MENGHADAPI PERTUDUHAN JENAYAH DI MAHKAMAH

Court Four at the Royal Courts of Justice London

Sekiranya anda dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan jenayah, atau sekiranya anda diminta hadir ke mahkamah atas tujuan yang sama, adalah dinasihatkan untuk anda melakukan perkara-perkara berikut:

  1. Jika anda dalam tahanan polis dan terus dibawa ke mahkamah, di hadapan Hakim atau Majistret, anda katakan bahawa anda perlukan khidmat peguam dan mohon masa untuk dibenarkan melantik seorang peguam. Atau, jika anda tidak mampu, mohon untuk diberi tempoh masa bagi mendapatkan khidmat peguam dari Jabatan Bantuan Guaman atau Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
  2. Yang paling penting, jika anda datang seorang, mohon kepada mahkamah untuk anda dapat menghubungi ahli keluarga anda. Ini penting bagi urusan jaminan kelak. Saya percaya bahawa mana-mana mahkamah akan mengarahkan pihak polis untuk membantu anda dalam urusan menghubungi anggota keluarga anda.
  3. Sebelum hadap tuduh, jangan dengar apa-apa jua nasihat atau pujuk rayu dari sesiapa jua melainkan peguam anda. Hatta ahli keluarga anda sekalipun, jika anda dipujuk untuk mengaku bersalah, abaikan sahaja kecuali jika ia hanya berkaitan kes-kes kecil atau kesalahan trafik sahaja.
  4. Ketika hadap tuduh, pastikan anda tahu di mahkamah mana anda dibawa, samada ke Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, atau mungkin untuk kes-kes melibatkan hukuman mati, ke Mahkamah Tinggi.
  5. Semasa pertuduhan dibacakan dan jika anda memilih untuk tidak mengambil peguam, anda mesti jelas dan faham isi kandungan pertuduhan itu dalam bahasa yang anda sendiri mahukan, contohnya kalau anda selesa bercakap Bajau, minta pertuduhan dibacakan dalam dialek Bajau. Seorang jurubahasa Bajau akan disediakan oleh mahkamah kepada anda. Jangan risau.
  6. Apabila anda ditanya mengaku salah atau tidak, terpulang kepada anda samada ingin mengaku atau tidak.
  7. Jika mengaku salah, anda akan diterangkan sebab dan akibat pengakuan salah anda iaitu hukuman yang boleh dikenakan ke atas anda mengikut kesalahan yang dilakukan seperti yang termaktub dalam undang-undang. Jika anda masih mengekalkan pengakuan salah, maka akuan anda akan diterima oleh mahkamah. Jika anda tidak mengaku salah, proses seterusnya adalah menetapkan jumlah jaminan dan tarikh bicara.
... Bersambung

Ulasan

  1. Assalamualaikum saya bersama 8 orang lagi ditangkap semasa berlindung dari hujan lebat disebuah bangsal ditepi jalan.Kami semua dibawa ke balai polis 7ntuk diambil saringan air kencing dan semua kami bebas bersih dari apa jenis dadah.semasa ditangkap polis menjumpai 16 bungkus air ketum di kawasan bangsal itu.kami kena lokap 5 hari dimahkamah kami 8 orang tidak mengaku bersalah.cuma seorang sahaja yang mengaku.semua kami dikenakan jamin 2 ribu oleh mahkamah.pada hari perbicaraan.Adakah kami yang 8 orang ini boleh disabitkan kesalahan bersubahat atau di cas bersama.kerana yang seorang itu dan pemilik air ketum dah mengaku milik dia seorang sahaja.sedangkan semua 8 orang itu tidak mengaku bersalah.bagaimana wang jaminan kami semua.bolehkan diambil kembali.sekian

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN