AWAL MUHARRAM 1435H

1. Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1435H atau juga lebih dikenali sebagai Awal Muharram. Di Malaysia, kita juga kenalinya sebagai Ma'al Hijrah. Setiap tahun, pada setiap kali Ma'al Hijrah, kita akan bercuti umum. Itulah tandanya negara kita ini adalah Negara Islam.


2. Pada setiap tahun baru, kita disunatkan untuk membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Itulah indahnya Islam. Kita tidak perlu akan kiraan countdown, tidak perlu akan sambutan besar-besaran di Dataran Merdeka, tidak perlu percikan bunga api dan sebagainya. Cukup sekadar kita berdoa akan kesejahteraan kita dan keluarga di sepanjang tahun baru ini.

3. Doa akhir tahun ini dibaca pada akhir waktu Asar atau sebelum Maghrib pada penghujung tahun, iaitu untuk tahun ini, pada hari ini yakni Isnin, 4 November 2013. Disunatkan membaca sebanyak 3 kali dan doa tersebut adalah seperti di bawah:


4. Seterusnya, doa awal tahun juga disunatkan dibaca sebanyak 3 kali selepas waktu Maghrib hari yang sama doa akhir tahun dibacakan. Terdapat dalil menyatakan bahawa bagi sesiapa yang membaca doa ini, syaitan yang direjam akan berkata "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dari fitnah syaitan." Doa tersebut adalah seperti berikut:


5. Semoga hidup kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh-Nya, beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat sampai bila-bila jua, insya Allah.

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT TAHUN BARU 1435 HIJRAH!

Sumber doa diambil di SINI


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH