Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel islam

TAZKIRAH RINGKAS: TUHAN ITU MAHA ADIL

Dalam dunia ini tentunya masih ada orang yang masih tidak percayakan Tuhan. Malah, ramai juga yang tidak percaya bahawa Tuhan yang ada hanyalah ALLAH yang Maha Esa, Tuhan yang satu dan tiada lain selayaknya disembah melainkan-Nya. Ayuh kita renungkan kenapa ada orang fikir Tuhan itu tidak wujud, atau kalau pun wujud Dia tidak adil. Bayangkan kita berada dalam situasi dituduh melakukan kesalahan, walhal kita tidak melakukannya pun. Kita hanya dituduh. Dan bukti yang ada pun tidak menyebelahi kita. Jadi di mata manusia kita tetap bersalah. Adakah itu adil? Tukar situasi. Seorang gadis menjadi mangsa rogol dan dia kenali perogol itu. Namun, akibat ketiadaan saksi dan kekurangan bukti yang ada, perogol itu didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Adakah itu adil? Atau situasi sebegini. Anda membeli sebidang tanah dari seseorang kemudian tuan tanah tersebut menjualkannya kepada orang lain dan tidak membayar kembali wang anda. Anda saman dia di mahkamah namun dia...

TAZKIRAH: TAFAKUR SEBELUM TIDUR

Imej
Setiap malam sebelum kita merebahkan diri, sebelum kita melelapkan mata, sebelum diri diulit mimpi; bertafakurlah sebentar dan cuba tanya-tanyakan pada diri kita: "Apakah sudah meningkat ketaqwaanku pada hari ini? "Apakah sudah meningkat amalan kesolehanku pada hari ini? Putar dan putar kotak fikiran kita. Imbas kembali setiap gerak langkah pada sepanjang siang tadi. Bandingkan amalan semalam dengan amalan hari ini. Seandainya amalan hari ini semakin baik, itu tandanya sudah ada peningkatan taqwa dalam diri. Tidak kiralah sama ada amalan itu berkaitan dengan urusan hablumminallah (hubungan dengan Allah) atau hablumminannas (hubungan dengan manusia). Bukti ketaqwa semakin meningkat bukan pada banyaknya kerja yang kita lakukan pada hari itu tetapi kesungguhan kita di dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T. Jika taqwa kita sudah meningkat, bererti kesolehan kita juga sudah meningkat kerana gabungan iman dan taqwa melayakkan seorang lelaki...

JUDGMENT: KES MELIBATKAN KALIMAH ALLAH DI MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA

MENTERI DALAM NEGERI & ORS v. TITULAR ROMAN CATHOLIC ARCHBISHOP  OF KUALA LUMPUR COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA MOHAMED APANDI ALI JCA, ABDUL AZIZ RAHIM JCA, MOHD ZAWAWI SALLEH JCA [CIVIL APPEAL NO: W-01-1-2010] 14 OCTOBER 2013 ADMINISTRATIVE LAW:  Judicial review - Exercise of discretion - Exercise of discretion by Minister - Publication permit - Imposition of condition in permit - Power and function of Minister - Whether exercise of discretion reasonable - Whether valid and in accordance with law - Whether offending Wednesbury principles - Printing Presses and Publications Act 1984, ss. 6, 12, 26 - Printing Presses and Publications (Licences and Permits) Rules 1984, r. 3, First Schedule - Federal Constitution, arts. 3, 10, 11, 12 - Interpretation Acts 1948 and 1967, ss. 93, 95 ADMINISTRATIVE LAW:  Judicial review - Exercise of discretion - Exercise of discretion by Minister - Publication permit - Imposition of condition in permit - Newsletter of Catholic Church - Prohib...

TAZKIRAH: KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur. Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tad...

PHOTO SHARING: MEKAH TAHUN 1917

Imej
A bird’s eye view of Mecca and surrounding hillsides, August 1917. Photograph by Samuel M. Zwemer, National Geographic Subhanallah... Sumber di SINI

AWAL MUHARRAM 1435H

Imej
1. Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1435H atau juga lebih dikenali sebagai Awal Muharram. Di Malaysia, kita juga kenalinya sebagai Ma'al Hijrah. Setiap tahun, pada setiap kali Ma'al Hijrah, kita akan bercuti umum. Itulah tandanya negara kita ini adalah Negara Islam. 2. Pada setiap tahun baru, kita disunatkan untuk membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Itulah indahnya Islam. Kita tidak perlu akan kiraan countdown, tidak perlu akan sambutan besar-besaran di Dataran Merdeka, tidak perlu percikan bunga api dan sebagainya. Cukup sekadar kita berdoa akan kesejahteraan kita dan keluarga di sepanjang tahun baru ini. 3. Doa akhir tahun ini dibaca pada akhir waktu Asar atau sebelum Maghrib pada penghujung tahun, iaitu untuk tahun ini, pada hari ini yakni Isnin, 4 November 2013. Disunatkan membaca sebanyak 3 kali dan doa tersebut adalah seperti di bawah: 4. Seterusnya, doa awal tahun juga disunatkan dibaca sebanyak 3 kali selepas waktu Maghrib hari yang sama doa akhir tahun dibaca...

TAZKIRAH: CINTA - JALAN MURNI KE SYURGA

Setiap individu yang berperasaan pasti akan merasai cinta dan mencintai sesuatu. Cinta adalah perasaan halus yang dimiliki hati setiap insan, dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian. Dalam Islam, cinta merupakan perkara utama dalam kehidupan dunia dan Akhirat. Ini kerana Islam sendiri merupakan agama yang berasaskan cinta.  Sabda Rasullulah S.A.W.: "Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang maka ia akan mendapat manisnya iman, yakni: Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada yang lain; mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam Neraka" (HR. Bukhari dan Muslim). Oleh yang demikian, Islam menyeru kepada cinta, iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada agama, cinta kepada akidah, juga cinta kepada makhluk, sepertimana Allah menjadikan kecintaan suami isteri sebagai sebahagian tanda dan bukti kekuasaanNya.  FirmanNya: "Dan di antara tanda ke...