SEKIRANYA ANDA DITAHAN REMAN

Assalamualaikum, Ringkas saja hari ini. Sumber gambar di SINI . Sekiranya anda ditangkap dan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk dipohon tahanan reman atas apa jua kesalahan yang ingin disiasat oleh pihak polis, selain anda mohon untuk reman ditolak atau jumlah hari reman dikurangkan, anda juga boleh meminta untuk perkara berikut: Memohon agar menghubungi keluarga, saudara atau kawan dan berunding dengan peguam pilihan anda (seksyen 28A (2) Kanun Prosedur Jenayah). Sekiranya anda cedera, sakit atau mempunyai penyakit, beritahu Majistret dan mohon perintah bahawa anda tidak sihat dan perlu mendapatkan rawatan perubatan di hospital. Sekiranya anda tidak diwakili peguam semasa permohonan reman di Mahkamah, perkara-perkara di atas anda perlu pastikan ia direkodkan dengan jelas di dalam Minit Reman. Tanya kepada Majistret samada apa yang anda katakan itu telah direkodkan. Ingat, bertanya bukan satu kesalahan atau menghina Mahkamah pun. Kenapa perlu perkara ini direkodkan? Kerana ia ada...