Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sabah law society

ADA PEGUAM TAPI KALAH KES

Assalamualaikum dan Salam Jumaat, Ada yang mengeluh kenapa sudah lantik peguam, bayar mahal-mahal tapi kalah kes juga??? Tuan, Tugas peguam adalah untuk membela anda di Mahkamah. Peguam yang beretika tidak boleh menjanjikan bahawa kes anda akan menang kerana menang atau kalah kes itu ditentukan oleh Hakim atau Majistret. Malah, peguam juga tidak boleh meminta wang tambahan dari anda dengan alasan 'untuk mengupah polis atau Hakim atau Majistret untuk selesaikan kes'. Itu rasuah namanya! Tanggungjawab peguam adalah memastikan anda mendapat pembelaan yang adil dan sewajarnya. Ini disebabkan proses Mahkamah yang adakalanya rumit dan kompleks dan hanya peguam yang bertauliah sahaja mengetahuinya. Peguam yang bertanggungjawab akan sentiasa memberikan maklumbalas kepada segala persoalan anda termasuklah perkembangan kes yang sedang berjalan. Peguam juga akan menasihatkan anda untuk mematuhi apa juga peraturan dan undang-undang yang terlibat agar tidak berlaku sebarang...

OPENING LEGAL YEAR 2018

Imej
Assalamualaikum, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak sekali lagi meneruskan tradisi menyambut tahun baru dengan upacara Pembukaan Tahun Perundangan 2018 atau Opening of the Legal Year 2018 (OLY 2018) yang bertempat di daerah Miri, Sarawak pada 19 Januari 2018. Upacara ini diadakan pada setiap tahun dengan tuan rumah silih berganti di antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagai simbolik kepada seluruh warga kehakiman dan perundangan bagi meraikan tahun baharu. Upacara ini telah bermula sejak 17 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 2001 yang bermula di Mahkamah Tinggi Sandakan, Sabah. Buku Opening Legal Year 2018. Insya Allah ada masa saya akan digitize dan upload buku ini kemudian Sambutan tahun ini juga amat bermakna kerana ia dihadiri oleh 'Top Four' Badan Kehakiman, iaitu Ketua Hakim Negara, YAA Tun Md Raus Sharif; Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin; Hakim Besar Malaya, YAA Tan Sri Datuk Wira Ahmad Maarof; dan Hakim Besar Sabah dan Sarawa...

SEJARAH BAHARU KEPADA BADAN PEGUAM SABAH

Imej
Daily Express bertarikh 30 Jun 2017 Tahniah kepada Persatuan Undang-Undang Sabah (SLA) dan Office Bearer baharu yang mana SLA kini dikenali sebagai Sabah Law Society mulai 1 Julai 2017. Semoga terus maju jaya dalam memartabatkan profesion perundangan di Negeri Sabah ini.