Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tahun baru

SALAM MAAL HIJRAH 1440H

Imej
Assalamualaikum, Sumber gambar di SINI Ringkas saja. Esok, 11 September 2018 bersamaan 1 Muharram 1440H. Salam Awal Tahun, Salam Maal Hijrah daripada saya, bakalpeguam kepada pembaca blog ini. Semoga tahun baharu ini lebih baik kepada kita semua dari tahun-tahun sebelumnya. DOA AKHIR TAHUN DOA AWAL TAHUN Sumber gambar-gambar di atas adalah di SINI Wassalam.

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Sumber gambar di SINI Walaupun hari ini sudah 4 Januari, masih belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2018. Apa pula azam tahun ini? Azam saya untuk cuba mencapai semua azam tahun-tahun terdahulu pada tahun ini. 😂 Lama saya tidak update entry baru. Maklumlah, sibuk dengan kerjaya dan keluarga tercinta. Insya-Allah salah satu azam juga adalah untuk berkongsi sebanyak mungkin isu-isu perundangan dalam negara kita, khususnya di negeri Sabah. Sekarang masih memikirkan topik apa lagi yang ingin dikongsi seterusnya.. tunggulah. 🤗

AWAL MUHARRAM 1435H

Imej
1. Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1435H atau juga lebih dikenali sebagai Awal Muharram. Di Malaysia, kita juga kenalinya sebagai Ma'al Hijrah. Setiap tahun, pada setiap kali Ma'al Hijrah, kita akan bercuti umum. Itulah tandanya negara kita ini adalah Negara Islam. 2. Pada setiap tahun baru, kita disunatkan untuk membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Itulah indahnya Islam. Kita tidak perlu akan kiraan countdown, tidak perlu akan sambutan besar-besaran di Dataran Merdeka, tidak perlu percikan bunga api dan sebagainya. Cukup sekadar kita berdoa akan kesejahteraan kita dan keluarga di sepanjang tahun baru ini. 3. Doa akhir tahun ini dibaca pada akhir waktu Asar atau sebelum Maghrib pada penghujung tahun, iaitu untuk tahun ini, pada hari ini yakni Isnin, 4 November 2013. Disunatkan membaca sebanyak 3 kali dan doa tersebut adalah seperti di bawah: 4. Seterusnya, doa awal tahun juga disunatkan dibaca sebanyak 3 kali selepas waktu Maghrib hari yang sama doa akhir tahun dibaca...