MENCARI PEGUAMBELA KES JENAYAH?

Assalamualaikum,

Apabila menghadapi pertuduhan jenayah di Mahkamah, adalah penting untuk anda mendapatkan khidmat guaman. Bukan setakat nasihat guaman, tetapi mewakili anda sebagai seorang peguam di Mahkamah.

Kenapa pentingnya ada peguam? Saya sudah jelaskan di SINI.

Pun begitu, apakah ciri-ciri yang perlu dilihat sebelum melantik seseorang peguam itu?

Sumber gambar di SINI

Perlu diingat, peguam yang baik tidak semestinya mahal, dan peguam yang mahal tidak semestinya terbaik (macam iklan sabun cuci kain pula!).

Tetapi, sebagai seorang profesional, seseorang peguam perlu mengenakan caj yang berpatutan dengan beban tugas yang dipikul, kemahiran dan pengalamannya dan keadaan pasaran semasa.

Tetapi, soal harga bukanlah satu-satunya kriteria yang anda perlu lihat apabila melantik peguam.

Adakah anda mencari peguambela?

Lihat ciri-ciri ini terlebih dahulu.

1. Pengalaman

Seseorang yang berpengalaman dalam amalan guaman tentulah telah banyak berhadapan dengan pelbagai keadaan dan situasi kes di Mahkamah. Ada pepatah mengatakan 'pengalaman adalah ibu segala ilmu'. Jadi, apabila anda berhadapan dengan pertuduhan yang agak serius, seperti kes rogol, rompak, kesalahan keselamatan dan sebagainya, anda perlulah mencari peguam yang berpengalaman. Berpengalaman ini adalah peguam itu telah menjalankan amalan guamannya sebagai seorang peguambela kes jenayah melebihi 5 atau 7 tahun. Kalau anda berjumpa dengan peguam yang telah menjadi peguam selama 20 tahun sekalipun tetapi dia hanya menjalankan amalan kes sivil atau conveyancing, maka lupakanlah. Cari lagi peguam lain yang lebih khusus membuat amalan kes jenayah. Dengan pengalaman ini, peguam itu akan lebih berkeyakinan dalam mengendalikan kes anda di Mahkamah dan anda akan berasa agak selamat bersama peguam ini berbanding peguam yang kurang berpengalaman.

2. Kelapangan atau availability

Seseorang peguam yang anda lantik perlulah mempunyai kelapangan bagi mengendalikan kes anda agar dia lebih fokus. Apabila berjumpa dengan peguam ini, tanyalah terlebih dahulu samada dia berkelapangan untuk mengendalikan kes anda. Ini kerana, peguam yang 'diary' nya telah penuh akan menjejaskan sedikit sebanyak kes anda. Peguam itu perlu mengutamakan juga klien yang lain yang telah terlebih dahulu melantiknya daripada anda. Kelapangan ini juga merujuk kepada kesediaan peguam ini untuk menjawab segala persoalan anda pada bila-bila masa anda perlukannya. Andai kata semasa perbincangan bersama peguam ini dan anda perhatikan dia sangat sibuk menjawab panggilan telefon, bermesej dengan klien yang lain, maka anda bolehlah mencuba untuk mencari peguam yang lain pula.

3. Terkenal

Ok, ini agak catchy. Terkenal yang saya maksudkan di sini bukanlah bermaksud peguam ini perlulah seorang yang sangat terkenal ibarat seorang selebriti. Atau seumpama mendiang Karpal Singh atau Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah. Itu terlalu terkenal pula (tetapi kalau anda mampu mengupah peguam yang terkenal sebegini lagi bagus, apa salahnya kan?). Maksudnya di sini ialah apabila anda menyebut nama peguam ini di kalangan peguam lain atau di kalangan kakitangan Mahkamah atau pihak polis dan sebagainya, maka mereka akan mengatakan 'oh ya, itu peguam yang bagus, hebat dia itu kalau kes jenayah'. Maka, inilah maksudnya peguam yang terkenal. Maknanya peguam ini ada 'goodwill' atau nama yang bagus dalam industri amalan guaman kes jenayah dan tentunya peguam ini lebih bertanggungjawab dan berhati-hati kerana ada reputasi yang perlu dijaganya.

4. Kemampuan mengambil risiko

Tidak semua peguam berani mengambil risiko. Hatta kita sebagai manusia waras pun tidak akan berani mengambil risiko. Tetapi dalam amalan guaman risiko kena juga dihadapi, sebab kalau tidak berani mengambil risiko maka kerja Hakim amatlah mudah, iaitu hanya sumbat semua penjenayah ke penjara tanpa melalui perbicaraan. Peguam pun akan tutup kedai kalau tidak berani mengambil risiko. Jadi, apabila anda berjumpa dengan peguam yang telah memenuhi kriteria 1-3 di atas dan dia sanggup mengambil risiko untuk membela anda, maka inilah peguam yang baik. Atau apabila anda sudah berjumpa dengan ramai peguam dan mereka katakan yang tiada harapan kes anda akan menang, dan apabila berjumpa dengan peguam ini dan dia mengatakan kes anda ada harapan (untuk menang) dan sanggup mengambil risiko itu, maka upahlah peguam ini kerana dia mempunyai keyakinan atau confidence untuk mempertahankan atau membela anda menghadapi perbicaraan.

5. Harga berpatutan

Saya letakkan ciri ini yang paling akhir kerana inilah halangan terbesar untuk mana-mana klien dalam melantik seorang peguam. Soal harga. Walau apapun harganya, pastikan ia dalam kemampuan anda. Anda mempunyai bajet yang mencukupi bagi mengupah peguam ini dari awal sehingga habis perbicaraan. Upah yang dipersetujui janganlah pula anda culas, kerana yang rugi bukanlah setakat peguam itu yang sudah bekerja keras membela anda hingga mengorbankan masanya untuk klien yang lain, tetapi anda sendiri yang sangat rugi kerana apabila peguam tidak dibayar, dia boleh memohon kepada Mahkamah untuk menarik diri dari membela anda dan risikonya adalah anda kena bela diri sendiri tanpa khidmat seorang peguam.

Akhir sekali, saya tegaskan lagi kalau anda berdepan dengan kes jenayah, carilah peguam yang memang menjalankan amalan jenayah.

Jangan cari peguam kes sivil!

Buruk padahnya. Ini berdasarkan pengalaman.


Wassalam.

Ulasan

  1. Balasan
    1. Try contact nombo ni. Mungkin boleh membantu. 0192635631

      Padam
  2. Saya mencari peguam bahagian jenayah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau puan berada di Sabah, boleh rujuk pautan di bawah

      https://sabahlawsociety.org/find-a-law-firm/

      Kalau berada di Semenanjung, cuba cari di pautan ini

      http://www.malaysianbar.org.my/find_a_lawyer.html

      Padam
  3. Saya mencari peguam area berdekatan damansara/subang airport.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh klik link ini

      http://www.malaysianbar.org.my/find_a_lawyer.html

      Padam
  4. Slm....sy mmpunyai peguam bg kes rayuan...pd mulany nmpk ok....tpi bila lma lma...dia seolah olah....hny mhu ambil kesemptan...sy melntik dia untuk membca semua brkenaan kes ryuan...smada bleh dteruskn atau tdak...mksud sy klah atau mng!! Rm 1k utk hsil kjany...klau pguam kta point ad...kita teruskn...sy up lg 4k...smpai slesai bicara. Mslhny disini pguam asyik mntk duit...ktany nk buat ptisyen ryuan...pastu bila nk guna duit...dia akn ckp skian hari nk bicara...tpi bila hdir hnya hntar ptisyen....smpai stu thp dia ckp ryuan mkmh tggi tk ad bicara...cuma tggu hkim tolak atau terima...klau hkim terima mknany kita mng...terhdp rayuan denda dan hukum....di sini sy nk mntk pnjelasan dr phk tuan bgaimna prsder bicara rayuan kes jnyh dkat mkmh tggi...sy nk pastikn pguam sy tk tipu...sbb fia msih hndle 1 kes lg....

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam.

      Mengenai rayuan di mahkamah tinggi, betullah apa yang peguam kata tu yang mana perbicaraan rayuan hanya memerlukan kehadiran OKT serta peguam dan timbalan pendakwaraya. Tidak ada perbicaraan semula di mahkamah tinggi dan tiada saksi akan dipanggil. Hanya peguam dan pendakwaraya saja yang berhujah dan akhirnya hakim akan tentukan samada rayuan dibenarkan atau ditolak. Mengenai bayaran pula, ia adalah atas persetujuan peguam dan anakguam. Tuan kena berbincang secara terbuka dengan peguam soal jumlah dan cara pembayaran fi peguam tersebut.

      Saya ada menulis berkenaan proses rayuan ini, boleh baca di sini

      https://bakalpeguam.blogspot.com/2018/03/memfailkan-rayuan-jenayah-ke-mahkamah.html

      Padam
  5. Mintak nombor ws abang boleh tak? ada benda nak tanya sikt

    BalasPadam
  6. Mintak nombor ws abg boleh tak? Ada benda nak tanya sikit

    BalasPadam
  7. Saya mencari peguam untuk kes jenayah di melaka. Sebenarnya saya dah menang kes makamah rendah tapi kene sambung makamah tinggi pula..saya nk tanye adekah bantuan guaman untuk orng yg kurang kemampuan macam saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf atas kelewatan membaca pertanyaan ini. Harap semua urusan dipermudahkan. Jikalau terdapat pertanyaan lanjut bolehlah emelkan ke bicaraperundangan@gmail.com

      Padam
    2. Jika masih tidak melantik peguam boleh hubungi saya 0108423848

      Padam
    3. Boleh saya tahu kos untuk melantik tuan peguam untuk kes jenayah? Sebab sy pun memerlukan bantuan guaman bg berpendapatan rendah.

      Padam
  8. Dato N Sivananthan...lawyer yg terbaik untuk kes jenayah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pilihan terbaik..top criminal lawyer

      Padam
    2. Boleh tahu untuk lokasi mana peguam ini??

      Padam
    3. Sy nk cari peguam percuma untuk kes jenayah sy..blh ke bantu sy...sy seorg pengawal sekolah.sekolah kebangsaan tu keba pecah..sy telah buat repot polis..lepas tu sy di tuduh pecah sekolah agama.pulak..sy betul tidak berpuas hati...sbb dlm berita tv3 ketua polis bace repot sy buat..lpas tu naik makamah sy di tuduh kes lain...

      Padam
  9. sy mencari lawyer di ipoh utk kes 507

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cari di sini

      http://www.malaysianbar.org.my/find_a_lawyer.html

      Padam
    2. Bagaimana kes tuan? Contact saya di 01120773099 jika masih memerlukan khidmat

      Padam
  10. Assalamualaikum.. Brapa bajet pguam utk kes kcuaian hspital yg myebabkan kematian baby sya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Depends pada peguam yang tuan approach. Tetapi biasanya kos untuk kes2 medical negligence memang tinggi

      Padam
    2. Mcm mna sya nak cari lawyer area puchong ye.. Lawyer yg mahir dlm bidang medical negligence ni. Bleh tlg natalie

      Padam
    3. Tuan boleh cari melalui database ini

      http://www.malaysianbar.org.my/find_a_lawyer.html

      Padam
    4. Hubungi saya di 01120773099

      Padam
    5. Tetuan Yazid Baba & Partners (KL)25 Julai 2019 pada 10:22 PTG

      Unknown & Akmal, boleh cuba hubungi nombor ni 0192394719

      Padam
  11. Tn, sebelum tn decide utk buat apa2 tindakan vs hospital. Pn perlu pastikan beberapa elemen dipenuhi. Kite nak saman. X boleh terus saman. Kene betul2 pastikan adanya kecuaian. Sy share sedikit info berkenaan saman kecuaian hospital atau Lebih dikenali sebagai medical negligence

    https://mylawsharing.blogspot.com/2018/09/kecuaian-perubatan-medical-negligence.html

    BalasPadam
  12. Saya memerlukan peguam untuk kes 420 kk. Penipuan menggunakan akaun bank saya. Ada x bantuan untuk yg x berkemampuan seperti saya.

    BalasPadam
  13. Salam..boleh sy tau average cost utk hire peguam pembelaan.Terlibat dalam kemalangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk kes2 kemalangan yg melibatkan insurance, normally lawyer charge 20%-30% dari tuntutan yg diperolehi once insurance company kluarkan jumlah tuntutan

      Padam
  14. Tuan saya mencari peguam di Melaka untuk kes kontrak sewa am yang tidak berbaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan mcam mna nk dapatkan peguam peribadi

      Padam
    2. Tuan kena jumpa sendiri dengan peguam yang bertauliah dan lantiklah peguam yang tuan selesa berurusan sebagai peguam peribadi. Itu pun atas persetujuan peguam tersebut juga.

      Padam
  15. Salam. Duit hasil jualan rumah sy di Ampang habis diambil oleh peguam yg sy amanahkan utk menguruskan penjualan tersebut pd thn 2016. Sy sgt buntu & sy sgt memerlukan anggaran kos yg diperlukan utk membawa kes ke mahkamah bg mendptkan kembali wang sy. Juga khidmat peguam yg sudi mengambil kes sy.

    BalasPadam
  16. Salam. Duit hasil jualan rumah sy di Ampang habis diambil oleh peguam yg sy amanahkan utk menguruskan penjualan tersebut pd thn 2016. Sy sgt buntu & sy sgt memerlukan anggaran kos yg diperlukan utk membawa kes ke mahkamah bg mendptkan kembali wang sy. Juga khidmat peguam yg sudi mengambil kes sy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika permasalahan puan ni dengan peguam jugak mungkin puan boleh ambil beberapa step sebelum ke jalan terakhir memfailkan apa2 tindakan terhadap peguam puan..sebab biasanya peguam confirm die akan bagi semula duit puan walaupun mungkin ada kelewatan. Puan mungkin boleh wassp no ni untuk further advise 0192635631

      Padam
  17. tuan saya memerlukan peguam kes sek 165 kk area sarawak.

    BalasPadam
  18. salam..sy mencari seorang peguam utk kes jenayah di johor...org yg dituduh mencuri motor..akta 379A

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Boleh search dalam directories di laman web Bar Council.

      http://www.malaysianbar.org.my/find_a_law_firm.html

      Padam
  19. saya memerlukan peguam untuk pemerhati kes

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh search dalam directories di laman web Bar Council.

      http://www.malaysianbar.org.my/find_a_law_firm.html

      Padam
  20. Assalamualaikum..saya sedang mencari peguam bagi kes 39c(1) ADB 1952..Ada tak peguam yang pernah uruskan kes ini..sila respon dengan kadar segera..terima kasih..

    BalasPadam
  21. Saya mencari lawyer untuk seksyen 326

    BalasPadam
  22. Saya sedang mencari lawyer untuk seksyen 326

    BalasPadam
  23. Saya sedang mencari peguam untuk kes gannguan jiran sehingga menimbulkan rasa ancaman dan keselamatan di Kuala Lumpur. Sila tinggalkan nombor telefon.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami sedang buat kes gangguan jiran. Boleh share facts jika perlukan nasihat selanjutnya. 0192635631

      Padam
  24. Saya ingin mencari peguam untuk saman malu. Saya seorang penjawat awam dalam bidang yang bereputasi tinggi di kalangan masyarakat.

    Saya dituduh melakukan jenayah dan telah ditahan reman untuk disiasat oleh PDRM. Selesai reman dan siasatan, saya tidak dituduh pun di mahkamah.

    Sekarang ni memang saya tidak melakukan jenayah yang dituduh dan saya telah mengemukakan bukti dan saksi yang menyokong kenyataan saya semasa siasatan.

    Kes jenayah yang dituduh terhadap saya sangat memalukan saya sebagai manusia, lebih lebih lagi dengan jawatan saya, anak isteri dan keluarga juga menerima kesan daripadanya.. Terutamanya apabila fakta kes dimuatnaik ke media sosial orang yang tidak brtanggungjawab semasa saya masih dalam tahanan reman dan menjadi tular..

    Semoga ada yang sudi membantu saya mendapatkan peguam untuk saya membuat saman malu.

    Terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sharing berkenaan saman fitnah https://mylawsharing.blogspot.com/2018/09/defamation-part-iii.html

      Padam
  25. Saya mencari peguam untuk kes jenayah rogol .okt dituduh dianiaya ...tolong call no 01156512024 sy ni scepat yg mungkin.....

    BalasPadam
  26. saya ingin mencari peguam untuk saman aib dan fitnah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baca link saman fitnah yang saya share di atas

      Padam
  27. Sy mencari peguam utk kes sek30 akta racun & 15(2)ADB
    Makahmah kangar

    BalasPadam
  28. Sya ingin mencari peguam untuk kes tuduhan pelacuran,, brp kos untuk itu

    BalasPadam
  29. saya mencari peguam di ipoh bagi kes akta perumahan dan tribunal perumahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. u hanya perlukan peguam jika kes di bawa ke Mahkamah. Jika hanya ke tribunal tuntutan. u boleh bawa kes u sendiri

      Padam
  30. Brape kos sebenar utk upah peguam kes 302

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada fix kos untuk kes jenayah. Ia bergantung pada budi bicara peguam yg mengendalikan kes tersebut.

      Standard rate fees kes2 gantung mati like 302KK n 39b DDA, x less than hundred k. Maka, jika ada lawyer yg nk ambik kes u below that 100k untuk stage pendakwaan hinggalah stage pembelaan, means charges lawyer tu memang dah terlebih berpatutan

      Padam
  31. Asalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya abah saya telah didakwa di mahkamah tinggi atas kesalahan sain surat atas nama abang dia. Tapi abah saya tak sain pun atas nama abang dia dan abah saya telah ditipu. Abang abah saya tetap nk bawa kes ni ke mahkamah. Boleh saya tahu denda yang akan dikenakan pihak mahkamah pada abah saya. Kami tak ada bukti nk tunjukkan abah kami tak bersalah.

    BalasPadam
  32. Jika betul ayah u x bersalah. U boleh minta jabatan kimia utk compare n sahkan TT sebenar dgn TT dokumen yg dirujuk

    BalasPadam
  33. Saya mencari peguam yg boleh ambil kes saman syarikat akhbar yg sebarkan cerita tanpa kebenaran.. Nk tau kos upah tu berapa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kos guaman berbeza antara setiap peguam yg mengendalikan. Tapi defamation suit atau saman fitnah biasanya melibatkan kos yg tinggi sbb memerlukan kepakaran spesifik. Bukan macam kes saman kontrak biasa. Jika pergi ke perbicaraan penuh melibatkan saksi2 kos biasanya tidak kurang 30k di kl/ selangor

      Padam
  34. Anak sedara sy berumur 16 tahun dituduh menunjukkan kemaluannya kepada anak jiran berumur 7 tahun dirumahnya keluarganya.. bapa kanak2 tersebut memberitahu perkara tersebut berlaku tahun lepas.. tarikh dan masa dia tidak tahu.. hanya tunggu surat dari makamah.. bagaimana nak dapatkan khidmat nasihat peguam di kawasan kajang..

    BalasPadam
  35. YgaYg arif . Saya sedang mencari peguam kerajaan utk membela kes saya 39A(1) utk tebus semula kes saya yg tunda pada 21 may yg lepas .. pada 19 jun ini .. apakah tindakan yg sewajarnya utk saya menghadap perbicaraan saya yg ketiga ini utk first kes saya ? Izinkn saya utk contact dgn lebih lanjut lgi ? ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan boleh ke mahkamah dan tanya kepada kerani kaunter bahawa tuan ingin mendapatkan khidmat peguam YBGK.

      Padam
  36. Saya ada kes pergaduhan dgn polis bantuan highway kajang. Saya tak puas hati setelah saya digari polis masih memukul Saya sampai coders di muka dan Mata Saya. Saya dah minta Laporan perubatan Saya dari pihak hospital. Adalah boleh Saya nak Saman pihak Yang memukul saya di Mahkamah. Saya ada Mengalami masalah mental telah menjadi pesakit psykiatry sejak 6 tahun lepas kerana sakit alami adalah bipolar. 011-26222298 cikgu shamsul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan boleh kemukakan saman sivil ke atas orang yang memukul tuan serta majikannya dan boleh tuntut ganti rugi atas kerosakan/gangguan yang dialami sekarang. Jangan lengahkan kerana kes sivil hanya boleh dibawa ke mahkamah dalam tempoh 6 tahun sahaja. Jumpalah peguam.

      Padam
  37. Assalamulaikum Tuan,
    Terlebih dahulu says susun Kari kemaafan sekira tersilap atau naif dlm soalan saya ini.
    Kejadian yg menimpa saya adalah dipukul oleh security staff dikediaman saya iaitu condo pada 2hb,7,2020 yg lps.kejadian berlaku pd pkl 4pagi kerana salah parking kenderaan saya.pada Mila says ditolak oleh seorang staff security,selepas ditolak saya hubungi 999 utk bantuan,tidak lama kemudian tiga staff secury menyerang saya dgn kayu cota dan menendang saya..saya sempat melarikan diri setelah dipukul.saya hubungi 999 utk kali kedua tetapi diberitahu bantuan tiada sila kebalai berdekatan,dlm keadaan cedera saya tlh kebalai berdekatan utk melaporkan tetapi sekali lagi agak hampa kerana tidak di layan pada jam 4.30pagi ,saya diarahkan utk kehospital bersendirian,saya ada Cuba agar diberi bantuan ambulance tetapi hanya diberi dua patah iaitu pegi sendiri tanpa apa apa bantuan...saya disuruh oleh anggota polis itu utk hanya melaporkan di ipk Kajangbselepas selesai perubatan. borang utk perubatan juga tidak diberikandiberi...dlm keadaan yg amat sakit di kepala dan dibadansaya bersendirian memandu ke hospital setibanya dihospital saya ditahan utk pemerhatian utk 6jam..selepas itu pada jam 12.00 tengahari saya ke balai utk membuat report akhirnya saya ditahan Oleh anggota D7 dan diberitahu akan didakwa atas tuduhan khianat dan pukul...saya dipaksa utk tarik report oleh pegawai penyiasat...saya telah melakukan demikian menarik reports kerana risau keselamatan diri saya..saya juga ada segala bukti 999,balai pertama, hospital bersertakan kecederaan dan cuti sakit selama 7hari....

    BalasPadam
  38. Salam, saya memerlukan khidmat peguam yang berpengelaman di dalam mengendalikan kes POCA.

    Tolong ..

    BalasPadam
  39. saya memerlukan peguam utk kes jenayah area Petaling Jaya,sungai Buloh, Rawang ..yang bayaran nya dalam kemampuan saya

    BalasPadam
  40. saya memerlukan peguam utk kes jenayah area Petaling Jaya,sungai Buloh, Rawang ..yang bayaran nya dalam kemampuan saya

    BalasPadam
  41. saya memerlukan peguam utk kes jenayah area Petaling Jaya,sungai Buloh, Rawang ..yang bayaran nya dalam kemampuan saya

    BalasPadam
  42. Sy mencari peguam kes 323,mahkamah kuala kubu baharu. 0182078422

    BalasPadam
  43. Sy dh lantik peguam dan dh buat bayaran penuh tetapi belum naik court..tiba2 saya tak yakin dgn peguam trsebut..boleh tak sy nk stop dan dapatkan wang itu balik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, tetapi bergantung kepada perjanjian tuan dengan peguam itu dan samada peguam itu sudah memulakan kerjanya untuk kes tuan atau belum. Boleh jumpa semula dan bincang.

      Padam
  44. saya memerlukan peguam untuk pemasalahan penyalahan guna wang yang diamanahkan berserta dengan penipuan semasa jual beli tanah. Mohon bantuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dapatkan senarai peguam dari direktori Majlis Peguam (untuk Semenanjung), Sabah Law Society (untuk Sabah) dan Advocates Association of Sarawak. Saya tidak boleh recommend mana-mana peguam.

      Padam
  45. Aslmkm tuan peguam kes berlaku tahun 2013,sy nak tau kes yg sda mkn masa sampai 8 tahun dn tidak pernah buat laporan polis,boleh ka di buka semula dn di bawa ke mahkamah utk menuntut ke adilan seterusnya buat saman malu atau saman fitnah.

    BalasPadam
  46. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  47. Salam tuan/puan , saya ingin bertanya sedikit , maaf menganggu . Saya dan keluarga duduk di sebuah rumah nenek kami hampir 50 tahun ( umur ayah saya ) , dan nenek mendapat kebenaran secara lisan membuat rumah di tanah tersebut oleh ayah nenek ( tuan tanah ) . Selepas nenek dn ayahnya wafat , kami masih lagi dibenarkan menetap disitu , dan kami mengubah suai sedikit2 rumah tersebut . Secara tak disangka , saya dan keluarga diusir oleh adik arwah nenek saya iaini tuan tanah baru. soalan saya , adakah saya harus pertahan kan harta ( rumah ) yg kami bina sendiri menggunakan duit kami ? Dan macammana jalannya ? Maaf jika menyusahkan tuan 🙏

    BalasPadam
  48. Saya perlukan peguam.kes ceroboh tanah Dan memindahkan tanah merah

    BalasPadam
  49. Saya mencari peguam utk pihak anak saya. anak sy dibuli oleh pelajar senior. Pelajar senior menumbuk dan mengugut. Saya taleh buat laporan polis. Saya memerlukan peguam supaya dapat membantu untuk anak saya di mahkamah. Dan memerlukan khidmat nasihat peguam ... Tolong bantu kes di johor ...

    BalasPadam
  50. Salam tuan.. Sy ingin bertanya.. Sy telah berurusan dgn seseorang dilaman sosian utk membeli apps.. Tertapi smpai skrg apps sy tdk siap.. Bl sy ty next next dan next, akhirya next dh 1 thn lame sy tggu.. Skrg ni sy sdh buat laporan polis, tertapi polis xbuat sesuatu.. Skrg sy perlukan bantuan perguam dgn keadaan sy tdk berkerja skrg.. Blh bantu sy peguam apa yg sy kena jp dan berapa cost utk kes mcm sy ni tuan..

    BalasPadam
  51. salam sye memerlukan peguam di johor utk kes 377a

    BalasPadam
  52. salam pagi tuan...saya nak btanya mgenai kawan saya yg telah direman atas sekysen 457 ..dan telah bgelut dgn angota polis semasa ditempt kjadian ..so dia boleh diikat jamin sebnyak 15k wajar ke dgn jmlah begitu..mohon pecerahan dari tuan..terima kasih

    BalasPadam
  53. Salam ...saye hendak mencari peguam kos rendah area kuantan ..atas kes sye untuk menukar seksyen ..bicara semakin dekat ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. Boleh cuba cari di sini.

      https://legaldirectory.malaysianbar.org.my/v/search-result

      Padam
  54. Saya seorang pelajar sekolah Menengah Dan sedang mencari seorang peguambela untuk diinterview berkaitan kerjaya sebagai seorang peguambela.Ada sesiapa tahu stay mempunyai kenalan peguambela yang boleh membantu saya? Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh emelkan kepada saya di alamat bicaraperundangan@gmail.com

      Padam
  55. Boleh tahu tak bajet peguam untuk kes seksyen 324..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 324kk ni kalau u x mengaku salah nak pi bicara penuh stanby la dalam10k to 15k (xkan lari).lebih mungkin bergantung pada lawyer mana yg represent u

      Padam
  56. Saya perlu peguam untuk kes penhinaan oleh kakitangan kerajaan trhadap saya

    BalasPadam
  57. Salam sy mencari peguam yg bleh buat kn surat rayuan agong utk kes jenayah 302, segera di perak

    BalasPadam
  58. Salam sy sedang mencari peguam yg bleh buat surat rayuan agong bgi kes jenayah 302,di kwasan perak

    BalasPadam
  59. Sp kedah berkaitan kes saman peguam mana yg boleh saya hubungi?

    BalasPadam
  60. Salam.ada cadangan peguam terbaik utk kes sprm.sek 16 sprm / sek 165 KK. ( Transaksi ke acc bank bkn milk sendiri)

    BalasPadam
  61. Assalamualaikum..
    sy sedang mencari peguam yang pernah berjaya dalam kes 39c...secepat mungkin

    BalasPadam
  62. Assalamualaikum..saya mencari peguam yg pernah menjalankan kes 39c dgn berjaya..

    BalasPadam
  63. Salam.. sy mencari peguambela utk kes 354.. kes baru nak naik.. aduan belum sampai tapi sy kene bersedia awal.. mencari yg betul2 berpengalaman..

    BalasPadam
  64. saya mencari peguam kes atipsom

    BalasPadam
  65. Saye mencari peguambela untuk kes 323..

    BalasPadam
  66. Saya mencari peguam jenayah mahkamah duta secepat mungkin.. Tarikh sebutan 25.3.2021

    BalasPadam
    Balasan
    1. 25.3.2021 dah lepas pn. Mesti ada date baru. Boleh wassp 0192635631

      Padam
  67. Saya nk cari lawyer yg blh bantu ank saya umur bawah 17 thn dirogol ..tlg bantu saya
    017 6552275

    BalasPadam
  68. Sy mencari peguambela untuk rayuan mahkamah tinggi

    BalasPadam
  69. Nenek saya pnah terlibat atas akta pengambilan tanah dan beriganti sebidang tanah area lain.
    Lot nomor 1234 dan belum mendapatkn geran.pejabat tanah telah pecah kn 4 lot atas perintah mahkamah.
    Dan kami teruskn memohom dan ingin dapatkn geran tanah asal nomor lot 1234.
    Dan surat yg dibalas oleh pejabat tanah Ialah dipertimbangkn.
    Sgt jelas pejabat tanah salah guna kuasa dan tidak memaklumkn hal yg benar.
    Adakh cukup bukti blh saman pejabat tanah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH