BANTUAN GUAMAN KHAS UNTUK WANITA NEGERI SABAH

Assalamualaikum,

Anda seorang wanita di Negeri Sabah? Anda ada masalah melibatkan undang-undang?

Hebahan ini khas buat wanita di Negeri Sabah yang memerlukan bantuan guaman bagi kes-kes Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah serta Mahkamah Anak Negeri, samada dari segi nasihat perundangan mahu pun mewakili mereka di Mahkamah, bolehlah merujuk permasalahan mereka kepada Pusat Bantuan Guaman Wanita (PBGW) yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA).

Wanita yang mendapat bantuan guaman daripada PBGW akan diwakili oleh panel-panel peguam yang dilantik oleh JHEWA. Maksudnya peguam ini adalah peguam swasta dan bukan peguam kerajaan, yang menjadi panel kepada JHEWA. Jadi, peguam ini tentulah mereka yang mahir dalam bidang masing-masing seperti undang-undang keluarga (kes perceraian, tuntutan harta sepencarian, harta pusaka dan sebagainya), undang-undang Anak Negeri dan sebagainya.

Jika anda seorang wanita dan memerlukan bantuan ini, bolehlah rujuk kepada flyers di bawah untuk maklumat lanjut dan bagaimana untuk menghubungi JHEWA.

Pesanan khidmat masyarakat ini adalah percuma dan bakalpeguam tidak dibayar bagi hebahan ini.

Wassalam.





Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH