KES ROMPAK DAN BUNUH PEGAWAI AMBANK

Tahniah dan syabas kepada pihak Polis DiRaja Malaysia! Gambar suspek melalui rakaman CCTV di tempat kejadian pada hari yang amat menyedihkan itu. Pastinya semua orang terutama ahli keluarga mangsa berasa amat lega dengan tertangkapnya suspek utama kes ini. Dengan semangat dan kesabaran yang tinggi, akhirnya, sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua. Tapi suspek ini tidaklah sepandai tupai. Fikiran dan nafsunya lebih teruk dari binatang. Berlandaskan sifat tamak haloba, satu nyawa yang tidak berdosa melayang dalam keadaan begitu tragis dan menyedihkan. Selepas hampir 3 minggu kejadian yang mengejutkan seluruh Malaysia itu, suspek telah berjaya ditangkap pada hari Ahad, 10 November 2013 lebih kurang jam 7.00 pagi di sebuah kampung di Kota Tinggi, Johor, dipercayai sedang merancang untuk melarikan diri ke negara asalnya, Indonesia. Bangganya dia dengan senjata yang ditunjukkan secara haram dan tidak sah di sisi undang-undang. Kalau di negara China, senjata ini akan makan tuannya...