PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

Gambar sekadar hiasan
Apabila seseorang dituduh dengan pertuduhan jenayah di Mahkamah, salah satu aspek penting yang perlu diambil perhatian ialah jaminan mahkamah.

Jom kita sembang perihal jaminan mahkamah ini.

  • Apakah itu jaminan mahkamah?
Ia adalah suatu akujanji tertuduh dalam bentuk deposit atau cagaran atau bon berserta penjamin atau tanpa penjamin yang perlu disempurnakannya bagi memastikan kehadirannya ke mahkamah mengikut tarikh ditetapkan sehingga kes selesai dibicarakan.

Setelah bon jaminan ini disempurnakan maka tertuduh bolehlah dilepaskan sementara daripada tahanan. Jika tertuduh gagal menyempurnakan bon jaminan, maka dia dikehendaki untuk terus ditahan di penjara yang juga disebut sebagai 'reman 259' sehingga kes selesai.

Syarat-syarat ikat jamin dan jumlah penjamin adalah atas budibicara mutlak mahkamah.

  • Bilakah jaminan akan diberikan?
Jaminan mahkamah adalah budibicara mahkamah itu sendiri, melainkan kes-kes melibatkan hukuman mati yang mana mahkamah tiada budibicara untuk memberikan jaminan dan kes-kes saman biasa (contohnya kes saman jabatan, menyebabkan kecederaan dsb) yang mana mahkamah harus memberikan jaminan kepada tertuduh.

  • Dengan itu, apakah jenis-jenis kesalahan yang boleh dijamin dan tidak boleh dijamin?
Seperti yang dikatakan di atas, terdapat kesalahan yang boleh dan tidak boleh dijamin.

Secara amnya, semua kesalahan adalah boleh diikat jamin. Ia adalah budibicara mahkamah serta tertakluk kepada tawaran pihak pendakwaan. Kebiasaannya kesalahan-kesalahan jenayah yang dituduh di Mahkamah Majistret boleh diikat jamin, kecuali kes-kes yang melibatkan hukuman mati seperti membunuh, mengedar dadah, kes di bawah Akta Culik dan sebagainya.

Pun begitu, terdapat juga keadaan dimana jaminan diberikan kepada tertuduh yang dituduh dengan kesalahan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati tetapi ia amat jarang sekali berlaku.

  • Apakah syarat-syarat jaminan yang boleh dikenakan?
Pertama sekali jumlah wang cagaran. Ia adalah atas budibicara mahkamah untuk menentukannya, berdasarkan kepada tawaran pihak pendakwaan, kemampuan penjamin, keadaan tertuduh seperti bekerja dan beralamat tetap dan sebagainya. Tahap keseriusan kes juga diambil kira.

Kemudian mahkamah akan menetapkan jumlah penjamin, samada ia tanpa penjamin (juga dikenali sebagai bon diri sendiri), seorang atau 2 orang penjamin. Pada masa ini kebiasaannya adalah seorang penjamin, namun tertuduh dinasihatkan untuk memaklumkan kepada keluarga atau sahabat handai agar bersedia dengan 2 orang penjamin di mahkamah.

Antara syarat lain yang boleh dikenakan juga ialah tertuduh dikehendaki melaporkan diri di Balai Polis yang berhampiran dengan tempat tinggal atau kepada pegawai penyiasat dalam tempoh tertentu, tertuduh tidak boleh mengganggu atau menghubungi saksi atau pengadu kes dalam apa cara sekalipun, tertuduh dikehendaki berada di dalam rumah pada jam sekian sekian dan sebagainya.

  • Apakah kesannya jika tertuduh gagal mematuhi syarat jaminan?
Jika terdapat aduan daripada mana-mana pihak termasuk pihak pendakwaan bahawa tertuduh gagal mematuhi syarat jaminan yang ditetapkan, maka jaminan boleh dibatalkan oleh Mahkamah dan tertuduh akan diperintah untuk ditahan reman 259 di penjara sehingga kes selesai dibicarakan.

Maknanya tertuduh hendaklah mematuhi apa jua syarat jaminan yang dikenakan oleh Mahkamah.

  • Apakah bentuk cagaran yang diterima oleh mahkamah?
Mengikut pengalaman, bentuk cagaran ini adalah berbeza dari suatu tempat dengan tempat yang lain, namun pelaksanaan juga adalah sama. Cagaran yang boleh diterima ialah:

  1. Wang tunai dibayar di kaunter mahkamah atau kiosk layan diri yang disediakan di mahkamah tertentu. Apa jua bayaran yang dilakukan sila pastikan resit diperolehi dan tertera nama penjamin. Resit perlu disimpan dengan baik untuk memudahkan tuntutan bayaran semula kemudian hari. Ini sangat penting!
  2. Akaun bank, samada akaun simpanan tetap (fixed deposit) atau akaun semasa yang mempunyai jumlah baki terkini yang sama atau lebih dari jumlah cagaran yang ditetapkan. Akaun ini mestilah atas nama penjamin. Jika akaun tersebut mempunyai kad ATM, ia juga hendaklah diserahkan kepada mahkamah untuk simpanan selamat. Dan akaun ini akan 'dibekukan' sementara sehingga kes selesai. Maknanya akaun ini hanya bertujuan untuk jaminan sahaja dan tidak boleh dilakukan transaksi tanpa kebenaran mahkamah.
  3. Geran tanah. Bagi geran tanah ia hendaklah disertakan dengan laporan penilaian terkini yang menunjukkan nilai tanah adalah mencukupi seperti jumlah ikat jamin yang ditetapkan. Semestinya geran tanah ini juga adalah milik penjamin atau salah seorang penjamin.

  • Siapakah boleh menjadi penjamin?
Syarat penjamin yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Seorang yang dewasa (berumur 18 tahun ke atas);
  2. Seorang warganegara Malaysia (jika bukan warganegara ia tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Mahkamah);
  3. Tertuduh warga asing juga dikehendaki mengemukakan penjamin warganegara Malaysia;
  4. Mempunyai kemampuan untuk mengemukakan jumlah ikat jamin ditetapkan;
  5. Faham semua syarat ikat jamin yang ditetapkan oleh Mahkamah;
  6. Syarat lain yang ditetapkan oleh Mahkamah seperti beralamat tetap di daerah tersebut atau mempunyai pekerjaan tetap dan sebagainya. Jika syarat ini dikenakan maka penjamin dikehendaki mengemukakan bukti alamat tetap dan pekerjaan tetap (seperti slip gaji, surat lantikan, bil-bil utiliti dan sebagainya).

  • Apakah tanggungjawab penjamin pula?
Tanggungjawabnya hanya satu: iaitu memastikan tertuduh hadir ke mahkamah pada setiap tarikh perbicaraan yang ditetapkan tanpa gagal.

  • Jika penjamin gagal menunaikan tanggungjawabnya?
Risikonya ialah wang jaminan akan dilucuthak oleh Mahkamah dan dijadikan sebagai hasil kerajaan. 

Pun begitu penjamin akan diberikan peluang untuk mengemukakan representasi atau memberikan penjelasan kepada Mahkamah mengapa ikat jamin tersebut tidak patut dilucuthak oleh Mahkamah.

Mahkamah pula mempunyai budibicara untuk memutuskan samada melucuthak keseluruhan jumlah jaminan atau sebahagiannya sahaja atau tidak sama sekali. Jika Mahkamah membatalkan jaminan tertuduh namun tidak melucuthak wang jaminan, maka jumlah cagaran tadi akan dikembalikan semula kepada pemiliknya iaitu penjamin tersebut.

  • Macamana cara untuk menguruskan jaminan?
  1. Penjamin hendaklah hadir sendiri ke kaunter di pejabat pendaftaran mahkamah yang berkenaan.
  2. Penjamin hendaklah mengemukakan kad pengenalan, wang cagaran atau buku akaun berkenaan atau geran tanah berserta laporan penilaian bagi tujuan ikat jamin serta dokumen-dokumen berkaitan.
  3. Penjamin dan tertuduh akan diterangkan syarat jaminan oleh Pendaftar/Majistret.
  4. Selepas itu penjamin dan tertuduh akan melaksanakan bon jaminan tersebut dengan menandatangani dokumen berkaitan.
  5. Penjamin akan diberikan surat rujukan dan ia hendaklah disimpan dengan baik untuk apa-apa jua urusan berkaitan dengan ikat jamin tersebut.

  • Bagaimana jika resit atau surat rujukan ini hilang?
Jika dokumen berkaitan hilang atau tercicir dari simpanan, penjamin hendaklah segera membuat laporan polis untuk rujukan pihak Mahkamah.

Terdapat juga keadaan dimana selepas membuat laporan polis, penjamin membuat Akuan Berkanun berhubung kehilangan resit atau dokumen berkaitan. Ini juga boleh diterima oleh Mahkamah terutamanya apabila penjamin membuat tuntutan bayaran balik selepas kes telah selesai.

  • Bagaimana pula untuk membuat tuntutan bayaran balik?
Prosesnya lebih kurang sama dengan cara menguruskan jaminan iaitu penjamin sendiri kena hadir ke kaunter di pejabat pendaftaran Mahkamah yang berkenaan dengan membawa kembali dokumen-dokumen berkaitan. Jika wang cagaran adalah dalam bentuk tunai, penjamin akan diminta mengemukakan salinan buku akaun bagi proses bayaran balik. Wang cagaran akan dimasukkan ke dalam akaun penjamin secara elektronik sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 hingga 14 hari bekerja.

Bagi cagaran berbentuk akaun simpanan atau geran tanah, dokumen tersebut akan dikembalikan kepada penjamin pada hari yang sama tuntutan dibuat.

  • Bolehkah penjamin menarik diri dari menjamin tertuduh?
Boleh. Tetapi permohonan hendaklah dibuat di mahkamah terbuka dengan kehadiran tertuduh. Ini bagi membolehkan tertuduh mengetahui akan situasi tersebut dan mengemukakan penjamin lain kepada mahkamah.

Jika tiada penjamin pada masa tersebut, tertuduh boleh dikenakan perintah reman 259.

  • Jika penjamin mempunyai keraguan atau pertanyaan dengan siapa boleh dirujuk?
Penjamin boleh mengemukakan sebarang pertanyaan di kaunter pendaftaran Mahkamah.


Harap penulisan ini membantu anda. Terima kasih.

inb4: tengok reaksi tertuduh apabila bapanya menarik diri dari menjadi penjaminnya. Klik di SINI.

Apakah faktor-faktor yang diambil kira oleh Mahkamah sebelum membenarkan atau menolak permohonan jaminan? Boleh baca lebih lanjut di SINI.

Ulasan

  1. Asalamualailkum bkal pguam saya nk tanya jika pesalah tidak dapat hadir bicara di mahkamah di sbb kn sakit apa yg patut pesalah buat adakah perlu kemukakan surat sakit dari doktor atau bagi surat sakit ke io dulu.boleh kah io menanguhkan tarikh naik bicara nanti dan sekiranya surat sakit di berikan ke mahkamah apa tindakan mahkamah nti.pandangan peguam surat sakit tu elok bagi ke io atau mahkamah tlong saya hrp peguam bleh bagi info lbih jelas tentang ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Apabila anda berdepan dengan kes mahkamah dan anda sakit, hubungi mahkamah berkenaan dan bagitau anda sakit dan minta tarikh untuk datang semula ke mahkamah. Pada tarikh baru ini pastikan sijil cuti sakit original mesti dibawa bersama. Kegagalan mengemukakan sijil cuti sakit mungkin boleh menjejaskan syarat jaminan. Dan kalau tidak maklumkan awal yang anda mendapat cuti sakit, waran tangkap akan dikeluarkan atas sebab anda gagal hadir ke mahkamah pada tarikh sepatutnya. Surat cuti sakit tidak boleh diberi kepada pegawai penyiasat (IO). Ia tiada kaitan pun dengan IO. Kalau hanya bagi salinan kepada IO pun tiada masalah, cuma tiada tindakan juga dapat diambil olehnya.

      Padam
  2. Assalamualaikum.. Bkal pguam... Baru² ni suami sy di tahan reman atas ksalahn ugutan jenayah seksyen 506 Dan di bawak k mahkamah..suami tdak mngaku brsalah.. D ikat jamin sbnyak 4000..tgu hari bicara nti.... Brapa anggaran dende d kenakan utk kes ni?? Mhon respon...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam puan. Seksyen 506 KK ada 2 bahagian, iaitu (1) menakutkan secara jenayah boleh dihukum dengan pemenjaraan boleh sampai 2 tahun atau denda atau kedua-duanya; (2) menakutkan atau ugutan itu ialah ugutan hendak menyebabkan kematian atau cedera parah atau hendak menyebabkan kebinasaan apa-apa harta dengan api dan sebagainya, boleh dihukum dengan penjara boleh sampai 7 tahun atau denda atau kedua-duanya. Saya tidak pasti bahagian mana suami puan dituduh tetapi kesalahan ini biasanya akan dihukum dengan pemenjaraan. Hukuman denda adalah budibicara Majistret dan saya tidak dapat memberikan anggarannya.

      Padam
  3. Salam Bakal Peguam. Suami sy ditahan atas kesalahan 12/2. Tetapi dadah itu bukan milik suami. Malam masa tangkapan, suami tidak tahu apa kesalahan beliau sehinggalah dia ke mahkamah, dan dibaca kesalahannya, barulah suami tahu ats kes 12/2. Suami jugak tidak disoal siasat dan maklumat yg dinyatakan jugak tidak benar. Suami memang nekad utk tidak mengaku bersalah.Tetapi pada waktu ikat jamin, peguam yg disyorkan polis dgn telah bersuara dgn lantang iaitu mengaku bersalah utk suami dh minta dikurangkan denda. Saya sebagai penjamin suami dan suami dlm keadaan keliru(terpana) dan tidak berkata apa-apa. Lalu mahkamah nyatakan perlu hadir 15/5. Soalan saya, bolehkah suami menukar pengakuan dari bersalah kepada tidak bersalah pada 15/5 nanti? Bantu saya bakal peguam. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam puan. Mengaku bersalah dalam kes jenayah hanya boleh dibuat oleh orang yang kena tuduh (OKT) sahaja. Peguam tidak boleh mengaku salah bagi pihak anak guam. Dalam situasi ini, suami puan masih boleh menukar pengakuan bersalahnya pada 15 Mei nanti. Itu hak OKT samada ingin mengaku salah atau tidak. Sekiranya dadah bukan milik suami, tidak perlu mengaku salah dan teruskan proses perbicaraan.

      Padam
    2. Terima kasih atas jawapan Tuan Bakal Peguam. Saya ada soalan lain, untuk kes macam ni. Jika kami tidak mampu utk ambil peguam, hanya bela diri, ada kemungkinan boleh menang ke? Tempoh hari pon, IO yg syorkan kerana katanya kalau tak pakai peguam, jamin mungkin dalam 3000-4000 kerana hakim tidak yakin jika kita tidak pandai bela diri. Jamin tempoh hari Rm2000.

      Padam
    3. Puan, seksyen 12(2) membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kalau bela diri sendiri semasa perbicaraan kemungkinan menang tetap ada tetapi agak tipis kerana kes dadah melibatkan isu-isu tekanikal. Lebih baik dapatkan nasihat guaman. Atau kalau tidak berkemampuan boleh hubungi pihak YBGK (www.ybgk.org.my).

      Padam
  4. Assalamualaikum bakal peguam
    Sekiranya dah buat rayuan tuk proses ikat jamin..
    Dan ikat jamin tersebut hanya di dengarkan mahkamah (belum di benarkan lagi) dan mahkamah bagi tarikh baru untuk proses pembicaan..
    Adakah boleh selesai proses ikat jamin dalam masa pembicaan yg akan datang tersebut..
    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Sekiranya jaminan belum diputuskan semasa sebutan pertama, pada tarikh baru masih boleh memohon lagi kepada mahkamah untuk dikenakan jaminan. Jika sudah diputuskan semasa sebutan yang pertama maka tiada lagi permohonan boleh dibuat melainkan merayu ke Mahkamah Tinggi.

      Padam
  5. assalamualaikum bakal peguam..saya nak tanya akta apa yg boleh disabit kalau hantar video/gambar yg berunsur lucah...contoh si A hantar gmbr/video lucah kepada si B...tpi atas persetujuan si B dan sI B ni yg minta....lepas tu mak budak si B ni tau.....dan dia marahkan dan ugut nk report polis kepada si A....jdi si A ni pon takut....boleh bagi penerangan sedikit apa jadi kalau mak si B tu report polis.

    BalasPadam
  6. just nak tanya. kalau seseorang tu dera isterinya and dah report and masuk lokap tapi dia dijamin kan selepas 2 hari. boleh dia keluar luar negara sebelum kes selesai. belum bawa bicara mahkamah lagi

    BalasPadam
  7. Boleh. Kecuali jika ada permohonan pihak polis kepada pihak imigresen untuk menyekat orang itu daripada keluar negara. Perlu semak dengan imigresen dahulu.

    BalasPadam
  8. Assalam
    Bolehkah OKT dijamin diluar mahkamah.cth sebutan kes pada 27 julai..tetapi penjamin ingin menjamin OKT pada 15 julai.
    Thanks in adv

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Adakah perintah jaminan sudah diberikan? Kalau sudah, maka jawapannya boleh. Sila ke kaunter mahkamah untuk proses jaminan.

      Padam
  9. Salam..sy nk tanya berkaitan kes kawan sy..dia telah dituduh dalam kes penipuan duit projek yg dia pernah buat..
    Sy dah menjamin dia sebyk rm8k
    Dia mengaku tidak bersalah
    Masalhnya sekarang dah 2 kali dia turun ke mahkamah untuk urusan perbicaraan tetapi pihak pendakwaraya x hadir..lawyer okt hadir
    Perbicaraan dah 3 kali ditunda disebabkn pihak pendakwaraya yang tidak hadir
    Saya nak tanya bakal peguam ni..
    i)sampai bila kes ni akan selesai kerana kes selalu di tunda disebabkan kesalahan pihak pendakwaraya yang tidak hadir
    ii) ada tak tempoh masa maksimum yang mahkamah boleh kenakan kepada pendakwaraya sekiranya dia tetap tak nak hadir untuk perbicaraan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam.
      1. Biasanya 3 kali penangguhan mahkamah akan buang kes.
      2. Tempoh masa maksimum adalah 6 bulan dari tarikh OKT dituduh di mahkamah.

      Padam
  10. Assalam tuan, jika dituduh memiliki syabu dlm kuantiti yg kecil, slalunya berapakah nilai jamin yang dikenakan? Boleh tuan berikan anggaran?boleh memudahkan keluarga utk menyediakan wang jaminan. Ini kesalahan pertama. Trima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Bagi kes sebegini, anggaran jaminan adalah antara RM1,500 hingga RM4,500. Apapun ini cuma anggaran saja.

      Padam
  11. Asalamualaikum, Salam Sejahtera, oleh kerana mak sy pernah menjadi penjamin utk arwah abang 20 thn yg lepas, mak tak tahu di mahkamah dan balai mana kes di jalankan , mcm mana cara sy nak dpatkan surat mahkamah, kerana salah satu bank mak telah di bekukan kerana kes tersebut. terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W’salam. Saya tidak pasti bagaimana untuk mendapatkan surat mahkamah sebegini kerana kejadian berlaku 20 tahun yang lepas. Cuma yang menarik perhatian adalah “salah satu bank telah dibekukan kerana kes tersebut”. Urusan jaminan mahkamah tiada kaitan dengan pihak bank, apatah lagi 20 tahun lepas yang mana secara kebiasaannya semua jaminan mahkamah adalah melalui deposit tunai.

      Padam
  12. Salam..sy mahu tnya, sekiranya dijatuhkn hukuman penjara smbilan bulan,agak2 brpe blan lg tempoh brada di pnjara kalau ditolak hri cuti??

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Saya pun tidak arif tentang pengiraan remitan ini, cuma yang saya tahu matematik kasarnya adalah ditolak 1/3 dari jumlah hukuman. Jikalau 9 bulan bermakna lebih kurang 6 bulan berada di penjara.

      Padam
  13. Salam bakal peguam. .Sy ingin bertanya . .Jika sudah dijatuh hukum dan dipenjara..Adakah masih boleh diikat jamin atau byr denda untuk dikeluarkan ?
    Tq��

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Jika sudah dijatuhkan hukuman dan dipenjara, isu ikat jamin tidak lagi timbul. OKT tidak boleh diikat jamin lagi melainkan jika memohon untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara merayu ke Mahkamah Tinggi. Bayaran denda hanya apabila mahkamah memerintahkan hukuman denda saja.

      Padam
  14. Assalam...sy nk tnye, pihak mhkamah dh potong ke denda keatas pesalah??sbb mse hri dijatuhkan hkuman,ad polis bgitahu denda psalah dikurangkan rm30 shari...btul kew??

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Tidak betul. Hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah adalah muktamad, tiada pengurangan melainkan pengiraan remitan yang dilakukan oleh pihak Jabatan Penjara saja.

      Padam
  15. Salam bakal peguam. Saya nak tanya berkenaan hukuman milik air ketum. Suami saya ditangkap pada hari khamis, hari jumaat adalah sebutan kes dan penetapan tempoh reman. Kalau saya nk jamin suami saya sebelum sebut kes, sehari selepas tangkap tu boleh ke? Lagi 1 kemungkinan ke jaminan sebanyak Rm4k untuk kesalahan miliki air ketum?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Soalan puan adalah berkaitan dengan tahanan reman. Ia terpulang dengan mahkamah dan pihak polis samada membenarkan tahanan reman atau melepaskan suami dengan jaminan. Bagi jaminan RM4k itu juga adalah budibicara mahkamah dan benar, ada kemungkinannya jumlah itu akan diberikan oleh mahkamah.

      Padam
  16. Assalam...sy ingin tnye, kwan sy ditahan pde tarikh 25/2 dan dijatuhkan hukuman pde 29/4 oleh mhkamah...dia dipenjarakn 9 bulan dan adakah hkuman dia dikira dari tarikh dia ditahan atau semase tarikh dijatuhkan hukuman??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Untuk tarikh permulaan jatuh hukum, kalau mahkamah tidak mengumumkan bila tarikh hukuman penjara bermula, maka tarikh jatuh hukum itu adalah hari pertama hukuman penjara bermula. Kalau mahkamah kata ia berjalan sejak dari tarikh ditangkap, maka hukuman penjara telah bermula sejak OKT kena tangkap dan bukan dikira dari tarikh jatuh hukum.

      Padam
  17. Assalam..saya nak tanya anak saudara saya di sabitkan dengan kesalahan tiada lesen ,cukai jalan tamat tempoh no plat palsu dan motor yang di naiki adalah motor yang di laporkan hilang..dalam masa yang sama anak saudara saya tiadak mengetahui pasal motor tu.. Motor di pinjam dari kawannya...nasib xmenyebelahi anak saudara saya..dia di tahan...dia di kehendaki hadir di mahkamah petaling jaya.. Semasa perbicaraan anak buah saya mengaku bersalah.(motor dibawa ke balai) ..selepas hakim dengar pengakuan anak buah saya..dia di jatuhkan hukum rm 10000 denda n penjara 5 bulan jika disabitkan salah..anak buah saya mintak di kurangkan jumlah saman..dpt di kurangkan rm 5000..memang xmampu nak jamin..kes anak buah saya di pantau oleh pwgawai jkm..(dia dibawah umur)..
    Saya tak mampu sediakan wang jaminan.. Ank buah saya di bawak ke pusat koreksional puncak alam... Pegawai jkm beritahu saya.. Jumlah denda boleh dikurangkan melalui pengiraan seberapa lama dia di tahan di sana...sekiranya dalam masa 2minggu saya ingin menjamin anak saudara saya.. Berapakah denda yang saya perlu bayar? Mohon pencerahan dari pihak tuan..
    Terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Mohon maaf tuan/puan sebab perkara berkaitan berapa denda perlu dibayar adalah diluar pengetahuan saya. Hanya Jabatan Penjara yang tahu pengiraannya. Sebaiknya tuan/puan kembali ke Mahkamah Petaling Jaya dan berhubung dengan Pendaftar Mahkamah berkenaan untuk kepastian.

      Padam
  18. Salam bakal peguam. Sy nk tnya. Suami sy telah jtuh hukum atas seksyen 392. Kami ada pasang lowyer tp kalah. So peguam ada buat rayuan lanjutkan jaminan. So dlm masa 2mggu kami kena hntar notis dkt high court. Andai kata suami sy melarikn diri , bgaimana dgn duit jaminan ? Sbb klau boleh sy nk kn duit jamin tu utk ank2 sy.. Tlg bg sy pendapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Soal suami melarikan diri adalah satu kesalahan. Memandangkan jaminan adalah untuk memastikan kehadiran suami ke mahkamah, puan perlu nasihatkan suami untuk terus hadir ke mahkamah semasa rayuan didengar. Jika suami tidak mengendahkan juga nasihat puan, puan perlu hadir ke mahkamah semasa perbicaraan rayuan dan beritahu pada hakim situasi puan. Terpulang pada hakim samada menerima alasan puan dan mengembalikan wang jaminan tersebut atau kebiasaannya wang jaminan akan 'dirampas' akibat kegagalan memastikan suami hadir ke mahkamah. Ia budibicara hakim.

      Padam
  19. assalamualikum tuan, saya nak tanya, kawan saya telah ditangkap atas kesalahan dadah (urine sangkut). saya mempunyai tiga soalan iaitu:

    1. adakah kawan saya akan dimasukkan ke dalam penjara sekiranya gagal membayar denda sejurus selepas hukuman dijatuhkan?
    2. berapa lamakah hukuman penjara bagi kes tersebut?
    .3. adakah kawan saya akan tinggal dalam penjara sehingga bayaran denda diselesaikan? ataupun akan dibebaskan selepas tempoh hukuman penjara.

    terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam.
      1. Ya betul, gagal bayar denda akan dimasukkan ke penjara mengikut perintah mahkamah.
      2. Berapa lama hukuman itu adalah ditetapkan oleh mahkamah dan ia budibicara mahkamah.
      3. Ya betul, sehingga denda dijelaskan, kawan tuan akan tinggal di penjara dan hanya akan dibebaskan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh mahkamah. Contoh perintah mahkamah: "tertuduh dijatuhkan hukuman denda RM3,000 gagal bayar 3 bulan penjara." Selagi denda RM3,000 tidak dibayar, maka tertuduh akan duduk dalam penjara selama 3 bulan, dan hanya akan bebas selepas denda dibayar atau tempoh 3 bulan tamat, yang mana lebih awal.

      Padam
  20. Salam sy nak tanya ,sekiranya kes ditarik balik.. Adakah okt perlu dibayar denda?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam tuan. Sekiranya kes ditarik balik denda tidak perlu dibayar.

      Padam
  21. Assalamualaikum Tuan,

    Sy adalah penjamin & merupakan kakak kpd OKT.. Adik sy telah ditangkap kerana dituduh memiliki air ketum yang beratnya tidah melebihi 1g.. Adik sy sekeras kerasnya menafikan barang tersebut adalah kepunyaanya. Walaubagaimanapun, barang tersebut telah dijumpai didalam bakul motor kepunyaan sy. Adik sy telah menjalankan ujian air kencing dan keputusan adalah "negatif".Adik sy telah dibicarakan selepas menjalani 7hari tahanam reman dan sy meminta dia untuk mengaku bersalah kerana sy tidak mahu untuk memanjangkan proses pembicaraan, Justeru makhamah membenarkan adik sy diikat jamin sebanyak RM3000 dengan seorang penjamin. Kes akan dibicarakan semula pada 23/05/18.Sy ada beberapa soalan tuan,

    1- Berapa lama lagikah tempoh pembicaraan adik sy sehingga dia benar-benar dijatuhi hukuman
    ???

    2- Adakah denda / hukuman yang akan dikenakan keatasnya melebihi jumlah wang jaminan ???

    3- Adakah namanya disenarai hitam dalam rekod jenayah yang akan membawa kesan kepada
    dirinya sekiranya ingin berkhidmat dalam agensi kerajaan atau swasta???


    Terima Kasih Tuan.


    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam puan.

      1. Berapa lama tempoh perbicaraan adalah bergantung kepada proses mahkamah berkenaan. Dalam kes seperti ini, kebiasaannya menunggu laporan kimia disiapkan juga menyumbang kepada kelewatan kes diselesaikan. Pun begitu, mahkamah mempunyai polisi untuk menyelesaikan kes jenayah dalam tempoh (kalau tidak silap) 6-9 bulan.

      2. Hukuman tidak semestinya mengikut wang jaminan. Ada kalanya lebih rendah, tetapi selalunya adalah lebih tinggi dari jumlah wang jaminan. Ia adalah budi bicara penuh pihak mahkamah.

      3. Nama tidak disenarai hitam, tetapi untuk memohon kerja dengan kerajaan akan membawa kesan kerana sebelum melaporkan diri, penjawat awam mesti membuat akuan sumpah yang antara lainnya ialah tidak pernah disabitkan kes berkaitan dadah. Saya tidak pasti dengan agensi swasta, tetapi biasanya majikan akan mengelakkan dari mengambil pekerja yang ada rekod kesalahan berkaitan dadah.

      Wassalam.

      Padam
  22. Assalammualaikum bakal peguam.. Saya nk tnya sekiranya seseorang tu dijamin polis dan telah keluar.. Dan pada tarikh yg polis bagi tulis di surar jamin tu polis suruh datang balai sahaja.. Adakah kes tu dikira selesai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Tidak, kes masih belum dianggap selesai sehingga pihak polis memaklumkan orang yang ditangkap itu bahawa kes telah NFA (no further action) oleh Timbalan Pendakwaraya.

      Padam
  23. Salam, saya nak tanya perlu ke penjamin hadir juga di Makhamah setiap kali OKT berada di makhamah utk sebutan kes dan perbicaraan?



    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Tidak perlu. Hanya hadir apabila diberi notis oleh mahkamah sahaja. Setiap kali tarikh sebutan dan perbicaraan, hanya OKT saja yang perlu hadir.

      Padam
  24. assalam admin, sy nak tanya . ada kawan sy dia ditgkp atas kes ngguna dan memiliki dadah. sudah dibicara dimahkamah. tp mereka dicas bersama .4 org. barang itu kepunyaan salah seorang dari 4 org nie. mereka bertiga tidak ngaku bersalah. dan seorang yang memiliki brg mgaku salah. jadi mereka ber4 telah diikat jamin oleh kluarga. dan mereka perlu dtg lagi ke mahkamah. adakah itu mereka akn dijatuhkan hukuman penjara? utk apa mereka semua kne hdir ke mahkamah semula?

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum tuan bagi kes jenayah seksual kanak2 sesyen 14. Okt Ayah tiri dituduh mencabul mangsa 15 thun. Saksi telah berkawin dengan mangsa mengikut prosedur mahkamah syariah & melalui wali yg sah atas dasar kemaslahatan mangsa yang merupakan anak yatim yg tlah kematian ibu sejak berumur 9 tahun lagi disamping anak tunggal & tiada sedara mara yg mengambil tahu perihal mangsa ini.kemudiannya okt memberi alasan report ini adlah palsu & atas dasar mangsa ada hati dengan saksi.sedangkan kes sumbag mahram ini telah berlaku sebelum mangsa mengenali saksi lagi.dan mangsa baru membuat report & membongkar penderitaan selama ini atas kelakuan ayah tirinya semsa tinggal berdua brsama dirumah.soalannya adakah peguam okt boleh menjadi perkahwinan mangsa dgn saksi sbg motif untuk melepaskan okt.dan bolehkah okt menyaman ke atas mangsa jika kes ini gugur.mohon pencerahan.segala bahan bukti whatsaap bahan lucah drpda okt kpda mangsa tlah diprint dh diserahkan kpda i/0.

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum bakal peguam, waktu sebutan semula kes perlukah penjamin hadir kan diri ke makamah?
    OKT telah dipastikan untuk hadir ke makamah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Penjamin tidak perlu hadir semasa tarikh sebutan semula atau perbicaraan. Hanya perlu hadir apabila diminta oleh mahkamah saja.

      Padam
  27. tuan,boleh terangkan apa itu bon keamanan seksyen 67 KPJ? Saya telah direman atas tuduhan mencederakan isteri saya dan selepas 3 hari direman,saya diikat dengan bon keamanan. Adakah saya sebenarnya telah disabit kesalahan atau tidak? Saya ada bertanya IO yang mengendalikan kes saya,katanya siasatan telah ditutup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini bukan sabitan, ia hanya suatu bon jaminan yang tuan tidak akan membuat apa jua perbuatan yang menyebabkan pecah keamanan. Gagal untuk mematuhi syarat bon maka tuan boleh didakwa di mahkamah atas sebab pelanggaran bon. Dengan bon ini kes tuan dianggap telah ditutup, seperti yang IO kata tu.

      Padam
  28. Assalamualaikum..saya nak tanya.,bila hari sebutan kes di mahkamah adakah penjamin perlu hadir ke tidak bersama OKT? sebutan kes ats seksyen 39A ,bila tanya pada penguam dia ckp penjamin x perlu hadir cuma OKT sahaja ke mahkamah nanti..boleh ke tuan jwb soalan saya ini sb saya agk keliru takut nanti OKT kena tahan semula disebabkan penjamin tidak hadir sama ke mahkamah. terima ksih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Ya betul kata peguam tu. Penjamin tidak perlu hadir untuk tarikh sebutan atau perbicaraan kes. Hanya OKT saja yang perlu hadir. Penjamin hanya perlu hadir apabila diminta oleh mahkamah, iaitu apabila OKT gagal hadir semasa tarikh sebutan atau perbicaraan ditetapkan. Jangan risau, OKT tidak akan ditahan kalau penjamin tidak hadir. Sebaliknya, OKT akan ditahan kalau dia sendiri gagal hadir ke mahkamah.

      Padam
  29. salam tuan,sy nk minta pnjelasn sikit dri tuan tentang kes sy...ok,sy telah ditangkap bersama kwan sy,di luar rumah setelah diperiksa pihak polis tdak mnjumpai apa2 brang salah,.kemudian pihak polis terjumpa kunci kereta di poket seluar kwan sy dan kereta itu adalah kereta sy,..setelah dibawa ke keret,pihak polis mlkukan pemerikasaan dan terjumpa dadah,..dadah itu adalah kepunyaan kwn sy...sy telah dbwa ke blai polis tok reman...selepas dbwa ke mahkamah sy dbnarkn jamin smentara menunggu keputusan kimia smpai...ok,sbulan lpas 2,kimia smpi dan kwan sy 2 tlah mengaku slah atas brg 2,..dan pihak mahkamah beri sy trikh untuk hdir ke mhkamah bulan brikutnya...sy nk thu,..biasanye ap proses atau ap keputusan mhkmah..sbb kwan sy dah mengaku slah dan dah djtuhkn hukuman...sbb mse kimia smpi sy xmengaku brg 2 sy punya..trima ksih tuan

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum..
    Sy mohon bertanya tuan.
    Sy di ikat jamin dlam sesebuah kes di mahkamh,proses jaminan tersebut di buat di bank cimb,pihak bank ada mengatakan dalam 5 hari bekerja barulah wang tersebut boleh diambil balik.Yang menjadi kemusyikilan sy ialah,bagaimanakah kiranya mahkamah menjatuhkan hukuman dengan boleh membayar denda,bolehkah pihak bank mengeluarkan wang jaminan td utk membayar denda tersebut?atau adakah sy akan di penjarakan sekiranya wang jaminan tadi pihak bank tidak dapat mengeluarkan untuk membayar denda.untuk makluman tuan..sy hanya mengharapkan wang jaminan tersebut utk membayar denda yang mahkamah akan perintahkan..Minta penjelasan dn mohon berikan jalan utk selesaikan masalah ini.terima kasih

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum..
    Sy mohon bertanya tuan.
    Sy di ikat jamin dlam sesebuah kes di mahkamh,proses jaminan tersebut di buat di bank cimb,pihak bank ada mengatakan dalam 5 hari bekerja barulah wang tersebut boleh diambil balik.Yang menjadi kemusyikilan sy ialah,bagaimanakah kiranya mahkamah menjatuhkan hukuman dengan boleh membayar denda,bolehkah pihak bank mengeluarkan wang jaminan td utk membayar denda tersebut?atau adakah sy akan di penjarakan sekiranya wang jaminan tadi pihak bank tidak dapat mengeluarkan untuk membayar denda.untuk makluman tuan..sy hanya mengharapkan wang jaminan tersebut utk membayar denda yang mahkamah akan perintahkan..Minta penjelasan dn mohon berikan jalan utk selesaikan masalah ini.terima kasih

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum..
    Sy mohon bertanya tuan.
    Sy di ikat jamin dlam sesebuah kes di mahkamh,proses jaminan tersebut di buat di bank cimb,pihak bank ada mengatakan dalam 5 hari bekerja barulah wang tersebut boleh diambil balik.Yang menjadi kemusyikilan sy ialah,bagaimanakah kiranya mahkamah menjatuhkan hukuman dengan boleh membayar denda,bolehkah pihak bank mengeluarkan wang jaminan td utk membayar denda tersebut?atau adakah sy akan di penjarakan sekiranya wang jaminan tadi pihak bank tidak dapat mengeluarkan untuk membayar denda.untuk makluman tuan..sy hanya mengharapkan wang jaminan tersebut utk membayar denda yang mahkamah akan perintahkan..Minta penjelasan dn mohon berikan jalan utk selesaikan masalah ini.terima kasih

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum.. Tuan suami sya sekrg di reman di penjara seksyen 457 sementara tunggu hari perbicaraan di sebut semula pda 13/8 ni dlam masa itu pihak mahkamah benar kan jaminan sebanyak 5000 kalau sya jamin suami sya ada kah kes suami sya akan di tutup dn di anggp selesai tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Proses ikat jamin hanyalah untuk memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah semasa perbicaraan kes dijalankan. Suami puan masih perlu hadir untuk proses perbicaraan selepas urusan jaminan diselesaikan. Di peringkat ini kes masih belum selesai lagi.

      Padam
  34. Saya menjadi penjamin kepada bekas isteri suami saya pada hari pertama perbicaraan dia hadir tapi ditunda pada tarikh yg di berikan pada tarikh tersebut dia x hadir tapi saya hadir dn hakim bertanya kenapa dia tidak hadir saya menjawab saya dah ajak dia tapi dia pulak x nak jadi mahkahmah beri satu tarikh lg untuk dia hadir dn jika dia x hadir waran tangkap akn di keluarkn dan wang jaminan akan di rampas.jika saya nk tarik blk jaminan saya saya kna pergi pada tarikh yg diberikan oleh mahkamah untuk tarik blk jaminan pada tarikh tetsebut atau pada awal ckit pada tarikh trsebut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon maaf atas masalah teknikal ruangan komen blog ini saya tidak dapat jawab pertanyaan tuan/puan dengan lebih baik. Sila emelkan pertanyaan anda ke bicaraperundangan@gmail.com. Insya Allah saya akan jawab persoalan tuan/puan kemudian. Terima kasih.

      Padam
  35. Salam saya mohon pencerahan tentang pertanyaan saya smlm

    BalasPadam
  36. Salam...
    Saya ingin penjelasan tentang penjamin.mcm ni saya ada jamin seorang okt ini rm5000
    Dan mahkamah telah menetapkan tarikh perbicaraan semasa perbicaraan tersebut mahkamah menunda kes pada tarikh yg lain padavtarikh tersebut dia tidak hadir dan saya hadir semasa kes perbicaraan tersebut hakim bertanya kepada saya kenapa dia tidak hadir saya menjawab saya dah usaha untuk ajak dia datang tapi dia x nk beri kerja sama lalu hakim pun berkata dia akn bg tarikh untuk sebutan semula kes andai dia tidak hadir pada tarikh itu mahkamah akn keluarkn waran dn duit jamin akn dirampas..jadi saya tengok dia memang x nk beri kerjasama ngan saya jika saya ingin tarik balik jaminan apa yg saya perlu lakukn tarik jamin awal ckit pada tarikh perbicaraan atau kna tunggu pada tarikh lain tapi tarikh yg diberi hakim tarikh final kes dh apa yg perlu saya buat....

    BalasPadam
  37. Maaf encik sy nak tanye...jika pada pertama kali okt ggal hdirkan diri ke mhkamah tpi pnjamin nya hdir dan memaklumkan mhkamah bhwa okt tdk dpt dihubungi dan xtahu dimana.Mahkamah akan mengeluarkan waran tgkap kan..pade perbicaraan setrusnya tiba2 okt hdirkan diri..apakah tindakan yg akan dikenakan ke atas okt...minta penjelasan dri pihak encik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg arif memberitahu saya pada tarikh yg akn diberikan nanti dia mnta agar okt hadir dn jika tidak hadir waran tangkap akn dikeluarkn dan duit jaminan akan di rampas dn disini saya ingin bertanya jika sya ingin tarik balik jaminan apa perlu saya buat sebab saya tengok okt dh mula x nk tunjuk kerja sama dngn saya mohon pencerahan...

      Padam
    2. Wsalam. Maaf atas keterlewatan membalas pertanyaan ini. Boleh saya tahu perkembangan kes ini? Samada mahkamah telah rampas wang jaminan atau bagaimana?

      Padam
  38. salam, saya nak tanya kalau denda bayaran amount besar nak buat bayaran by cek, apa nama tulis keatas cek itu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Saya tidak pasti samada denda boleh dibayar melalui cek atau tidak. Tetapi jika dibenarkan, nama yang perlu ditulis atas cek itu adalah "Akauntan Negara Malaysia"

      Padam
  39. Slmt pagi tuan..disini Sya mahu bertanya..apabila bacaan tuduhan dibacakan kan ada ka pada masa yang sama tertuduh ditanya akun atau tidak akun mengenai barang yg dikatakan beliau memiliki padahal tertuduh langsung tidak mengetahui bahawa barang tersebut ada pada beliau..boleh ka tertuduh mengaku tidak memiliki sama ada ka tertuduh boleh di ikat jamin mahkamah Kerna tertuduh adala seorang pemegang pasport internasional jaminan isteri?
    Serta ini merupakan kes pertama beliau,dan apabila selepas dijamin dan beliau diminta hadir sekali lg ke mahkamah tuk loparan kimia adaka hukuman denda yang akan diberi kepada tertuduh tersebut? harap tuan dapat respon secepat nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pagi. Ya betul, selepas pertuduhan dibacakan, tertuduh akan ditanya samada mengaku salah atau tidak mengaku salah atau minta dibicarakan. Tertuduh berhak untuk mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Selepas proses jaminan selesai, mahkamah akan bagi tarikh baru untuk sebutan semula sementara menunggu laporan kimia. Kalau pada masa akan datang laporan kimia telah siap dan tertuduh masih tidak mengaku salah, maka pihak pendakwaan/polis akan panggil saksi mereka dalam perbicaraan. Pada masa itu hukuman belum lagi dijatuhkan oleh mahkamah.

      Padam
  40. Saya nk tarik jamin apa yg prlu sya lakukn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon maaf atas masalah teknikal ruangan komen blog ini saya tidak dapat jawab pertanyaan tuan/puan dengan lebih baik. Sila emelkan pertanyaan anda ke bicaraperundangan@gmail.com. Insya Allah saya akan jawab persoalan tuan/puan kemudian. Terima kasih.

      Padam
  41. Salam, saya ada sedikit kekeliruan, adik saya telah ditangkap polis atas tuduhan Seksyen 411, Disyaki memiliki barang curi. Dalam hal ini, adik saya telah dituduh memiliki basikal yang disyaki telah dicuri sedangkan adik saya memilikinya melalui proses jual beli portal dalam talian di mana penjual mengiklankan basikal tersebut dan adik saya tanpa mengetahuinya telah membuat pembelian basikal tersebut.

    Sewaktu di balai adik saya telah ditahan di lokap dan pada malamnya IO telah mengambil keterangan serta soal jawab terhadap adik saya dan keesokan harinya adik saya telah dibebaskan dengan jaminan polis.

    Persoalan saya adakah kes ini masih dianggap berjalan dan masih dituduh di mahkamah sedangkan sebelum itu adik saya tidak dihadapkan di majistret dan dibacakan pertuduhan atau ada kemungkinan yang adik saya akan dipanggil semula ke balai atau dibacakan pertuduhan

    Mohon pencerahan Bakal Peguam, terima kasih

    BalasPadam
  42. bagaimanakah caranya penjamin ingin menuntut wang jaminan sekiranya kes dakwaan telah digugurkan dan perlukan mendapat sebarang surat dari mahkamah mengatakan kes tersebut telah gugur ketika memohon duit jaminan dari kaunter. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terus saja hadir ke kaunter pendaftaran mahkamah dimana jaminan diproses dulu dan beritahu ingin menuntut wang jaminan. Mahkamah ada rekod sendiri samada kes itu telah selesai atau tidak. Bawa bersama dokumen asal yang diberikan semasa proses jaminan dulu (resit asal, bon jaminan, dokumen pengenalan diri penjamin).

      Padam
  43. Salam tuan, saya nak bertanya tentang kes yang macam mana selalunya dapar dijamin polis(jaminan mulut)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Semua kes yang ditangkap oleh polis (kecuali kes membawa hukuman mati) boleh dijamin oleh pihak polis. Ia adalah atas budibicara pihak polis sendiri.

      Padam
  44. ada 1 kes penipuan,kes telah dihadapkan ke mahkamah dan pesalah tidak mengaku salah dan di reman di penjara sehingga sebutan ke2 dibuat..dalam proses menunggu sebutan kes,pengadu berhasrat untuk menarik kes sebelum sebutan kes ke2 di buat di mahkamah.
    soalannya :
    boleh ke pengadu menarik kes dan menjamin keluar okt tanpa sebarang wang ikat jamin kerana pengadu mengatakan hanya perlu mengemukakan surat kepada pihak polis dan mahkamah yang mana kes ini hendak ditarik balik dan mohon okt dilepaskan tanpa sebarang ikat jamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengadu perlulah membuat laporan polis mengatakan ingin menarik balik kes dan serahkan kepada pegawai penyiasat laporan itu untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya. Terpulang dengan budibicara Pendakwaraya samada kes akan ditarik balik atau tidak. Kalau Pendakwaraya kata tarik balik, maka pertuduhan akan dibatalkan. Kalau kata diteruskan, pengadu kena hadir juga ke mahkamah untuk memberikan keterangan.

      Padam
  45. salam tuan, mohon info mengenai jumlah denda yg akan dikenakan. kawan saya ditangkap kerana memiliki 0.03gm meth dan urine positive. dikenakan jamin 5k. ini bukan kesalahan pertama. apakah hukuman yang akan dijatuhkan dan jika dikenakan denda berapa jumlahnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Jumlah atau kadar hukuman yang boleh dijatuhkan adalah kuasa dan budibicara mahkamah. Saya tidak tahu apakah bentuk hukuman yang akan dijatuhkan. Yang penting, kalau pertuduhan memiliki dan urine positif, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali (bagi memiliki d/s 12) dan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga 2 tahun (bagi kes urine d/s 15).

      Padam
  46. Assalam bakal peguam...
    saya ingin bertanya berkenaan kes abg saya yang ditangkap oleh polis pada 29 Jul 2018 atas kesalahan tidak hadir ke mahkamah pada hari perbicaraannya pada bulan Mac 2018 kes urine....dan pada tarikh dia ditangkap itu dia terus dihantar ke penjara dan dijatuhkan hukuman tahanan selama 12bulan dibawah akta 15(1)....

    Persoalannya bila saya pergi melawat dia di penjara hari ini warden bgtau dia dijatuhkan hukuman selama 12bulan...jumlah denda rm3000 dan tarikh bebas pada 30/3/2019...saya masih tidak faham....dan saya tanya boleh jamin atau tak warden itu bgtau kalau bayar denda rm3000 dimahkamah dia akan dibebaskan serta merta dan tak kisahlh walaupun dia dh menjalani tahanan selama beberapa bulan serta jumlah bayaran denda akan ditolak dr jumlah berapa hari dia di dlm tahanan....sy masih confius adakah btl bila2 masa shj saya blh membayar denda itu...ataupun dia memang dah xblh dijamin sebab dah terlepas ke penjara...
    Saya nk jamin disebabkan abg sy sakit dan dia memerlukan dtg ke klinik pada tiap2 hari utk minum ubat Metadon...

    Harap Bakal Peguam dapat membantu sy utk bg pencerahan yg sebetul2nya...dan sy dahulukan ucapan jutaan terima kasih sekiranya Bakal Peguam dpt bagi pencerahan kepada saya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Maaf atas kelewatan membalas pertanyaan ini. Sefahaman saya berkenaan kes ini abang tuan telah dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan gagal bayar 12 bulan. Saya agak ralat dengan hukuman ini kerana biasanya denda RM3,000 tidak akan membawa hukuman penjara 12 bulan jika gagal bayar, biasanya maksimum pun 6 bulan saja. Walau bagaimanapun, jika betul hanya hukuman denda yang dijatuhkan, maka tuan perlu hadir ke mahkamah di mana hukuman dijatuhkan dan beritahu ingin membayar denda. Mahkamah akan berhubung dengan pihak penjara bagi mengetahui jumlah baki denda yang perlu dibayar setelah ditolak hari yang abang tuan jalani hukuman dalam penjara (jumlah terkurang). Selepas proses bayar denda selesai, maka abang tuan akan dibebaskan. Sila berhubung terus dengan kaunter mahkamah berkenaan untuk kepastian tentang hukuman yang telah dijatuhkan.

      Padam
  47. Selamat pagi. Saya ingjn bertanya tentang kes tarik semula laporan polis. Telah dibuat. Ada kah waris yang akan menguruskan nya. Atau pihak polis yang menguruskan?

    BalasPadam
  48. Hai, suami i dalam seksyen 411, memiliki kereta curi, dan kereta curi ini ialah kawan dia utk simpan sementara, suami tidak tahu bahawa kereta ini ialah curi, after 10 lebih hari, polis tangkap suami I cakap curi kereta... polis cakap suami saya ada miliki barang curi kereta dan kereta jumpa di rumah awak dan kunci pun ada dirumah awak, kes macam ini mau mengaku salah atau tidak? 1st di mahkamah tidak mengaku salah, dia akan dibicara pada 03-10-3018 lagi, harap bakal hakim bagi jawapan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai... untuk kes memiliki barang curi d/s 411 KK, yang melibatkan kenderaan, hukuman minimum adalah 6 bulan penjara dan tidak lebih 5 tahun dan denda. Jikalau suami tidak sanggup untuk dipenjarakan bagi tempoh itu, dalam masa yang sama juga kereta itu bukan miliknya, adalah lebih baik tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan. Polis kena buktikan bahawa kereta itu adalah kereta curi dan suami puan menerima harta itu secara tidak jujur serta suami puan memang tahu itu harta curi, maka barulah boleh disabitkan kesalahan. Jika polis gagal buktikan elemen itu, maka suami puan bolehlah dibebaskan kemudian.

      Padam
  49. ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,DI SAYA ADA SATU KEMUSYKILAN BERKENAAN PROSEDUR BAGI KES JENAYAH IAITU 323 KK,MELIBATKAN PENJAWAT AWAM.

    1-HADIR KE MAHKAMAH TANPA SEBARANG PEMBERITAHUAN BERTULIS,HANYA MELALUI PANGGILAN TEL OLEH IO UTK HADIR BERJUMPA BELIAU DI MAHKAMAH.

    2.TIDAK MENGETAHUI PADA HARI TERSEBUT ADALAH PERTUDUHAN DIBACAKAN.

    3.TIDAK MENGAKU BERSALAH SETELAH DIBACAKAN PERTUDUHAN
    DIKENAKAN JAMINAN RM5000 DGN 1ORG PENJAMIN.

    4.TIDAK DAPAT MEMBAYAR WANG JAMINAN DENGAN SEORANG PENJAMIN.DITAHAN DI PENJARA SUNGAI BULOH SELAMA LEBIH KURANG 2MNGGU.

    5.DIPANGGI HADIR KE MAHKAMAH,RAYUAN MENGURANGKAN JAMINAN
    -BAYAR RM2K DAN 1 ORG PENJAMIN (BEBAS)
    -DIBERI TARIKH LANTIKAN PEGUAM.

    6.HADIR KE MAHKAMAH UTK LANTIKAN PEGUAM
    -HADIR DGN PEGUAM
    -TERIMA TARIKH-SERAHAN DOKUMEN.

    7.HADIR KE MAHKAMAH UTK TERIMA SERAHAN DOKUMEN
    -terima tarikh baru
    -dokumen belum lengkap.

    8.HADIR KE MAHKAMAH UTK
    SERAHAN DOKUMEN
    -TERIMA DOKUMEN
    #LAPORAN KESIHATAN PENGADU
    #GAMBAR TEMPAT KEJADIAN
    #DLL...
    -TERIMA TARIKH PERBICARAAN.

    9.Hadir pada tarikh di berikan untuk perbicaraan.
    -pengadu tidak hadir.
    -terima tarikh baru bicara

    10.Hadir utk bicara.
    -pengadu tidak hadir
    -terima tarikh baru

    11.hadir utk bicara
    -pengadu tidak hadir
    -terima tarikh baru

    12.hadir ke mahkamah
    Majistret telah bertukar...
    -tetapkan tarikh perbicaraan
    -pengadu masih tidak hadir.

    13.hadir untuk perbicaraan
    -pengadu masih tidak hadir
    -io maklum pengadu tidak dapat di kesan.
    -tuduhan bagi kes tersebut
    Digugur kan yg mana di seba kan beberapa kali pengadu tidak hadir.

    Dalam senario berkenaan tertuduh merasakan dirinya telah teraniaya dan apakah tindakan yg boleh diambil?

    Percaya dimana siasatan terhadap kes tersebut tidak menyeluruh...dimana io tidak berjumpa dgn saksi2 tertuduh,tidak membuat tinjauan atau siasatan ke tempat2 kejadian...mohon pencerahan berikutan kerana kejadian tersebut telah menyebab kan berlaku beberapa perkara yg menjejaskan kehidupan,keluarga dan pekerjaan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Dalam hal ini tentunya pihak yang terjejas/teraniaya ingin mengambil tindakan sivil dan nasihat saya agar tuan mintalah nasihat dengan peguam yang menjalankan amalan guaman sivil untuk tindakan yang boleh diambil. Maaf kerana saya tidak dapat berikan nasihat lanjut berhubung hal ini. Cuma secara ringkas, tindakan saman sivil boleh diambil ke atas pengadu tersebut. Terima kasih.

      Padam
  50. Salam bakal peguam. Saya penjamin kpd suami ditangkap bersama kawan ats seksyen 12/2.Saya sudah byr ikat jamin mahkamah sebyk rm4k. Pertanyaan saya mggu dpn okt perlu hadir mahkamah sekali lg utk lapor diri. Jika okt tidak mengaku salah, adakah masih dikenakan denda lg or mcm mana? Bahan terlarang tu milik kawan dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Selagi kes masih belum selesai dan mahkamah berikan tarikh baru, OKT perlu hadir ke mahkamah bagi proses seterusnya. Kalau OKT tidak mengaku salah, maka mahkamah akan teruskan dengan perbicaraan iaitu pihak polis akan dipanggil sebagai saksi di mahkamah. Jika OKT tidak mengaku salah, mahkamah akan mendengar semua keterangan saksi polis dahulu. Bila ada kes prima facie barulah OKT akan dipanggil membela diri. Lepas membela diri pula, apabila mahkamah kata kes dibuktikan melampaui keraguan munasabah, barulah OKT akan dijatuh hukum pula.

      Boleh baca lebih lanjut di link ini: https://bakalpeguam.blogspot.com/2018/03/mengaku-salah-atau-minta-bicara.html

      Padam
  51. Salam. saya ingin bertanya. Saya sebagai penjamin kpd okt, jika saya lambat hadir ke mahkamah atau tidak ada semasa pertuduhan dibacakan, adakah saya masih boleh menjamin okt tersebut? atau kata lain adakah saya kena hadir bersama didalam mahkamah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Jika OKT tiada penjamin, maka OKT akan ditahan reman terlebih dahulu sehingga penjamin dan wang jaminan disediakan. Walaupun selepas pertuduhan dibacakan, penjamin masih boleh hadir untuk menjamin OKT walaupun terlewat. Penjamin perlu hadir bersama di dalam mahkamah semasa proses ikat jamin sahaja.

      Padam
  52. Semasa Hari perbicaraan adakah penjamin pun harus hadir pada Hari tersebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penjamin tidak perlu hadir semasa hari perbicaraan.

      Padam
  53. Salam, saya nak tanya..sekiranya OKT menghilangkan diri selepas mengetahui kes OKT tiada harapan untuk menang..adakah penjamin dikenakan apa-apa tindakan?
    Apakah prosedur seterusnya jika OKT tidak dapat dikesan oleh penjamin sendiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Jika OKT menghilangkan diri, maka mahkamah akan memanggil penjamin untuk memberikan tunjuk sebab kenapa wang jaminan tidak boleh dilupuskan oleh mahkamah. Jika mahkamah tidak berpuas hati dengan tunjuk sebab oleh penjamin, maka mahkamah akan mengarahkan wang jaminan dirampas oleh mahkamah samada sepenuhnya atau separuh daripadanya atau boleh jadi juga lebih dari apa yang telah ditetapkan sebelum ini. Contohnya, jika sebelum ini wang jaminan adalah RM4,000, selepas mendengar penjelasan penjamin, mahkamah boleh arahkan jumlah RM2,000 atau RM3,000 untuk dirampas, dan bakinya bolehlah dikembalikan kepada penjamin. Mahkamah juga boleh rampas semua sekali RM4,000 dan duit jaminan sepenuhnya tidak boleh dituntut lagi oleh penjamin.

      Padam
  54. salam.saya nak tanya.mcm kes kawan saya akta 420 macam mana ye tuan?dia naik mahkamah khamis ni.dia kena mengaku bersalah ke atau tak mengaku bersalah nanti?dia cuma ada duit rm2000 sahaja.boleh tuan bagi pandangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Maaf atas kelewatan membalas pertanyaan ini. S. 420 adalah melibatkan kes tipu, hukuman penjara minimum adalah 1 tahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebatan. Hukuman denda adalah mustahil bagi kesalahan ini, tapi ia terpulang dengan budi bicara mahkamah juga. Lebih baik jangan mengaku salah dan minta dibicarakan saja.

      Padam
  55. assalamualaimum bakal peguam, bulan lps sya telah menjamin suami sya sbnyak rm4000 kmudian diberikan tarikh selepas 2 bulan perlu hadir ke mahkamah untuk sebutan kes, jika suami saya didapati bersalah dan perlu mmbayar denda, adakah saya perlu menyediakan duitdenda tersebut atau akan ditolak dari duit jaminan tersebut. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Jika suami puan dijatuhkan hukuman, puan perlulah sediakan duit denda berlainan kerana mahkamah tidak akan mengambilkira wang jaminan itu. Jika tidak mampu membayar denda, maka suami puan perlu ditahan di penjara sehingga denda dijelaskan. Dalam situasi ini, puan bolehlah menuntut dahulu wang jaminan, kemudian selepas terima wang jaminan itu, pergi ke kaunter mahkamah semula untuk buat bayaran denda. Pihak penjara akan membuat tolakan terhadap jumlah denda yang perlu dibayar mengikut baki hari suami puan ditahan di penjara.

      Padam
  56. Hai bakal peguam .saya nk tanye ,saya penjamin kepada abg saya , jika hakim dh jatuh hukum ,penjara n sebatan kepada okt ... adakah duit jamin saya ta dpt tebus semula ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul, jika mahkamah telah menjatuhkan hukuman, maka kes itu telah selesai dan wang jaminan bolehlah dituntut semula di kaunter pendaftaran mahkamah. Jangan lupa bawa sekali dokumen-dokumen yang diberikan semasa proses jaminan dahulu.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  57. assalam bakal peguam. kawan sy direman di atas sebab sangkut urine. bagaimana cara menghubungi atau mengetahui tentang orang yang direman sbb dia skrg direman di balai bentong pahang manakala sy di kedah. dia tiada ahli keluarga. bagaimana cara untuk saya bantu sbb dari tarikh dia direman sehingga sekarang sy masih tiada kabar berita mengenai okt tersebut. adakah tiada masalah sekiranya sy menghubungi balai berkenaan untuk bertanyakan tentang okt. mohon pencerahan bakal peguam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Ya betul, boleh hubungi balai berkenaan dan tanyakan status kawan tuan. Sebaiknya bercakap sendiri dengan OCS iaitu pegawai yang menjaga balai berkenaan atau dengan pegawai penyiasat kes berkenaan.

      Padam
  58. Salam tuan, mohon penjelasan daripada tuan ni. Sebenarnya masa bila kita boleh membuat tuntutan balik wang jaminan tersebut? Adakah selepas okt itu keluar selepas proses jaminan ataupun masa selepas temujanji mahkamah yang seterusnya? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Tuntutan balik wang jaminan adalah hanya selepas kes itu selesai dibicarakan, iaitu mahkamah memberikan perintah samada jatuh hukuman atau pembebasan OKT sahaja.

      Padam
  59. Antara duit jaminan d duit denda y manakah lebih tinggi??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya denda lebih tinggi dari jaminan, kerana denda ialah hukuman, jaminan adalah untuk memastikan kehadiran OKT ke mahkamah setiap kali tarikh sebutan/perbicaraan ditetapkan.

      Padam
  60. bolehka sy bhubung dgn saudara .sy ingin bertanyakan beberapa hal secara peribadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf tuan, saya tidak boleh dihubungi secara peribadi buat masa ini. Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah emelkan kepada saya di bicaraperundangan@gmail.com. Terima kasih.

      Padam
  61. Mohon maaf atas masalah teknikal ruangan komen blog ini saya tidak dapat jawab pertanyaan tuan/puan dengan lebih baik.

    Sila emelkan pertanyaan anda ke bicaraperundangan@gmail.com.

    Insya Allah saya akan jawab persoalan tuan/puan kemudian.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  62. Hai Bakal Peguam, sy seorang penjamin. Tertuduh gagal hadir ke mahkamah pada perbicaraan kali ke 3 dan telah ditahan semula oleh pihak polis atas sebab keluar waran tangkapan. Soalan sy, adakah wang jaminan masih boleh dituntut?dan apakah status dan kesan kpd sy sebagai penjamin?Terima Kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bilamana tertuduh gagal hadir kali ke mahkamah, waran tangkap tentulah akan dikeluarkan dan polis mempunyai kuasa untuk menangkap tertuduh dan membawanya semula ke mahkamah. Dalam hal ini, biasanya notis kepada penjamin juga akan dikeluarkan. Sebagai penjamin, perlulah hadir semula ke mahkamah dan boleh bertanya di kaunter pendaftaran (jenayah) status jaminan tersebut, samada telah dirampas oleh mahkamah atau sebaliknya. Tiada kesan terhadap penjamin, melainkan jika mahkamah mengarahkan duit jaminan dilupuskan, maka wang jaminan tidak akan dikembalikan kepada penjamin.

      Padam
  63. Assalamualaikum,saya ingin bertanya.Kes in berkaitan urin pada tahun 2012. Telah dibicarakan Dan denda telah dibayar. Walaubagaimanpun,pada tahun ini saya telah memohon kerja Dan pihak syarikat telah menyemak rekod jenayah.Saya telah menghantar surat semakan semula kesalahan jenayah ke Bukit Aman.Kesalahan tersebut menyatakan saya perlu membayar denda rm1800 atau boleh dipenjarakan selamat 4 bulan.Persoalannya,adakah prosedur betul?perlukah say membayar semula rm1800 seperti yang diminta.siapakah pihak yang sesuai untuk saya bertanya lebih lanjut.Terim kasih tuan

    BalasPadam
  64. Slm.sy xphm pasal bon jaminan.denda Dan bon jaminan kena bayar sekali ke

    BalasPadam
  65. Mau tnya sekiranya kita penjamin. .dan sudah mndapat surat memohon jaminan bertempoh dari mahkamah...rm2500 ...ada kr masa ikat jamin nanti. Harus bayar habis 2500 tu atau boleh bayar separuh dari harga tu. .

    BalasPadam
  66. Saya ada soalan psl sebutan kes.. pd 11 julai 2018, kes adik saya telah disebut dan dibenarkan ikat jamin. Pd 3 sept 2018, tarikh bicara/sebutan kes, tp kes tersebut telah ditangguh pd 19 sept 2018. Soalan saya, pd trkh 19 sept 2018, penjamin wajib hadir ke? Sbb saya ada urusan pejabat pg trkh tersebut. OKT akan hadir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebagai penjamin, cik tidak perlu hadir pada tarikh 19 September, hanya OKT iaitu adik cik sahaja yang perlu hadir.

      Padam
  67. Slm .nk tya jika suspek tlh ditangkap atas kslhn mencuri dan sy sbg mangsa ingin menarik balik report.boleh kah dia dlepaskan.atas sbb sy x mahu memanjangkan kes ini ke mhkamah dan dia telah brada dlm tahanan slama 2minggu.utk makluman pgawai yg mnguruskan hal ini berkata dia telah jatuh hukum.. adakah cara utk meringankan tempoh hukuman tertuduh .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Jika pengadu ingin menarik balik report, pengadu perlulah membuat laporan polis semula dan maklumkan kepada pegawai penyiasat untuk dirujuk kepada Pendakwaraya. Dan keputusan samada untuk menarik balik pertuduhan di Mahkamah adalah kuasa dan budibicara Pendakwaraya.

      Dalam hal ini, jikalau tertuduh telah dijatuhkan hukuman, maka pengadu tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Apa yang boleh dibuat hanyalah tertuduh boleh failkan rayuan ke Mahkamah Tinggi untuk memohon diringankan hukuman yang telah dijatuhkan. Tertuduh boleh maklumkan pegawai penjara untuk failkan notis rayuan itu bagi pihak dirinya ke Mahkamah.

      Padam
  68. Saya seorang penjamin. Kes OKT akan di ada kan pada 13/9/2018. Tapi dia di offshore masa tu nanti. Apa yang perlu buat nak tangguhkan kes tu? Atau sebagai penjamin saya perlu hadir dan memberitahu mahkamah pada hari tu nanti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebaiknya OKT menulis surat kepada Mahkamah dan kepada Pendakwaraya memohon agar kes ditangguhkan ke tarikh lain atas alasan bekerja. Dan sebaiknya juga sebagai penjamin, tuan hadir sendiri pada tarikh itu untuk memberitahu Mahkamah tentang kegagalan OKT hadir pada tarikh tersebut. Jika dua-dua OKT dan penjamin tidak hadir, maka waran tangkap akan dikeluarkan oleh Mahkamah ke atas OKT.

      Padam
  69. Slam..sy nk tnye suami sy kne kes pecah pejabat dan curi laptop..adakah ini kes berat dan suami tiada rekod jenayah dia buat mcm ni lun sbb kesempitan wang..dan brg yg dicuri smua dpat blik mungkin pihak polis sudah ambil..jadi mcm mne sy nk tau kes ni boleh diikat jamin ke tak atau penjara brpe thun kena dan ade dikenanakan denda tak mohon pendapat..

    BalasPadam
  70. Salam..bakal peguam sy nk tnye suami dah direman 7 hari isnin ni hari cuti umum adakah kes tetap berjalan atau sambung reman kes suami sy ni pecah pejabat tmpat kje lama dia dan curi 2 laptop dan 2 handphone dan adakah kes ni berat suami sy tiada rekod jenayah dia buat mcm ni pun sbb kesempitan duit anak2 kecil lagi..sy nk tnye mcm kes ni boleh ke ikat jamin dan anggaran berapa ribu dan klau penjara bpe tahun adakah akan didenda sekali barang yg dicuri polis dapat balik mungkin polis dah mengambilnye..sy nk tahu sngat pasal kes ni..sy pula tidak bekerja dan mempunyai 2 org anak dlam masa yg sama kami tngah menguruskan hal nikah untuk dpatkan sijil nikah dimahkamah syariah kami perlu hadir dan anak tahun ni nak bersekolah semua tu suami perlu uruskan surat beranak anak kami..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Proses reman di mahkamah tetap berjalan walaupun cuti umum atau hujung minggu. Tentang kes suami puan ini perlu tengok dahulu apa pertuduhannya. Kalau kes curi dalam bangunan (bawah s. 380 Kanun Keseksaan) maka hukumannya agak berat iaitu penjara tidak lebih 10 tahun dan hendaklah dikenakan denda juga. Saya bersimpati dengan keadaan puan namun undang-undang kena diteruskan prosesnya memandangkan kesalahan dikatakan telah dilakukan. Barang yang dicuri sepatutnya disimpan oleh pihak polis (jika dirampas) dan akan diserahkan semula kepada pemiliknya selepas kes selesai.

      Padam
  71. Tuan peguam sy nak tnya.. Klau kena tahan kes mencuri kabel n suspek mash dtahan reman, blh x isteri dia dtg balai n mnta kad bank or beg duit.. Sb isteri kena byr sewa umh dan kereta.. Dan brp klau kena jamin or denda kes curi dan jual kabel.. Tq tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tentang hadir ke balai untuk minta kad bank atau beg duit saya tidak pasti prosedur dan peraturan balai dan lokap, ini kena jumpa sendiri dengan pegawai penyiasat kes memandangkan terdapat keperluan untuk membayar komitmen melibatkan orang yang ditahan reman. Tentang soal jamin atau denda kes curi dan jual kabel, ia bergantung kepada budibicara mahkamah selepas melihat kepada pertuduhan yang dikenakan.

      Padam
  72. Smekom bakal peguam,
    Suami saya telah selesai perbicaraan kes dan telah membayar denda yang dikenakan oleh pihak mahkamah. Persoalan saya ialah
    1 apakah wang jaminan akan hangus sekiranya suami saya disuruh untuk pulang oleh IO sebelum sempat masuk ke bilik bicara atas alasan laporan kimia belum ada?
    2 IO juga gagal untuk memaklumkan tarikh baru untuk hadir ke mahkamah hingga waran tangkap dikeluarkan(tidak hadir waktu IO menyuruhnya untuk pulang)sekali sahaja kerana menunggu tarikh baru
    3 bagaimana cara untuk menangani masalah ini

    BalasPadam
  73. Minta tanya, jika kes angkat barang memukul orang sampai cedera, mangsa buat laporan polis selepas hari kedua mangsa setuju tutup kes, adakah tertuduh masih perlu terima hukuman?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samada tertuduh masih perlu terima hukuman atau tidak adalah terpulang kepada keputusan Pendakwaraya samada meneruskan pertuduhan di mahkamah atau tidak. Jika tidak diteruskan pertuduhan, maka OKT tidak akan dihukum. Jika pertuduhan diteruskan, dan OKT didapati bersalah dan disabitkan kesalahan oleh mahkamah, maka OKT perlu terima hukumannya.

      Padam
  74. Salam Bakal peguam , kwn saya dalam kes rogol bawah umur ,boleh saya tau

    1)berapa tahun hukuman dia dijatuhkan?
    2)klau lps 18 thun dia boleh dijamin ke walaupun dlm tempoh hukuman.
    3)sekolah henry gurney boleh diposkan seperti surat melalui pos laju tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam.

      1) Kes rogol bawah umur boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan.
      2) Tiada istilah hukuman penjara boleh dijamin selepas suatu tempoh dijalankan. Hanya hukuman penjara akibat gagal membayar denda boleh dilepaskan sekiranya jaminan dibayar.
      3) Saya tidak faham soalan ini. Maaf.

      Padam
    2. 3)contoh macam selalunya kes rogol bawah umur dia akan dibawa ke tempat pemulihan seperti henry gurney.semasa tertuduh di henry gurney boleh ke kita nak sampaikan surat melalui pos ?

      Padam
  75. Salam bakal peguam , bolehkah saya tahu setelah kita buat jaminan kepada pesalah dan diberi tahu tarikh hukum naik semula makamah boleh kah kita tolak dari duit jaminan tersebut untuk membayar hukum yang dikenakan pada hari tersebut ? Atau kita perlu sediakan wang lain untuk membayar hukuman ? Dan boleh tak saya tahu biasanya hukuman urine untuk first kes berapa nilai yang biasa diberikan oleh tuan hakim ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Wang membayar hukuman denda tidak boleh ditolak dari wang jaminan. Tuan kena sediakan jumlah wang lain bagi proses membayar denda. Selepas kes selesai, barulah wang jaminan boleh dituntut balik.

      Bagi kes urine denda maksimum adalah RM5,000. Purata denda yang biasa diberi mahkamah antara RM2,500 hingga RM4,500.

      Padam
  76. 1)Salam,bakal peguam untuk tertuduh bawah umur ketika tertuduh di sch henry gurney bolehkah kita menelefon pejabat sch berkenana nk mahu bercakap dgn dia?
    2)Selalunya denda dan sebatan dikenakan berapa?untuk rogol bawah umur
    3)untuk rogol bawah umur di hantar ke sklh henry gurney kan, had umur smpai 21 thn,tapi mahkamah boleh lpskan dia jika dia berubah ke mmg smpai perbicaraan lps umur dia 18thn?

    BalasPadam
  77. salam tuan..bagaimana apabila kes telah selesai di mana tertuduh telah dibebaskan oleh mahkamah namun..pihak pengadu tidak berpuas hati dan telah meminta pendakwaraya untuk membuat penyemakan semula..dan dengan itu mahkamah menghantar surat untuk meminta tertuduh untuk hadir ke mahkamah?jika tertuduh tidak hadir apakah kesannya?dan jika tertuduh hadir pula, bagaimana?sebab ikutkan kes tersebut tertuduh telah menang..dan telah habis beribu2..untuk bayar peguam tertuduh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Betul, apabila kes telah selesai dibicarakan dan mahkamah mendapati tertuduh tidak bersalah, maka pihak pendakwaraya boleh mengemukakan rayuan/semakan ke mahkamah lebih tinggi atas keputusan mahkamah bawah tadi. Tertuduh perlu hadir semasa proses rayuan/semakan kerana ia juga adalah proses perbicaraan. Kalau tertuduh tidak hadir selepas menerima notis dari pihak mahkamah, maka waran tangkap akan dikeluarkan kepada tertuduh untuk menahannya untuk dibawa ke mahkamah. Kalau tertuduh hadir, proses pendengaran rayuan/semakan itu akan berjalan.

      Untuk penjelasan lanjut mengenai rayuan boleh baca di sini

      https://bakalpeguam.blogspot.com/2018/03/memfailkan-rayuan-jenayah-ke-mahkamah.html

      Padam
  78. Berapakah denda dan sebatan yang akan dikenakan kpda tertuduh rogol bawah umur?

    Bolehkah,saya menelefon pejabat ketika tertuduh di sch henry gurney dan bercakap dengan tertuduh?

    Pada umur tertuduh 18thun adakah dia di masukkan ke penjara? Atau dia terus berada di sch henry gurney hingga umur dia 21thun?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Kesalahan rogol bawah umur tidak membawa hukuman denda. Kesalahan ini membawa hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan dengan sebatan rotan.

      2. Tentang perkara ini bolehlah berhubung dengan pihak Sekolah Henry Gurney sendiri sebab saya juga tidak maklum berkenaan prosedur sekolah berkenaan.

      3. Pesalah dari Sekolah Henry Gurney akan terus ditahan di sekolah berkenaan sehingga dibebaskan, tidak akan pula menyambung hukumannya di penjara.

      Padam
  79. Salam peguam.
    Sy ditahan dibawah 408kk dan dibebaskan dengan jaminan polis.
    Sy ade bertanya pada io boleh tak sy jumpa pengadu dan berbincang untuk menarik balik report tp io tak benarkan.

    1)Boleh ke sy pergi jumpa pengadu berbincang tanpa menghiraukan larangan io?
    2)Jika sy tetap pergi jumpa untk berbincang dgn pengadu ada tak masalah atau risiko yg boleh timbul samada dri io atau undang2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam.

      1. Ikutlah cakap IO itu dan jangan sesekali berjumpa dengan pengadu. Ini kerana dikhuatiri akan mengganggu saksi. Sekiranya pengadu bersedia menarik balik report, mintalah IO nasihatkan pengadu untuk membuat laporan polis menarik balik report.
      2. Risiko yang mungkin boleh terjadi adalah pengadu membuat laporan bahawa suspek mengganggunya. Ini akan menimbulkan lebih banyak masalah kelak sekiranya kes ini dibawa ke mahkamah kerana pendakwaan boleh meminta syarat jaminan yang lebih ketat. Mungkin juga nanti akan timbul cerita lain, contohnya pengadu kata dia diugut untuk menarik balik laporan walaupun hal itu tidak terjadi. Pertimbangkan semua ini sebelum berjumpa sendiri dengan pengadu.

      Padam
  80. Salam peguam.
    Ketika ditahan polis sy telah tandatangan statement yg mengatakan sy mengaku bersalah walaupun sy tidak menjawab soalan tersebut.
    Soalan sy peguam adakah statement tersebut boleh digunakan sebagai bukti dimahkamah terhadap sy jika sy memilih untuk dibicarakan.
    Terima kasih.

    BalasPadam
  81. Assalamualaikum.saya nak tanya kalau penjamin menarik balik wang jaminan OKT .boleh tak?.dan apa akan jadi kepada penjamin?OKT akan di jatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Boleh tuan. Penjamin boleh menarik diri dari menjamin OKT dan meminta wang jaminan dikembalikan. Tetapi ia perlulah dengan kebenaran Mahkamah dan jika permohonan dibenarkan, OKT perlu mencari penjamin lain dan memasukkan wang jaminan baru. Jika gagal, OKT akan ditahan di penjara sehingga kes selesai dibicarakan.

      Padam
  82. salam...saya mahu bertanya mengenai kesalahan mencuri motosikal....tetapi okt dipaksa mengaku mencuri dan melupuskan 51 motosikal sedangkan okt tidak buat....okt bertiga...1. mengaku 2. tidak 3. tidak...tgu hari perbicaraan seterusnya...bolehkah okt 1 ...tidak mengaku...kerana mengikut laporan yg dibacakan mmg sama sekali tidak benar .."MENCURI & MELUPUSKAN" sedangkan laporan yg sebenar ialah mencuri dan memulangkan semula motosikal..yg 51 motosikal tu okt tidak tahu menahu yg di paksa semasa dlm tahanan reman...macaman ye pandangan bakal peguam ...patut pasang peguam atau bela diri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Semasa siasatan, polis tidak boleh memaksa saspek untuk membuat pengakuan tentang kes jenayah yang dihadapi. Dalam hal ini, walaupun saspek telah mengaku di hadapan polis, semasa perbicaraan nanti bolehlah beritahu mahkamah perkara sebenarnya. Sila dapatkan nasihat peguam sebab ia melibatkan isu teknikal. Kalau bela diri sendiri tetapi tidak memahami kaedahnya akan merumitkan lagi keadaan semasa perbicaraan nanti.

      Padam
  83. Salam Sejahtera,

    Adik Saya di tangkap pada 27 August 2018, dan tidak dapat jamin kerana masalah kekurangan wang. atas kesalahan seksyen 15 (1), tarikh perbicaraan pertama ditetapkan pada 13 september. kemudiannya ditunda tanpa notis pada 13 september 2018 ke 25 september 2018.

    1. semasa perbicaraan pertama tersebut, adakah bacaan pertuduhan akan menjelaskan terlebih dahulu keputusan laporan chemical?
    2. Jika semasa pembacaan pertuduhan, adik saya tidak mengaku bersalah. adakah dia perlu menghadiri apa-apa perbicaraan lagi?
    3. Jika dia mengaku bersalah, apakah hukuman yang akan diberikan?

    Mohon penjelasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.

      1. Semasa sebutan pada 25 Sept nanti mahkamah akan diberitahu samada laporan patologi bagi ujian air kencing telah diperolehi oleh pihak polis atau belum. Kalau laporan telah siap dan keputusannya tetap positif, maka pertuduhan akan diteruskan dan dibacakan dan OKT akan ditanya samada mengaku salah atau tidak.
      2. Kalau OKT tidak mengaku salah, dia masih perlu hadir untuk proses perbicaraan iaitu mahkamah akan tetapkan tarikh bicara dengan pihak polis akan memanggil saksi-saksi mereka.
      3. Kalau OKT mengaku salah, hukuman yang boleh dijatuhkan adalah denda boleh sampai RM5,000 (maksimum) atau penjara boleh sampai 2 tahun. Seksyen ini tiada peruntukan mengatakan hukuman boleh kedua-duanya sekali. Secara purata, bagi kesalahan ini hukumannya antara RM2,000 hingga RM4,000 denda.

      Padam
    2. Kalau OKT x mngku bersalah.
      Adakah akan mempengaruhi jumlah denda atas hukuman yang bakal dikenakan jika terbukti salah?

      Padam
    3. Ya, antara prinsip jatuh hukuman adalah hukuman akan jadi lebih berat jikalau OKT tidak mengaku dan kes dibicarakan penuh dan akhirnya tetap didapati OKT bersalah. Jumlah denda selalunya lebih tinggi daripada kes mengaku salah.

      Padam
  84. Bolehkah semasa tertuduh di sch henry hurney dan sedang menjalani hukuman seseorang datang untuk menjamin dia untuk dibebaskan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau OKT menjalani hukuman selain disebabkan hukuman denda, maka OKT tidak boleh lagi dijamin untuk dibebaskan.

      Lainlah jikalau sebab dia ditahan itu akibat gagal membayar denda, hanya selepas denda itu dibayar maka OKT bolehlah dibebaskan.

      Padam
  85. Assalamualaikum . saya nk tanya bolehkah kita menggunakan duit jaminan kita untuk digunakan ketika membayar denda nanti ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam puan. Tidak boleh puan. Untuk membayar perlulah menggunakan wang lain dan duit jaminan bolehlah dituntut kemudian. Sila berhubung lanjut dengan pihak Mahkamah untuk kepastian.

      Padam
  86. assalammualaikum bakal peguam

    abang saya telah ditahan reman di penjara pada 9/8/2018.. atas kesalahan dadah 39(B)
    apa kah yang patut saya lakukan
    adakah boleh diikat jamin?
    bagaimanakah prosedur?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Tuan, untuk makluman kes melibatkan s. 39B ini tidak boleh diikat jamin. Saya percaya pada masa ini abang tuan baru saja dituduh di mahkamah majistret dan pada masa ini mungkin masih menunggu laporan kimia dan arahan dari pendakwaraya, sebelum kes boleh dipindahkan ke mahkamah tinggi untuk perbicaraan. Jadi sementara mendapatkan kedua-dua dokumen ini abang tuan perlu ditahan reman di penjara terlebih dahulu. Apabila laporan kimia nanti disiapkan dan disahkan kes masih dalam peruntukan s. 39B, maka kes akan dipindahkan ke mahkamah tinggi untuk perbicaraan. Jikalau tidak mampu untuk melantik peguam sendiri, mahkamah akan melantik seorang peguam untuk mewakili tertuduh nanti.

      Padam
  87. Semasa perbicaraan untuk menjatuhkan hukuman kpda tertuduh bolehkah orang yang buat report itu berjumpa denganya sementara?

    BalasPadam
  88. Semasa perbicaraan untuk menjatuhkan hukuman kpda tertuduh, bolehkah si pembuat report meminta izin untk berjumpa dengan tertuduh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada prosedur sebegini dalam undang-undang. Persoalannya, kenapakah pengadu mahu berjumpa dengan tertuduh?

      Dalam proses sebelum menjatuhkan hukuman bagi tertuduh yang didapati bersalah, pengadu atau mangsa atau seorang ahli keluarga mangsa boleh membuat kenyataan yang dikenali sebagai 'kenyataan impak mangsa' atau Victim Impact Statement mengenai kesan kesalahan yang telah dilakukan terhadap mangsa atau keluarga mangsa. Kenyataan ini diberikan kepada mahkamah samada secara lisan atau bertulis.

      Ini terdapat dalam seksyen 173 (m) (ii) Kanun Prosedur Jenayah.

      Padam
  89. assalamualaikum, nak tanya. boleh ke kalau peguam mintak kepada hakim untuk memilih antara hukuman denda duit ataupun penjara atas sesuatu kesalahan tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Boleh. OKT juga boleh minta sendiri kepada hakim. Ini dibuat oleh peguam atau OKT semasa hujahan meringankan hukuman. Namun, terserah kepada hakim untuk menjatuhkan hukuman yang difikirkannya sesuai.

      Padam
  90. assalam bakal peguam...saya nak tanya suami saya ditahan atas kesalahan menghisap dadah..sekarang dia masih direman..ujian patologi belum dapat...hari khamis ini dia akan dibicarakan di mahkamah..adakah dia dilepaskan atau sambung di penjara...saya dalam proses tuntutan fasakh ke atasnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Merujuk persoalan puan, saya percaya sebutan semula pada hari khamis ini adalah untuk menentukan samada laporan ujian patologi telah diperolehi atau tidak. Sekiranya pada khamis ini laporan belum siap, maka suami puan akan terus disambung tahanan reman di penjara. Sekiranya laporan telah siap dan hasilnya adalah positif, maka pertuduhan akan diteruskan dan suami puan akan ditanya oleh mahkamah samada mengaku salah atau minta dibicarakan. Kalau mengaku salah maka hukuman akan dijatuhkan. Kalau bicara, maka proses memanggil saksi akan dijalankan.

      Dalam pada itu, kes ini sepatutnya boleh dijamin.

      Padam
    2. Kalau boleh saya tak nak dia diikat jamin....saya takut dia akan serang saya...apa patut saya buat...adakah pergi buat laporan polis...saya tak nak dia ganggu saya...kalau dia mengaku salah adakah dia dihantar ke pusat...kalau dibicara saksi yang dia panggil adalah siapa?

      Padam
    3. saya harap tiada siapa yang ikat jamin beliau selagi kes fasakh saya tidak selesai...kalau dibicarakan siapakah saksi yang dipanggil nanti...saya takut dia dibebaskan dan beliau akan cari saya..adakah patut saya membuat laporan polis agar dia tidak mengganggu saya...

      Padam
    4. Jikalau tiada sesiapa menjaminnya bermakna suami puan akan terus ditahan di penjara sehingga kes selesai. Tentang tuntutan fasakh dan gangguan, puan bolehlah minta nasihat dari pihak polis atau pihak jabatan berkaitan (seingat saya jabatan kebajikan juga memainkan peranan dalam isu keganasan rumahtangga) mengenai apa yang perlu dibuat. Tentang perbicaraan, saksi yang saya maksudkan adalah saksi polis bagi kes pendakwaan. Jikalau mahkamah dapati suami puan kelak perlu membela diri, maka dia kena tentukan sendiri siapa saksi yang dia hendak panggil kemudian.

      Padam
    5. Kalau sebelum ini pernah ada sejarah berlaku keganasan rumahtangga, bolehlah buat laporan polis dan rujukan jabatan kebajikan bagi membolehkan permohonan perintah perlindungan interim dipohon ke mahkamah. Sila rujuk jabatan berkaitan untuk maklumat lebih lanjut.

      Padam
    6. Asslam bakal peguam..saya dah tanya dengan pihak pegawai yang tangkap dia tu....dia dibebaskan sebab ujian patologi dia masih belum dapat...dua minggu lagi baru dapat....jika positif dia kena hadir di mahkamah...jika dia balik ke rumah saya apa harus saya buat...saya dah tak nak tinggal sebumbung dengan dia lagi..

      Padam
    7. Wsalam. Maaf puan, saya tidak dapat bantu dalam isu rumahtangga. Mungkin rakan peguam kita ini boleh bantu, cuba hubungi mereka.

      http://www.kincolaw.com

      Padam
  91. Salam bakal peguam..
    saya nk bertanya mengenai kes suami saya.suami saya ada 2 kes..

    i)kes pertama didenda 4000 jika gagal bayar dipenjara 8 bulan..
    ii)kes kedua denda 3000 jika gagahl bayar dipenjara 6 bulan..

    Sekarang saya x mampu bayar dan suami saya sudah menjalani hukuman penjara untuk kes pertama..andai kata saya sudah mempunyai wang..bolehkan saya bayar denda bagi kes kedua..dan sekiranya saya bayar denda..suami saya sudah habis menjalani hukuman penjara bagi kes pertama dia sudah bebas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Puan masih boleh membayar denda bagi kes yang belum selesai dijalani hukuman akibat gagal membayar denda. Puan bolehlah rujuk semula kes ini kepada pihak Mahkamah yang menjatuhkan hukuman. Sepatutnya kadar denda yang perlu dibayar juga akan berkurang jika ditolak dari jumlah hari ditahan di penjara sementara denda belum dibayar. Pihak penjara akan membuat perkiraannya dan akan memberitahu mahkamah jumlah perlu dibayar dan puan bolehlah jelaskan di mahkamah kemudian. Setelah denda dijelaskan, suami puan akan dibebaskan.

      Padam
    2. T.kasih atas info yg diberikan..

      Padam
  92. salam bakal peguam,

    saya nk bertanyakan dengan isu syariah iaitu kes khalwat.. kebiasaannye denda untuk kes ini yang saya tahu adalah RM3000 atau penjara. soalan saya :

    1. boleh ke jumlah denda dikurang kan sekira nye pasangan telah bernikah dan kebiasaannye berapa jumlah yang dikurangkan.
    2. ada tak cara bayaran denda / saman secara ansuran?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam.

      Ya betul. Bagi kes khalwat di Wilayah Persekutuan, hukumannya adalah denda tidak lebih RM3000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Di Negeri Sabah hukumannya agak berbeza iaitu denda tidak lebih RM2000 atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

      1. Sepatutnya alasan pasangan telah bernikah ini boleh dijadikan sebagai faktor untuk meringankan hukuman. Semasa merayu diringankan hukuman, beritahulah bahawa pasangan telah insaf dan atas rasa tanggungjawab telah bernikah sesama sendiri. Berapa jumlah denda akan dikurangkan itu terpulanglah kepada Hakim. Saya pernah baca pengurangan boleh mencecah separuh (RM1500).
      2. Saya tidak pasti polisi Mahkamah Syariah samada denda boleh dibayar secara ansuran atau tidak. Kena tanya sendiri dengan Pendaftar Mahkamah Syariah.

      Padam
    2. sekiranya kadar denda yang telah ditetapkan hakim cth dikurangkan ke rm2500 tapi pesalah masih tidak mampu lg, tp wang telah disediakan , hanya mampu seorang RM1500 sahaja, boleh ke rayuan dibuat lagi?

      Padam
    3. sekiranya kadar saman yg telah ditetapkan hakim cth nye RM2500 tp pesalah masih tak mampu, kadar wang yg disediakan hanya mampu RM2000 seorang, boleh ke dibuat rayuan lagi ye?

      Padam
    4. Kalau Hakim telah putuskan kadar denda itu, maka rayuan tidak boleh dibuat lagi di depan Hakim itu, melainkan hanya dengan memfailkan rayuan ke Mahkamah lebih tinggi.

      Kalau Hakim tetapkan RM2500 maka jumlah itu kena bayar pada hari yang sama juga melainkan Hakim kata boleh bayar ansuran. Jikalau gagal bayar maka pesalah akan ditahan di penjara dulu sehingga denda itu dapat dibayar sepenuhnya.

      Padam
  93. Assalamualaikum bakal peguam
    blh sy bertanya kes seksyen 408....kwn sy cuma ambek brg kedai x sampai rm50.. kwn sy nie blh di jatuhkan hukuman penjara ke. ataupn blh byr wang jaminan knp makamah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Seksyen 408 ialah kesalahan pecah amanah jenayah oleh orang gaji atau kerani. Hukumannya ialah penjara tidak kurang dari 1 tahun dan tidak lebih 14 tahun dan sebat dan denda. Hukuman penjara adalah wajib, tidak kira berapa nilai yang diambil.

      Padam
  94. Assalamualaikum, nak tanya, anak saya tlh dituduh bwh kanun 420 / 424 & akan di dakwa pd hr Khamis 27.9.2018. Anak sy seorang pelajar. Dia tidak pernah melakukan kesalahan itu. Dia tlh menjadi mangsa scammer. Apa tindakan yang perlu dilakukan oleh pihak kami?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Pertama sekali puan dan beberapa ahli keluarga lain perlulah ikut serta hadir di mahkamah bagi sebutan dan bacaan pertuduhan itu. Dari ayat puan sendiri maknanya anak puan tidak mengaku salah atas pertuduhan itu dan nasihatkan anak untuk tidak mengaku salah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepadanya.

      Dan puan serta ahli keluarga perlu hadir kerana untuk menjamin anak puan sementara menunggu tarikh perbicaraan seterusnya. Lagipun sebagai seorang pelajar, tentu memerlukan sokongan keluarganya berdepan dengan pertuduhan sebegini. Selepas itu dapatkanlah nasihat peguam jenayah untuk meneruskan perbicaraan kes ini kerana ia melibatkan pertuduhan yang agak berat.

      Padam
    2. Tetapi kalau kt ada bg maklumat bank pd pihak lain mcm mn plk kesnya encik. Kt akan di tuduh bersalah jg ke?

      Padam
    3. Kalau bagi maklumat bank pada pihak lain itu adalah satu kesalahan dibawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (baca kes Rafizi Ramli. Boleh google 'Rafizi kes Bafia').

      Padam
  95. Bakal peguam .. Abg saya di reman 19/09/2018 kerana dia pergi melepak di rumah kawannya yang memiliki dadah jenis syabu .. Dan tempoh reman di lanjut sehingga rabu 3/10/2018 ini perbicaraan di mahkamah .. Adakah abg saya boleh diikat jamin ? Dan ini pertama kali di penjarakan .. Sebelum ini tiada rekod jenayah lagi ..

    BalasPadam
  96. Kalau mengikut kiraan saya, syabu yang dijumpai ini agak berat juga sebab tempoh reman abang tuan agak lama. Kalau siasatan pihak narkotik dibawah seksyen 39B ataupun 39A (2) maka abang tuan tidak boleh diikat jamin. Sila berhubung dengan pegawai penyiasat kes.

    BalasPadam
  97. Assalamualaikum..Bakal Peguam


    nk tnya skit..benar ke kalau kes sangkut urine buat kali kedua..tertuduh akan dipenjarakn,2kali sebatan dan tertuduh tidak boleh dijamin.

    Kalau tidak benar,apakah hukuman nya?

    BalasPadam
  98. Assalamualaikum..Bakal Peguam


    nk tnya skit..benar ke kalau kes sangkut urine buat kali kedua..tertuduh akan dipenjarakn,2kali sebatan dan tertuduh tidak boleh dijamin.

    Kalau tidak benar,apakah hukuman nya?

    BalasPadam
  99. Assalamualaikum bakal peguam..saya kene tangkap pada 31/8/2018 kes urine...dibawah seksyen 15(1)(a) ADB 1952.dan saya kene reman 2hari.Then saya telah dijamin polis(jamin mulut)pada 2/9/2018.Ini adalah kes ke 2 bgi saya,(kes pertama 12(2) dan 15(1) ADB 1952. pada tahun berapa sya tk ingt daa.)

    Lepas keluar lokap,Saya jumpe dengan IO too..die ckp ini sudah kali kedua kes urine,,2/10/2018 nie IO too suruh dtg mahkamah,klu saya didapati bersalah saya akan ke penjara selama 2@3 tahun dan 2sebatan.Saya juga tidak boleh di ikat jamin..betol ke??


    Kalau tidak betol ape yg dikatakan beliau.ape hukuman yang patot saya terima?kalau byar denda.berapakah harga nya,?jikalau harga denda itu saya tidak mampu nk byar,boleh kah sya mintak Tuan Hakim kurang kan sedikit atau lain2..

    BalasPadam
  100. Sepupu sy telah dituduh...
    Duit ikat jamin boleh tak? Lps tu duit peguam untuk selesaikan blh balik tak?

    BalasPadam
  101. apa pendapat tuan mengenai seorang penjawat awam menjadi penjamin kepada okt?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pendapat saya sekiranya ia tidak mengganggu tugas atau prestasi seseorang penjawat awam, atau ia tidak menyebabkan reputasi perkhidmatan awam terjejas akibat perihal jaminan itu, atau ia juga tidak menyebabkan penjawat awam itu menghadapi masalah keterhutangan wang yang serius akibat jaminan itu, maka sepatutnya tidak menjadi masalah. Malah terdapat mahkamah yang sebelum ini meletakkan syarat bahawa seorang penjamin itu penjawat awam, tapi rasanya sekarang tidak ada lagi yang meletakkan syarat sebegitu.

      Padam
  102. Bakal peguam Saya nak Tanya..baru2 ini suami Saya di tahan akibat memiliki air ketum dalam botol kecil lebih kurang 400ml di jumpai dalam Bonet kereta...Saya telah mengikat jamin suami sebanyak rm 2k di makamah rayuan Dan sekarang kereta Saya masih dekat balai Tak dapat di keluarkan kerana pihak polis kata kereta ditahan sebagai bahan kes...dekat sini saya nak Tanya berapa lama kah tempoh untuk proses pengeluaran kereta tersebut Dan ambik Masa berapa lama untuk keluarkan kereta tersebut...mohon penjelasan yg lebih jelas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan cuba buat sepucuk surat kepada pegawai penyiasat kes dan disalinkan kepada Ketua Polis Daerah untuk memohon kereta dikembalikan secara bon jaminan di bawah seksyen 413 Kanun Prosedur Jenayah dan hantar sendiri surat itu secara serahan tangan. Sepatutnya pegawai penyiasat kena rujuk permohonan itu kepada Mahkamah Majistret bagi perintah selanjutnya. Mereka tidak patut tahan kereta itu lebih lama walaupun dengan alasan bahan kes. Ia alasan tidak munasabah.

      Padam
    2. Tuan adakah kes macam Saya Dan suami in boleh Tak Saya buat aduan di sebabkan alasan yg tidak munasabah Daripada aio yg pegang kes suami sebab tahan kereta Saya terlalu lama Dari tarikh 24 Sept sehingga Hari nie 17 October terlalu lama..dah pada tarikh 18 Oct esok baru boleh ambik kereta dekat Sana Dan Kenna ke makamah untuk sign beberapa Surat untuk esok..

      Padam
  103. Salam bakal peguam,saya ada satu soalan. Kes ditangkap tahun lepas oct dan dilepaskan dengan jamin mahkamah tetapi tak naik mahkamah. Sudah setahun baru pegawai kata nak cas di mahkamah. Kes urine.boleh bakal peguam bagi cadangan apa yang i patut buat untuk clearkan masalah ni. Terima kasih

    BalasPadam
  104. Tuan nak tanya..
    Reman 259 setelah okt di hantar ke penjara masih boleh dijamin keluarkah..
    Sekiranya wang jaminan sudah cukup

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN