CALL TO THE BAR SECARA ATAS TALIAN

Assalamualaikum,

Sekadar berkongsi ringkas mengenai Majlis "Call to the Bar" Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur yang dijalankan secara online menggunakan aplikasi Zoom. 

 

Pada kebiasaannya majlis ini adalah acara kemuncak dalam permulaan karier seorang peguam. Majlis ini akan dihadiri oleh ahli keluarga, mover atau peguam yang mengusulkan petisyen, rakan-rakan dan orang-orang tersayang akan beramai-ramai hadir ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar sendiri petisyen ini.

Selepas petisyen dibenarkan oleh YA Hakim, pempetisyen akan dipakaikan dengan jubah peguam. Itu adalah moment atau saat terindah dalam kehidupan peguam, sama perasaannya seperti ketika kita menerima segulung ijazah di atas pentas konvokesyen.

Namun, disebabkan oleh penularan pandemik wabak COVID-19, maka upacara "Call to the Bar" ini terpaksa dibuat secara alam maya atau atas talian sahaja dengan pihak-pihak berada di rumah atau pejabat masing-masing, manakala YA Hakim dan pegawai Mahkamah berada di bangunan Mahkamah.

Upacara ini boleh ditonton secara langsung di dalam channel Youtube "Badan Kehakiman Malaysia" dalam link DI SINI.

Tahniah kepada semua pempetisyen dan selamat mengharungi kehidupan baharu sebagai seorang PEGUAM yang penuh berdisiplin dan penuh berintegriti.

 

Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN