SUMPAH vs IKRAR: ADA PERBEZAAN?

Assalamualaikum,

Kali ini kita akan berbincang soal sumpah dan ikrar.

Anda mesti pernah berurusan mengenai akuan sumpah atau sekurang-kurangnya pernah mendengar mengenainya. Bagi yang bersekolah juga mesti pernah mendengar perkataan ini:

"Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar, akan menumpukan, seluruh tenaga dan usaha kami..."

Malah, mereka yang pernah berurusan dengan Pesuruhjaya Sumpah juga kekadang bertanya "apa itu akuan bersumpah?"

Dan mereka yang menjadi saksi di Mahkamah juga dikehendaki mengangkat sumpah sebelum memberikan keterangannya di hadapan Hakim atau Majistret.

Para lantikan kerajaan termasuklah dalam Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan-Sultan, Raja, Yang DiPertuan Besar Negeri atau Yang DiPertua Negeri juga dikehendaki mengangkat sumpah jawatan masing-masing sebelum memulakan tugasan.

Sumpah Bagi Yang DiPertuan Agong dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual Keempat seperti di bawah:

Ambil maklum bahawa perkataan yang digunakan ialah "sumpah" dan "bersumpah" dan bukannya "ikrar" atau "berikrar". Hanya selepas melafazkan sumpah barulah Tuanku berikrar.

Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan pula ada memberikan teks khusus yang dinamakan "Bentuk Sumpah dan Ikrar" seperti di bawah:

Sumpah di Mahkamah pula akan berbunyi seperti begini:

"Bahawasanya saya, (....nama penuh...) dengan sesungguhnya dan suci hati mengaku dan berikrar bahawa segala keterangan yang akan saya berikan dalam perbicaraan ini adalah benar, tiadalah apa-apa yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka."

Manakala borang akuan bersumpah sepertimana peruntukan Seksyen 2 Akta Akuan Berkanun 1960 (Disemak 2016) menggunakan format seperti berikut:


Dari segi istilah, yang diambil dari laman web Dewan Bahasa dan Pustaka, "ikrar" bermaksud:

Manakala istilah "sumpah" pula mempunyai definisi yang panjang iaitu:


Ok, berbalik kepada persoalan utama kita iaitu perbezaan antara sumpah dan ikrar. Adakah terdapat perbezaan?

Ya, sebenarnya ia adalah 2 perkara yang berbeza, samada dari segi istilah mahupun pemahaman serta penggunaan istilah ini.

Sebab itulah kita mempunyai satu Akta yang dinamakan Akta Sumpah dan Ikrar 1949 (Semakan 1977) atau dalam Bahasa Inggerisnya dinamakan Oaths and Affirmations Act 1949 (Revised 1977) [Akta 194].

Walau bagaimanapun, Akta ini hanya terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja. Untuk Negeri Sabah, kita ada Ordinan Sumpah atau Oaths Ordinance (Sabah Cap 89) 1951, yang juga menyediakan peruntukan undang-undang mengenai sumpah dan ikrar di Sabah.

Perbezaan antara sumpah dan ikrar ialah tertakluk kepada anutan agama mereka yang melafazkannya.

Sumpah diangkat atau dilafaz bagi mereka yang mempunyai pegangan agama. Manakala, ikrar dilafazkan oleh mereka yang tidak mempunyai anutan agama.

Ya, itulah perbezaan terbesar antara sumpah dan ikrar.

Ini kerana sumpah adalah dibuat atas kepercayaan masing-masing, contohnya lafaz sumpah bagi Yang DiPertuan Agong di atas, baginda akan melafazkannya dengan menyebut nama Allah iaitu "Wallahi, Wabillahi, Watallahi".

Di luar negara pula seperti di England, seseorang yang mengangkat sumpah akan dikehendaki untuk menyentuh kitab suci masing-masing sebagai bukti bahawa dia akan terikat kepada sumpah itu atas kepercayaan atau anutannya. Sama juga dengan angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat, beliau akan mengangkat sumpah dengan meletakkan tangannya di atas kitab suci anutannya sebelum memulakan tugas sebagai seorang Presiden.

Di dalam Mahkamah Syariah di Malaysia juga, seseorang yang ingin memberikan keterangan di hadapan Hakim akan diminta mengangkat sumpah dengan menyebut nama Allah SWT.

Di dalam Seksyen 5 Ordinan Sumpah Negeri Sabah, ia ada menyatakan secara khusus pengecualian seperti berikut:

Saya tidak pasti pula mengapa terdapat pengecualian kepada penganut agama Hindu dan Orang-Orang Islam atau mana-mana agama lain. Pun begitu, oleh kerana undang-undang ini digubal semasa pemerintahan British, maka bolehlah dianggap bahawa mereka menggubalnya dengan mengambil kira bahawa agama mereka pada masa itu bukanlah seorang Hindu atau Muslim. Mereka juga agak fleksibel ke atas orang yang tidak bersetuju atau tidak mempunyai kepercayaan untuk mengangkat sumpah, maka orang itu bolehlah memberikan ikrar.

Jikalau Mahkamah kita hanya menyediakan satu skrip sahaja bagi mengangkat sumpah (atau sebenarnya ia adalah sebuah ikrar dan bukannya sumpah), di England pula pada masa ini ada pelbagai jenis sumpah dan ikrar yang disediakan. Saya salinkan contoh di bawah yang didapati dari SINI.

Oaths and affirmations

Below are examples of the types of oaths and affirmations used in court.

Witness Oath

"I swear by .......... (according to religious belief) that the evidence I shall give shall be the truth the whole truth and nothing but the truth."

Witness Affirmation

"I do solemnly, sincerely and truly declare and affirm that the evidence I shall give shall be the truth the whole truth and nothing but the truth."

Promissory Oath

This oath should be taken by any person before a youth or family court and by a child before any other court. A child under the age of 14 shall give their evidence unsworn in criminal proceedings.

"I promise before .......... (according to religious belief) that the evidence I shall give shall be the truth the whole truth and nothing but the truth."

Promissory Affirmation

"I do solemnly, sincerely and truly declare and affirm that the evidence I shall give shall be the truth the whole truth and nothing but the truth."

Crown Court Witness Oath

"I swear by .......... (according to religious belief) that the evidence I shall give shall be the truth the whole truth and nothing but the truth."

Crown Court Witness Affirmation

"I do solemnly, sincerely and truly declare and affirm that the evidence I shall give shall be the truth the whole truth and nothing but the truth."


Apa yang menjadikannya pelik ialah, Malaysia ialah sebuah negara yang agama rasminya Islam dan Rukun Negaranya menyatakan bahawa asas pertama sebagai "Kepercayaan Kepada Tuhan."

Namun, dalam hal urusan rasmi melibatkan sumpah dan ikrar, kita pula kalah kepada negara sekular seperti England, sedangkan mereka inilah yang menggubal undang-undang lapuk yang masih kita amalkan sehingga sekarang.

Maka, sudah tiba masanya kerajaan mengubah semua ini agar pengangkatan sumpah dan ikrar di negara ini adalah lebih menampakkan ciri-ciri atau kepercayaan anutan penduduk negara ini.

Ya, mesti ada yang akan menyatakan bahawa negara kita ada pelbagai anutan agama, maka mungkin akan menyusahkan pihak Mahkamah sivil sekiranya kita sediakan kitab suci agama masing-masing.

Itu sebenarnya bukanlah suatu perkara yang susah. Menyentuh kitab suci bukanlah diwajibkan. Apa yang penting adalah lafaz sumpah itu dan ia dibuat di hadapan suatu badan atau authority yang telah ditetapkan oleh undang-undang, maka ia adalah mencukupi atau memadai.

Apa yang sepatutnya ialah Mahkamah di Malaysia memberikan fleksibility untuk seseorang saksi itu memilih samada dia ingin memberikan sumpah atau ikrar akan keterangannya. Sepatutnya seseorang itu diberikan haknya untuk memberikan sumpah atas nama anutan atau kepercayaannya atas sebab paling penting iaitu ia akan mendorong saksi itu untuk tidak bercakap bohong di Mahkamah.

Ini kerana ia mempunyai 2 kesan yang agak berat, iaitu kesan di sisi agama dan kesan di sisi undang-undang sekiranya dia memberikan keterangan tidak benar. Berbanding dengan kehendak ikrar pada masa kini, seseorang yang didapati memberikan keterangan palsu hanya tertakluk kepada undang-undang jenayah sahaja seperti Seksyen 191, 192, 194 Kanun Keseksaan dan lain-lain perundangan bertulis.

Sungguh pun begitu, saya tidaklah menyatakan bahawa tanpa adanya unsur agama atau kepercayaan, maka ikrar yang dilafazkan di dalam Mahkamah hanya akan menerima kesan yang ringan.

Tidak.

Ini dibuktikan dalam kes Bhandulananda Jayatilake vs PP [1981] 1 LNS 139 yang mana kes ini adalah rayuan tertuduh kepada Mahkamah Persekutuan pada masa itu ke atas sabitan dan hukuman penjara 10 tahun yang dijatuhkan oleh Hakim di bawah Seksyen 194 Kanun Keseksaan ke atas Bhandulananda kerana memberikan keterangan palsu dalam perbicaraan melibatkan seorang tertuduh lain dalam perbicaraan kes bunuh iaitu Karthigesu sehingga Karthigesu ini disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati, disebabkan oleh keterangan palsu diberikan oleh Bhandulananda.

Almarhum Raja Azlan Shah (Ketua Hakim Negara pada masa itu) menolak rayuan Bhandulananda dan memerintahkan sabitan dan hukuman dikekalkan. Baginda menyatakan dengan tegas seperti berikut:

"It is a serious offence to give false testimony, for it is in the public interest that the search for truth should, in general and always, be unfettered. The courts are the guardians of the public interest (see the Exclusive Brethren case [1980] 3 All ER 161, 172)"

Ini bermaksud Mahkamah tidak akan berkompromi terhadap mereka yang melakukan kesalahan 'perjury' atau saksi yang memberikan keterangan palsu di Mahkamah.

Kesimpulannya, sumpah dan ikrar adalah 2 perkara yang berbeza walaupun dari segi perundangan sekarang ia nampak seolah-olah sama. Namun jika diperhalusi dengan lebih mendalam, ia juga mempunyai kaitan dan impak holistik yang mana sekiranya tidak diperbetulkan, boleh mempengaruhi kepercayaan atau anutan seseorang dalam menjalankan urusan penting seperti di Mahkamah atau juga dalam hal membuat akuan bersumpah, sedangkan apa yang sebenarnya ialah ia tiada unsur sumpah pun melainkan hanyalah suatu ikrar untuk menyatakan yang benar sahaja.

Wallahu a'lam bissawab.

Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN