NILAI KEBANKRAPAN DINAIKKAN KEPADA RM100,000

Assalamualaikum,

Ringkas saja hari ini.

Oleh kerana pandemik wabak COVID-19 yang memberikan impak tinggi kepada kehidupan kita, kerajaan Malaysia telah menggubal dan meluluskan satu akta baharu yang dinamakan "Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020" [Akta 829] atau singkatnya Akta COVID-19.

Akta ini telah diwartakan dan mula berkuatkuasa mulai 23 Oktober 2020.

Ada banyak langkah yang diluluskan dalam Akta ini, namun satu yang menarik ialah jumlah penghakiman yang membolehkan seseorang diisytiharkan bankrap telah dinaikkan daripada RM50,000 iaitu kini RM100,000.

Ini boleh dirujuk di bawah seksyen 20 Akta COVID-19 seperti di bawah:

Oleh itu, mana-mana penghutang penghakiman yang mempunyai hutang di bawah RM100,000 mulai 23 Oktober lepas tidak boleh difailkan petisyen kebankrapan ke atasnya.

Manakala bagi kes-kes yang sudah difailkan di Mahkamah sebelum 23 Oktober 2020 juga tidak terpakai dengan undang-undang baharu langkah sementara ini seperti dalam Seksyen 21 Akta ini, seperti dalam gambar di atas.

Pun begitu, perlu diingatkan bahawa inisiatif ini hanya berkuatkuasa bagi tempoh mulai 23 Oktober 2020 sehingga 31 Ogos 2021 sahaja, sepertimana yang dinyatakan di bawah seksyen 19 (1) Akta COVID-19 ini.

Sebagai tambahan, Akta Insolvensi (Pindaan) 2020 juga telah mulai berkuatkuasa sejak 22 Oktober 2020 yang telah meminda peruntukan kadar keterhutangan ini daripada RM50,000 sebelum ini kepada RM100,000 selaras dengan Akta 829 di atas.

Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH