan berlaku akibat tidak disengajakan serta menerima pencen yang sedikit sahaja sebulan. Beliau juga memberitahu telah membayar ganti rugi atas kerosakan kenderaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Setelah menimbangkan semua fakta di atas, Mahkamah telah memerintahkan pakcik ini bersalah tetapi tidak merekodkan sabitan kesalahan di bawah seksyen 43 tersebut dan hanya memerintahkan pakcik ini mengemukakan bon berkelakuan baik.

Natijah daripada perintah ini ialah lesen memandu pakcik ini tidak akan digantung kerana tiada sabitan direkodkan, kerana ia adalah peruntukan seksyen 43 (2) Akta Pengangkutan Jalan tersebut yang mana mewajibkan agar sabitan yang diputuskan oleh Mahkamah hendaklah diendors atau dimasukkan ke dalam rekod dan lesen memandu tertuduh.

Apakah kesan jika anda mempunyai sabitan kesalahan?

Pertama, nama anda akan direkodkan dalam Daftar Penjenayah di Bukit Aman. Anda akan mempunyai rekod jenayah sehingga anda mendapat pengampunan. (Betulkan saya jika fakta ini salah. Saya masih mencari nas undang-undang fakta ini).

Kedua, dalam tempoh 5 tahun dari tarikh dibebaskan dari penjara anda tidak layak untuk menjadi calon dan bertanding dalam mana-mana pilihanraya umum atau negeri. Maknanya anda kena tunggu sehingga habis tempoh 'eddah' tersebut baru layak untuk bertanding.

Ketiga, anda akan susah mendapat pekerjaan, terutama jika sabitan itu atas kes narkotik atau penyalahgunaan dadah berbahaya. Sebab itu, terutamanya dalam perkhidmatan kerajaan, seseorang itu dikehendaki membuat akuan bersumpah bahawa dia tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah. Contoh akuan sumpah seperti di bawah:



Diharap penjelasan ringkas ini memberikan anda kefahaman (tidak banyak sikit pun jadilah) apakah itu sabit kesalahan.

Ulasan

  1. jika kes di gugurkan kerna x besalah..adakah akan masuk dalam rekod pdrm juga??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kecuali mahkamah sabitkan bersalah sahaja akan masuk rekod penjenayah. Kalau kes digugurkan, maka nama tidak akan masuk rekod.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. Jika dibebas tanpa dilepaskan adakah dikira sebagai rekod jenayah lampau?

    BalasPadam
  3. Bagaimana jika dibebas tanpa dilepaskan? Adakah dikira rekod jenayah lampau?

    BalasPadam
    Balasan
    1. DNAA tidak dikira sebagai rekod jenayah lampau.

      Padam
  4. Kes d tarik balik.dan tertuduh x mgaku salah adakah kes di teruskan bicara.atau macammna

    BalasPadam
  5. Tarik kes di dlm mahkma ..tertuduh tidak mengaku salah ada kah bicara di teruskan..atau kes di gugurkan di sb kan ada surat tarik kes

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahkamah akan teruskan perbicaraan kecuali Pendakwaraya sendiri yang mahu gugurkan kes itu di mahkamah.

      Padam
  6. boss ... perintah pengawasan satu sabitan atau tidak ... tq boss

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum, saya merupakan seorang pelajar ijazah sarjana muda di universiti. Saya telah disabitkan kesalahan akta 186 menghalang penjawat awam. Saya terlanggar pihak polis dan telah dijamin sebanyak rm1k dan perlu melakukan community service. Saya merupakan dalam keluarga b40. adakah kesalahan saya akan direkodkan? atau ada cara lain untuk tidak direkodkan?

    BalasPadam
  8. Kes 2007,kesalahan MO28,di hukum apa maksud,msh ada rekod, mcm mn nk clear

    BalasPadam
  9. adakah seseorang itu akan mempunyai rekod jenayah sekiranya pernah memasuki CCRC ataupun pusat serenti kerana menghisap dadah?

    BalasPadam
  10. kes 2009 tapi tidak dapat tangkap dan 2017 pengadu tarik balik kes.masa tarik balik pegawai penyiasat tidak dimaklum kan.baru baru ni dihubungi oleh pegawai polis untuk selesaikan masaalah ini.dan sekarang sudah selesai.tapi masaalahnya kenapa masih ada lagi nama dalam rekod jenyah/polis.atau berapa lama baru boleh padam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya maksud tuan ini adalah rekod pihak polis, dan bukan rekod orang pernah disabitkan kesalahan jenayah. Ia adalah 2 jenis rekod yang berbeza. Apabila kes telah selesai bermakna tuan tiada masalah lagi dengan pihak polis.

      Padam
  11. Apakah sabit undang2 untuk orang yang mencuba bunuh orang lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubaan membunuh orang lain tiada disebutkan secara spesifik dalam Kanun Keseksaan. Ia bergantung kepada fakta dan keadaan kesalahan itu dilakukan (contoh cuba membunuh dengan menyebabkan kecederaan tetapi mangsa tidak mati, maka kesalahan ini boleh dituduh dibawah kesalahan menyebabkan kecederaan).

      Padam
  12. Kalau di perintahkan berkelakuan baik direkodkan jenayah ke tidak boss?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan kena semak semula dengan mahkamah samada perintah kelakuan baik itu disertakan dengan sabitan atau tidak, sebab perintah ini ada 2 jenis, iaitu tanpa sabitan atau dengan sabitan. Kalau dengan sabitan maknanya ada rekod. Kalau tiada sabitan bermakna tiada rekod.

      Padam
  13. Ingin fahamkan apa itu DIBEBASKAN TANPA SABITAN. Tetapi dihukum denda sebab bersalah

    BalasPadam
  14. Maaf saya ingin bertanya.. saya pernah direman dibawah akta kastam kerana berada sekali dilokasi tempat org menjual rokok.. setelah di ambil statment semua mmg saya tidak mngaku sebab saya hanya skadar makan di tempat tersebut. Dan skrg sy pula bakal lapor diri di kastam dan perlu isi E vetting ( tapisan keselamatan ). Org yg menjual tu telah jatuh hukum dan pada masa sama juga sy tidak pernah dipanggil oleh mahkamah masa jatuh hukum penjual tersebut. Setelah saya check di PDRM masih ada lagi rekod nama saya atas CUA ( akta kastam ) .. adakah rekod tersbut rekod jenayah dan adakah akan membuatkan saya tak lepas tapisan E Vetting.. Terima kasih Mohon penjelasan kalau Tuan tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun sama situasi mcm anda.. adakah lepas tapisan eveting?

      Padam
    2. Insya Allah lepas kerana tiada rekod kesalahan jenayah.

      Padam
  15. hi. saya nak tanya apa maksud 18tahun kebawah, 18tahun dan kebawah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. 18 tahun ialah genap umur 18 tahun mengikut kalendar Gregorian. Ke bawah pula ialah genap 18 tahun dan sebelumnya.

      Padam
  16. Salam, saya sorang pelajar, tuan rumah hostel, roomate saya ditangkap kerana hisap ganja saya sekali dituduh mempunyai dadah. Masuk makamah, mengaku tidak bersalah. Dpt dibebaskan tanpa conviction. Bonn173a.
    Kalau masuk kerja, bos nk buat background screenings kantoi x?

    BalasPadam
  17. Salam, kawan saya kena tangkap dituduh mempunyai dadah bersama 2 orang lain. Setelah masuk makamah kawan saya mengaku tidak bersalah tapi makamah memutuskan bahawa kawan saya harus mengaku bersalah untuk mendapatkan 173a iaitu without conviction. So kalau dia in future masuk kerja dan boss dia minta info untuk buat background check, dia akan kantoi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. 173A tak masuk rekod sabitan jenayah, hanya ada dalam rekod mahkamah. Tak kantoi.

      Padam
  18. Assalamualaikum tuan, saya telah disabitkan kesalahan dan telah membayar denda. Jadi adakah rekod masih ada?
    Agak" kalau mohon askar lepas x?

    BalasPadam
  19. Apa beza dadah dgn gam..
    Kenapa penghisap dadah kna tangkap dgn polis sedangkan penghisap gam bermaharaja Lela di tepi2 jalan

    BalasPadam
  20. W'salam kalau background check rujuk makamah untuk tujuan apa kalau candidate tu ada rekod polis tapi ada bon173a

    BalasPadam
  21. Salam, apa itu rekod makamah, dan jika majikan ingin berhubung dengan makamah untuk tujuan verification disebabkan ada rekod polis dan surat daripada peguam menyatakan seseorang itu tiada rekod sabitan?
    Cara berhubung dengan makamah itu, melalui makamah yg dibicara tentang kes itu sahaja atau mana mana makamah boleh memberi maklumat.
    Maklumat apa yg akan diberikan kepada majikan mengenai seseorang itu jika diberi bon 173a

    BalasPadam
  22. Tuan,kalau urine check di aadk positif syabu dan dibawa ke makmal negatif,jadi mangsa tu akan ada rekod jenayah ke tuan?

    BalasPadam
  23. salam tuan, kalau saya kena tangkap sebab jaga kedai judi online, adalah rekod saya menjejaskan peluang saya untuk cari kerja lain pada masa hadapan? tapi boss saya jamin dan saya perlu naik mahkamah

    BalasPadam
  24. Sekiranya seorang guru ditahan polis dan positif dadah, bolehkah guru tersebut menggunakan akta 173 ini bossku??? Mohon keterangan lanjut dari tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf lewat balas komen ini. Boleh. Asalkan tahu cara dan kaedah untuk memohon menggunakannya dalam mahkamah. Seorang guru yang mempunyai rekod perkhidmatan yang baik boleh berhujah untuk menggunakan Seksyen 173 ini.

      Padam
  25. Assalamualaikum, Adakah definisi kanak kanak dalam akta 792 bermaksud 18 tahun tu dikira kanak2? atau 18tahun 1 hari dikira dewasa dah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Definasi kanak-kanak bermaksud apabila genap umur 18 tahun (mengikut kalendar Gregorian) semasa melakukan jenayah maka telah dianggap dewasa di sisi undang-undang. Jam 11.59 malam sebelum hari lahir ke 18 tahun dan sebelumnya adalah dianggap sebagai pesalah kanak-kanak.

      Padam
    2. dalam akta tu tulis 'Akta ini hendaklah terpakai bagi kanak-kanak yang berumur
      di bawah lapan belas tahun' jadi kalau mangsa umur 18tahun genap , dia dikira dewasa? macam tu kan? ke saya salah? maaf banyak soalan pula��

      Padam
    3. Betul. Macam saya katakan tadi, kalau genap umur 18 tahun pada masa jenayah dilakukan, iaitu melepasi jam 12 tengahmalam hari ulangtahun kelahiran yang ke-18 tahun, maka OKT (bukan mangsa) dianggap sebagai pesalah dewasa.

      Padam
    4. Walaupun dewasa, umur 18 hingga 21 tahun mengikut Kanun Prosedur Jenayah dianggap pula sebagai pesalah muda (youthful offender).

      Padam
    5. dia sama je ye mangsa dgn pesalah? kalau genap 18 tahun dikira dewasa. kan macam tu kan? saya masih keliru lagi sebenarnya sebab encik/puan beritahu tentang 'Pesalah'. ��

      Padam
  26. assalamualaikum tuan.saya disabitkan bersalah terhadap hukuman memiliki dadah.mahkamah membebaskan saya setelah saya membayar denda.persoalan saya adakah kesalahan saya ini telah direkodkan oleh pihak polis?dan saya nak tanya tuan adakah rekod polis ini akan kekal selama-lamanya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Disabitkan bersalah bermakna nama akan dimasukkan ke dalam rekod penjenayah sebagai sabitan lampau. Ya rekod akan kekal.

      Padam
  27. Saya pernah ditangkap dan ditahan di lokap selama 14hari....adakah ia akan diguna pakai oleh pihak pendakwaraya di mahkamah sekiranya saya ditangkap skli lagi dan dihadapkan ke mahkamah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tuan jelaskan apa yang akan digunapakai oleh pihak pendakwaraya?

      Padam
  28. Tuan, jika didalam mahkamah si PENGADU menarik balik report/kes dan hakim BERSETUJU report/kes untuk DIGUGURKAN/DITARIK adakah okt mempunyai rekod didalam sistem pdrm (polis)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ada rekod tetapi hanya rujukan polis sahaja. Bukan rekod sabitan lampau atau rekod penjenayah.

      Padam
  29. saya nak tanya kalau seseorang tu di denda atas kesalahan dadah lepas tu ia gagal bayar dan di penjara kan.. adekah ia di masuk kn dalam rekod.. dan boleh kah dia memohon jawatan seperti polis bantuan atau sebagai nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, akan masuk dalam rekod penjenayah dan tidak boleh memohon jawatan badan beruniform.

      Padam
  30. Saya didakwa mempunyai dadah, tapi diputuskan tidak bersalah oleh mahkamah kerana tiada prima facie case. Tapi sanggut bila background check oleh syarikat ehailing. Nak tau ni sanggut pada rekod jenayah atau rekod polis, atau kedua-duanya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini mungkin sangkut rekod polis saja. Rekod sabitan tiada kerana telah dilepas dan dibebaskan. Tuan boleh merayu dengan syarikat e-hailing dengan kemukakan perintah mahkamah. Boleh minta perintah dengan pihak mahkamah yang lepas dan bebaskan tuan.

      Padam
  31. Assalamualaikum admin. Nak tnya kalau pernah memiliki ubat batuk sebotol masih ada rekod tak. Akta apa bagi kesalahan memiliki sebotol ubat batuk. Dalam masa yg sama akan ada rekod tak kalau dapat kerja kerajaan

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum tuan,saya nk minta pandangan tuan, sekiranya seseorang itu ada satu rekod jenayah lampau dan status rekodnya sudah NFA adakah individu itu boleh memohon pengampunan atau rayuan untuk tidak ada rekod jenayah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Saya kurang faham maksud tuan. Kalau kes NFA tanpa masuk mahkamah, maknanya tidak akan ada rekod jenayah. Mungkin rekod pihak polis sahaja tetapi ia bukanlah rekod sabitan. Kes NFA bermaksud "No Further Action". Ia tamat peringkat siasatan sahaja dan tiada pendakwaan mahkamah.

      Padam
  33. Kalau dah bayar denda dibawah seksyen 477 kerana menceroboh rumah,adakah akan ada pada rekod jenayah atau rekod polis?company background check kantoi tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa tuan maksudkan ni seksyen 457 kerana seksyen 477 ialah kesalahan lain. Pun begitu, jikalau tuan maksudkan telah disabitkan dan jatuh hukuman di bawah seksyen 457 kerana menceroboh rumah, ya ia akan menjadi rekod jenayah dan dimasukkan dalam Daftar Penjenayah. Tentulah akan kantoi kalau sesiapa pun buat semakan.

      Padam
  34. assalamualaikum...saya nak tnya tentang kawan saya yg sedang direman atas kesalahan pecah rumah atas seksyen 457 dan bergelut dgn angota polis , 15/12/2020 ni dia akn dibicara lgi dan pihak mahkamah beritahu dia kena dijamin sebanyak 15k ..so saya mtak apa pendapat tuan tentang kes ni ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Boleh emelkan ke bicaraperundangan@gmail.com jikalau perlukan pendapat.

      Padam
  35. Assalamualaikum Tuan.. Saya Nak Tanya .. Saya Pernah Ditahan Atas Kes Dadah .. Dan Pernah dimasukkan Di dalam Penjara selama 2 hari kerana lewat bayar ikat jamin.. Selepas Pembicaraan di mahkamah. Saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah dan dibebaskan .. duit jaminan tu saya dapat balik... Soalan saya.. adakah saya dikira sebagai banduan kerana pernah masuk penjara walapun tidak bersalah .. dan boleh kah saya memohon pekerjaan dalam sektor awam?? Atau PDRM??

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum Tuan.. Saya Nak Tanya .. Saya Pernah Ditahan Atas Kes Dadah .. Dan Pernah dimasukkan Di dalam Penjara selama 2 hari kerana lewat bayar ikat jamin.. Selepas Pembicaraan di mahkamah. Saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah dan dibebaskan .. duit jaminan tu saya dapat balik... Soalan saya.. adakah saya dikira sebagai banduan kerana pernah masuk penjara walapun tidak bersalah .. dan boleh kah saya memohon pekerjaan dalam sektor awam?? Atau PDRM??

    BalasPadam
  37. Sy telah disabitkan dan dipenjara lebih dari 2 tahun, kesalahan Sy adalah anti money laundry (AMLA), Sy dibebaskan pada tahun 2015, rasa2 Sy blh x padam rekod jenayah tu?

    BalasPadam
  38. sy nk tnya kalau org pakai nom atas nama kita buat kerja jahat,,bila org buat report polis maka polis akan cari kita krana nom itu atas nama kita ,,pdahal kita tidak berslh dn tdak tahu psal benda ni ..pnjahat sebenar sudah ditangkap,.adakah nama kita akan dibersihkan atau akan masuk dlm snarai jenayah ??

    BalasPadam
  39. kalau orang lain guna nom tlfon dftr atas nama kita pastu org tu buat jahat..jd mangsa yg kena tipu akan report polis dan polis akan cari kita..bila penjahat dah kena tngkap adakah nama kita akan bersih atau masih dlm rekod jenayah ? pdahal kita tdak tahu psal benda ni dan tidak bersubahat.

    BalasPadam
  40. Maaf tanya. Dah lulus ke tapisan keselamatan evetting en lanshah?

    BalasPadam
  41. Jika pernah diperiksa polis tetapi tidak ditahan oleh polis, mereka hanya mengambil gambar ic sahaja, adakah dikira mempunyai rekod dalam polis dan mengganggu ketika memohon kerja kerajaan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum tuan saya nak bertanya..saya pernah direman selama 7 hari dilokap polis sbg suspek jenayah pada tahun 2005...setelah habis siasatan, saya dibebaskan dgn jaminan polis & diarah melaporkan diri kepada polis pada tarikh yg mereka telah tetapkan...saya hanya diarahkan lapor di balai polis sebanyak 2 kali sahaja. selepas itu pihak polis tidak memanggil saya langsung sehinggalah saat ini iaitu 16 tahun selepas itu..saya ingin bertanya

      1)adakah saya sudah direkod ada jenayah lampau atau tidak

      2)adakah kes saya selesai setakat siasatan sahaja tanpa dipanggil oleh mahkamah utk pertuduhan

      Padam
  42. assalamualaikum tuan saya nak bertanya..saya pernah direman selama 7 hari dilokap polis sbg suspek jenayah pada tahun 2005...setelah habis siasatan, saya dibebaskan dgn jaminan polis & diarah melaporkan diri kepada polis pada tarikh yg mereka telah tetapkan...saya hanya diarahkan lapor di balai polis sebanyak 2 kali sahaja. selepas itu pihak polis tidak memanggil saya langsung sehinggalah saat ini iaitu 16 tahun selepas itu..saya ingin bertanya

    1)adakah saya sudah direkod ada jenayah lampau atau tidak

    2)adakah kes saya selesai setakat siasatan sahaja tanpa dipanggil oleh mahkamah utk pertuduhan

    BalasPadam
  43. Assalamualaikum tuan..sy telah keyin e vetting dan didapati ada kes lampau melibatkan urin (positif) pd tahun 2007 tetapi sy sendiri tidak pernah diuji urin..tapisan keselamatan bukit aman mengatakan sy rekod positif sedangkan sy tidak dibicara di mahkamah dan sy menafikan sy mengambil dadah..apa yg perlu sy lakukan?terima kasih

    BalasPadam
  44. Tuan sy nk tnya,ank buah sy pnh d tgkap dan bebas dgn jaminan polis tp gagal hadir dan WANTED..adakah nama akan disenarai kn kepada rekod jenayah?? Bole ke mohon kerja gov?

    BalasPadam
  45. Wsalam saya nak tnye klau pernah disabitkan ksalahan pernah direman dan didapati tak bersalah kes pon selesai ..tapi bila mohon kerja kerjaan tak lepas sebb ada rekod kes yg lama macam mne ye..blh bntu

    BalasPadam
  46. Tuan, saya nak tanya. Masa Pkp first haritu kawan sya kena tahan dan kena dduk dekat balai. lepastu dia keluar lps bwh denda. adakah rekod ni akan kekal? sebab bila jts buat background screening kantoi. macam mana ye ? lepastu sy pernah baca dekat fb pesalah PKP nama tidak akan dimasukkan dalam rekod. mcm mana ya?

    BalasPadam
  47. Salam encik kalau seseorang tu ada rekod 380 tapi xmasuk mahkamah, tapi tido di lokap sehari adakah individu tu ada rekod jenayah? Sebab masa nak apply kerja xlepas vetting kdn, mcm mana nak clear rekod tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH