Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jaminan

MENARIK DIRI SEBAGAI PENJAMIN KEPADA TERTUDUH

Imej
Assalamualaikum, Lama tidak kemaskini blog ini. Terima kasih kepada pembaca yang telah menghantar komen dan emel dan maaf kerana sudah terlalu banyak komen dan emel yang tidak terbalas atau disiarkan atas keterbatasan masa dan ruang terutama dalam menghadapi wabak COVID19 ini. Saya doakan semoga semua pembaca blog ini sentiasa sihat sejahtera dan dalam perlindungan Allah SWT. Berbalik kepada posting hari ini, iaitu menarik diri sebagai penjamin kepada tertuduh. Ini antara soalan yang paling popular di kalangan pembaca blog ini. Sebenarnya, seseorang penjamin kepada tertuduh yang dituduh melakukan kes jenayah boleh menarik diri daripada terus menjamin tertuduh di Mahkamah. Perkara ini disebutkan dalam seksyen 393 Kanun Prosedur Jenayah. Peruntukan seksyen itu dalam versi Bahasa Inggeris adalah seperti di bawah.   Apabila penjamin menarik diri sebagai penjamin dan dibenarkan oleh Mahkamah, kesannya ialah bon jaminan tertuduh adalah terbatal dan tertuduh perlu mencari penjamin baharu...

FAKTOR-FAKTOR BAGI IKAT JAMIN MAHKAMAH

Imej
Assalamualaikum, Ringkas saja. Sumber gambar di SINI Di dalam kes Pendakwaraya lawan Marzuki Mohd Kamal [2016] 1 LNS 1332 , YA Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali telah merujuk kepada satu kes yang diputuskan oleh Hakim Augustine Paul di dalam kes Pendakwaraya lawan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [1998] 4 CLJ 387; [1998] 4 MLJ 481 yang menyenaraikan faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh Mahkamah sebelum membenarkan atau menolak permohonan ikat jamin dalam sesuatu kes jenayah. Saya kemukakan di bawah ini kenyataan YA Hakim tersebut sebagai panduan: "Kesalahan di bawah  s. 395 / 397 KK  diklasifikasikan sebagai kesalahan tidak boleh dijamin di bawah  Jadual Pertama, Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) . Namun begitu,  s. 388 KTJ  memberikan mahkamah kuasa budi bicara untuk melepaskan orang kena tuduh dengan membenarkan ikat jamin kecuali bagi kes yang melibatkan hukuman mati atau pun penjara seumur hidup. Sementara itu, undang-undang berkait dengan ...

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH BAHAGIAN 2

Imej
Assalamualaikum, Kredit gambar dari laman web ini Ramai yang bertanya soalan-soalan ini:- 1. Adakah penjamin perlu hadir setiap kali tarikh sebutan/perbicaraan ditetapkan oleh Mahkamah? 2. Bagaimanakah cara membuat tuntutan jaminan? 3. Apakah yang berlaku kepada penjamin sekiranya OKT gagal hadir semasa tarikh sebutan/perbicaraan? 4. Adakah wang jaminan boleh ditukar atau dijadikan wang untuk membayar denda? Saya akan jawab secara ringkas saja di sini soalan-soalan di atas berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. 1. Penjamin TIDAK PERLU hadir setiap kali tarikh sebutan/perbicaraan ditetapkan oleh Mahkamah. Namun, sebagai penjamin OKT, seseorang penjamin itu BERTANGGUNGJAWAB untuk memastikan kehadiran OKT pada setiap tarikh yang ditetapkan itu. 2.Tuntutan bayaran balik wang jaminan hanya boleh dibuat SELEPAS kes melibatkan OKT itu selesai dan Mahkamah telah membuat perintah bahawa wang jaminan itu dikembalikan kepada penjamin. Maksud kes sel...

MENGAKU SALAH ATAU MINTA BICARA?

Imej
Assalamualaikum, Di dalam proses perbicaraan Mahkamah bagi kes jenayah, satu elemen paling penting selepas pertuduhan dibaca dan difahamkan kepada tertuduh ialah samada mengaku bersalah atau tidak bersalah. Sumber gambar di SINI Ia juga menjadi suatu kebiasaan apabila tertuduh faham pertuduhan itu dan terus meminta untuk dibicarakan. Maknanya, tertuduh itu tidak mengaku salah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Memilih untuk mengaku salah atau tidak adalah atas kerelaan, kemahuan dan keinginan tertuduh sendiri dan bukan orang lain. Kerana, apabila mengaku salah, tentulah ada kesan dan akibat pengakuan bersalah itu. Dan apabila kesan dan akibat ini juga diakui, maka tertuduh boleh disabitkan dengan kesalahan yang dipertuduhkan. Sabit kesalahan ini saya telah tuliskan sebelum ini di SINI . Oleh kerana pemilihan samada mengaku salah atau tidak adalah keinginan tertuduh sendiri, maka tertuduh tidak sepatutnya mengikut kata orang lain. Kata-kata ini maksud...

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

Imej
Gambar sekadar hiasan Apabila seseorang dituduh dengan pertuduhan jenayah di Mahkamah, salah satu aspek penting yang perlu diambil perhatian ialah jaminan mahkamah. Jom kita sembang perihal jaminan mahkamah ini. Apakah itu jaminan mahkamah? Ia adalah suatu akujanji tertuduh dalam bentuk deposit atau cagaran atau bon berserta penjamin atau tanpa penjamin yang perlu disempurnakannya bagi memastikan kehadirannya ke mahkamah mengikut tarikh ditetapkan sehingga kes selesai dibicarakan. Setelah bon jaminan ini disempurnakan maka tertuduh bolehlah dilepaskan sementara daripada tahanan. Jika tertuduh gagal menyempurnakan bon jaminan, maka dia dikehendaki untuk terus ditahan di penjara yang juga disebut sebagai 'reman 259' sehingga kes selesai. Syarat-syarat ikat jamin dan jumlah penjamin adalah atas budibicara mutlak mahkamah. Bilakah jaminan akan diberikan? Jaminan mahkamah adalah budibicara mahkamah itu sendiri, melainkan kes-kes melibatkan hukuman mati yang mana...

MENGHADAPI PERTUDUHAN JENAYAH DI MAHKAMAH

Imej
Court Four at the Royal Courts of Justice London Sekiranya anda dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan jenayah, atau sekiranya anda diminta hadir ke mahkamah atas tujuan yang sama, adalah dinasihatkan untuk anda melakukan perkara-perkara berikut: Jika anda dalam tahanan polis dan terus dibawa ke mahkamah, di hadapan Hakim atau Majistret, anda katakan bahawa anda perlukan khidmat peguam dan mohon masa untuk dibenarkan melantik seorang peguam. Atau, jika anda tidak mampu, mohon untuk diberi tempoh masa bagi mendapatkan khidmat peguam dari Jabatan Bantuan Guaman atau Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. Yang paling penting, jika anda datang seorang, mohon kepada mahkamah untuk anda dapat menghubungi ahli keluarga anda. Ini penting bagi urusan jaminan kelak. Saya percaya bahawa mana-mana mahkamah akan mengarahkan pihak polis untuk membantu anda dalam urusan menghubungi anggota keluarga anda. Sebelum hadap tuduh, jangan dengar apa-apa jua nasihat atau pujuk rayu dari sesiapa jua melai...