BANKRAP DAN KEBANKRAPAN

Sumber gambar di SINI

Saya pernah menulis... hmm.. sorry, bukan tulisan saya tetapi menyiarkan semula artikel dari sebuah akhbar mengenai keistimewaan menjadi seorang bankrap.

Artikel itu boleh dibaca di SINI.

Mulai Oktober 2017, undang-undang kebankrapan di Malaysia telah digubal dan saya hanya akan memberikan secara ringkas point penting daripada penggubalan tersebut.

Pertama, berkenaan dengan had minimum untuk seseorang itu diisytiharkan sebagai seorang bankrap.

Jikalau sebelum ini ia pada kadar RM30,000 dan ke atas, pada masa ini ia telah dinaikkan kepada RM50,000 dan seterusnya.

Ini bermakna jika anda berhutang dengan mana-mana pihak (terutamanya pihak bank) pada kadar RM49,999 sekalipun, pihak atau bank tersebut tidak boleh memohon kepada mahkamah untuk mengisytiharkan anda sebagai seorang bankrap kerana ia masih di bawah had minimum yang diperuntukkan oleh undang-undang.

Kedua, hanya ada satu perintah saja iaitu perintah kebankrapan (bankruptcy order).

Sebelum ini sekiranya pemiutang (ni pihak yang meminjamkan duit atau bank) telah memfailkan petisyen pemiutang kepada mahkamah dan pada masa pendengarannya mahkamah dapati semua suratcara telah teratur, maka mahkamah akan memberikan perintah yang dinamakan Perintah Penerimaan (Receiving Order) dan Perintah Penghukuman (Adjudication Order). Perintah Penerimaan bermaksud mahkamah memberikan perintah kepada Jabatan Insolvensi Malaysia untuk mengambil alih atau meletak hak semua pentadbiran harta si penghutang bagi maksud menyelesaikan tuntutan si pemiutang tadi. Manakala Perintah Penghukuman bermaksud... seperti namanya juga iaitu si penghutang dihukum sebagai seorang bankrap.

Selepas pindaan Akta Insolvensi 2017, pada masa pendengaran petisyen pemiutang dan didapati semua suratcara telah teratur, maka mahkamah hanya akan memberikan satu perintah sahaja iaitu Perintah Kebankrapan atau Bankruptcy Order yang mana ia bermaksud si penghutang diisytiharkan sebagai seorang bankrap dan pentadbiran hartanya secara automatik akan dikawal selia oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Ok, rasanya cukup sekadar itu dulu hari ini. Sebenarnya ada 8 point utama dalam pindaan ini tetapi saya berikan yang 2 ini saja dulu sebab yang lain itu lebih bersifat teknikal.

Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH