LELAKI JEPUN SAMAN HOSPITAL



Sumber di SINI

Sekali baca rasa lucu pun ada. Tapi bila dua kali baca rasa kasihan pula dengan lelaki ini. Bila baca 3 kali, timbul persoalan undang-undang seperti berikut:-

1. Di Jepun tidak adakah undang-undang had masa (limitation period) sebagaimana di Malaysia atau negara-negara lain di dunia? Ini kerana kecuaian itu dikatakan berlaku 60 TAHUN dahulu.

2. Bagaimanakah standard pembuktian di Mahkamah Jepun? On the balance of probabilities atau dalam Bahasa Melayunya 'di atas imbangan kebarangkalian' (dalam Bahasa Jepun aku tak tahu. Ikut Uncle Gugel tulis 確率のバランスに) atau ada standard pembuktian yang lain memandangkan nampak mudah sangat lelaki berkenaan membuktikan kecuaian hospital itu.

3. Mahkamah mengarahkan pampasan dibayar sebanyak RM1.3 Juta (mengikut Uncle Gugel juga adalah sebanyak ¥41,290,600.00). Persoalannya apakah kriteria yang diambil bagi mentaksir kerugian dialami oleh lelaki ini? Hanya Mahkamah Jepun yang punyai jawapannya.

Ooopss... Selepas membaca perenggan akhir, barulah nampak kedudukan yang sebenarnya iaitu pihak hospital telah mengaku (admitted) bahawa berlaku kecuaian dipihak mereka. Maka, dapatlah atau sempatlah lelaki itu menjadi jutawan dalam usia di penghujung zamannya.

Hmm... Blessing in disguise!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH