BANKRAP DAN KEBANKRAPAN

Sumber gambar di SINI Saya pernah menulis... hmm.. sorry, bukan tulisan saya tetapi menyiarkan semula artikel dari sebuah akhbar mengenai keistimewaan menjadi seorang bankrap. Artikel itu boleh dibaca di SINI . Mulai Oktober 2017, undang-undang kebankrapan di Malaysia telah digubal dan saya hanya akan memberikan secara ringkas point penting daripada penggubalan tersebut. Pertama, berkenaan dengan had minimum untuk seseorang itu diisytiharkan sebagai seorang bankrap. Jikalau sebelum ini ia pada kadar RM30,000 dan ke atas, pada masa ini ia telah dinaikkan kepada RM50,000 dan seterusnya. Ini bermakna jika anda berhutang dengan mana-mana pihak (terutamanya pihak bank) pada kadar RM49,999 sekalipun, pihak atau bank tersebut tidak boleh memohon kepada mahkamah untuk mengisytiharkan anda sebagai seorang bankrap kerana ia masih di bawah had minimum yang diperuntukkan oleh undang-undang. Kedua, hanya ada satu perintah saja iaitu perintah kebankrapan (bankruptcy or...