Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel OLY

KOLEKSI GAMBAR OLY 2018

Imej
Tarikh: 19 Januari 2018 Tempat: Miri, Sarawak Acara: Pembukaan Tahun Perundangan Mahkamah Sabah dan Sarawak 2018 Persediaan untuk sesi fotografi berkumpulan bersama para peguam Sabah dan Sarawak Bila keadaan sudah bertenang Senyum... senyum Perarakan pun bermula Trafik dalam keadaan terkawal. Terima kasih PDRM! Sementara itu di dalam Mahkamah Terbuka Ucapan YBhg. Tan Sri Peguam Negara Sesi fotografi Ketua Hakim Negara bersama Hakim-Hakim Mahkamah Atasan Lagi suasana semasa perarakan OLY kali ini mencipta sejarah dengan penyertaan paling ramai dari para pegawai kehakiman dan peguam Perasmian Bas Mahkamah Bergerak Miri Gimik Tarian Singa selepas perasmian Mahkamah Bergerak p/s: Maaf, susunan gambar bukan dalam chronological order. p/ss: Klik di SINI jika anda berminat untuk menonton acara ini melalui Youtube.

OPENING LEGAL YEAR 2018

Imej
Assalamualaikum, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak sekali lagi meneruskan tradisi menyambut tahun baru dengan upacara Pembukaan Tahun Perundangan 2018 atau Opening of the Legal Year 2018 (OLY 2018) yang bertempat di daerah Miri, Sarawak pada 19 Januari 2018. Upacara ini diadakan pada setiap tahun dengan tuan rumah silih berganti di antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagai simbolik kepada seluruh warga kehakiman dan perundangan bagi meraikan tahun baharu. Upacara ini telah bermula sejak 17 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 2001 yang bermula di Mahkamah Tinggi Sandakan, Sabah. Buku Opening Legal Year 2018. Insya Allah ada masa saya akan digitize dan upload buku ini kemudian Sambutan tahun ini juga amat bermakna kerana ia dihadiri oleh 'Top Four' Badan Kehakiman, iaitu Ketua Hakim Negara, YAA Tun Md Raus Sharif; Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin; Hakim Besar Malaya, YAA Tan Sri Datuk Wira Ahmad Maarof; dan Hakim Besar Sabah dan Sarawa...