KES ROMPAK DAN BUNUH PEGAWAI AMBANK

Tahniah dan syabas kepada pihak Polis DiRaja Malaysia!

Gambar suspek melalui rakaman CCTV di tempat kejadian pada hari yang amat menyedihkan itu.

Pastinya semua orang terutama ahli keluarga mangsa berasa amat lega dengan tertangkapnya suspek utama kes ini. Dengan semangat dan kesabaran yang tinggi, akhirnya, sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua. Tapi suspek ini tidaklah sepandai tupai. Fikiran dan nafsunya lebih teruk dari binatang. Berlandaskan sifat tamak haloba, satu nyawa yang tidak berdosa melayang dalam keadaan begitu tragis dan menyedihkan.

Selepas hampir 3 minggu kejadian yang mengejutkan seluruh Malaysia itu, suspek telah berjaya ditangkap pada hari Ahad, 10 November 2013 lebih kurang jam 7.00 pagi di sebuah kampung di Kota Tinggi, Johor, dipercayai sedang merancang untuk melarikan diri ke negara asalnya, Indonesia.

Bangganya dia dengan senjata yang ditunjukkan secara haram dan tidak sah di sisi undang-undang. Kalau di negara China, senjata ini akan makan tuannya sendiri.

Semoga keadilan dapat ditegakkan kepada semua pihak dan penjahat akan mendapat natijah yang setimpal dengan perlakuan jenayahnya. Itu karma.

Baca seterusnya:



PETALING JAYA – Suspek kes rompakan dan pembunuhan di Ambank USJ Sentral, Subang Jaya dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah tahanan reman selepas berjaya diberkas di Kota Tinggi, Johor awal pagi tadi.

Suspek atau dikenali sebagai Ardi akan direman selama seminggu bermula hari ini.
Perintah reman dikeluarkan oleh  Majistret  Nazri Omran dan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas dakwaan membunuh.

Sabit kesalahan, suspek boleh dihukum gantung sampai mati mandatori.

Biarpun polis boleh menahannya selama 24 jam sebelum dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyan 117 Kanun Prosedur Jenayah tetapi pihak polis tidak membuang masa segera mendapatkan perintah tahanan reman ke atasnya bagi memulakan siasatan.

Suspek yang dikenali sebagai Ardi itu tiba dengan kawalan ketat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersenjata selepas tiba dari Kota Tinggi iaitu lokasi penahanannya.

Dalam gambar oleh Berita Harian Online, suspek memakai kemeja T berwarna hitam dan berseluar jeans dilihat dalam keadaan takut selepas cubaan dia untuk melarikan diri gagal.

Pihak polis bergerak hampir tiga minggu dalam operasi memburu Ardi selepas dia melarikan diri bersama wang berjumlah RM450,000 daripada bank berkenaan.

Sebelum itu Ardi telah menembak mati Pegawai Operasi Ambank Allahyarham Noarizta Abu Talib di kepala menggunakan senjata jenis pump-gun menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.
Penahanan dilakukan Pasukan Ops Cantas dari Bukit Aman. - Mynewshub.my

Sumber di SINI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN