SEKIRANYA ANDA DITAHAN REMAN

Assalamualaikum,

Ringkas saja hari ini.

Sumber gambar di SINI.
 

Sekiranya anda ditangkap dan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk dipohon tahanan reman atas apa jua kesalahan yang ingin disiasat oleh pihak polis, selain anda mohon untuk reman ditolak atau jumlah hari reman dikurangkan, anda juga boleh meminta untuk perkara berikut:

  1. Memohon agar menghubungi keluarga, saudara atau kawan dan berunding dengan peguam pilihan anda (seksyen 28A (2) Kanun Prosedur Jenayah).
  2. Sekiranya anda cedera, sakit atau mempunyai penyakit, beritahu Majistret dan mohon perintah bahawa anda tidak sihat dan perlu mendapatkan rawatan perubatan di hospital.

Sekiranya anda tidak diwakili peguam semasa permohonan reman di Mahkamah, perkara-perkara di atas anda perlu pastikan ia direkodkan dengan jelas di dalam Minit Reman. Tanya kepada Majistret samada apa yang anda katakan itu telah direkodkan.

Ingat, bertanya bukan satu kesalahan atau menghina Mahkamah pun.

Kenapa perlu perkara ini direkodkan?

Kerana ia adalah senjata paling ampuh untuk tindakan sivil atau tatatertib sekiranya pihak polis tidak menuruti arahan yang dikeluarkan oleh Majistret. Selain itu, ia juga penting sekiranya anda ingin merayu atau memohon semakan kehakiman terhadap penahanan anda itu.

 

Wassalam.

Ulasan

  1. mcm mna jika kena tdo lokap kerana sistem ejamin yg xdpt refund balik duit jaminan?? dan OKT terpaksa tdo d lokap? boleh ke tuntut ganti rugi dgn pihak disana?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN