MENGAKU SALAH ATAU MINTA BICARA?
Assalamualaikum,
Di dalam proses perbicaraan Mahkamah bagi kes jenayah, satu elemen paling penting selepas pertuduhan dibaca dan difahamkan kepada tertuduh ialah samada mengaku bersalah atau tidak bersalah.
Sumber gambar di SINI |
Ia juga menjadi suatu kebiasaan apabila tertuduh faham pertuduhan itu dan terus meminta untuk dibicarakan. Maknanya, tertuduh itu tidak mengaku salah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Memilih untuk mengaku salah atau tidak adalah atas kerelaan, kemahuan dan keinginan tertuduh sendiri dan bukan orang lain. Kerana, apabila mengaku salah, tentulah ada kesan dan akibat pengakuan bersalah itu. Dan apabila kesan dan akibat ini juga diakui, maka tertuduh boleh disabitkan dengan kesalahan yang dipertuduhkan.
Sabit kesalahan ini saya telah tuliskan sebelum ini di SINI.
Oleh kerana pemilihan samada mengaku salah atau tidak adalah keinginan tertuduh sendiri, maka tertuduh tidak sepatutnya mengikut kata orang lain. Kata-kata ini maksudnya boleh dalam beberapa bentuk, iaitu samada berbentuk janji atau ugutan.
Bentuk janji ini contohnya begini. Tertuduh diberitahu oleh orang yang mendakwanya atau mana-mana pihak yang berkepentingan untuk terus saja mengaku salah sebab hukumannya adalah ringan juga. Atau ada pihak yang sudah deal dengan Hakim atau Majistret. Atau dijanjikan kalau mengaku bersalah maka kesalahan lain yang mungkin berkaitan dengan tertuduh akan ditarik balik.
Begitu juga dengan bentuk ugutan. Contoh kalau tertuduh tidak mengaku salah, maka kesan buruk kepadanya dan keluarganya akan menimpa atau terjadi kemudian hari. Atau tertuduh diugut kalau tidak mengaku salah semasa sebutan, pertuduhan lain akan dikenakan kepada tertuduh. Atau juga kalau tertuduh tidak mengaku salah, apabila selesai perbicaraan nanti kalau didapati bersalah akan dikenakan hukuman maksimum!
Seseorang tertuduh sepatutnya tidak terpengaruh dengan semua kata-kata ini kerana kesan yang diterima nanti adalah ke atas dirinya sendiri.
Apabila mengaku bersalah, Mahkamah akan terus menjatuhkan hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang pada hari yang sama juga. Kecualilah mungkin barang kes belum sedia, maka Mahkamah akan tetapkan tarikh yang baru untuk sebutan semula kes.
Dan apabila hukuman sudah dijatuhkan, contohnya hukuman penjara, tertuduh akan serta merta dimasukkan ke penjara pada hari yang sama. Atau kalau hukuman yang dijatuhkan adalah denda, kalau gagal membayar denda pada hari yang sama, pada hari itu juga tertuduh akan dimasukkan ke penjara akibat gagal membayar denda.
Jadi, apabila dibawa ke Mahkamah dan dibacakan pertuduhan, kalau tertuduh tidak bersedia untuk masuk ke penjara dengan serta merta, adalah lebih baik untuk tidak mengaku salah atau terus minta dibicarakan.
Lagi pun, apabila tidak mengaku salah, Mahkamah akan tetapkan tarikh sebutan baru untuk pengurusan kes, berapa jumlah jaminan (kalau kes itu boleh dijamin) dan akan tetapkan tarikh bicara.
Untuk perbincangan perihal jaminan Mahkamah boleh dibaca di SINI.
Nah, kalau Mahkamah sudah tetapkan hal-hal di atas, tertuduh masih berpeluang untuk mendapatkan nasihat guaman atau nasihat daripada ahli keluarga mengenai pertuduhan ini.
Malah, dalam setengah keadaan, tertuduh juga boleh mengemukakan representasi kepada pihak pendakwaan.
Isu representasi saya sudah bincangkan di SINI.
Dengan itu, tertuduh mempunyai masa yang secukupnya untuk membuat persediaan menghadapi kes Mahkamah.
Mungkin kes pendakwaan dianggap terlalu kuat atau bukti yang ada adalah kukuh untuk mensabitkan tertuduh. Tetapi itu bukan bermakna tertuduh tiada pilihan untuk mengaku tidak bersalah. Kerana proses perbicaraan adalah platform untuk pihak pendakwaan mengemukakan semua bukti itu dan melalui platform inilah tertuduh boleh menunjukkan kepada Mahkamah bahawa dia tidak bersalah.
Malah, walaupun terdapat bukti kukuh tetapi apabila terdapatnya isu teknikal yang tidak dipenuhi oleh pihak pendakwaan, maka tertuduh juga boleh mengambil kesempatan untuk berhujah bahawa isu teknikal itu boleh mendatangkan prejudis kepadanya dan memohon kepada Mahkamah untuk melepas dan membebaskannya.
Apa pun situasi atau keadaannya, bagi mana-mana tertuduh yang dibawa ke Mahkamah kena ingat. Mengaku bersalah atau tidak adalah hak mutlak anda sendiri. Ia adalah kemahuan anda sendiri. Pilihan ini tidak boleh ditentukan oleh orang lain. Hatta kesalahan itu ringan sekalipun, contohnya memandu tanpa lesen, roadtax mati dan sebagainya. Kalau tidak bersedia untuk dijatuhkan hukuman, anda boleh mengaku tidak bersalah dan minta untuk diberikan jaminan Mahkamah.
Ini kerana, pengakuan bersalah boleh dibuat pada bila-bila masa selagi mana kes itu belum sampai ke tahap penghakiman atau keputusan di akhir kes pembelaan!
Bilamana ia adalah hak mutlak, maka gunakanlah hak itu dengan sewajarnya dan sewarasnya.
Wassalam.

Salam. Saya nak tanya.
BalasPadamDisini OKT disabitkan salah memiliki ganja seberat 1.06g.
Esok adalah hari bicara di mahkamah dan boleh diberi pelepasan dengan penjamin sehingga keputusan kimia keluar dan telah ditahan reman sejak hari Rabu lalu.
Berapakah wang minima yang akan di berikan oleh mahkamah kerana OKT tidak mampu dan juga tiada peguam.
Harap boleh beri pendapat.
Saya ingin bertanya dimana 1 okt disabitkan bersalah keputusan kimia ujian air kencing positif..dan dia mohon bicara kerana keliru dengan keputusan tersebut yg mana dia percaya tidak mengambil dadah..dia juga Masih Dalam bon jamin 5000 selama 3 tahun yg akan habis pada Bulan 11/2021..adakah kedudukan dia Dalam bon itu akan terlibat sama..Dan bolehkan pada perbicaraan nanti dia hadir tanpa peguam kerana tak mampu dan terus mengubah kepada mengaku bersalah dan apakah kesannya.
BalasPadam