RINDUKAN KEHIDUPAN UNIVERSITI

Assalamualaikum,

Menonton video youtube seperti link di bawah membuatkan saya merindui suasana kehidupan di universiti sungguhpun telah meninggalkan alam kampus lebih 16 tahun yang lalu.

Walaupun saya bukanlah graduan luar negara, namun fakta yang dinyatakan dalam video tersebut sedikit sebanyak adalah relevan dan menggamit memori dalam kehidupan kampus terutama mereka yang mengambil ijazah sarjana muda undang-undang.

Sumber gambar di SINI
 

Semestinya kita diajar mengenai ilmu perundangan semasa lecture dan perbincangan mendalam semasa tutorial. Tetapi sebenarnya kehidupan kampus lebih daripada sekadar mentelaah buku sahaja. Banyak perkara lain yang boleh dipelajari sepanjang 4 tahun mengambil law degree ini. Antaranya extra co-curricular seperti moot court dan sebagainya. Semua ini akan mencorak kita dalam langkah kehidupan seterusnya terutama dalam membentuk perjalanan karier pasca kehidupan kampus.

Selain itu, berjumpa dan berkenalanlah dengan seramai orang yang mungkin tidak hanya terhad kepada rakan sekuliah sahaja, tetapi juga rakan seuniversiti yang lain termasuklah para pensyarah dan tutor.

Kepada anda yang sedang belajar di universiti, nikmatilah kehidupan kampus kerana ia adalah peluang yang tidak dirasai oleh ramai orang, apatah lagi dalam situasi penularan pandemik sekarang, mungkin ia akan berbeza daripada apa yang pernah dinikmati sebelum ini.

Maaf, posting kali ini cuma sekadar coretan perkongsian perasaan.

Wassalam.

https://youtu.be/VE6u05vDHyw

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PROSIDING GARNISI