OPENING LEGAL YEAR 2018
Assalamualaikum,
Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak sekali lagi meneruskan tradisi menyambut tahun baru dengan upacara Pembukaan Tahun Perundangan 2018 atau Opening of the Legal Year 2018 (OLY 2018) yang bertempat di daerah Miri, Sarawak pada 19 Januari 2018.
Upacara ini diadakan pada setiap tahun dengan tuan rumah silih berganti di antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagai simbolik kepada seluruh warga kehakiman dan perundangan bagi meraikan tahun baharu. Upacara ini telah bermula sejak 17 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 2001 yang bermula di Mahkamah Tinggi Sandakan, Sabah.
Buku Opening Legal Year 2018. Insya Allah ada masa saya akan digitize dan upload buku ini kemudian |
Sambutan tahun ini juga amat bermakna kerana ia dihadiri oleh 'Top Four' Badan Kehakiman, iaitu Ketua Hakim Negara, YAA Tun Md Raus Sharif; Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin; Hakim Besar Malaya, YAA Tan Sri Datuk Wira Ahmad Maarof; dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum.
Ia turut dihadiri oleh Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan dari Putrajaya, serta pengurusan tertinggi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), YBhg. Dato' Sri Latifah Hj Mohd Tahar.
Upacara sambutan dimulai dengan perarakan atau procession Hakim-Hakim, Pegawai Kehakiman dan Perundangan serta para peguam dari Sabah dan Sarawak yang bermula dari Pullman Hotel Miri ke Kompleks Mahkamah Miri yang bermula pada jam 8.30 pagi.
Sebelum itu, semua Hakim dan para pengurusan tertinggi PKPMP mengambil gambar beramai-ramai bersama para peguam dan pegawai kehakiman.
Perarakan atau procession tersebut diiringi oleh band atau kumpulan muzik dari sebuah sekolah di Miri, serta kawalan keselamatan oleh pegawai dan anggota Polis DiRaja Malaysia.
Setelah perarakan tiba di Mahkamah Miri, nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Sabah Tanah Airku mengambil tempat dengan diikuti oleh bacaan ikrar dan doa selamat.
Seterusnya semua jemputan masuk ke Mahkamah Terbuka di Mahkamah Tinggi 1 dan 2 bagi mendengar ucapan dan amanat daripada Presiden Persatuan Peguambela Sarawak, Presiden Pertubuhan Undang-undang Sabah, Peguam Besar Negeri Sarawak, Peguam Besar Negeri Sabah dan seterusnya Peguam Negara.
Setelah itu. ucapan balas dari atas Bench Mahkamah disampaikan oleh YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum dan akhir sekali YAA Tun Md Raus Sharif menyampaikan amanat beliau dan seterusnya merasmikan Opening Legal Year 2018 bagi Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
Front page The Borneo Post 20 Januari 2018 |
Acara seterusnya ialah perasmian Bas Mahkamah Bergerak atau 'Mobile Court' Mahkamah Miri yang turut disempurnakan oleh Ketua Hakim Negara.
Dan acara kemuncak OLY 2018 ialah Gala Dinner yang diadakan di Grand Ballroom Imperial Hotel Miri serta turut diserikan dengan kehadiran YB Puan Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak yang mewakili Ketua Menteri Sarawak.
Akhirnya, semasa penyerahan baton tuan rumah bagi OLY 2019, telah diumumkan bahawa tuan rumah seterusnya bagi pembukaan tahun perundangan tahun hadapan ialah Mahkamah Kota Kinabalu.
Semoga kita berjumpa lagi pada OLY 2019 di Kota Kinabalu, insya Allah.
Ulasan
Catat Ulasan