Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel lawyer

ADA PEGUAM TAPI KALAH KES

Assalamualaikum dan Salam Jumaat, Ada yang mengeluh kenapa sudah lantik peguam, bayar mahal-mahal tapi kalah kes juga??? Tuan, Tugas peguam adalah untuk membela anda di Mahkamah. Peguam yang beretika tidak boleh menjanjikan bahawa kes anda akan menang kerana menang atau kalah kes itu ditentukan oleh Hakim atau Majistret. Malah, peguam juga tidak boleh meminta wang tambahan dari anda dengan alasan 'untuk mengupah polis atau Hakim atau Majistret untuk selesaikan kes'. Itu rasuah namanya! Tanggungjawab peguam adalah memastikan anda mendapat pembelaan yang adil dan sewajarnya. Ini disebabkan proses Mahkamah yang adakalanya rumit dan kompleks dan hanya peguam yang bertauliah sahaja mengetahuinya. Peguam yang bertanggungjawab akan sentiasa memberikan maklumbalas kepada segala persoalan anda termasuklah perkembangan kes yang sedang berjalan. Peguam juga akan menasihatkan anda untuk mematuhi apa juga peraturan dan undang-undang yang terlibat agar tidak berlaku sebarang...

SOALAN TYPICAL BUAT PEGUAM Ep. 1

1. Encik Peguam. Anda membela seorang penjenayah yang kejam. Tidakkah anda juga turut berdosa? J: Tuan, kerjaya peguam bukan semata-mata melepaskan penjenayah. Tetapi peguam berperanan sebagai pemudahcara kepada seorang tertuduh bagi menegakkan haknya di dalam mahkamah. Seorang tertuduh itu secara prinsipnya ialah tidak bersalah hingga dibuktikan sebaliknya atau disabitkan oleh mahkamah. Sehingga itu tercapai, maka seorang peguam layak dan wajar membela anak guamnya. Soal dosa itu hanya Allah yang tentukan. Namun, selagi seorang peguam membela anak guamnya selaras dengan kehendak agama dan undang-undang dan tidak menyalahi mana-mana hukum, isu dosa tidak seharusnya timbul. Peguam hanya menjalankan tugasnya selaras dengan arahan anak guam dan undang-undang dan dia dibayar mengikut kerja yang telah diarahkan oleh anak guamnya. 2. Encik Peguam. Kenapa bayaran anda sangat mahal? J: Ada banyak faktor mempengaruhi yuran guaman. Ini termasuklah tahap kompleksiti atau kesusahan s...

TERMA MAHKAMAH SIVIL YANG ANDA PERLU TAHU

Ok, kali ini kita sembang pula sebahagian terma mahkamah bagi kes-kes sivil yang orang awam perlu tahu. Plaintif : ialah pihak yang menuntut dalam kes sivil, terutama bagi kes writ saman. Defendan : ialah pihak atau orang yang kena tuntut daripada pihak plaintif dalam kes sivil. Pemohon : juga seperti plaintif,ialah pihak yang memohon dalam kes-kes melibatkan saman pemula atau permohonan sivil, seperti semakan kehakiman. Responden : sama seperti defendan, tetapi ini dalam kes saman pemula atau permohonan sivil. Writ : ialah salah satu mode atau kaedah bagi memulakan tindakan sivil di Mahkamah iaitu saman yang difailkan oleh plaintif di Mahkamah dan akan diserahkan kepada defendan setelah ia dimeterai dan ditandatangani oleh Pendaftar Mahkamah. Ia akan disertakan sekali dengan penyata tuntutan. Kebiasaannya tindakan melalui writ ini melibatkan pertikaian fakta yang memerlukan campurtangan Mahkamah untuk membicarakan atau memutuskan kes berkenaan. Saman pemula :...

SEJARAH BAHARU KEPADA BADAN PEGUAM SABAH

Imej
Daily Express bertarikh 30 Jun 2017 Tahniah kepada Persatuan Undang-Undang Sabah (SLA) dan Office Bearer baharu yang mana SLA kini dikenali sebagai Sabah Law Society mulai 1 Julai 2017. Semoga terus maju jaya dalam memartabatkan profesion perundangan di Negeri Sabah ini.

JANGAN KACAU PEGUAM BUAT KERJA?

Imej
Kelmarin, Malay Mail Online melaporkan (dalam Bahasa Inggeris) seperti berikut: Don’t intimidate, harass lawyers at work, Bar says after Siti Kasim charged JUNE 29, 2017 KUALA LUMPUR, June 29 — Lawyers must be allowed to carry out their duties without harassment or intimidation, the Malaysian Bar said today after activist lawyer Siti Kasim was charged last week for allegedly obstructing a public servant. In a statement, Malaysian Bar president George Varughese (pic) said Siti had made it clear that she was a lawyer, and was therefore discharging her professional duty at the time of alleged offence. “Siti Kasim was present at the function in her capacity as an advocate and solicitor for the organisers and participants of the event. She had identified herself as a lawyer, and enquired about the basis for the raid. “As such, she was discharging her professional duties as a lawyer at the time that the alleged offence was said to have been committed,” George...

MEMBUKA FIRMA GUAMAN SENDIRI DI SABAH

Imej
Selamat Tahun Baru 2014, semua! Apa azam anda untuk tahun baru ini? Harap azam yang dicitakan akan dapat dilaksanakan dalam tahun ini juga, okay. Saya belum membuka firma guaman atau bekerja di mana-mana firma guaman di Sabah. Namun, saya bercita-cita untuk membuka sebuah firma guaman sendiri pada masa depan, mungkin juga dalam masa terdekat. Dalam masa yang sama, saya sebenarnya tiada pengalaman berniaga, apatah lagi mempunyai firma guaman. Keluarga juga tiada pengalaman sedemikian, kecuali emak saya dulu pernah berniaga kedai runcit semasa kami masih kecil. Arwah datuk juga semasa hayatnya menjalankan perniagaan runcit dan rumah sewa. Hanya itu pengalaman perniagaan dalam keluarga kami. Selain itu, kami semua bekerja dengan kerajaan. Jadi mungkin ia langkah terbesar yang saya pernah ambil dalam hidup jikalau impian ini dijadikan kenyataan. Kredit Gambar Hakikatnya, sejak beberapa minggu ini saya sering mencari bahan dari internet terutamanya pengalaman-pengalaman ...

MENGHADAPI PERTUDUHAN JENAYAH DI MAHKAMAH

Imej
Court Four at the Royal Courts of Justice London Sekiranya anda dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan jenayah, atau sekiranya anda diminta hadir ke mahkamah atas tujuan yang sama, adalah dinasihatkan untuk anda melakukan perkara-perkara berikut: Jika anda dalam tahanan polis dan terus dibawa ke mahkamah, di hadapan Hakim atau Majistret, anda katakan bahawa anda perlukan khidmat peguam dan mohon masa untuk dibenarkan melantik seorang peguam. Atau, jika anda tidak mampu, mohon untuk diberi tempoh masa bagi mendapatkan khidmat peguam dari Jabatan Bantuan Guaman atau Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. Yang paling penting, jika anda datang seorang, mohon kepada mahkamah untuk anda dapat menghubungi ahli keluarga anda. Ini penting bagi urusan jaminan kelak. Saya percaya bahawa mana-mana mahkamah akan mengarahkan pihak polis untuk membantu anda dalam urusan menghubungi anggota keluarga anda. Sebelum hadap tuduh, jangan dengar apa-apa jua nasihat atau pujuk rayu dari sesiapa jua melai...

PEGUAM SYAR'IE

Imej
I wish someone could give me clarification and shed some light on this matter, particulaly the highlighted sentences. I am interested to be admitted as a Syar'ie lawyer in the state of Sabah, but have no idea on how to do it. Will need to write in to Ketua Hakim Syar'ie Negeri later, insya Allah. Update: I have sent an official email to Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Sabah this morning and around 2.00 p.m. he sent a reply as follows:- Waalaikumsalam Tuan. Mengenai permohonan peguam syarie, tuan boleh majukan surat permohonan secara rasmi kepada YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah. Sertakan bersama biodata pemohon dan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan. Sebarang pertanyaan lanjut, tuan boleh berhubung terus dengan saya di no h/p 013XXXXXXX. Sekian, terima kasih. Means, I have to start writing the letter as soon as possible. Weee...

JUDGMENT: KES MELIBATKAN KALIMAH ALLAH DI MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA

MENTERI DALAM NEGERI & ORS v. TITULAR ROMAN CATHOLIC ARCHBISHOP  OF KUALA LUMPUR COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA MOHAMED APANDI ALI JCA, ABDUL AZIZ RAHIM JCA, MOHD ZAWAWI SALLEH JCA [CIVIL APPEAL NO: W-01-1-2010] 14 OCTOBER 2013 ADMINISTRATIVE LAW:  Judicial review - Exercise of discretion - Exercise of discretion by Minister - Publication permit - Imposition of condition in permit - Power and function of Minister - Whether exercise of discretion reasonable - Whether valid and in accordance with law - Whether offending Wednesbury principles - Printing Presses and Publications Act 1984, ss. 6, 12, 26 - Printing Presses and Publications (Licences and Permits) Rules 1984, r. 3, First Schedule - Federal Constitution, arts. 3, 10, 11, 12 - Interpretation Acts 1948 and 1967, ss. 93, 95 ADMINISTRATIVE LAW:  Judicial review - Exercise of discretion - Exercise of discretion by Minister - Publication permit - Imposition of condition in permit - Newsletter of Catholic Church - Prohib...