Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bayaran peguam

MENCARI PEGUAMBELA KES JENAYAH?

Imej
Assalamualaikum, Apabila menghadapi pertuduhan jenayah di Mahkamah, adalah penting untuk anda mendapatkan khidmat guaman. Bukan setakat nasihat guaman, tetapi mewakili anda sebagai seorang peguam di Mahkamah. Kenapa pentingnya ada peguam? Saya sudah jelaskan di SINI. Pun begitu, apakah ciri-ciri yang perlu dilihat sebelum melantik seseorang peguam itu? Sumber gambar di SINI Perlu diingat, peguam yang baik tidak semestinya mahal, dan peguam yang mahal tidak semestinya terbaik (macam iklan sabun cuci kain pula!). Tetapi, sebagai seorang profesional, seseorang peguam perlu mengenakan caj yang berpatutan dengan beban tugas yang dipikul, kemahiran dan pengalamannya dan keadaan pasaran semasa. Tetapi, soal harga bukanlah satu-satunya kriteria yang anda perlu lihat apabila melantik peguam. Adakah anda mencari peguambela? Lihat ciri-ciri ini terlebih dahulu. 1. Pengalaman Seseorang yang berpengalaman dalam amalan guaman tentulah telah banyak berh...

ADA PEGUAM TAPI KALAH KES

Assalamualaikum dan Salam Jumaat, Ada yang mengeluh kenapa sudah lantik peguam, bayar mahal-mahal tapi kalah kes juga??? Tuan, Tugas peguam adalah untuk membela anda di Mahkamah. Peguam yang beretika tidak boleh menjanjikan bahawa kes anda akan menang kerana menang atau kalah kes itu ditentukan oleh Hakim atau Majistret. Malah, peguam juga tidak boleh meminta wang tambahan dari anda dengan alasan 'untuk mengupah polis atau Hakim atau Majistret untuk selesaikan kes'. Itu rasuah namanya! Tanggungjawab peguam adalah memastikan anda mendapat pembelaan yang adil dan sewajarnya. Ini disebabkan proses Mahkamah yang adakalanya rumit dan kompleks dan hanya peguam yang bertauliah sahaja mengetahuinya. Peguam yang bertanggungjawab akan sentiasa memberikan maklumbalas kepada segala persoalan anda termasuklah perkembangan kes yang sedang berjalan. Peguam juga akan menasihatkan anda untuk mematuhi apa juga peraturan dan undang-undang yang terlibat agar tidak berlaku sebarang...

SOALAN TYPICAL BUAT PEGUAM Ep. 1

1. Encik Peguam. Anda membela seorang penjenayah yang kejam. Tidakkah anda juga turut berdosa? J: Tuan, kerjaya peguam bukan semata-mata melepaskan penjenayah. Tetapi peguam berperanan sebagai pemudahcara kepada seorang tertuduh bagi menegakkan haknya di dalam mahkamah. Seorang tertuduh itu secara prinsipnya ialah tidak bersalah hingga dibuktikan sebaliknya atau disabitkan oleh mahkamah. Sehingga itu tercapai, maka seorang peguam layak dan wajar membela anak guamnya. Soal dosa itu hanya Allah yang tentukan. Namun, selagi seorang peguam membela anak guamnya selaras dengan kehendak agama dan undang-undang dan tidak menyalahi mana-mana hukum, isu dosa tidak seharusnya timbul. Peguam hanya menjalankan tugasnya selaras dengan arahan anak guam dan undang-undang dan dia dibayar mengikut kerja yang telah diarahkan oleh anak guamnya. 2. Encik Peguam. Kenapa bayaran anda sangat mahal? J: Ada banyak faktor mempengaruhi yuran guaman. Ini termasuklah tahap kompleksiti atau kesusahan s...

TERMA MAHKAMAH JENAYAH YANG ANDA PERLU TAHU

Untuk kes jenayah, terdapat beberapa terma mahkamah yang orang awam perlu tahu untuk memudahkan urusan di mana-mana mahkamah jenayah. Jom kita sembang sebahagian daripadanya. Pegawai pendakwa : ialah pegawai yang mengendalikan kes pendakwaan di Mahkamah. Ia terdiri daripada pegawai-pegawai polis atau pegawai-pegawai jabatan berkaitan. Mereka yang mengendalikan sebutan dan perbicaraan bagi setiap kes pendakwaan yang dijalankan di Mahkamah. Timbalan Pendakwaraya : juga dikenali sebagai Deputy Public Prosecutor (DPP) iaitu seorang pegawai undang-undang dari Jabatan Peguam Negara yang mempunyai kuasa memulakan, mengendalikan atau menamatkan sebarang kes jenayah di Mahkamah. Juga disebut sebagai TPR. Semua TPR mendapat keutamaan di dalam Mahkamah mengatasi pegawai pendakwa dan peguam-peguam swasta. Sebutan kali pertama : ini adalah proses hadap tuduh atau arraignment. Pada hari sebelum sebutan pertama di mahkamah, kebiasaannya anda akan dihubungi oleh pegawai penyiasat kes unt...

KENAPA YURAN GUAMAN MAHAL?

Imej
Terbaca artikel ini di SINI  yang bertarikh 9 Oktober 2012 dan hati tertarik untuk berkongsi kandungannya. Soalan: Saya membeli rumah berharga RM87,000 dengan pinjaman RM79,000. Bakinya saya bayar tunai kepada peguam yang mewakili pemilik rumah. Selepas 70 peratus urusan pembelian selesai, saya amat terkejut apabila menerima invois guaman berharga RM5,100 yang saya rasakan amat tinggi untuk rumah kos rendah. Apakah nasihat Datuk? Sebenarnya apa yang masyarakat tidak tahu, kerjaya peguam adalah satu kerjaya profesional dan dilindungi dan dikawal oleh undang-undang, statutori yang ketat. Sebagai contoh Akta Profesion Undang-undang 1976, Perintah Saraan Peguam Cara 2005, Akta Setem 1949 dan juga Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Antara faktor penentu menetapkan kadar yuran biasanya adalah berdasarkan berapa banyak kerja yang telah dibuat, faktor risiko sesebuah tugasan, kesukaran kerja dan berapa lama masa yang diambil. Kebiasaannya peguam akan meminta bayaran pendahuluan s...