Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bankrap

NILAI KEBANKRAPAN DINAIKKAN KEPADA RM100,000

Imej
Assalamualaikum, Ringkas saja hari ini. Oleh kerana pandemik wabak COVID-19 yang memberikan impak tinggi kepada kehidupan kita, kerajaan Malaysia telah menggubal dan meluluskan satu akta baharu yang dinamakan " Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 " [Akta 829] atau singkatnya Akta COVID-19. Akta ini telah diwartakan dan mula berkuatkuasa mulai 23 Oktober 2020. Ada banyak langkah yang diluluskan dalam Akta ini, namun satu yang menarik ialah jumlah penghakiman yang membolehkan seseorang diisytiharkan bankrap telah dinaikkan daripada RM50,000 iaitu kini RM100,000. Ini boleh dirujuk di bawah seksyen 20 Akta COVID-19 seperti di bawah: Oleh itu, mana-mana penghutang penghakiman yang mempunyai hutang di bawah RM100,000 mulai 23 Oktober lepas tidak boleh difailkan petisyen kebankrapan ke atasnya. Manakala bagi kes-kes yang sudah difailkan di Mahkamah sebelum 23 Oktober 2020 juga tidak terpakai dengan undang-undang baharu lan...

BANKRAP AKIBAT HUTANG ORANG LAIN

Imej
Assalamualaikum, Bakalpeguam banyak mendengar cerita rakan-rakan lain bagi kes kebankrapan. Kebanyakan cerita ini berkait dengan hutang orang lain yang ditanggung oleh si bankrap. Antara senario-senario yang biasa didengar adalah sebegini. Sumber gambar di SINI 1. Sambung loan kereta. Sambung loan kereta ini maksudnya pemilik kereta yang masih berhutang dengan bank tetapi tidak mampu lagi untuk membayar ansuran bulanan, maka dijualnya pula kereta itu dengan pihak ketiga dan kononnya pihak ketiga itu akan sambung bayar loan dengan pihak bank. Dan lagi mengeruhkan keadaan mereka membuat satu set perjanjian hitam putih atas sambung loan ini. Hakikatnya, jikalau sesuatu kenderaan sewa beli itu masih dalam tuntutan hakmilik oleh pihak bank, buatlah perjanjian setebal manapun ia tetap tidak boleh dikuatkuasakan di Mahkamah. Malah, ia juga sebenarnya adalah satu kesalahan di bawah Akta Sewa Beli 1987. Dan lebih memburukkan keadaan, pihak ketiga itu menghilangkan diri b...

BANKRAP DAN KEBANKRAPAN

Imej
Sumber gambar di SINI Saya pernah menulis... hmm.. sorry, bukan tulisan saya tetapi menyiarkan semula artikel dari sebuah akhbar mengenai keistimewaan menjadi seorang bankrap. Artikel itu boleh dibaca di SINI . Mulai Oktober 2017, undang-undang kebankrapan di Malaysia telah digubal dan saya hanya akan memberikan secara ringkas point penting daripada penggubalan tersebut. Pertama, berkenaan dengan had minimum untuk seseorang itu diisytiharkan sebagai seorang bankrap. Jikalau sebelum ini ia pada kadar RM30,000 dan ke atas, pada masa ini ia telah dinaikkan kepada RM50,000 dan seterusnya. Ini bermakna jika anda berhutang dengan mana-mana pihak (terutamanya pihak bank) pada kadar RM49,999 sekalipun, pihak atau bank tersebut tidak boleh memohon kepada mahkamah untuk mengisytiharkan anda sebagai seorang bankrap kerana ia masih di bawah had minimum yang diperuntukkan oleh undang-undang. Kedua, hanya ada satu perintah saja iaitu perintah kebankrapan (bankruptcy or...

60 ORANG BANKRAP SETIAP HARI DI MALAYSIA?

Imej
Sumber gambar di SINI 1. Pada 31 Oktober 2013 yang lepas, Bernama melaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Puan Nancy Shukri menyatakan seramai 60 orang diisytiharkan bankrap setiap hari di negara ini dengan golongan berumur 35 hingga 44 tahun mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 34.31%. 2. Bila melihat angka-angka ini, ia adalah sesuatu yang menggerunkan juga apabila rakyat Malaysia sebenarnya tidak pandai menguruskan kewangan atau menguruskan hutang piutang. 3. Dilaporkan juga bahawa sehingga September 2013, seramai 16,306 orang telah diisytiharkan bankrap untuk tahun ini sahaja. Jumlah dari tahun 2007 sehingga September 2013 telah mencatatkan seramai 116,488 diisytiharkan bankrap. 4. Dalam tempoh masa 2007 hingga 2013 itu, kaum Melayu dan Cina merupakan kumpulan terbesar menjadi bankrap iaitu masing-masing 45.10% atau 52,535 orang dan 32.97% atau 38,407 orang. Kaum India pula mencatatkan 12.63% atau 14,710 orang manakala lain-lain kaum sebanyak 9.30% atau 10,83...

Keistimewaan Diisytiharkan Sebagai Bankrap?

Hah, orang bankrap ada keistimewaan? Biar betul??? Nah, baca ni: BANKRAP, muflis; dua perkataan taboo yang sama maknanya dan digeruni oleh sesiapa sahaja di negara ini. Diiringi pula oleh mitos bahawa semua harta akan dirampas, hilang hak untuk bekerja di syarikat korporat atau kerajaan, terpaksa membanting tulang seumur hidup untuk membayar hutang – sesiapa sahaja pasti sekurang-kurangnya hampir pitam sekiranya menerima notis kebankrapan daripada pihak bank atau pemiutang. Persepsi yang salah mengenai proses kebankrapan dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan perintah kebankrapan itu, Jabatan Pemegang Harta (JPH) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, menyukarkan bukan sahaja JPH malah si bankrap itu sendiri. JPH merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta si bankrap. Tugas JPH yang diketuai oleh seorang Pegawai Pemegang Harta (PPH), sekarang ini dijawat oleh Mokhtarudin Baki, bermula sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah Penghak...