WAKTU MAHKAMAH

Assalamualaikum,

Ada dikalangan pembaca bertanyakan sebenarnya jam berapakah persidangan Mahkamah bermula setiap hari?

Ini kerana ada di antara mereka yang datang ke Mahkamah kerana mempunyai kes tertentu seawal jam 7.30 pagi dengan harapan dapat didengar lebih awal atau takut untuk terlepas kes mereka.

Kebanyakan orang awam beranggapan bahawa Mahkamah akan bersidang pada waktu pejabat bermula jam 8.00 pagi.

Sebenarnya, merujuk kepada Arahan Amalan Bilangan 2 Tahun 2011 yang berkuatkuasa mulai 1 Mac 2011 yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, waktu persidangan Mahkamah seluruh Malaysia adalah selaras, iaitu bermula jam 9.00 pagi.

 

Walau di mana pun Mahkamah itu berada, samada di Semporna, Pitas, Kota Belud atau Kangar sekalipun, waktu Mahkamah adalah standard iaitu mulai jam 9.00 pagi, sungguhpun urusan kaunter Mahkamah sudah beroperasi seawal jam 8.00 pagi iaitu waktu pejabat.

Walau bagaimanapun, ia tidak menghalang sesebuah Mahkamah itu untuk bermula lebih awal seperti jam 8.30 pagi, tertakluk kepada persetujuan semua pihak yang terlibat dalam kes tersebut dan semua pihak termasuk saksi kes akan dimaklumkan.

Harap maklumat ini bermanfaat.

Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PROSIDING GARNISI