ADA PEGUAM TAPI KALAH KES

Assalamualaikum dan Salam Jumaat,

Ada yang mengeluh kenapa sudah lantik peguam, bayar mahal-mahal tapi kalah kes juga???

Tuan,

Tugas peguam adalah untuk membela anda di Mahkamah. Peguam yang beretika tidak boleh menjanjikan bahawa kes anda akan menang kerana menang atau kalah kes itu ditentukan oleh Hakim atau Majistret. Malah, peguam juga tidak boleh meminta wang tambahan dari anda dengan alasan 'untuk mengupah polis atau Hakim atau Majistret untuk selesaikan kes'. Itu rasuah namanya!

Tanggungjawab peguam adalah memastikan anda mendapat pembelaan yang adil dan sewajarnya. Ini disebabkan proses Mahkamah yang adakalanya rumit dan kompleks dan hanya peguam yang bertauliah sahaja mengetahuinya. Peguam yang bertanggungjawab akan sentiasa memberikan maklumbalas kepada segala persoalan anda termasuklah perkembangan kes yang sedang berjalan. Peguam juga akan menasihatkan anda untuk mematuhi apa juga peraturan dan undang-undang yang terlibat agar tidak berlaku sebarang konflik yang tidak sepatutnya terjadi. Contohnya jika anda telah dibebaskan dengan jaminan yang disertakan dengan syarat tambahan, peguam akan menasihatkan anda untuk mematuhi syarat tambahan itu kerana jika anda gagal mematuhinya, jaminan boleh dibatalkan oleh Mahkamah dan anda akan meringkuk dalam penjara atau dikenali juga sebagai ditahan reman sehingga kes anda selesai dibicarakan.

Anda melantik peguam kerana anda sedang menghadapi masalah. Begitulah halnya jika anda sakit anda mencari doktor, jika anda memerlukan lukisan pelan anda mencari dan melantik arkitek dan seterusnya. Peguam adalah professional dan profession ini menanggung perbelanjaan yang tinggi, kerana peguam juga perlu membayar sewa premis, membayar gaji pekerja, membayar bil-bil utiliti, membayar premium insurans dan sebagainya. Disamping itu peguam juga perlu mengikuti perkembangan semasa dengan meneruskan pembelajaran bidang perundangan melalui pembelian buku-buku teks serta jurnal undang-undang yang mahal harganya. Sebab itu bayaran peguam boleh dikatakan agak mahal, tetapi ia sebenarnya setimpal dengan kerja dan risiko yang dihadapinya.

Kalah atau menang kes seperti yang saya katakan bukan dalam kawalan peguam. Peguam bertindak sebagai pemudah cara. Tapi sekiranya anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh peguam anda, contohnya peguam susah untuk dihubungi, peguam tidak menjawab pertanyaan melalui surat atau emel, peguam meminta bayaran berkali-kali dengan kerja yang tidak setimpal, atau peguam mengugut anda bahawa akan kalah kes sekiranya permintaannya tidak diikuti, anda boleh merujuk perkara ini kepada peguam yang lain untuk nasihat atau terus sahaja merujuk perkara ini kepada Badan Peguam atau Bar Council jika di Semenanjung, Sabah Law Society jika di Sabah dan Advocates Association of Sarawak untuk di negeri Sarawak.

Seperti yang saya katakan di atas, peguam juga perlu membayar premium perlindungan insurans ke atas sebarang kecuaian profesional. Maka, selain membuat aduan kepada badan-badan peguam berkenaan, anda juga sebenarnya dilindungi atas insurans yang dibayar oleh peguam berkenaan, jika anda dapat membuktikan bahawa peguam itu telah melakukan kesalahan atau kecuaian profesional. Sebagai contoh peguam anda didapati tidak mengikut perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah dan mengakibatkan kerugian kepada anda, maka anda boleh mengeluarkan saman ke atas peguam itu dan menuntut ganti rugi yang sewajarnya.

Oleh itu, silalah berlapang dada apabila anda mempunyai masalah perundangan dan berjumpa dengan peguam yang anda selesa atau peguam yang terkenal dengan kemahiran perundangannya, agar anda dapat merujuk kepadanya apa jua masalah yang anda hadapi. Memang peguam tidak akan menjanjikan kemenangan, tetapi peguam mempunyai tanggungjawab anda mendapatkan keadilan. Kalah kes sekalipun anda masih berpeluang untuk merayu ke Mahkamah Atasan (Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, yang mana berkenaan). Peguam akan menasihatkan anda semuanya.

Dengan syarat anda juga kena berlaku jujur dan adil kepada peguam anda. Kadang-kadang, kalahnya sesuatu kes itu kerana klien atau anakguam sendiri yang tidak berlaku jujur kepada peguamnya. Apabila kes dibicarakan dan saksi memberikan keterangan, barulah semua cerita sebenar timbul walhal sebelum ini tidak pernah diberitahu kepada peguam. Apabila itu berlaku, bukan sahaja peguam akan mendapat malu, malah peguam juga mungkin akan dimarahi oleh Hakim atau Majistret kerana tidak mendapatkan arahan atau fakta yang betul dari anak guamnya sendiri.

Sebab itulah sebagai anak guam, anda perlu percaya kepada peguam anda. Dalam kes jenayah contohnya, tidak salah malah adalah lebih baik anda berterus terang akan apa yang berlaku agar peguam dapat membela anda dengan lebih baik di Mahkamah. Jangan sembunyikan fakta sebenar kerana segala komunikasi anda dengan peguam anda adalah dilindungi oleh undang-undang. Peguam anda tidak boleh menyampaikan apa juga cerita dan arahan anda kepada orang lain tanpa kebenaran anda. Peguam akan melakukan kesalahan jika ingkar kepada etika ini.

Kesimpulannya, janganlah bersedih jika anda kalah sesuatu kes apabila peguam anda telah membuat kerjanya dengan sedaya baik yang mungkin, kerana peluang kedua masih ada semasa proses rayuan.

Anda perlu bersedih sekiranya peguam yang anda lantik itu pula tidak bertauliah. Maka, anda harus teliti terlebih dahulu sekiranya anda ragu-ragu dengan status seseorang peguam itu. Anda boleh bertanya terus kepada badan-badan peguam yang berkenaan untuk mendapatkan status terkini peguam berkenaan.

Tentang kenapa yuran guaman itu mahal, boleh baca lebih lanjut posting saya terdahulu di SINI.

Harap posting ini membantu.

Wassalam.

Ulasan

  1. salam bakal peguam menantu lelaki saya telah pun di kenakan hukuman dan di hantar ke bentong pahang dia di dakwa akta 395kk .Apa yg anak saya beritahu dia di bawah kdn semua road show dh pergi semua ok
    apa yang saya tahu masa dia di tangkap dulu dia mengaku kesalahan yg dia tak buat di sebabkan motosikal dia
    dan akan di bicarakan lagi bila di bentong tapi tak tahu bila?
    boleh ke kami upah peguam?

    terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam tuan. Dalam situasi ini yang terbaik adalah tuan dapatkan nasihat dari peguam yang berpengalaman mengendalikan kes jenayah, supaya pihak tuan dapat gambaran dan penjelasan sebenar mengenai situasi menantu lelaki tuan itu. Sekiranya ada kes, maka upahlah peguam itu.

      Padam
  2. Asalam tuan,kawan saya bertanya kalau akta kecuaian tapi budak tu sudah meninggal tapi mahkamah mengatakan akta kecuaian kanak-kanak dan sudah menghantar peguam, peguam pengatakan kawan saya masih bawah umur 18 masih sambung belajar. Betul atau tidak? Apakah tindakan mahkamah ambil? Contih seperti jaminan bon atau selainnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Tuan, maksudnya OKT dituduh kerana kecuaian di bawah Akta Kanak-Kanak kerana pesalah masih bawah umur? Kalau itu maksudnya, bagi pesalah kanak-kanak iaitu OKT berumur bawah 18 tahun, mahkamah boleh memberikan pelbagai perintah selepas mendapati kesalahan telah dilakukan, seperti bon berkelakuan baik, memberikan amaran, memberikan perintah khidmat masyarakat, memberikan hukuman denda dan juga boleh memberikan hukuman penjara. Biasa kalau pesalah kanak-kanak masih bersekolah/sambung belajar, mahkamah akan pertimbangkan untuk hukuman lebih ringan.

      Padam
  3. Asallamualaikum. Saya nak Tanya, Kes anak saya ditangkap pihak polis dan semasa dalam reman, dia dipaksa untuk mengaku melakukan pelbagai jenayah mencuri, pecah rumah, curi motosikal, dan sebagainya. Pada hal perkara itu tidak dia lakukan. Tambahan lagi dia baru berumur 14 tahun. Mereka dipaksa mengaku dengan bukti-bukti yang diada-adakan. Masih ada harapankah untuk menang jika saya mencari peguam untuk mewakili anak saya di mahkamah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam.

      Anak tuan masih pesalah kanak-kanak. Jikalau polis paksa mengaku dengan bukti-bukti diada-adakan, ia tidak boleh digunapakai dalam mahkamah juga. Apa yang penting pengakuan dalam mahkamah itu nanti. Harapan untuk menang bagi kes penganiayaan macam ni memang tinggi. Dinasihatkan untuk lantik peguam secepat mungkin.

      Padam
    2. boleh sy tahu tentang suami sy kne fitnah atas kes cabul.. mcm mne sy nk pm tuan yer. .tq

      Padam
  4. Slam tuan boleh mcam mana yea saya nak pm tuan persenol

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tetuan Yazid Baba & Partners (KL)25 Julai 2019 pada 10:25 PTG

      Akmal, boleh cuba hubungi no ni 0192394719

      Padam
  5. Salam tuan...mohon pendapat..bagi kes kena tangkap waktu menagih ramai2. Tapi bila ditangkap pos caj ada barang bawah akta 39B SEDANGKAN BARANG TU BUKAN barang dia tp dituduh..jika ambil lawyer adakah dpt menang kes?

    BalasPadam
  6. Ank saya ade kes 395kk...bolehkah saya pasang peguam tuk tutup kes ini

    BalasPadam
  7. Sekiranya syarikat memfailkan kes atas rasuah tetapi kemudiannya didapati tidak bersalah di mahkhamah, bolehkah orang itu menyaman syarikatnya atas saman malu?

    BalasPadam
  8. Sekiranya tuan dapat buktikan bahawa syarikat mempunyai niat buruk semasa memfailkan kes itu dan tuan mengalami kerugian secara tort, maka jawapannya boleh.

    BalasPadam
  9. Selamat pagi peguam kes saya mcm ni ...semasa sy mngandung ibu kpada laki sya dan laki sy mnyuruh utk mngugurkn nya , selain itu , mama mentua sy mau kan ni anak seleps dia yg mnyuruh kn utk kasi gugur namun kandung ni tidk gugur trus menantua sg mau ambil ni anal ..dan sy tidk mau, kerja sebb nya. Pertama. Mama mentua sy ni dia hnya mau kn ni anak sbb duit krna laki sy adalah tentera dan anak pertama dpat gaji...dan laki sy ni jg prnh pukul sy...jika sy bwa kes ni kemahkamah ada kah sy hak pnjagaan anak..tlong sy peguaam.....dan saya mengandung dan baru kami khawinn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. puan boleh hubungi jabata bantuan guaman (JBG) kuala lumpur untuk dapatkan khidmat nasihat.. ini nombornya 0326942700

      Padam
  10. Saya telah kalah di mahkamah tinggi dengan alasan hujahan tidak di lampiran dengan dokumen atau bahan bukti. Bagi Membuktikan saya sudah lama duduk di kampung chubadak tambahan.
    Adakah... Kalau di. Mahkamah rayuan saya boleh masukan semua bahan bukti... Semula bagi menyokong hujahan lawyer kami di mahkamah tinggi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh buat permohonan dengan memfailkan notis usul bagi memasukkan keterangan baharu. Isu ini agak tricky dan teknikal, perlu kemahiran peguam yang biasa melakukannya. Jawapannya ya boleh dibuat.

      Padam
  11. TUAN , saya ingin bertanya sekiranya dikenakan akta 408kk ,
    saya sebagai kerani hanya menjalankan tanggungjawab untuk mengutip hasil cukai di syarikat,
    setiap pembatalan dan pembayaran harian akan diperiksa oleh penyelia saya di akhir kerja,tetapi penyelia tidak pernah memanggil saya berkenaan pembatalan tersebut , selepas 2 bulan berlakunya pembatalan cukai itu, saya dituduh memandangkan ID tersebut atas nama saya. kes ini seperti berat sebelah dan menjadikan saya sebagai kambing hitam memandangkan saya baru 2 bulan bertukar ke unit itu,
    jika kes sebegini , jika lawan ,ada ke peluang untuk menang kes? sy juga telah dibuang kerja dengan keadaan saya mengandung waktu itu.
    mohon pencerahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menang kes atau tidak bergantung kepada keterangan dan bukti yang ada. Kes s. 408KK adalah kes kompleks melibatkan banyak dokumentasi. Kena jumpa peguam dan bincang, insya Allah ada penyelesaiannya. Dan isu pembuangan kerja juga boleh dibawa ke Mahkamah Perusahaan.

      Padam
  12. Peguam untuk Seksyen 39 B ADB di Kuantan ada ke.

    BalasPadam
  13. Asalammualaikum tuan?Anak sya bru tingkatan 4,di laporkan telah mencabul budak perempuan 10 tahun,tpi bukti tdk bgtu jelas,banyak kawan2 budak mgatakn budak aku tdk sperti yg di laporkan,yang mmbuat laporan tdk lg ambil thu ,skg pegawai yg mgurus kes bdk aku mnunggu laporan tarik kes terhadap bdk aku .sekiranya yg melapor tdk hdir kn dri di blai sela ma14 hri ,blh kmi kluarganya mnrik

    BalasPadam
  14. Bagaimana saya boleh dapatkan khidmat nasihat utk kes 39c dan adakah boleh lawan kes

    BalasPadam
  15. Bagaimana saya boleh dapatkan khidmat nasihat utk kes 39c dan adakah boleh lawan kes

    BalasPadam
  16. Assalam tuan,hrp dpt membantu,smlm adik lelaki saya di tangkap atas alasan mengendap jiran sebelah,walhal masa tu adik saya berada di dlm umah sdg tidur,jiran memberi tahu kepada pihak polis yg dia hanya nampak kelibat saja,beberapa hari di sekitar umah jiran tersebut, kemudian jiran saya terus membuat laporan mengatakan yang mengendap umah dia tu adik saya,sekarang adik d reman selama 3 hari,apa patut saya laku kan untuk tangani kes nie...harap ada yg menbantu

    BalasPadam
  17. Assalam tuan, sy ingin bertanya, semasa pembelaan, ttuduh hanya ada sesorg saksi sahaja. Dan ttuduh mempunyai dokumen2 n video yg boleh menyangkal setiap keterangan saksi2 semasa sesi pendakwaan lepas. Adakah % menang boleh berpihak kepada OKT semasa pembelaan? Mohon penjelasan

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum...saya Ada keraguan atas seksyen 39c Dan saya buntu saya perlukan bantuan dari sahabat2 .suami saya tengah menjalan kn POCA Dan dia ditahan atas alasan suspek pech kedai Dan di tahan selama 8hari tamat reman Hari ke 8 dapat WhatsApp dari io narkotik suami kamu di tahan atas seksyen 39c tak paham saya ape yang patut saya buat.?harp dapat bntu saya kena saya ada anak berumur 7 thun n 2 1/2 tahun .please

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum.. Sy nak tanye pasal Kes cabul budak bawah umur....pesalah Telah dijatuhkan hukum dan di kenakan penjara. Sempat duduk dalam penjara selama setahun. Keluarga Membuat rayuan dan bicara semula alhamdulillah menang kes sebab bukti tak kukuh. Tapi setelah setahun dibebaskan berkemungkinan kah pihak dpp akan pgil balik untuk bicara semula.

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum.. Selamat malam. Sy ingin bertanya mengenai saman fitnah. Masalah adik ada berhutang dgn kwn dia. Kerana bimbang adik ditangkap keluarga bersetuju utk membayar hutang trsebut (hanya ckp mulut tiada perjanjian). Tiba Hari utk byr keluarga minta kwn adik utk hadir di pejabat pesuruhjaya sumpah utk mengambil duit & sain srt penyelesaian hutang. Tp mereka berkeras mahu duit tersebut terus transfer ke dalam akaun. Jdi keluarga pun tidak jadi membayar hutang tersebut sehingga mereka telah memviralkan gambar kami ke dlm media sosial & mengatakan kami keluarga scammer. Adakah sy boleh memfailkan saman fitnah?

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum.. Selamat malam. Sy ingin bertanya mengenai saman fitnah. Masalah adik ada berhutang dgn kwn dia. Kerana bimbang adik ditangkap keluarga bersetuju utk membayar hutang trsebut (hanya ckp mulut tiada perjanjian). Tiba Hari utk byr keluarga minta kwn adik utk hadir di pejabat pesuruhjaya sumpah utk mengambil duit & sain srt penyelesaian hutang. Tp mereka berkeras mahu duit tersebut terus transfer ke dalam akaun. Jdi keluarga pun tidak jadi membayar hutang tersebut sehingga mereka telah memviralkan gambar kami ke dlm media sosial & mengatakan kami keluarga scammer. Adakah sy boleh memfailkan saman fitnah?

    BalasPadam
  22. Salam saya nk tanya suami saya di tuduh memiliki ais .akan dibicarakan pada 2/9 /21 macamana saya nk beritahu mahkamah yg barang tu bukan dia punya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN