Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel mahkamah persekutuan

OPENING LEGAL YEAR 2018

Imej
Assalamualaikum, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak sekali lagi meneruskan tradisi menyambut tahun baru dengan upacara Pembukaan Tahun Perundangan 2018 atau Opening of the Legal Year 2018 (OLY 2018) yang bertempat di daerah Miri, Sarawak pada 19 Januari 2018. Upacara ini diadakan pada setiap tahun dengan tuan rumah silih berganti di antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagai simbolik kepada seluruh warga kehakiman dan perundangan bagi meraikan tahun baharu. Upacara ini telah bermula sejak 17 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 2001 yang bermula di Mahkamah Tinggi Sandakan, Sabah. Buku Opening Legal Year 2018. Insya Allah ada masa saya akan digitize dan upload buku ini kemudian Sambutan tahun ini juga amat bermakna kerana ia dihadiri oleh 'Top Four' Badan Kehakiman, iaitu Ketua Hakim Negara, YAA Tun Md Raus Sharif; Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin; Hakim Besar Malaya, YAA Tan Sri Datuk Wira Ahmad Maarof; dan Hakim Besar Sabah dan Sarawa...

HATI-HATI DENGAN PENIPUAN MELIBATKAN MAHKAMAH

Imej
Assalamualaikum, Penipuan ada di mana-mana dan penipu akan cuba sedaya upaya untuk menguatkan penipuannya hatta menggunakan nama agama mahupun Mahkamah. Gambar di atas adalah salah satu contoh penipuan menggunakan nama Mahkamah. Sila maklum bahawa surat seperti di atas yang menyatakan perintah adalah PALSU . Ia adalah kerja seseorang yang sangat amatur 😏, namun tidak dinafikan ada juga yang menjadi mangsa. 💆 Sila hubungi Mahkamah yang berdekatan dengan anda sekiranya anda menerima apa-apa panggilan, mesej, e-mel, surat atau apa juga dokumen yang menyatakan dari Mahkamah untuk pengesahan lanjut. Penafian Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia bertarikh 3 November 2017 telah dikeluarkan dan boleh baca melalui screen shot di bawah ini atau klik di SINI . Harap penipuan dapat dibanteras dan tiada lagi mangsa yang terpedaya.